Bab 97

Romance Completed 207871

"Apa?" soal Shira pada Intan.

"Kau dah kenapa tengok aku macam tu? kau jangan macam-macam Intan" sambung Shira lagi.

"Nothing" balas Intan lalu meneruskan memakai telekung di tangan. Hm.. tak nak bagitau ye..

Shira di sebelah sudah memandang Intan pelik. Takkan Intan tau kot. Nanti-nantilah bagitau.

Selepas selesai berjemaah, semua tetamu ke khemah yang disediakan menikmati makan malam termasuk pelajar-pelajar tahfiz. Tidak ketinggalan semua rakan-rakan serta jiran-jiran yang hadir. Semua mengambil tempat di bawah khemah setelah mengambil makanan yang disediakan secara bufet. Caden dan Carlos waktu itu dilihat ada bersama Ustaz Khairi sedang makan sambil berbual.

"Shira, kau tak nak makan ke?" soal Intan pada Shira yang berdiri agak jauh dari khemah. Tadi Shira ke dapur, tumpang tandas.

"Nak juga, kau tak nak makan ke?" soal Shira pula.

"Aku tunggu kau, seganlah aku takkan nak makan dengan diaorang yang lelaki tu pulak" balas Intan.

"Lah, tu Kak Sal ada dok sembang dengan makcik-makcik tu" kata Shira sambil menunjukkan ke arah bawah khemah.

"Dah, jom" ajak Shira sambil menarik tangan Intan.

Shira dan Intan mengambil makanan dari bahagian bufet di kanan khemah, waktu itu Intan perasan yang Shira dan Carlos berbalas pandang. Hm.. macam ni punya jelas dan nyata pun tak nak bagitau ye..

Hampir sepuluh malam semua jemputan dan rakan-rakan sudah pulang dan pihak catering pula sibuk mengemas bekas makanan dibantu pelajar-pelajar tahfiz.

"Intan, Caden, ayah balik dulu. Dah lewat ni. Mata pun dah mengantuk" kata Tuan Rahman pada Intan dan Caden.

"Ayah balik dengan siapa?" soal Intan. Risau juga kalau dibiarkan ayahnya memandu, mata tua bukan nampak sangat.

"Ayah datang dengan Imran, dia dah tunggu di kereta pun" balas Tuan Rahman.

"Ooh, kalau ayah datang seorang tadi, boleh kitaorang hantarkan" kata Intan.

"Ish, tak apa" balas Tuan Rahman pula.

"Kalau macam tu baiklah. Minggu depan jangan lupa ya ayah, di rumah kitaorang pula tapi majlisnya selepas asar" kata Caden pula. Tuan Rahman kemudian berjabat salam bersama Caden dan Carlos manakala dengan Ustaz Khairi awal-awal lagi sebelum berjumpa dengan Intan dan Caden.

Tidak lama Tuan Rahman bergerak pulang bersama Imran. Mujur juga ada Imran, anak Mak Mah kalau tidak jenuh juga nak memandu malam-malam begini.

"Abang nak air ke?" soal Intan pada Caden yang berdiri di sisinya.

"Boleh juga, dahaga pulak rasa" balas Caden lalu melabuhkan duduk di bawah khemah bersama Carlos. Manakala Intan pula sudah bergerak ke tempat air. Sewaktu Intan melangkah ke sana dilihat Shira sedang mengambil air, ada dua gelas. Intan hanya tersenyum pada Shira, malas mahu bertanya.

Tidak lama Intan sampai di tempat Caden dan dilihat Shira juga baru tiba bersama gelas di tangan. Intan menghulur gelas pada Caden manakal Shira pula pada Carlos. Macam janji-janji pula. Sebaik Carlos menenguk air, Intan bertanya.

"Korang bercinta ke?" soal Intan tak agak-agak. Terus tersedak Carlos, kalut Shira mengambil tisu dari atas meja dan berikan pada Carlos. Merah wajahnya begitu juga Shira. Caden yang mendengar hanya buat tidak tahu tetapi ada senyuman nipis di bibirnya.

"Hm.. aku dah cakap, kau tak boleh sorok dari Intan" kata Caden lalu melatakkan gelas di atas meja. Carlos yang mendengar hanya menjeling pada Caden sambil mengesat air yang meleleh di bibir. Gelas di tangan diletakkan di atas meja.

Carlos terus membuang pandang pada Intan sambil tersenyum, senyum pun dah tak macam senyum tapi tetap nampak lesung pipitnya itu. Shira yang berada di sisi Carlos sudah tak senang duduk.

"Pretty, sorry.. Bukan tak nak bagitau tapi macam masih awal lagi" Carlos bersuara.

Intan waktu itu sudah kecil sahaja matanya memandang Carlos dan Shira silih berganti. Kecik besar kecik besar sahaja makhluk dua orang ni. Ada hati nak sorok dari dia..

"Intan.. sorry. Aku yang tak bagi Carlos bagitau apa-apa. Segan la.." kata Shira pula, terkelip-kelip matanya minta simpati.

"Korang ni.. dah macam ni punya terang dan jelas pun masih tak nak bagitau" kata Intan. Shira dan Carlos sudah saling memandang, tidak faham.

"Ish.. itu pun tak tau" kata Intan sambil mendengus perlahan.

"Korang ni, pakai baju dah sedondon lepas tu asyik nak pandang-pandang. Bukan aku je yang perasan, orang lain yang tengok pun tau yang korang ni ada apa-apa. Kau pulak Shira, aku tau gambar di skrin telefon kau tu, gambar Carlos. Tengok jam pun dah tau. Lagi-lagi dengan baju yang Carlos pakai tu. Itukan baju masa dia balik dengan kau dari Bentong" kata Intan lagi. Caden di sisi sudah tersengih. Carlos pula sudah serba salah, dahi tak gatal digaru.

"Kan aku dah cakap, Intan ni teliti, kalau tidak tak ada la dia jadi undercover" sambung Caden yang sedang tertawa perlahan sambil memandang pada Carlos.

"Abang pun sama, dah tau tapi tak bagi tau sayang!" marah Intan pula. Caden yang tadi dok ketawa terus senyap dan memandang pada Intan. Ah, sudah. Dia pulak kena sekali.

"Dah la, nak balik" balas Intan lalu melangkah ke arah Ustaz Khairi yang sibuk dengan pelajarnya membantu mengemas.

"Ustaz, saya balik dulu ye. Minggu depan jangan lupa datang rumah" ucap Intan.

"Iye Puan, terima kasih saya ucapkan pada Puan dan Tuan suami isteri. Tak terbalas jasanya" ucap Ustaz Khairi sambil memandang ke belakang Intan. Intan menoleh dan dapat dilihat Caden sudah pun ada di belakangnya bersama Carlos dan Shira.

"Kalau macam tu saya balik dulu" ucap Intan sambil tersenyum.

"Ustaz, saya pun nak gerak. Nanti apa-apa, Ustaz boleh hubungi Carlos" kata Caden pula sambil tangan dihulur. Tidak lama Carlos dan Shira juga turut melangkah meninggalkan perkarangan rumah menuju ke arah kereta.

Intan laju meloloskan diri ke dalam kereta. Aduh.. merajuk sungguh ni. Dari dalam kereta Intan lihat Caden berkata sesuatu pada Carlos dan Shira kemudian dia terus melangkah ke arah kereta dan terus melolos masuk ke tempat pemandu. Intan hanya diam sahaja. Caden tidak bersuara, enjin dihidupkan dan pedal ditekan lalu terus keluar dari kawasan tersebut.

Sampai sahaja di rumah, Intan terus masuk tanpa menunggu Caden dan naik ke tingkat atas lalu ke bilik air untuk salin pakaian dan cuci muka. Caden yang masuk ke bilik lihat Intan sudah siap menukar pakaian tidur dan sedang duduk di hadapan cermin solek sambil menyapu krim pada wajah. Bias Caden di cermin dijeling Intan.

Ah.. parah ni. Salah orang lain, dia pulak dapat tempias. Setelah selesai menukar pakaian dan membersihkan diri, Caden naik ke katil. Waktu itu dilihat Intan sudah pun berbaring dan memejam mata. Hm.. nasib kau la Caden. Caden kemudian perlahan berbaring di sisi Intan dan kemudian lampu tidur di padam hanya bias cahaya dari celahan langsir sahaja masuk ke dalam bilik. Tiba-tiba ada gerakan dari Intan dan ada tangan yang memeluk pinggangnya, tidak membuang masa terus ditarik Intan dalam pelukannya.

"Hm.. ingatkan masih merajuk" usik Caden.

"Merajuk lagi!" balas Intan laju.

"Tapi sambung esok. Malam ni nak tidur peluk abang, nanti tak lena" sambung Intan lagi dengan mata yang terpejam. Ketawa Caden mendengarnya. Ditarik wajah Intan mendongak ke arahnya lalu bibir merah Intan dikucup.

"Nasib baik sambung esok, kalau tak, merana abang tak dapat nak kiss, sayang abang ni" kata Caden pula. Intan yang berada dalam pelukan Caden semakin mengeratkan pelukan dan ciuman di labuhkan di dada tidak berbaju Caden. Rasa yang satu sudah terusik, pantas Caden memaut leher Intan dan ciuman dilabuhkan di bibir itu. Lama dan asyik sekali. Malam itu dipenuhi dengan tautan kasih sayang dan cinta yang mekar antara dua insan yang saling menyanyangi serta saling melindungi.

+++

Setelah solat subuh, Intan masih mengantuk dan mahu menyambung tidur, waktu itu jam sudahpun mahu menginjak ke pukul enam empat puluh lima. Dilihat Caden segar sahaja wajahnya.

Setelah sejadah digantung pada penyidai, Caden melangkah ke arah wardrobe dan tidak lama Caden keluar semula dengan berpakaian sukan. Intan yang masih belum lena dengan betul, terus luas mata dibuka. Aish.. tak penat ke dia ni, nak jogging pula.

"Abang.." panggil Intan pada Caden yang sedang memakai stoking.

"Ye sayang" jawab Caden sambil menoleh seketika sebelum menyambung semula perbuatannya.

"Abang nak ke mana?" soal Intan. Saja kan, padahal dah tau. Lagi mau tanya, mengada betul kau ni..

Caden bangun menghampiri Intan yang masih berada di atas katil.

"Abang nak jogging, kawasan dekat-dekat sini saja" balas Caden sambil mengusap rambut Intan.

"Nak ikut" kata Intan. Terhenti tangan yang sedang mengusap.

"Sayang nak ikut? betul ke ni, tak penat?" soal Caden pada Intan, macam tak percaya je..

"Penat, tapi nak ikut juga.." balas Intan mengada sambil bibir dimuncungkan. Ingat cantik la tu..

Caden sudah tersenyum.

"Okay. Sayang pergi salin, abang tunggu di bawah" kata Caden lalu melabuhkan cium pada dahi Intan.

"Thanks abang" balas Intan gembira lalu laju turun dari katil ke wardrobe. Caden pula, mengemaskan katil dan kemudian mahu turun ke dapur untuk mengambil botol air. Pouchbag yang ada diatas meja diambil untuk menyangkut botol air. Kalau dia seorang, tidak dibawa botol itu tapi bimbang jika Intan pula yang dahaga nanti. Setelah itu Caden melangkah turun untuk ke dapur. Sebaik siap air diisi, Intan yang sudah siap berpakaian sukan turun mendapatkannya di dapur.

"Sayang dah siap?" soal Caden. Intan hanya mengangguk.

"Marilah, nanti panas" ajak Caden lalu membuka langkah ke pintu rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience