BAB 9

Romance Completed 42886

Adi Ashraf tersenyum lebar saat melihat gerangan yang berada disebalik pintu. Rasa tak percaya dengan apa yang dilihat dengan matanya sendiri. Figura itu hanya tersengih melihat reaksi Adi Ashraf.

"Izz! Bila kau balik?" soal Adi Ashraf bangun berdiri. Mereka berdua bersalaman sebelum saling berpelukan.

"Semalam. Tu aku datang nak buat surprise untuk kau ni." balas Izz Faris mesra. Dia mengambil tempat dihadapan Adi Ashraf.

"Lama betul kita tak jumpa. Kau apa khabar? Tiba-tiba hilang tak ada khabar berita." kata Adi Ashraf cuba memulakan perbualan. Dia berasa gembira dapat berjumpa kembali teman lamanya semula. Lebih kurang lima tahun jugalah mereka terpisah.

"Aku sihat. Cuma tulah aku kena uruskan syarikat ayah aku dekat Kedah sebelum ni. Sekarang, alhamdulilah abang ipar aku yang tolong uruskan. Aku balik sini pun sebab nak usahakan syarikat aku sendiri." terang Izz Faris panjang lebar. Adi Ashraf mengangguk tanda faham. Dia berasa kagum dengan pencapaian sahabatnya itu.

"Jangan risau. Aku ada kalau kau perlukan apa-apa. Lagipun banyak benda yang kita kena sembang ni. Tapi lepas ni aku ada meeting dengan klien." jelas Adi Ashraf pula. Sedih dirasakan apabila tak dapat berbual dengan lebih lama dengan lelaki itu.

Izz Faris menghamburkan tawa sambil mengeleng kepala. Adi Ashraf mengerutkan dahi melihat perbuatan sahabat baiknya. Tangannya menumbuk lembut lengan Izz Faris. Dah tak betul ke kawan dia ni?

"Aku...akulah klien kau, Adi. Ya Allah. Aku datang sini bukan semata-mata nak buat surprise tau. Aku datang nak melabur untuk syarikat kaulah." kata Izz Faris berusaha untuk bercakap dengan lancar. Adi Ashraf melihat kembali nama yang tertera di jadualnya.

Dia menepuk dahi. Macam mana dia tak boleh tak perasan tadi? Bibirnya mengukir senyuman. Nampaknya bolehlah dia sambung berbual lagi bersama dengan lelaki itu. Terlalu banyak perkara yang mereka berdua ketinggalan sepanjang lima tahun ini.

"So, macam mana dengan isteri kau? Eh, mesti kau dah jadi ayah kan? Sorry sangat aku tak dapat datang majlis kahwin kau. Tak apa, jangan risau. Aku belanja pakej honeymoon kedua untuk kau. Okay?" kata Izz Faris teruja. Keningnya dijongketkan beberapa kali sambil mengukir senyuman nakal.

Namun, soalan itu membuatkan Adi Ashraf terdiam. Dia tersenyum lemah. Dia tak salahkan Izz Faris yang belum sedia maklum tentang kematian Mawar Adriana. Cuma kata-kata sahabatnya membuatkan dia rasa hiba.

Memang benar apa yang dikatakan oleh sahabatnya. Mungkin sekarang dia telah bergelar seorang ayah dan menjadi seorang suami kepada Mawar Adriana. Namun kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan.

"Mawar...dah tak ada Izz. Dia meninggal dalam kemalangan sebelum hari perkahwinan kita orang." ucap Adi Ashraf tenang. Bibirnya digagahkan untuk mengukir senyuman. Walaupun dia sendiri susah untuk menerima kenyataan itu.

Izz Faris terkedu. Tak sangka dengan nasib malang yang ditimpa oleh sahabatnya selama ini. Dia mula rasa serba salah kerana tidak mengambil tahu tentang perihal lelaki itu sepanjang dia di Kedah. Dia fikirkan bahawa Adi Ashraf telah bahagia bersama isterinya. Malangnya, tanggapannya salah sama sekali.

"Aku mintak maaf, Adi. Aku tak tahu. Aku ingatkan kau-" kata-kata Izz Faris segera dipintas oleh Adi Ashraf segera.

"Aku tak salahkan kau. Tak apa aku okay. Jangan risaulah. Ramai sangat dah yang risaukan aku. Bagilah aku peluang untuk risaukan orang lain pulak." seloroh Adi Ashraf cuba menjernihkan keadaan antara mereka. Dia tak nak menambahkan lagi bilangan orang yang merisaukan dirinya.

Izz Faris tersenyum bangga. Bangga melihat sahabatnya yang menghadapi ujian yang ditimpa dengan tenang. Dia menarik lelaki itu ke dalam pelukan dengan erat.

"Aku tahu dah kau kuat, Adi. Jangan risau aku akan sentiasa ada untuk kau." pesan Izz Faris sambil menepuk lembut belakang badan Adi Ashraf.

Namun ketukan dipintu mula menarik perhatian mereka berdua, pelukan tersebut segera dileraikan. Belum sempat Adi Ashraf memberikan keizinan untuk masuk, pintu tersebut telah terbuka luas. Lelaki itu hanya sempat mengeluh kuat.

Kerana figura yang berada dihadapannya kini adalah tidak lain dan bukan daripada Ariana Atilia yang merangkap bakal tunang kesayangan dia. What a lovely morning.

"Morning, dingin!" sapa Ariana Atilia ceria. Suara lunak gadis itu mula menganggu pendengaran Adi Ashraf. Rasa rimas pada bahagian gegendang telinganya. Dia menjeling ke arah Ariana Atilia atas bawah.

Izz Faris diam membisu memerhatikan seorang gadis yang tak dikenalinya bersama Adi Ashraf. Keningnya ditautkan tanda keliru. Dahinya pula sudah dikerutkan. Dia bertukar pandangan ke arah Adi Ashraf. Mahukan penjelasan segera dari lelaki itu.

Adi Ashraf menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tak tahu bagaimana untuk menjelaskan keadaannya sekarang. Mungkin lain kali sahajalah dia bercerita panjang. Buat masa ini, dia hanya perlu memendekkan cerita.

"Oh, lupa pulak aku nak kenalkan kau dengan bakal tunang aku, Izz. Ni Ariana. Ariana ni Izz Faris. Kawan aku." kata Adi Ashraf cuba memperkenalkan mereka kepada satu sama lain. Lidahnya bagai nak tergeliat cuba menerangkan.

Ariana Atilia yang baru tersedar dengan kehadiran sahabat Adi Ashraf segera menundukkan muka. Malu dengan perbuatannya sebentar tadi. Mungkin dia tak malu dengan Adi Ashraf.

Tapi itu tak bermakna dia tak berasa malu apabila berjumpa dengan mana-mana lelaki yang baru dia kenali. Sebenarnya, dia seorang yang pemalu. Cuma dengan Adi Ashraf saja tak. Ye ye je.

"Oh bakal tunang eh? Ada chance la ni?" sakat Izz Faris bersama senyuman mengejek ke arah Adi Ashraf.

Lelaki itu hanya menjulingkan mata ke atas mendengar gurauan daripada Izz Faris. Lupa pula dia kepada sikap sahabatnya yang tak kurang seperti adiknya, Akid Ahnaf. Haih.

Ariana Atilia diam tak membalas. Pipinya mula memerah membuatkan dia melarikan pandangan daripada dua jejaka yang berada dihadapannya. Tangannya naik menggosok lengan kirinya untuk hilangkan rasa kekok.

Perbuatan gadis itu disedari oleh Adi Ashraf. Lelaki itu mula berasa hairan dengan perubahan sikap Ariana Atilia. Sejak bila perempuan tu reti malu? Matanya merenung tajam ke arah Ariana Atilia untuk memerhati setiap tindakan gadis itu yang seterusnya.

Izz Faris hanya memerhati mereka berdua dengan senyuman penuh makna. Seronok melihat sahabatnya mula menerima seseorang di dalam hidupnya.

Renungan tajam bagaikan helang daripada Adi Ashraf disedari oleh Ariana Atilia. Dia mengeluh kecil. Perbuatan lelaki itu membuatkan dia semakin tak selesa. Matanya masih diliarkan ke sekeliling cuba mengelak daripada bertentang mata dengan lelaki itu.

Adi Ashraf tersenyum sinis. Tangannya disilangkan ke dada sambil merenung ke arah Ariana Atilia. Cuba menguji kesabaran gadis itu yang hanya senipis bawang. Rona merah pada pipi Ariana Atilia membuatkan dia melebarkan senyuman.

"Adi Ashraf, stop staring." kata Ariana Atilia penuh geram kerana sudah tak tahan apabila direnung sebegitu sekali. Matanya menangkap senyuman nakal yang terpamer pada wajah Adi Ashraf.

Urghhh... Tangan kanannya sudah mengepal penumbuk. Dia cuba menahan diri dengan setiap kekuatan di dalam badannya untuk tidak mencekik leher lelaki itu sehingga mati. Tak bertunang dia nanti.

"So, say something. Jangan jadi macam patung dekat sini. Doll." balas Adi Ashraf bersama senyuman sinis. Kakinya disilangkan cuba memarakkan lagi api kemarahan dalam diri Ariana Atilia.

"Don't you ever call me doll, Adi Ashraf. Aku ada nama. Aku bukannya patung yang kau boleh arahkan untuk buat apa-apa." kata Ariana Atilia cuba memberi amaran. Dia sedikit pun tak suka dengan gelaran baharu yang diberikan oleh lelaki itu. Dia bukan patung!

"Oh my bad. Maksud aku, my doll. Betul tak darling?" balas Adi Ashraf dengan berani. Dia sendiri tak tahu kenapa gelaran itu juga dipilih olehnya.

Tetapi ada satu benda yang dia pasti. Dia suka memberikan gelaran kepada gadis itu. Oleh sebab itu juga, dia tak sabar untuk mencuba setiap nama gelaran baharu khas untuk gadis itu pada setiap hari yang akan datang. Nampaknya Ariana Atilia telah membuatkan hidupnya lebih menarik berbanding sebelum ini.

"Baik kau tutup mulut kau sebelum aku sendiri yang tutupkan, Adi Ashraf. Kau memang nak cari pasal dengan aku agaknya kan. Sini kau." marah Ariana Atilia mula mendekatkan diri ke arah Adi Ashraf.

Kehadiran Izz Faris disitu tidak dipedulikan oleh mereka berdua. Seolah-olah lelaki itu tidak wujud di situ. Namun, tanpa mereka sedari, Izz Faris sedang memerhatikan berdua dengan teliti.

Lelaki itu tersenyum lebar. Lagak Ariana Atilia mirip dengan arwah Mawar Adriana. Perbalahan antara mereka mengingatkan dia kepada kenangan Adi Ashraf bersama arwah Mawar Adriana dahulu.

Mungkin Ariana Atilia ialah orang yang paling sesuai untuk Adi Ashraf. Namun wajah gadis itu mengingatkan dia kepada seseorang. Takkanlah. Dia mengeleng kepala cuba membuang tanggapan itu dari kepalanya.

"Bawa bersabar kau orang berdua. Jangan marah-marah. Tak lama lagi, nak bertunang kan? Jadi berbaiklah eh. Seronok jumpa kau, Ariana. Tolong jagakan kawan aku sorang ni tau. Dia memang macam ni. Bawa bersabarlah. Ini semua ujian.

Ha, kau Adi. Jangan lupa jaga isteri kau elok-elok. Nanti majlis tunang jangan lupa ajak aku. Kalau tak, aku pindah Kedah balik. Apa pun selamat bertunang! Pergi dulu, bye!" pesan Izz Faris sebelum beredar pergi.

Pasangan tersebut hanya menghantar pemergian lelaki itu dari ekor mata. Apabila anak mata mereka bertembung, mereka saling menikam anak mata satu sama lain. Maka bermulalah perbalahan kali kedua pada pagi tersebut.

??????

"Apa kita buat dekat sini? Kau tahu tak aku ni sibuk? Banyak lagi kerja aku kena buat." soal Adi Ashraf mahukan jawapan segera. Tak suka apabila dia terpaksa diheret oleh Ariana Atilia ke sebuah butik.

"Shhh...diamlah. Aku dah tanya aunt Ratna. Dia kata kau tak sibuk hari ni. So, baik kau diam daripada membebel macam mak nenek. Kita kat sini nak ambik baju untuk majlis tunang minggu depan. Jangan kata kau nak pakai baju T-shirt je eh." balas Ariana Atilia panjang lebar. Sempat dia menghadiahkan jelingan tajam kepada lelaki itu.

Adi Ashraf mengeluh buat sekian kalinya. Patutlah mama dia ada tanya pagi tadi. Ada udang disebalik batu rupanya. Terpaksalah dia ikutkan sahaja apa yang dia mahukan oleh gadis itu. Malas nak bertekak.

Mereka berdua mengambil tempat di dalam butik tersebut. Pandangan Adi Ashraf diliarkan ke sekeliling. Memorinya bersama arwah Mawar Adriana mencari baju pengantin melayar di fikiran. Matanya dipejamkan cuba mengusir memori itu daripada kembali.

"Aku pergi tandas kejap. Aku tunggu dalam kereta." kata Adi Ashraf dingin. Cuba menyembunyikan suaranya yang akan menjadi serak kerana menahan diri daripada menangis. Ariana Atilia mengangguk faham tanpa banyak tanya.

Dia meraup muka kecewa. Bagaimana dia boleh terlupa dengan memori yang menghantui Adi Ashraf? Dia harap lelaki itu berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Kini dia mahu mendapatkan baju mereka berdua dengan segera supaya dia dapat menenangkan Adi Ashraf secepat yang mungkin.

Adi Ashraf berjalan berkeliaran cuba menenangkan emosinya yang sedang bercelaru. Dia hanya membiarkan kakinya melangkah ke mana sahaja sehingga tiba di sebuah kedai emas. Baru sahaja dia mahu melangkah pergi, dia teringatkan sesuatu.

Cincin pertunangan dia dengan Ariana. Itu sahaja perkara yang mereka berdua belum beli. Dia mula berkira-kira sama ada mahu membelinya sendiri atau membelinya bersama Ariana Atilia. Lagipun dia tak tahu saiz cincin gadis itu.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menghantar mesej kepada Ariana Atilia tentang keberadaannya sekarang ini. Risau jika gadis itu fikir dia hilang ke apa. Kakinya dibawa masuk ke dalam kedai tersebut.

"Ada apa-apa yang saya boleh bantu, Encik?" soal tukang emas itu sopan. Adi Ashraf mengambil tempat untuk menyelesakan diri.

"Saya nak cari cincin untuk tunang saya." balas Adi Ashraf senada. Dia menunggu dengan sabar untuk tukang emas tersebut mengambil sekotak cincin emas yang bertatahkan berlian.

Sebuah kotak yang berisi cincin itu ditunjukkan kepada Adi Ashraf. Dia memerhatikan satu demi satu pilihan cincinnya dengan teliti. Sehinggalah terhenti terhadap sebentuk cincin emas yang bertatahkan berlian kecil.

"Saya nak yang ni." kata Adi Ashraf kepada tukang emas tersebut. Lantas, cincin tersebut diberikan kepada Adi Ashraf untuk memeriksa saiz yang dikehendaki. Lelaki itu mencuba untuk menyarungkan ke dalam jari kelengkengnya. 

Tanpa banyak fikir, dia memilih untuk membeli sahaja cincin tersebut. Apa susah, kalau tak muat biarlah dia beli lain. Itulah yang difikirkan oleh Adi Ashraf pada saat itu. Sebaik selesai, dia membawa bungkusan tersebut menuju ke keretanya. Namun begitu, fikirannya masih teringatkan Mawar Adriana.

Entah bagaimana, dia ditolak kuat oleh seseorang kerana terlalu leka dengan perasaaannya sendiri. Lebih malang lagi, apabila cincin yang dibelinya jatuh bergolek dihadapan matanya sendiri.

Tanpa membuang masa, dia segera mengejar cincin itu yang terhenti dihadapan sepasang kaki milik seorang perempuan. Adi Ashraf terpaksa melutut untuk mengambil sebentuk cincin itu.

"Wow, kau nak melamar aku ke, Adi Ashraf?" sapa suara pemilik sepasang kaki tersebut.

Adi Ashraf mendongakkan kepala untuk melihat pemilik suara itu. Dia menghela nafas lega apabila sedar identiti gerangan itu. Mujurlah bukan sesiapa tadi.

"Memang taklah." jawab Adi Ashraf sambil cuba bangun berdiri. Namun ditahan oleh Ariana Atilia.

"Sabar, orang pandanglah." bisik Ariana Atilia perlahan sambil mencuri pandang ke arah sekeliling. Adi Ashraf turut melakukan perkara yang sama.

Tak dinafikan memang ramai orang yang lalu lintas sedang melihat ke arah mereka. Mungkin salah faham dengan kedudukan Adi Ashraf yang seperti mahu melamar pada ketika ini.

"So, kau still tak nak lamar aku ke? Ramai orang tengok ni. Nak jugak aku try cincin tu." cabar Ariana Atilia sambil menyilangkan tangan.

Adi Ashraf mengetap gigi apabila dicabar sebegitu. Bibirnya mengukir tersenyum mengejek kepada Ariana Atilia. Gadis itu turut membuat perkara yang sama.

"Will you marry me?" soal Adi Ashraf seikhlas yang mungkin. Dia masih melutut dihadapan Ariana Atilia bersama tangannya memegang sebentuk cincin tersebut.

Ariana Atilia menghadiahkan senyuman manis kepada Adi Ashraf. Perlahan-lahan, tangannya mengambil cincin tersebut daripada pegangan lelaki itu. Cincin itu disarungkan pada jari manisnya. Bersama senyuman yang lebar, Ariana Atilia menunjukkan cincin yang tersarung dengan sempurna itu kepada Adi Ashraf.

Pada saat itu, segala yang berkaitan tentang Mawar Adriana hilang daripada fikiran Adi Ashraf. Tanpa dia sedari, dirinya terasa bahagia apabila cincin tersebut tersarung elok pada jari Ariana Atilia. Senyuman gadis itu berjaya menghilangkan kesedihan yang dilanda oleh dirinya.

Tanpa amaran, Ariana Atilia membisikkan sesuatu pada telinga Adi Ashraf. Jawapan dari gadis itu menyebabkan jantungnya berdetak laju.

"Yes, I do."

-To be continued...-

Hello my lovely readers! Special thanks sebab sudi baca story ni! Enjoy reading! Don't forget to vomment! -ftnfzyyy-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience