Menjauh saja Spencer dari situ, Davina cepat-cepat tolak tangan tu jauh dari pinggang dan dia undur menjarakkan diri seakan tangan dan tubuh itu suatu penyakit berbahaya buat dirinya.
Tapi Declan dapatkan semula tangan Davina. Dia tarik Davina ikut Bersama dengan dia untuk keluar dari situ sekali.
"Hei!Apa ni!"marah Davina sewaktu dirinya di tarik. Sedaya upaya dia cuba rentap tangan tu lepas dari mencengkam pergelangan tangannya.
Lepas berhenti dekat tepi tingkat dek itu, Declan sandarkan belakang Davina pada rel besi disitu dan berdiri memagari kanan dan kiri Davina menggunakan tangan dia.
"Sakitla!Kenapa dengan awak ni?"marah Davina sewaktu mengurut pergelangan tangannya yang di cengkam tadi. Panas membahang menjalar dari leher naik ke kepala terus ke telinga dia di kala ini. Sumpah!jarak mereka buatkan dia blushing sendiri.
"What the hell you doing here?"tanya Declan sambil mencengkam kuat rel besi di situ. Sedaya upaya kawal diri dia yang sedang membuak-buak hendak lakukan sesuatu terhadap Davina. Sejak awal lagi dia pandang hati dia dah terlintas mahu peluk tapi mengenangkan status yang dimiliki oleh Davina, niatnya terpaksa dibatalkan. Sebab itu dia pergi cepat-cepat.
Davina pandang Declan dengan kening mencerlung, Dadanya naik turun, hatinya panas membara dengan perasaan marah, kecewa, sakit hati dan berang sampaikan angin malam yang bertiup pada masa itu sikit pun tak boleh nak surutkan takat didihnya.
"Siapa awak nak tahu apa urusan saya dekat sini!?Ke tepi!"arah Davina yang memegang lengan Declan untuk di turunkan dari situ supaya dia dapat pergi dari situ.
Memang urusan dia!Kapal ni bakal di serang oleh penjahat dan Davina boleh dalam bahaya!Dan dia tak boleh ambil risiko dengan semua ni! "Jangan cakap kau ke sini Bersama dengan suami kau? Nak raikan perkahwinan kau orang berdua tapi Bersama dengan lelaki lain?Macam tu?"
Terbakar hati Davina mendengarnya. Nak kena mamat ni!Suka hati!Siapa yang kahwin?Dia tak cuba dekati sesiapa okay!Dia cuma nak enjoy percutian ni dengan baik sebelum mereka semua ni muncul di depannya di satu tempat yang sama. Ingat dia rancang semua ni ke!
"Memangnya kalau ya kenapa?Kalau awak boleh Bersama dengan perempuan lain ketika Bersama dengan saya, kenapa saya tak boleh buat perkara yang sama. Ingat lelaki je yang ada privilege untuk buat semua tu. Perempuan pun boleh la. Saya bersuami atau tidak bukan masalah awak!" lafaz Davina dengan satu nafas. Bukan nak mintak maaf atau jelaskan kepada dia. Jumpa-jumpa dan menempik marah pada dia!Ingat dia ni tak ada hati ke!Dasar lelaki tak becus! Ugh! Dengan kasar dia tolak dada Declan dengan bahunya hingga buatkan Declan terundur ke belakang dengan paksa.
"Davina!"panggil Declan pada masa melihat Davina melangkah pergi.
Nak cepat punya pasal, Davina jalan dengan laju tanpa mengangkat kain dressnya yang labuh menyapu lantai itu. Jalan punya jalan, hujung kasut tumit tingginya terpijak kain dressnya buatkan dia tersungkur lalu gerak ke depan mahu jatuh tersembam.
Satu pelukan hinggap di depan bahu Davina sesaat kemudian.
Terkebil-kebil mata Davina ketika itu. Dia pandang kaku sekejap ke lantai sebelum dongak memandang ke atas dimana orang yang menyambut dia sebelum terjatuh tadi.
Eden dengan renungan dingin tunduk memandang mata bulat yang sedang menatapnya ketika itu. Terpana sekejap dengan renungan itu, dia soberkan diri cepat-cepat sebelum berdirikan Davina semula.
"Kau tak apa-apa?"tanya Eden sebelum lirik ke Declan tanpa melepaskan tangan dari bahu tu.
Mulut Davina terbuka sedikit kerana tak terkata apabila terpandang akan Eden yang segak mengenakan tuksedo hitam dan bow tie di leher itu. Dia tak faham kenapa Eden dan Declan boleh ada di sini. Apa dia tahu, dia betul-betul hendak bercakap dengan Eden. "Maafkan aku..."lafaz dia tanpa sedar sambil pegang lengan tu.
Declan yang berdiri dekat belakang hanya diam memerhati akan dua orang di depannya. Giginya terketap erat dan kepalan penumbuk di genggam kuat sampai sakit tapak tangannya dibuat kuku yang terbenam ke kulit.
"Kenapa kau nak mintak maaf?"tanya Eden.
Nafas Davina naik turun sebab tak tahu nak cakap macam mana. Dia cuma nak mintak maaf pada Eden saja sebab perasaan dia yang kata macam tu. "Aku-"
Tak semena Eden dengar suara dari ear piece yang terpasang di telinganya ketika itu dan serta merta dia angkat jari ke Davina suruh senyap.
"Mereka dah muncul..."beritahu Dritan dalam alat itu.
Declan yang dengar tersentak, mata dia gerak ke Davina yang berdiri di depan Eden."Sh*t! Sekarang ke!?" dia terus gerak ke Eden dan Davina.
Davina yang terdiam itu pandang tak faham ke Eden lepas jari lelaki tu berada di bibirnya. Matanya tunduk memandang jari itu lalu ke muka Eden. Apa yang dah berlaku?
"Kita kena gerak!"arah Declan sambil dorong Davina sama untuk pergi dari dek itu ke tempat yang selamat.
Eden menurut. Dia maju ke depan terlebih dahulu sambil keluarkan pistol dari balik kot di belakang seluarnya.
Mata Davina terbutang kaku melihat tindakan itu. "Apa yang dah berlaku?"tanya dia pada Declan sewaktu berjalan lekas merentasi laluan dek itu Bersama mereka.
"Saya akan terangkan kepada awak kemudian." beritahu Declan sambil pegang tangan Davina dengan erat sewaktu berlari.
.
Share this novel