Seminggu kemudian...
“Uwerk...uwerk...” Sedaya upaya Fiqa memuntahkan segala isi perutnya. Rasa loya kembali memenuhi diri. Syafiq pula setia membantu isterinya yang sedang mengalami simptom morning sickness bagi ibu yang mengandung.
“Sayang, okay tak ni? Jom rehat dulu. Lama sangat awak duduk dekat dapur tolong mama.” ucap Syafiq yang risau dengan keadaan isterinya.
“Saya okay lah awak. Kesian dekat Kak Anis dengan mama nanti kena masak. Ni kan majlis hari jadi Aidil. Saya nak tolong jugak.” terang Fiqa.
Dia tak mahu majlis hari jadi anaknya menyusahkan sesiapa. Kalau boleh, semua perkara dia nak tolong.
Syafiq sudah mengeleng kepala. Rajinnya alahai isteri dia sorang ni. Tengoklah isteri siapa, ehek!
“Awak, saya tahu awak nak tolong. Tapi, dengan keadaan awak sekarang ni kan tak mengizinkan. Abang kesian tau tengok awak muntah-muntah dari tadi. So, please rest. Untuk abang dengan anak kita.” pujuk Syafiq lembut.
Tangannya mengengam erat jari jemari isterinya. Tak sampai hati dia mahu membiarkan isterinya kepenatan.
Tak lama kemudian, Fiqa mengangguk tanda setuju. Serta-merta, Syafiq mengukir senyuman. Dia mencium sekilas dahi isterinya. Namun, deheman seseorang menghentikan tindakan itu.
“Ehem...kau kalau nak bersemut pun jangan dekat sini boleh tak, Syafiq? Aku rasa rumah mama ni punyalah banyak bilik. Takkan dekat sini jugak korang nak bersemut hah?” tegur Afiq Raihan tak puas hati.
Dia baru mahu mencari bapanya di dapur. Tetapi niatnya terbantut apabila secara tak sengaja menyaksikan drama adik iparnya. Urgh!
Syafiq tersengih nakal. Manakala, Fiqa pula dah mencebik tanda geram. Suka hati dia lah nak bersemut dekat mana! Yang sibuk sangat tu dah kenapa?
“Alah, kau ni Afiq. Baru sikit jer aku tunjuk ni. Takkan itu pun dah cemburu. Kau pergi lah bersemut dengan Kak Anis. Tak payah la kacau kita orang. Kan, sayang?” kata Syafiq.
“Tulah abang. Dah lah sayang nak rest. Penat layan abang Afiq ni. Buang masa je. Huh!” balas Fiqa tanda bersetuju dengan kata-kata suaminya.
Mereka berdua berjalan beriringan meninggalkan Afiq Raihan bersendirian. Afiq Raihan pula hanya mampu menghantar pemergian adik iparnya dari ekor mata. Dia meneruskan niatnya sebentar tadi.
Sebuah kerusi ditarik sebelum dia melabuhkan punggung diatasnya. Matanya melirik ke arah ibu dan isterinya yang sedang sibuk memasak. Yelah, tak lama lagi majlis hari jadi anak buahnya akan bermula.
“Afiq, dah siap kemas ruang tamu? Jiran-jiran semua kamu dah maklumkan ke belum?” soal Puan Zulaikha kepada anaknya.
“Dah mama. Semua Afiq dah buat. Tinggal nak tunggu orang datang rumah je nanti. Papa mana, mama?” soal Afiq Raihan kehairanan. Dari tadi dia cuba mencari kelibat bapanya tetapi masih tak jumpa.
“Oh papa keluar dengan Aidil tadi, Aidil nak makan aiskrim katanya.” jawab Puan Zulaikha sambil menyiapkan hidangan makanan untuk dijamu kepada tetamu.
Afiq Raihan mengangguk tanda faham. Matanya mengerling ke arah isterinya sekilas. Kelihatan Anis Raihanna sedang khusyuk menyediakan air minuman untuk majlis nanti.
Afiq Raihan sekadar menjadi pemerhati. Dia sendiri tak tahu menolong ibunya memasak. Akhirnya, dia mengambil sebalang gula yang berada di kabinet dapur. Lalu, dia menabur sedikit gula itu di telapak tangannya. Perbuatannya disedari oleh Anis Raihanna.
“Kau kenapa ambik gula tu? Aku nak gunalah. Bak sini.” marah Anis Raihanna. Dia merampas balang itu daripada tangan suaminya.
Afiq Raihan tak mengendahkan isterinya. Bahunya dijongketkan sedikit tanda malas nak bertengkar. Matanya tertancap pada gula yang berada di telapak tangannya.
Anis Raihanna mengerut dahi melihat tingkah suaminya. Dia semakin pelik dengan Afiq Raihan. Buang tebiat ke apa, suami aku ni. Dah seminggu dia cuba kembalikan Afiq Raihan yang dulu tapi kenapa makin teruk pula perubahan suaminya?
“Afiq, kau kenapa tengok gula tu?” soal Anis Raihanna.
“Aku nak tunggu semut datang dekat gula ni. Tadi Syafiq suruh aku bersemut.” balas Afiq Raihan selamba. Sengaja dia nak berloyar buruk kejap.
Anis Raihanna mengeleng kepala. Kalau jawapan tu bodoh lagi tak boleh ke suami aku yang tercinta? Puftt...Hahaha.
Tiba-tiba, Anis Raihanna mengambil tempat dihadapan suaminya. Dia menongkat dagu sambil memandang wajah Afiq Raihan.
Afiq Raihan sedikit terkejut dengan perbuatan isterinya. Tetapi, dia buat tak endah. Matanya masih tertancap pada gula tersebut. Namun lama-kelamaan, dia mula rasa tak selesa apabila Anis Raihanna tak henti memandangnya dari tadi.
“Kau kenapa tengok aku macam tu? Ada hutang?” tegur Afiq Raihan.
Anis Raihanna mengukir senyuman. Dia makin galak mengenakan suaminya. Setiap perbuatan Afiq Raihan tidak lepas daripada pandangan matanya.
“Hana, stop! Kau nak apa sebenarnya, hah?” luah Afiq Raihan geram. Dia tak sanggup lagi mahu ditenung sebegitu. Malu!
Anis Raihanna menghamburkan tawa. Muka Afiq Raihan yang mula memerah kerana malu itu mencuit hatinya. Afiq Raihan cuba mempamerkan riak muka tanpa perasaan semula.
“Kau tanya apa aku nak? Aku nak jadi semut. So, kau boleh tengok aku macam tu.” balas Anis Raihanna selamba.
Afiq Raihan sedaya upaya menyembunyikan senyumannya. Mukanya makin memerah dari tadi. Anis Raihanna menahan tawanya dari meletus lagi. Itulah reaksi yang dia mahukan!
“Eh, kamu berdua pergilah tukar baju. Dah siap dah semua ni. Nanti orang datang, cepat sikit tukar bajunya.” tegur Puan Zulaikha.
Afiq Raihan segera menuju ke bilik untuk menukar pakaian. Tawa yang ditahan oleh Anis Raihanna tadi akhirnya terletus juga. Malu sangat ke Afiq, oi! Hahaha.
“Mama, Anis dengan Afiq tukar baju dulu eh. Nanti kalau ada apa-apa, pangil Anis dalam bilik tau.” pesan Anis Raihanna sebelum beredar ke biliknya. Puan Zulaikha mengangguk kecil.
Anis Raihanna memulas tombol pintu biliknya. Lalu, masuk ke dalam bilik tersebut. Kedengaran bunyi air pancuran di dalam bilik air. Nampaknya Afiq Raihan sedang membersihkan diri.
Tak lama kemudian, Afiq Raihan keluar daripada bilik air. Kini, giliran Anis Raihanna pula untuk membersihkan diri. Afiq Raihan cuba mengelak daripada bertembung mata isterinya.
Selepas memastikan isterinya telah masuk ke dalam bilik air, dia menghela nafas lega. Rasa bagai nak tercabut jantungnya apabila teringat kembali kata-kata isterinya sebentar tadi.
Tangannya pantas mengambil sehelai baju melayu di dalam almari. Lalu, menyarungkan baju tersebut pada tubuh. Dia cuba memasukkan butang baju melayunya.
Selepas gagal beberapa kali, dia membetulkan pula rambutnya dihadapan cermin. Sekejap diraup ke belakang, sekejap ke tepi dan akhirnya dia rambutnya masih sama seperti tadi. Satu keluhan kecil dilepaskan olehnya.
Usai membersihkan diri, Anis Raihanna keluar daripada bilik air. Matanya dilirikkan ke arah suaminya. Lalu, dia segera melangkah ke almari miliknya. Pantas tangannya mengeluarkan sepasang baju kurung moden yang warnanya senada dengan baju melayu milik Afiq Raihan.
Selepas selesai melilit tudung shawl, sekali lagi Anis Raihanna melirik ke arah Afiq Raihan. Dia mengeleng kepala. Langkah diatur menghampiri suaminya.
“Kenapa tak pakai butang ni elok-elok? Nanti tak handsome. Tak ada siapa nak tau. Tapi tak apa sebab kau tetap handsome di mata aku.” ucap Anis Raihanna sambil memakaikan butang baju melayu untuk suaminya.
Afiq Raihan tak henti memandang wajah putih bersih milik isterinya. Dia bagai terpukau dengan kata-kata Anis Raihanna. Bibirnya mengukir senyuman tanpa dia sedari.
“Okay, dah handsome!” sorak Anis Raihanna gembira. Dia menepuk lembut dada bidang Afiq Raihan sebelum menapak selangkah ke belakang.
Anis Raihanna sempat melihat senyuman Afiq Raihan itu tadi. Dia turut menghadiahkan sebuah senyuman kepada suaminya. Namun, Afiq Raihan kembali mempamerkan riak muka tanpa perasaannya.
“Yeah, aku tahu aku handsome. Tak payah puji.” balas Afiq Raihan selamba.
Dia kembali menilik dirinya di cermin. Sebuah songkok disarungkan di kepala. Sampin di pingangnya dibetulkan sekilas. Maklumlah, majlis hari ini turut disekalikan dengan doa selamat.
“Handsome tu memang handsome dah. Tapi tulah sayang...” ucap Anis Raihanna sayu.
Afiq Raihan menoleh ke arah isterinya. Pelik dengan nada suara Anis Raihanna yang mula mengendur. Namun, riak muka risaunya disembunyikan.
“Sayang, kenapa?” tanya Afiq Raihan ingin tahu.
Anis Raihanna kembali menghampiri suaminya. Dia mengukir senyuman penuh makna. Tanpa amaran, lengan suaminya dipeluk erat. Afiq Raihan terpempan dengan perbuatan isterinya.
“Aku rindu kau panggil aku sayang. Panggil lah lagi. Nak dengar.” pinta Anis Raihanna manja.
“Hana, please. Jangan buat macam ni dah. Kan aku dah kata kita guna kau-aku jer.” balas Afiq Raihan cuba mengingatkan semula kata-katanya kepada Anis Raihanna.
“Kau tak rindukan keadaan kita yang dulu ke, Afiq?” tanya Anis Raihanna.
Tanpa membalas soalan isterinya, dia melangkah pergi meninggalkan Anis Raihanna bersendirian.
“Abang!” panggil Anis Raihanna.
Entah mengapa, Afiq Raihan menoleh kembali ke arah isterinya. Anis Raihanna mengukir senyuman nipis. Dia meluru ke arah suaminya lalu melingkarkan tangannya pada pinggang Afiq Raihan.
“Aku tahu kau rindukan sebenarnya. Kalau tak, kenapa kau toleh belakang bila aku panggil kau abang. ” kata Anis Raihanna.
Afiq Raihan diam tak membalas. Dia hanya membiarkan Anis Raihanna memeluk tubuhnya. Bibirnya tersenyum nipis.
Aku rindu, Hana. Rindu sangat.
??????
“Eh, Is. Kata nak bawak buah hati kau. Mana dia?” soal Amirul kepada Haiqal Iskandar.
Haiqal Iskandar tersengih menunjukkan sebaris giginya yang putih bersih. Kejadian dia terserempak dengan Anis Raihanna pada minggu lepas kembali berlayar di fikiran.
“Sorrylah, Mirul. Dia tak dapat datang lah. Hari ni dia kena datang majlis hari jadi anak buah dia. Lain kali lah aku bawak kau jumpa dia, eh?” terang Haiqal Iskandar.
Amirul mengangguk tanda faham. Nampaknya tak dapatlah dia jumpa pemilik buat hati pengarang jantung sahabatnya itu.
“Eh, tak apalah. Aku faham. Nak buat macan mana, dah tak ada rezeki aku nak jumpa dia kan?” kata Amirul.
Haiqal Iskandar mengukir senyuman. Dia mengangguk tanda setuju. Mereka berdua berborak kosong bersama.
“Kau dah makan ke belum ni, Is?” tanya Haiqal Iskandar tiba-tiba.
“Belum. Nanti-nantilah aku makan. Aku tak puas lagi ni nak sembang dengan kau.” balas Haiqal Iskandar.
“Hahaha...ada-ada je ah kau. Pergilah makan dulu. Aku nak check anak bini aku jap. Nanti kita sambunglah borak.” pujuk Amirul.
“Yelah, aku makan. Pergilah jumpa anak bini kau tu. Baru sekejap dah rindu. Ceh.” seloroh Haiqal Iskandar.
“Eh, mestilah. Hahaha. Jemput makan. Aku pergi dulu.” balas Amirul sebelum meninggalkan Haiqal Iskandar.
Tanpa berlengah, Haiqal Iskandar menuju ke bufet yang disediakan. Pelbagai jenis makanan yang dihidangkan membuatkan dia kecur air liur dan rambang mata. Sebaik selesai memilih juadah makanan yang dimahukan, dia beralih pula ke bahagian air.
“Encik, ambik la dulu.” ucap seorang perempuan ke arahnya.
“Eh tak apalah, awak ambil la dulu. Awak datang dulu kan?” balas Haiqal Iskandar.
“Awak ambik je-”
Belum sempat perempuan itu menghabiskan kata-katanya, mata mereka berdua terbuntang. Masing- masing tak percaya dengan apa yang berlaku.
“Awak buat apa dekat sini, Is?” soal Anis Raihanna ingin tahu.
“Saya datang majlis hari jadi anak kawan saya. Awak pula buat apa dekat sini, Anis?” balas Haiqal Iskandar lembut.
“Inilah majlis hari jadi anak buah saya. Tak sangka awak datang.” balas Anis Raihanna.
“Mungkin kita memang berjodoh agaknya ya.” seloroh Haiqal Iskandar.
Anis Raihanna tersenyum kelat. Tak selesa dengan gurauan yang sentiasa meniti di bibir Haiqal Iskandar.
“Hana, Aidil cari kau. Dia nak kau tolong dia potong kek.” tegur Afiq Raihan yang baru tiba.
Anis Raihanna menoleh ke arah suaminya. Dia menghela nafas lega. Dapatlah dia larikan diri daripada Haiqal Iskandar.
“Oh ya eh? Sayang pergi dulu lah. Abang sembang lah dengan Is dulu eh. Bye, love you!” ucap Anis Raihanna segera beredar dari situ.
Afiq Raihan terpinga-pinga. Dia menoleh ke arah Haiqal Iskandar. Serta-merta, air liurnya terasa kesat untuk ditelan. Dia cuba beriak tenang seperti tiada apa-apa yang terjadi antara mereka berdua.
Haiqal Iskandar mengukir senyuman sinis. Matanya memandang Afiq Raihan atas bawah. Pengkhianat. Itu sahaja yang dia tahu tentang Afiq Raihan.
“Lagi berapa minggu je lagi kan? So, may the best man win, bro.” ucap Haiqal Iskandar penuh bongkak.
Dia melanggar bahu lelaki itu dengan sengaja. Lalu, meninggalkan Afiq Raihan bersendirian. Tiba-tiba, dia ternampak Anis Raihanna dan Amirul sedang rancak berborak. Dia segera menghampiri mereka berdua.
“Amirul, nilah buah hati aku tu.” bisik Haiqal Iskandar kepada Amirul.
Amirul tersentak. Dia memandang wajah Haiqal Iskandar dengan riak muka tak percaya. Manakala, Haiqal Iskandar mengukir senyuman.
“Is, memandangkan awak ada kat sini. Biar saya kenalkan adik ipar saya. Amirul Syafiq namanya.” kata Anis Raihanna memperkenalkan Syafiq kepada Haiqal Iskandar.
“Akak, tak silap Syafiq, Fiqa panggil akak tadi. Biar Syafiq sembang dengan kawan akak ni.” kata Syafiq kepada Anis Raihanna.
Tak lama kemudian, Anis Raihanna beredar meninggalkan mereka berdua. Kini, hanya tinggal Syafiq dan Haiqal Iskandar sahaja.
“Jadi selama ni kau suka kakak ipar aku ke, Is? Sanggup kau nak hancurkan rumahtangga abang aku kan.” kata Syafiq kecewa.
Haiqal Iskandar terkedu. Tak sangka selama ini dia menaruh perasaan terhadap kakak ipar sahabatnya sendiri. Kenapa semua ni terjadi? Persoalan itu mula bermain di benak fikirannya.
“Amirul, aku betul-betul tak tahu Anis kakak ipar kau. Maafkan aku, Mirul. Tapi aku cintakan dia. Kau tahukan segala pergorbanan aku untuk bersama dia. Tolonglah faham aku, Amirul.” rayu Haiqal Iskandar.
“Aku kecewa dengan diri aku, Is. Aku kecewa dengan kau jugak. Aku menyesal jadi kawan kau kalau aku tahu boleh jadi macam ni. Aku menyesal tolong kau. Aku menyesal tentang semuanya, Is. Aku minta maaf. Sebab aku tak sanggup nak berkawan dengan orang yang nak hancurkan rumahtangga abang dan kakak ipar aku sendiri.” balas Amirul dengan nada kecewa.
Haiqal Iskandar terpempan dengan jawapan sahabatnya. Dia segera melangkah keluar dari rumah tersebut. Satu persatu sahabatnya meninggalkan dirinya. Salahkah kalau dia mencintai Anis Raihanna?
Sedang dia sibuk melayan perasaan, seorang perempuan menghalang jalannya. Lalu, dia cuba melepasi perempuan itu dengan menggunakan laluan lain. Namun, perempuan itu tetap tidak henti menghalang jalannya.
“Kau boleh tepi sikit tak, perempuan? Jangan halang laluan aku.” marah Haiqal Iskandar.
Perlahan-lahan, perempuan itu mengangkat wajahnya. Dia mengukir senyuman sinis kepada Haiqal Iskandar. Tangannya dihulurkan untuk bersalaman.
“Aku tahu kau nak Anis Raihanna kan?”
Soalan yang dilontarkan oleh perempuan itu menarik perhatian Haiqal Iskandar. Serta-merta, dia menunggu lagi tutur bicara dari mulut perempuan itu.
“Aku Aria. Need my help?"
Share this novel