BAB 1- STFF - FALIQ/KIRANA

Romance Completed 233692

"Assalammualaikum Tan Sri..."

"Waalaikumussalam... Esya, masuk..."

"Tan Sri..."

"Ya Esya...?"

"Dokumen terakhir yang perlu Tan Sri tandatangan..."

"Emm... Ok... Terima kasih, Esya... Err... Esya."

"Ya, Tan Sri...?"

"Dah berapa lama awak kerja dengan saya?"

"Selepas Puan Kirana berhenti... Lebih kurang 4 tahun setengah... Kenapa ya, Tan Sri...?"

"Takde apa-apa... Cuma, saya rasa macam sekejap je saya kat sini... Tapi, sepanjang saya memegang tampuk utama, saya baru tukar dua kali secretary saya... Itupun sebab Kirana nak pencen awal."

"Itulah kelebihan Tan Sri... Tan Sri baik dengan pekerja bawahan... Tan Sri tak pernah berat sebelah... Tak pilih bulu... Jadi, kakitangan bawahan tentu seronok bila bekerja dengan majikan yang baik hati, yang prihatin..."

"Hahaha... Awak pandai betul ambik hati saya, Esya..."

"Itulah kelebihan seorang secretary, Tan Sri..."

"Sebab tu, saya tak lepaskan awak... Ada bos lain yang mahukan awak, tapi saya tetap dengan pendirian saya..."

"Tan Sri ni ada-ada saja..."

"Err... Macamana dengan majlis persaraan saya?"

"Setakat ni, alhamdulilah Tan Sri. Segala-galanya sudah diatur..."

"Good... Saya memang tak salah pilih awak sebagai secretary saya... Err, Esya... Selepas saya bersara, awak akan tetap menjadi secretary di sini..."

"Terima kasih, Tan Sri. Tapi, siapa yang akan mengambil alih tempat Tan Sri selaku Pengerusi dan CEO syarikat?"

"Anak saya..."

"Puan Fatin Fatihah ke, Tan Sri...?"

"Eh, bukan... 6 orang anak perempuan saya dah ada syarikat masing-masing... Saya lupa nak bagitahu awak, anak bongsu saya dah pulang dari oversea..."

"Anak bongsu...?"

"Ya... Satu-satunya anak tunggal lelaki saya, Fattah Firdaus..."

"Tuan Fattah... Yang Tan Sri cakap belajar di New York sebelum ni...?"

"Ya... Dahsyat awak Esya... Ingatan awak tajam betul... Bertuah saya macam ni..."

"Hahaha... Tan Sri ni... Ops... Tan Sri jangan lupa... Tan Sri ada candle light dinner dengan Puan Sri kat Menate Steak..."

"See... Macamana saya nak elak dari awak, Esya... Semuanya ada dalam kepala awak tu..."

"Tan Sri... Dah jadi tugas saya, Tan Sri... Saya akan pikul amanat Tan Sri selagi saya mampu... Sebab saya percaya... Pekerja yang bagus sebab ada majikan yang bagus."

"I'm proud of you, Eysa..."

"Ok, Tan Sri... Jangan lupa malam ni... Nanti, tak pasal-pasal Puan Sri mengamuk..."

"Hahaha... Awak ni, Esya... Suka buat saya kecut perut kalau sebut nama Puan Sri..."

"Hihihi... Saya keluar dulu, Tan Sri..." Tan Sri Haji Faliq menganggukkan kepalanya. Memang rezeki beliau mempunyai seorang secretary yang cukup berkaliber... Walaupun masih muda, Nabihah Nafeesya menunjukkan yang dia bukan sebarangan pekerja.

Esya sentiasa menitikberatkan kesempurnaan dalam tugas yang diberi. Sebab itu, Tan Sri Faliq sentiasa menyenaraikan nama Nabihah Nafeesya sebagai setiausaha terbaik setiap kali minggu setiausaha yang diadakan setiap tahun.

Esya merupakan setiausaha yang baru dilantik menggantikan secretary lama Tan Sri, Kirana Kaisarah yang berhenti setelah berkhidmat selama 20 tahun sebagai setiausaha Tan Sri Faliq.

Esya ketika itu baru berumur 22 tahun, ketika menjawat jawatan sebagai secretary Tan Sri Faliq. Dan ketika ini, Esya sudah berumur 26 tahun... Bermakna, Esya sudah mengabadikan dirinya di bawah penyeliaan Tan Sri Faliq selama 4 tahun.

Tan Sri Faliq sendiri dah menegur Esya agar jangan terlalu leka dan kusyuk dengan tugasannya sebagai seorang setiausaha... Tapi, Esya tetap dengan pendiriannya. Bagi Esya... Jodoh itu akan datang dengan sendirinya dan Esya percaya jodoh itu rahsia tuhan... Cuma, ianya akan datang cepat atau lambat.

Setiap kali diajukan tentang jodoh atau perkahwinan, Esya lebih gemar menukar topik. Sudahnya, Tan Sri Faliq akur dengan permintaan Esya. Jangan bercerita soal jodoh atau perkahwinan dengan Esya.

Tan Sri Faliq sudah menganggap Esya macam anak-anaknya sendiri. Begitu juga dengan Puan Sri Kirana Kaisarah. Puan Sri cukup menyayangi Esya. Just nak inform, Kirana Kaisarah merupakan bekas setiausaha Tan Sri Faliq dan dalam masa yang sama merupakan isteri kesayangan Tan Sri Faliq dan ibu kepada 7 orang anak, yang mana enam orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Tan Sri Faliq sudah 20 tahun menubuhkan syarikat ini yang berkaitan dengan kejuruteraan. Dan selama 20 tahun itu jugalah, Puan Sri Kirana Kaisarah bersama-sama membantu suaminya menaikkan nama syarikat mereka yang ketika hanya dibantu 6 orang anak mereka yang masih muda.

Syarikat Double F Engineering memulakan perniagaan mereka setelah Tan Sri Faliq dan Puan Sri Kirana menubuhkan syarikat mereka sendiri setelah berkahwin dan bekerja di luar negara selama 7 tahun sesudah menamatkan master.

Dan kini, syarikat bumiputera yang satu-satunya berdiri megah dibawah kendalian Tan Sri Faliq. Dengan berkeupayaan tinggi dan mempunyai lebih 400 orang kakitangan, Tan Sri Faliq dan Puan Sri Kirana sudah mampu tersenyum lega.

Tok! Tok! Tok! Ketukan di pintu, mengganggu sedikit lamunannya.

"Come in..."

"Tan Sri... Ini petikan ucapan untuk Tan Sri pada malam persaraan nanti... Kalau ada yang perlu Esya betulkan, Tan Sri inform saya, ya."

"Thanks Esya..."

"Err... Ada apa-apa yang Tan Sri nak katakan ke...? Saya sedia mendengar..."

"Awak ni, Esya... Awak boleh baca isi hati saya, ya...?"

"Kan saya cakap... Saya ada sixth sense..."

"Hahaha... Awak ni suka buat saya tergelak Esya..."

"Tan Sri... Anything to share?"

"Esya... Duduk dulu..."

"Terima kasih, Tan Sri..." Esya melabuhkan punggungnya di kerusi kulit di hadapan Tan Sri Faliq.

"Macam ni... Sebelum apa-apa, saya perlu inform awak dulu, Esya..."

"Ya...?"

"Anak lelaki saya... Yang bakal mengambil alih tampuk kepimpinan syarikat, sebenarnya..."

"Kenapa Tan Sri...?"

"Dia lembut, Esya..."

"Lembut...? Maksud Tan Sri...?"

"Sebenarnya, ini salah kami sendiri... Kami lupa kami ada seorang anak lelaki yang memerlukan perhatian. Tapi, disebabkan sibuk dengan syarikat yang baru meningkat naik, kami terlupa anak lelaki kami memerlukan perhatian..."

"Saya kurang faham..."

"Anak lelaki saya agak lembut, Esya..."

"Dia kelihatan lelaki sejati... Cuma, sesekali kita akan nampak perwatakkannya lembut sedikit... Jangan tak tahu... Dia boleh masak lagi hebat dari kakak-kakaknya..." Esya tergelak kecil...

"Selama saya, suami isteri sibuk... Kakak-kakak yang akan menjaga adiknya. Kami nak hantar ke nursery, tapi dihalang. Sebab dorang tak nak adik dorang, yang satu-satunya lelaki, didera..."

"Jadi, sehingga kini, sesekali akan nampak perwatakkan lembut anak saya..."

"Boleh saya tahu nama anak Tan Sri tu...?"

"Fattah... Fattah Firdaus..."

"Fattah Firdaus... Tan Sri jangan bimbang... In shaa Allah... Dari apa yang Tan Sri katakan, Tuan Fattah bukanlah lembut macam wanita... Cuma sesekali, sisi lembutnya akan kelihatan. Jangan bimbang, Tan Sri... Tuan Fattah tentu akan berubah nanti. Saya percaya, Tuan Fattah akan berubah menjadi lelaki sejati. Saya sendiri akan bantu Tuan Fattah."

"Betul ke Esya? Awak akan bantu Fattah?"

"In shaa Allah, Tan Sri... Kita doa yang baik-baik. Kita sama-sama berdoa moga Tuan Fattah akan menjadi lelaki yang sejati... In shaa Allah..."

"Terima kasih Esya... Tak sia-sia saya dan isteri pilih awak sebagai secretary dalam syarikat ni..."

"Tan Sri terlalu memuji saya... Saya hanya menjalankan tugas saya, Tan Sri... Saya banyak terhutang budi dengan Tan Sri dan Puan Sri..."

"Tak Esya... Kami yang banyak terhutang budi pada Esya selama ini... Sehinggakan Esya sampai hari ni, menolak beberapa pinangan kerana commitment pada syarikat..."

"Eh, Puan Sri..." Esya bangun lalu merapati Puan Sri Kirana Kaisarah... Tangan Puan Sri dikucup.

"Esya sihat?"

"Alhamdulillah... Puan Sri macamana? Wah, nampak vogue gitu..."

"Awak ni, Esya... Suka sangat nak menyakat saya... Vogue apanya... Saya biasa je Esya.. Dah tua pun..."

"Ish, Puan Sri ni... Selalu merendah diri... Saya teruja tengok Puan Sri tau... Walaupun hanya berbaju kurung moden... Tapi... Fuh...! Cutting masih macam orang muda..."

"Hahaha..." Tergelak Tan Sri mendengar usikan Esya pada isteri kesayangannya.

"Awak tengok tu Esya... Tan Sri gelakkan saya..."

"Tan Sri...?"

"Saya bukan gelakkan awak, Sarah... Apa yang Esya cakap tu betul sangat... Awak nampak muda dengan baju kurung moden tu... Walau kita dah ada cucu 10 orang... Awak masih nampak vogue..."

"See... Esya dah cakap, kan...?"

"Ish... Awak ni abang... Malu saya..."

"Emm, Esya keluar dulu ya... Nak bagi loving couple berduaan..."

"Awak nak ke mana Esya...?"

"Nak keluar..."

"Nanti dulu... Saya datang ni sebab nak bawa Esya keluar sekejap... Bolehkan bang...?"

"Puan Sri nak culik saya ke mana?"

"Ish, awak ni Esya... Saya nak bawak awak ke butik..."

"Sa..."

"Tak perlu banyak cakap... Sampai sana, baru kita boleh cerita... Bolehkan bang...?"

"Ya... Pergilah... Tapi, jangan lama sangat..."

"Don't worry, abang... Butik tu tak jauh dari office kita..."

"Ok..."

"Jom Esya..." Tangan Esya ditarik perlahan.

"Tan Sri... Saya keluar dulu..." Tan Sri Faliq menganggukkan kepalanya. Tergeleng-geleng kepala Tan Sri dengan gelagat isteri dan setiausahanya.

Selama ini, kita selalu disogokkan dengan cerita-cerita secretary ada hubungan sulit dengan bos, tapi itu tidak berlaku pada Tan Sri Faliq. Kepercayaan yang diberi isteri pada setiausahanya tidak pernah diambil sambil lewa. Esya sendiri sudah dianggap macam anaknya sendiri...

Puan Sri terlalu sayangkan Esya. Mana mungkin Esya akan mengambil kesempatan atas kebaikan dan kepercayaan yang diberi.

Pernah juga Tan Sri Faliq cuba 'mengenenkan' anak terunanya dengan Esya, tapi, Esya awal-awal dah meletakkan syarat. Syarat yang tidak mampu dan tidak boleh diterima Tan Sri Faliq terima. Berhenti kerja!

Flashback #

No, no, no! Satu-satunya syarat yang memang tidak dapat diterima Tan Sri Faliq dan Puan Sri Kirana. Nak tak nak, Tan Sri Faliq terpaksa akur dengan keputusan Esya.

"Bolehlah Esya... Saya hanya nak kenalkan awal dengan anak teruna saya je... Saya tak percaya dengan orang lain, Esya..."

"Tan Sri... Saya minta maaf sangat-sangat. Bukan Esya mengelak... Esya cuba belum bersedia nak ada apa-apa hubungan dengan orang lain... Maksud Esya, Esya baru 24 tahun... Esya belum puas nak bermanja dan balas jasa mummy daddy Esya lagi..."

"Esya... Tolonglah... Esya kenal dulu dengan Aus... Nanti, saya suruh Aus jumpa dengan Esya, lepas tu terpulang pada Esya... Samada nak teruskan hubungan ni atau sebaliknya..."

"Esya minta maaf sangat... Untuk mengenali secara serius dengan mana-mana lelaki belum ada dalam diari hidup Esya lagi..."

"Tapi, Esya..."

"Tan Sri... Esya rasa Esya tak mampu nak penuhi permintaan Tan Sri... Esya minta maaf... Esya akan resign..."

"Resign? No! Don't you ever say like that! Saya takkan izinkan awak berhenti kerja. Takde orang lain yang faham tugas saya dengan Puan Sri, melainkan awak, Esya!"

"So, drop the subject! I'm serius Tan Sri..." Wajah Esya kelihatan sangat serius.

"Fine! Awak menang. Saya takkan cakap apa-apa lagi pasal jodoh... Fine!" Tersenyum Esya melihat wajah cemberut majikannya... Buruk rupa orang tua merajuk... Hihihi... Kemenangan berpihak pada Esya...

Flashback end#

Sudah 2 tahun berlaku... Apakah Esya sudah lupa dengan kata-katanya dulu... Dalam diam, Tan Sri Faliq cuba mencari jalan untuk menjodohkan anaknya yang bakal mengambil alih tampuk kepimpinannya dalam syarikat.

Berkali-kali Tan Sri mengupah penyiasat persendirian untuk mencari maklumat berkaitan Nabihah Nafeesya. Namun, setiap kali juga, mereka hampa. Entah mengapa, mereka sentiasa mendapatkan maklumat yang tidak tepat.

Nabihah Nafeesya binti Chyril Connor. Berumur 24 tahun (kini 26 tahun). Menetap di Shah Alam dengan atok dan nenek. Lahir di Kuala Lumpur. Esya anak kedua daripada 4 orang adik-beradik. Abang kembarnya, kini bekerja di sebuah syarikat terkemuka di Shah Alam.

Hanya itu maklumat yang diperolehi. Jangan ditanya macamana... Kalau tak disebabkan oleh daddy, mana mungkin maklumat itu sewenang-wenangnya bocor begitu sahaja. Semuanya demi keselamatan keluarga.

"Esya..."

"Ya, Tan Sri..."

"Saya dah check teks ucapan yang awak bagi. Alhamdulillah... Saya tak perlu risau lagi selepas ni..." Berkerut dahi Esya mendengar kata-kata majikannya yang Esya sudah anggap tak ubah seperti daddynya.

"Apa maksud Tan Sri...?"

"Esya, Esya... Awak selalu macam ni kalau saya puji..."

"Tan Sri...?"

"Ok, ok! Esya, selama awak bekerja dengan saya, belum pernah sekalipun saya marah awak pasal kerja, kan? Betul tak?" Esya mengangguk.

"Saya selalu admire orang macam awak ni Esya... Dari awal bekerja dengan saya, awak belum pernah buat masalah.... Semua tugasan yang saya bagi, tak pernah tertangguh... Sampai saya sendiri tertanya-tanya, apa rahsia awak dapat bertahan sebegini?"

"Hahaha..." Tergelak kecil Esya sambil menutup mulut comelnya.

"Tan Sri ni... Takde rahsia apa-apa, Tan Sri... Saya sentiasa pegang kata-kata mummy daddy saya... Kita bekerja biarlah ikhlas... Jangan buat sambil lewa... Kita dibayar gaji untuk melakukan tugas... Baru berkat rezeki kita nanti..."

"Alhamdulillah... Bertuah mummy daddy awak dapat anak seperti awak, Esya... Haish... Kalaulah awak jadi menantu saya, Esya..."

"Menantu? Tan Sri biar betul...?"

"Kenapa pulak?"

"Tan Sri nak saya kahwin dengan siapa? Anak-anak Tan Sri kan semuanya perempuan...?"

"Esya... Awak ni, memangkan... Awak lupa ke anak bongsu saya. Yang saya cakap dia lembut sikit tu... Fattah Firdaus?"

"Ya Allah... Maaf Tan Sri... Saya betul-betul lupa... Ya Allah... Maafkan Esya Tan Sri..."

"Takpe... Saya faham... Awak selalu bagi 100% commitment kalau bekerja. Saya tak salahkan awak sebab mempunyai etika bekerja yang baik, tulus dan efficiency awak... Memang saya tak nafikan... Tapi, sampai bila nak macam ni? Esya tak nak berumahtangga?" Esya menghela nafas perlahan.

Assalammualaikum... Hi silent and unsilent readers... Jemput baca karya terbaru sis Secretary Tuan Fattah Firdaus... Sorry to say, slow update... Sebab nak concentrate pada P365... Enjoy reading... Kisah ni diambil sedikit sebanyak dari pengalaman sis sebagai seorang setiausaha @ secretary di sebuah syarikat kewangan di Malaysia sebelum beralih ke sebuah syarikat swasta milik Jepun di Kuala Lumpur. So, enjoy reading... Salam Ramadhan buat semua rakan penulis dan pembaca setia

Share this novel

Nurul_MataPena78
2022-04-03 00:11:09 

in shaa Allah, esok ada update... Salam Ramadhan sis

Hawani Hashim66
2022-04-02 23:28:38 

next ya ..tq salam ramadhan sis

Hawani Hashim66
2022-04-02 23:28:33 

next ya ..tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience