17 Tamat Di Sini

Family Series 57531

“Opah?” Deila yang sememangnya tengah penasaran bertambah bingung bila lihat opah berpelukan dengan seorang nenek yang tidak pernah dia lihat sebelum itu sambil menangis teresak-esak.

Kemunculan Rhett Raffendy mengejutkan, tapi bila lihat opah menangis, itu lebih mengejutkan Deila. Tumpuan dia kini bukan kepada Rhett tetapi lebih kepada opah yang tengah menangis. Deila meluru masuk dan menghampiri opah.

“Opah?” Deila memanggil. Luruh hati melihat opah menangis sugul. Terasa mahu ikut menangis saat dia lihat air mata opah. Kali terakhir Deila lihat opah menangis ialah sewaktu pengebumian ibu. Apa yang buat opah menangis sepilu itu?

“Del… kau dah datang?” Opah melepaskan pelukan pada Tok Teh lalu cepat-cepat mengesat air mata.

“Kenapa ni, opah? Apa yang berlaku?” Deila duduk di sebelah opah. Bahu opah dipeluk erat.

“Ini ke anak itu, Murni?” Tok Teh memaku renungan mendalam ke arah Deila. Hatinya diserang rasa sebak. Tak mampu menahan diri, Tok Teh meluru lantas memeluk Deila. Tangisan menyayat hatinya pecah lagi. Deila terkesima. Terkejut bila dia dipeluk oleh wanita asing itu.

“Urm… mak cik… tak… nenek… eh…” Terkial-kial Deila mahu menyambung kata. Tak tahu harus dipanggil apa wanita tua yang sedang menangis sambil memeluk tubuh dia dengan erat itu.

“Panggil Tok Teh.” Terang Tok Teh seraya menarik badan menjauhi Deila. Wajah Delia ditenung sebentar sebelum Tok Teh mengusap kedua-dua pipi Deila dengan penuh kasih sayang.

“Kau anak Mardhiah ya?” Tanya Tok Teh dengan suara sebak. Deila yang masih keliru hanya mengangguk. Deila tahu Mardhiah itu nama asal ibu dia sebelum ditukar kepada Dhiah Maisarah. Arwah ibu pernah ceritakan kepada dia tentang perkara itu.

“Kau cantik sekali. Persis ibumu. Tak, kau lebih cantik dan manis. Muka kau bujur dan dagu kau runcing, berbeza dengan ibu kau. Mata kau cantik, lembut dan tenang bila dipandang. Anak mata kau besar, hitam pekat dan bersinar… sangat cantik.” Puji Tok Teh bersama linangan air mata.

“Siapa nama kau, anak manis?” Setelah mengesat air mata yang mengaburi pandangan, Tok Teh bertanya lagi.

“Nama saya Deila Araferro, tok.”

“Dan kau dipanggil Del. Opah kau dah beritahu tadi.” Sambung Tok Teh sambil terangguk-angguk.

“Ya, tok. Tapi, siapa tok? Apa kaitan tok dengan opah?”

Soalan Deila buat Tok Teh kelihatan sedikit tergagap. Dia segera memandang opah dengan wajah serba salah. Deila nampak reaksi kekok dan serba salah Tok Teh dan opah. Dia mulai merasa tidak sedap hati.

Amirul yang pada awalnya hanya memerhati di ambang pintu juga mulai kegelisahan. Sedari tadi dia mencongak-congak. Akhirnya, Amirul masuk lalu menyisip duduk di antara opah dan nenek Jiah.

“Siapa tu nenek Jiah? Itu ke saudara opah yang berlainan bapa seperti yang budak bandar tu kata?” Amirul bercakap dengan suara perlahan kepada nenek Jiah sambil menjeling Rhett yang sejak tadi dia lihat hanya menekur lantai. Pantas Deila menoleh. Kedudukan mereka taklah jauh sangat. Dia dengar semuanya. Tok Teh tu… saudara opah berlainan bapa? Opah tak pernah cakap pun.

“Macam ni Del…” Tok Teh mulai bersuara setelah beberapa ketika cuba mengumpul kekuatan untuk menerangkan kepada Deila.

“Kau adalah cucu kandung tok. Ayah kandung kau ialah Razif Raikal, satu-satunya anak lelaki tok.”

“Tak, tok salah. Ayah kandung saya bernama Ahmad. Saya berbintikan Abdullah tetapi ayah kandung saya ialah Ahmad, bukan anak tok.” Laju Deila menafikan. Dia tidak dapat terima apa yang dikatakan oleh Tok Teh. Mustahil dia bukan anak ayah. Pasti berlaku kesilapan.

“Arwah Mardhiah pernah bekerja sebagai pembantu rumah di rumah tok dahulu. Anak tok jatuh cinta dengan ibu kau. Ibu kau tengah mengandungkan kau semasa tok usir dia keluar dari rumah. Dia mengandungkan anak Razif dan kata Razif usia kandungan ibu kau baru masuk lapan minggu ketika dia pergi dari rumah tok.”

“Tak, tak mungkin! Saya cuma punya seorang ayah kandung iaitu Ahmad. Ayah saya bukan orang kaya. Dia kerja sebagai pemandu kepada seorang lelaki berpangkat di bandar. Tok pasti salah orang.” Deila menyangkal lagi dengan mata berkaca. Dia bingkas berdiri. Untuk apa dia terus berada di situ dan dengar perkara mengarut itu?

“Maaf, saya kena jaga kedai. Mirul jom…”

“Betul apa yang Puteh tu kata, Del! Dhiah kembali ke kampung dihantar oleh bapa kau dalam keadaan lemah dan sedang mengandung. Mulanya opah ingat angkara bapa kau tapi setelah Dhiah ceritakan semuanya, baru opah faham. Bapa kau selamatkan mak kau ketika cuba bunuh diri di tengah jalan raya. Bapa kau kahwin dengan mak kau untuk selamatkan maruah dia. Bapa kau memang baik Del, surga tempatnya kini. Tapi dia bukan bapa kandung kau Del. Macam Puteh kata, kau cucu dia. Bapa kandung kau adalah anak si Puteh ni!”

“Tidak, opah! Sampai bila-bila pun Del tak nak percaya! Bapa Del cuma seorang. Bapa Del ialah Ahmad!”

“Del, ini kebenaran!” Opah mengherdik bila Deila tetap berkeras tidak mahu menerima kenyataan.

“Tak, jangan macam ni opah…” Deila terhenyak di atas lantai lalu menangis dengan pilu. “Del sayangkan bapa Del lebih dari segalanya. Bapa dah tiada, opah! Kenapa jadi macam ni? Kenapa baru sekarang?!”

“Maafkan tok, Del! Tok yang bersalah dalam hal ini… maafkan tok, ampuni tok Del!” Tok Teh meluru lalu kembali mendakap Deila sambil menangis.

“Mulai hari ini, kau tidak akan sengsara lagi. Tok janji! Tok akan pastikan Rhett jaga kau walau pun tok dan opah kau dah tiada nanti, tok janji dengan kau!”

“Rhett?!” Tangisan Deila terhenti. Mata dikesat laju lalu dia pandang Rhett yang langsung tidak mengangkat wajah. Deila kembali memandang Tok Teh.

“Rhett dan kau adik beradik berlainan ibu, Del. Selepas arwah ibu kau pergi, Razif berkahwin dan lahirlah Rhett.”

“Tidakkk!!!”

Apa semua ini?!! Tak mungkin, tak mungkin jadi macam ni. Pasti ada kesilapan! Deila bingkas berdiri lalu berlari keluar.

“Del!!!” Amirul bergegas bangun dan mahu mengejar Deila. Langkah terhenti bila lengannya direntap oleh seseorang.

“Biar saya pujuk Del!”

Amirul tergamam. Kaki seolah terpasung, tidak mampu dia gerakkan saat melihat pemilik suara itu. Hanya mampu melepaskan Rhett pergi dengan pandangan tajam dan bibir terbiut-biut.

“Biar saya pujuk Del, puih!” Amirul mengaju kata-kata Rhett dengan suara itik, bibir bawah terjuih-juih dek rasa menyampah teramat.

Rhett berlari mengejar Deila yang dia lihat berlari ke belakang rumah, menyusuri denai sehinggalah dia tiba di tebing sungai. Langkah mati sebaik sahaja melihat Deila duduk berteleku di atas sebuah batu besar, membenam wajah di lengan sambil menangis teresak-esak.

Rhett meraup wajah. Sungguh dia tak sanggup melihat Delia seperti itu, rasa macam mahu saja dia terjun ke dalam sungai dan biarkan diri mati lemas. Argh! Mengapa begitu sukar mahu mendekati gadis itu? Rhett dipukul rasa bersalah hingga dia hampir tidak mampu mengheret kaki untuk mendekati Deila.

“Del…” Rhett memanggil lembut. Tangisan Deila semakin menjadi-jadi bila dengar suara lelaki itu.

“Deila…” Nama itu diseru lagi. Semakin melarat rasa pedih menghurung hati.

“Puas hati?” Deila bertanya dingin. Rhett terpempan. Pedih yang menusuk-nusuk di dada hampir tak tertahankan. Rhett cuba menarik nafas. Semakin sakit dia rasakan.

“Kau boleh salahkan saya atas apa yang berlaku. Saya terima dengan reda.”

“Kau tahu semuanya, Rhett! Tapi kau masih mahu bermain dengan perasaan saya. Mentang-mentang saya gadis kampung. Kau anggap saya lugu, bodoh, senang kau mainkan! Kau lupa, saya juga manusia. Saya punya perasaan.”

“Tak Del! Saya tak pernah anggap kau macam tu. Malah saya kagum dengan kebijaksaan kau.” Rhett bidas dengan suara sebak.

“Kau tahu semuanya! Kau tahu tentang pertalian kita dari awal!” Deila menengking dengan suara bergetar keras. Dia dengar tadi apa yang Amirul katakan kepada nenek Jiah. Rhett menggeleng.

“Sumpah saya tak tahu, Del!”

“Cukup! Cukuplah Rhett! Saya tak nak dengar penipuan kau lagi. Pergi!!!” Deila menjerit nyaring, sampai terkucil suara.

“Saya kata saya tak tipu kau, Deila! Saya juga terluka teruk! Apa yang kau rasa, saya juga rasakannya, Del! Saya hancur saat tahu kebenaran itu! Saya hampir gila kerana saya cintakan kau, Deila Araferro!!!” Rhett bertempik dengan suara tak kurang lantangnya. Air mata jantannya menitis jua di hadapan Deila. Dia tidak mampu lagi menahan rasa sedih.

“Sakit, Del! Ianya terlalu sakit! Bagaimana saya mampu tukarkan rasa ini? Saya cintakan kau. Saya mahukan kau, now saya kena jaga hubungan kita sebatas adik beradik! Bagaimana saya mampu lakukan bila saya lebih dulu cintakan kau sebagai kekasih?”

Rhett terhenyak di atas tanah. Wajah ditekup dengan tapak tangan. Air mata dibiarkan mengalir membasahi wajah dan tangannya.

“Baik, semua rasa yang tak patut ada itu kita tamatkan di sini! Jangan pernah muncul lagi di kampung ini, Rhett Raffendy! Saya takkan terima bapa kau sebagai bapa kandung saya. Saya takkan terima yang kau adalah adik beradik saya. Saya cuma ada seorang ayah sampai bila-bila!”

Rhett hampir tidak mampu menarik oksigen bila dengar kata-kata Deila. Dada bagai dihempap sebuah batu besar. Terasa hancur berkecai bahagian itu. Tangisan jantannya pecah. Dia sudah tidak peduli.

Bagaimana Deila boleh lafazkan kata-kata itu dengan mudah? Bagaimana Deila boleh hadapi semua itu dengan tabah? Sungguh, dia tak mampu! Dia tidak sekuat Deila.

“Saya… tak nak!” Rhett berkata sambil menangis pilu. “Saya tak nak tamatkan!”

Deila bingkas berdiri. Air mata dikesat laju.

“Kau jangan jadi gila, Rhett! Mulai hari ini, anggap saja kau dan saya saling tak mengenali. Bawa Tok Teh balik, sekarang!” Deila melangkah laju, mahu cepat-cepat pergi dari situ. Sungguh, dia tidak mahu lihat lelaki itu lagi. Biar dia anggap Rhett tidak wujud, biar dia anggap Rhett sudah mati. Dengan itu, dia juga bisa mematikan rasa yang semakin berputik buat lelaki itu.

“No, Del!!!” Sekonyong-konyong Rhett bingkas bangun, mengejar Delia lalu merangkul Deila dari belakang.

“I can’t end it here! I can’t let you go!” Rhett meraung pedih lalu menangis teresak-esak sambil membenam wajah di bahu Deila.

Deila ketap bibir. Tak guna! Dia hampir tewas dengan perasaan. Dia hampir mahu berpaling dan membalas pelukan Rhett. Tetapi, dia sedar yang status mereka telah berubah.

“Saya ikhlaskan semuanya. Saya tidak menyimpan dendam atas apa yang keluarga kau dan kau dah buat kepada saya dan ibu. Cuma satu, lupakan saya. Beritahu tok yang anggap saya tidak wujud kerana tanpa keluarga kau pun, saya dan opah tetap bahagia. Rhett Raffendy… kita tamatkan semuanya di sini! Sungai ni jadi saksi bahawa selepas ini, kita adalah dua insan yang saling tidak mengenali!”

“Nooo!!! DEILA ARAFERRO!!!”

Deila melangkah pergi bersama tangisan pedih tanpa suara. Menangis seperti itu sungguh benar-benar menyeksakan. Tapi itu saja yang mampu Deila lakukan. Dia tidak mahu Rhett melihat dia menangis dan datang mengejarnya. Dia hampir tewas saat Rhett memeluk dia tadi.

Deila Araferro, tolonglah kuat demi opah! Demi diri sendiri! Batin memujuk. Putus cinta bukan bererti hidup dia juga tamat. Dia masih punya opah. Masih ada yang sayang. Ya, at least dia masih disayangi oleh opah. Air mata semakin deras menuruni pipi.

Ah, dahlah tu... kita tamatkan jela kisah dua org ni. Nk buat ttg Amirul lak, kecian Mirul wkwkwkw

Share this novel

Mermaid_
2024-02-27 21:30:46 

nooo!!!! pls lah rhett tu anak angkat ????????


NovelPlus Premium

The best ads free experience