Bab 33

Romance Completed 15358

(Dini POV)
"Terima kasih, auntie, bagi kami tumpang sementara tunggu hujan berhenti tadi." Ujar Sakinah kepada Puan Sri. Puan Sri tersenyum memandang kami berdua.
"Kalau free datanglah lagi." Balas Puan Sri. Kami berdua mengangguk.
"Kak Sakinah, tak nak jumpa abang dulu sebelum balik?" Soal Mira. Aku hanya mendiam. Puan Sri menyuruh Mira memanggil Adib.
Mira kembali tetapi seorang diri.
"Mana abang?" Soal Puan Sri mencari-cari Adib.
"Abang kata, abang tak sihat. Dia nak rehat." Kata Mira menunduk.
"Kalau macam tu, tak apalah, auntie. Kami balik dulu. Mira, kirimkan salam akak pada abang. Cakap kat dia...Kak Sakinah minta maaf." Ujar Sakinah menunduk. Ya, aku kenal dia. Dia tak suka kecewakan orang. Mira mengangguk. Kami bersalaman lalu aku dan Sakinah menuju balik ke rumah mak Ryoga. Baru sahaja kami mula berjalan, telefonku berdering.
"Weh, kejap." Ujarku memberhentikan dia. Kami berdua berhenti. Aku melihat ke arah nama yang terpapar pada skrin telefonku. Eca.
"Siapa, weh?" Soal Sakinah.
"Ermm, ibu aku. Kejap." Tipuku lalu menjauhkan diri daripada dia. Aku cuma takut berita buruk sahaja yang Eca akan sampaikan. Nanti, mesti Sakinah akan dengar sekali kalau dia tahu itu Eca.
"Helo, ha, Eca. Kenapa?" Soalku sambil berbisik.
"Hm, tak ada apa. Aku cuma nak beritahu yang Ryoga tiada di rumah." Kata Eca kerisauan.
"Dia tak ada di rumah? Habis tu, dia di mana?" Soalku masih berbisik.
"Aku tak tahu. Diorang kata Ryoga tak balik lagi dari pagi tadi. Semua tak dapat nak contact dia even member Choutokkyuu yang lain pun." Balas Eca dalam nada yang agak panik.
"Hm, okeylah. Aku dengan Sakinah ni on the way ke sana." Ujarku pada Eca masih dalam keadaan berbisik.
"Okey, kitorang tunggu korang." Balas Eca. Aku mematikan talian telefon.
"Sakinah, jom." Ujarku. Aku menoleh ke arah dia. Mana dia?
"Eh? Sakinah?" Panggilku. Aku menoleh kiri, kanan, depan, belakang. Dia tiada.
"Sakinah!" Panggilku lagi.
"Hish, mana pula dia ni pergi?" Soalku sendiri. Hilang begitu sahaja.
Telefonku berbunyi menandakan mesej masuk.
Aku membuka mesej itu. Daripada Sakinah.
'Weh, aku pergi cari dia sekejap. Aku nak terangkan kat dia segala-galanya. Kalau kau jumpa dia dulu, cakap kat dia yang aku risaukan dia. Aku tak nak dia tinggalkan aku. Jangan risaukan aku. Aku okey. Bye, aku nak off phone. Bateri tak banyak.' Katanya di dalam mesej itu. Apalah aku termasuk dalam kisah percintaan korang berdua ni?
"Hish! Dia ni pun satu! Nak merajuk pun jangan dengan aku." Marahku. Terpaksalah aku ke studio semula untuk mencari sesiapa yang boleh tolong aku di situ.
Baru sahaja aku nak melangkah telefonku berdering.
"Siapa lagi ni?!" Marahku sendiri. Aku mengeluarkan telefonku semula.
"Aii? Ryoga? Mudahnya nak cari kau." Ujarku sendiri. Sebelum aku menjawab panggilan itu, aku menarik nafas panjang.
Aku menjawab panggilan itu, "Aku nak jumpa kau di kafe pagi tadi ESOK PAGI!" Ujarku laju lalu terus mematikan talian itu. Biarlah kau tak sempat nak cakap apa-apa. Aku terus menuju balik ke hotel aku. Kejap lagi aku dan keluarga aku nak pergi jalan-jalan. Sakinah tu...tahulah aku mahu nak buat apa dengan dia bila aku jumpa dia nanti.
*******
__Keesokan paginya__
Ryoga melangkah masuk ke dalam kafe itu. Dia duduk di hadapanku dengan muka yang agak tidak puas hati.
"Hm. Kenapa?" Soalnya.
"Kenapa? Kau boleh tanya aku kenapa? Kau tu yang kenapa? Lari macam tu sahaja. Tinggalkan aku dan Sakinah terpinga-pinga di situ." Balasku agak marah.
Dia memandang kiri dan kanan, "Mana dia?" Soalnya.
"Baru nak tanya mana dia? Kau tahu tak semalam dia dah pengsan, sedar balik, dia menangis tak berhenti." Balasku. Sampai ke pagi ini, aku belum dapat berita tentang Sakinah.
"Kau tahu kan malam ni kitorang dah nak balik Malaysia. Kau ni, cuba ego tu buang sikit. Dengar dulu penjelasan dia." Tambahku lagi.
"Aku nak kena dengar apa lagi? Aku nampak semuanya semalam." Katanya.
"Kau nampak segalanya? Okey, aku nak tanya kau. Siapa yang melutut pada siapa?" Soalku.
"Mestilah Adib yang melutut pada dia sambil menghulurkan gelang Sakinah. Aku pernah nampak Sakinah pakai gelang itu." Jawabnya.
"Jadi, kau rasa siapa suka siapa?" Soalku lagi.
"Adib...suka Sakinah." Jawabnya teragak-agak.
"Tapi, mesti Sakinah suka pada Adib juga. Kalau tidak, berani ke si Adib tu nak melamar dia begitu?" Tambahnya.
"Itu namanya orang berani kena reject. Kau tahu tak malam semalam apa yang jadi di rumah Adib?" Soalku dengan nada marah.
Dia menggeleng.
"Adib lamar Sakinah depan keluarga dia, mama Sakinah dan Hannah." Jawabku.
"Ha, kan aku dah kata. Sudahlah dengan penipuan dia. Pandai betul dia berlakon yang dia macam sayang sangat pada aku." Ujarnya memerli Sakinah.
"Aku tak habis cakap lagi, kan? Calm down." Balasku.
"Waktu itu, Sakinah tak terima pun lamaran itu. Tapi, mak Adib yang suruh dia ambil dulu gelang itu." Ceritaku. Dia semakin tertarik dengan ceritaku.
"Kemudian, semalam, sementara dia tunggu kau di Ueno Park, Adib ikut dia ke sana. Dan kau datang pada waktu yang tak tepat. Sepatutnya, kita datang lebih awal." Tambahku lagi.
"Lepas tu, kau nak pertahankan dia pun, apa yang aku boleh buat?" Ujarnya.
"Aku nak kau teruskan plan kau. Sedarlah, malam ni kami dah nak balik Malaysia. Kau nak dia tinggalkan kau dengan keadaan hubungan korang yang macam ni?" Ujarku masih mengekalkan nada marah.
"Tak nak, tapi, dia dengan Adib. Kau nak aku buat apa?" Soalnya.
Aku menarik nafas, menenangkan diri, "Kau faham tak sekarang ni, dia reject Adib sebab kau. Kau boleh tak ketepikan dahulu tentang Adib itu? Sakinah pun tak fikir langsung dah Adib itu. Dia fikir pasal kau sahaja. Dia dah reject dan pulang balik gelang itu pada Adib sebab kau." Balasku.
"Dia reject Adib sebab aku?" Soalnya pelik.
"Yalah, kau tahu kan dia suka pada kau? Kan aku dah kata dia sayangkan kau! Aku dah pesan pada kau, jangan sia-siakan perasaan dia pada kau. Ini kali pertama aku nampak dia macam ni. Dia tak pernah macam ni. Waktu kau dengan Haruka dengan kau di kafe hari tu dia tak ada pula salah faham, kan?" Ujarku panjang.
"Tapi, dia merajuk juga." Balasnya pula.
"Dia merajuk jauh ke Ueno Park itu sebab dia cemburu. Dia cemburu sahaja tengok kau berdua dengan Haruka bergelak ketawa. Perempuan mana sahaja tak cemburu tengok lelaki yang dia sayang keluar dengan perempuan lain?" Jawabku pula. Muka dia tiba-tiba berubah menjadi risau.
"Kau tengok ni." Ujarku menunjukkan dia mesej yang Sakinah hantar pada aku semalam.
"Dia risaukan aku?" Soalnya.
"Ya, dia risaukan kau sangat. Kau nak bukti apa lagi?! Kau nak tahu dia di mana sekarang?!" Soalku dengan nada marah terus berdiri.
"Woo, relax, okay? Jangan marah sangat. Duduk. Orang pandanglah." Katanya. Aku duduk semula.
"Dia di mana?" Soal Ryoga mulai panik. Tahu pun nak panik.
"Entah! Aku pun tak tahu dia di mana! Dia tak balik rumah dari semalam sebab dia kata dia nak cari kau! Last sekali semalam kitorang semua nampak dia adalah waktu dia dengan aku. Itu last. Yang kitorang on the way pergi rumah mak kau. Aku pusing dia dah hilang." Balasku. Aku memang tak tahu dia di mana. Ryoga mulai gelisah.
"Ha, kau termenung apa lagi di sini?" Soalku memandang dia yang sedang memikirkan sesuatu.
"Ha? Aku nak kena buat apa?" Soalnya terpinga-pinga.
"Kau ni, itupun nak aku beritahu ke? Kau, sebelum aku restu dia bersama Jean Super Dragon, lebih baik kau pergi cari dia sekarang. Kalau dia dah tiba di airport sebelum kau sempat jumpa dia, kau dah tak ada harapan." Ujarku.
"Sekarang? Cari dia?" Soalnya.
"Ya! Cari sahaja dia di mana-mana, tempat yang dia suka pergi ke apa. Ataupun tempat yang kau rasa dia akan cari kau. Dia perlukan kau sekarang. Jangan sampai dia dah putus asa untuk cari kau dan balik ke Malaysia begitu sahaja. Kau nak?" Ujarku lagi. Dia menggeleng.
"So, go now. Dia perlu duduk sebelah aku di dalam flight. Kalau aku jumpa dia dulu daripada kau, aku takkan beritahu kau." Kataku. Ryoga mengangguk lalu pergi mencari Sakinah. Entah manalah dia nak cari Sakinah itu.
*******
(Sakinah POV)
Aku sudah penat. Malam tadi aku tidur di masjid. Entahlah, nak bersendirian. Aku pergi ke apartmen Ryoga. Dia tiada pun. Yang ada Tiara sahaja itupun aku dengar dia menyalak. Sekarang, aku kena balik ke rumah mak Ryoga. Malam nanti nak balik Malaysia.
Setibanya aku di rumah mak Ryoga, semua orang keluar dari bilik dan memandang ke arah pintu.
"Tadaima. (I'm back.)" Ucapku. Aku memandang ke arah rak kasut. Berlubang satu tempat. Kasut Ryoga tiada. Mungkin dia masih marah tentang hal semalam. Penat aku cari dia semalam.
Semua orang memandang aku.
"Hm?" Aku memandang semua orang pelik.
Alyn, Eca dan Hannah terus datang ke arahku dan memelukku.
"Korang bertiga dah kenapa ni?" Soalku pelik. Obaa-san dan mama hanya memandang sambil tersenyum. Mereka bertiga melepaskan pelukan itu.
"Kau tanya kitorang kenapa? Kau tu lah yang kenapa?! Hilang semalaman! Eii! Geramnya aku. Kau tunggu, aku report pada Dini." Kata Alyn menggeletek aku.
Aku ketawa, "Alah, relax lah. Aku tak jauh pun. Aku pergi tidur kat masjid je. Bukan selalu. Malam ni kan kita dah nak balik Malaysia." Ujarku.
Hannah pula mencubit pipiku, "Eyy! Kau tahu tak betapa risaunya kitorang malam tadi." Aku mengerang kesakitan.
"Kitorang sampai tak boleh tidur tahu?! Fikir kau di mana. Semua orang cari kau. Koichi, Kai, Takuya, Naoya Yuki, Yusuke, Takashi, semua cari kau. Kau ni dah makan belum? Eii, pergi mandi dululah. Busuk. Lagi 2 jam dah nak gerak pergi airport." Kata Eca pula.
"Hm, yalah. Aku nak pergi kemas baju dulu. Lepas tu, aku nak pergi mandi." Ujarku.
"Ma, lepas Isyak terus gerak pergi airport ke?" Soalku memandang mama.
"Lepas Maghrib. Kita solat Isyak di airport jelah." Kata mama. Aku mengangguk. Maghrib dah nak masuk pun. Aku cepat-cepat menuju ke bilik air.
*******
"Weh, Dini kat mana?" Soalku.
"Dia kata dia tunggu kau di kedai depan hotel dia. Yalah, korang kan nak duduk sebelah-sebelah." Balas Alyn.
"Oo, jadi, korang nak gerak ke airport dulu?" Soalku.
"Hm, haah, kitorang ke airport dulu. Nanti kitorang jumpa kau dan Dini di airport." Katanya. Aku mengangguk.
"Hm, Eca." Panggilku.
"Ha? Kenapa?" Soalnya.
"Nah, duit ni. Aku nak kau belikan baju Melayu sepasang sekali samping dan songkok untuk Ryoga dan abang aku, Koichi. Warna purple dan hitam tahu, nanti aku nak pos pada mereka." Ujarku menghulurkan duit kepada dia. Dia mengangguk.
"Ehh, nah, Kai punya sekali." Kata Alyn.
"Eh, banyaknya duit." Kata Eca.
"Belikanlah si Takashi punya sekali." Balas Alyn. Eca mengangguk.
"Hm, kitorang amanahkan kau beli baju Melayu untuk diorang semua. Nah, ni Takuya. Plus Yusuke." Kata Hannah menghulurkan duit pada Eca.
"Ryoga dan Koichi kau belikan. Kai dan Takashi kau. Takuya dan Yusuke pula kau. Yuki?" Soalnya.
"Engkaulah!" Jawab kami serentak.
"Apa punya soalan?" Kami menggeleng-geleng di situ. Eca buntu lalu berfikir dan mengangguk sendiri. Kami ketawa.
"Dah, jom gerak." Ujarku.
Kami keluar.
"Mama, nanti jumpa kat airport. Aby gerak dengan Dini." Ujarku. Mama mengangguk. Aku hanya melihat kereta mereka berlalu.
Obaa-san menghantar mama dan yang lain ke lapangan terbang. Aku pula berjalan kaki ke kedai yang Dini tunggu aku.
Setibanya aku di kedai tersebut, Dini sudah di situ dengan bagasi merah jambunya.
"Dini. Seorang je?" Soalku. Dia memandang aku.
"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Soalku.
Dia mencengkam tangan aku.
"Eii! Kau tahu tak betapa risaunya aku bila aku dengar berita kau tak balik rumah semalam?!" Katanya kemarahan.
"Alala, kan aku dah kata jangan risaukan aku. Aku okey. Haha!" Aku ketawa sambil mengusap tanganku. Aku tak marah dia kerana aku tahu dia risaukan aku.
"Kau seorang je ke?" Soalku.
"Hm, ya. Family aku dah ke airport dulu. Jomlah, nanti lambat pula." Balasnya.
Kami menuju ke lapangan terbang sambil bersembang bergelak ketawa.
(Ryoga POV)
Telefonku berdering. Aku mengeluarkan telefonku dari poket seluar jeans hitamku itu. Sakinah yang bagi tu.
"Hello? Koichi." Ujarku.
"Ha, Ryoga. Kau di mana?" Soal Koichi.
"Aku tengah cari adik kau." Jawabku.
"Kau tengah cari adik aku? Kau cari dia di mana?" Soal Koichi pelik.
"Di mana-mana sahajalah. Tapi, sekarang ni aku kena jumpa adik kau." Kataku.
"Kau merepek apa ni? Dia kan dah on the way ke airport." Ujar Koichi. Aku terkejut.
"Dia dalam perjalanan ke airport?!" Soalku terkejut.
"Yalah, dia tak bagitahu kau ke? Pelik. Tak, aku call ni sebab nak tanya kau sesuatu. Kau beli dress ke yukata?" Soal Koichi. Aku fikir.
"Aku ada kata dress ke hari tu? Bukan aku kata aku nak beli yukata ke?" Soalku pula. Terberhenti aku berjalan.
"Dalam beg ni ada yukata purple. Kau salah beli ke kau salah cakap?" Soal Koichi.
"Hm, aku rasa aku memang beli yukatalah untuk dia. Aku tersilap cakaplah tu." Kataku.
"Hm, okeylah. Aku nak pergi airport ni. Jumpa dia. Kau nak ke mana?" Soal Koichi.
"Aku..aku pun nak ke airport juga. Aku kena jumpa dia juga." Ujarku.
"Hm, apa-apa sahajalah. Jumpa kau di airport." Katanya lalu mematikan talian. Aku meneruskan perjalanan. Aku terus menuju ke lapangan terbang. Ni mesti Dini dah jumpa Sakinah dan tak beritahu aku. Aku kena cepat.
(Alyn POV)
"Alahai, Alyn, Hannah, Eca, tengok ni. Seat tinggal 2 sahaja. Ni, kalau nak tunggu aby ni pun tak sempat rasanya." Kata makcik, mak Sakinah. Sedang kami berfikir, mataku tertumpu ke arah satu keluarga.
"Eh, weh, itu bukan family Dini ke?" Aku menepuk Eca dan Hannah.
"Aku ke sana sekejap. Korang berdua tunggu sini." Kataku. Aku ke arah keluarga Dini.
"Acik." Panggilku.
"Eh, Alyn." Kami bersalaman.
"Hm, acik punya flight pukul berapa?" Soalku.
"Acik punya flight sekejap sahaja lagi ni. Tapi, Dini tak sampai lagi ni." Kata ibu Dini resah.
"Hm, dia gerak dengan Sakinah, kan? Sakinah pun sekali. Tak nampak lagi batang hidungnya. Tapi, kitorang tak cukup untuk duduk satu flight yang sama. Kitorang kena berpisah." Ujarku pula.
"Hmm, berapa orang lagi yang tak cukup?" Soal makcik.
"Lagi 3 orang tak cukup. Tapi itupun si 2 orang lagi itu pun tak sampai lagi. Flight dah nak bertolak." Balasku.
"Hm, jomlah kita ke sana, bincang." Kata ibu Dini. Aku mengangguk. Kami pergi ke arah mak Sakinah, ., Hannah dan obaa-san yang masih setia di situ menunggu kami.
"Acik, ni mak Dini." Kataku. Mak Sakinah bersalaman dengan ibu Dini.
"Ha, kak, saya nak bagi cadangan lah kan, disebabkan Sakinah dan Dini pun belum sampai lagi, dan mungkin tak sempat sampai ke sini sebelum flight kitorang bertolak, untuk tak membazir tiket Dini tu, salah seorang daripada budak-budak ni, ikut kami. Lagi seorang dengan akak. Sakinah, Dini dan seorang lagi yang tinggal naik flight lain. Flight pagi esok ke mungkin. Saya percaya dan boleh lepaskan sahaja Dini tu kalau dia dengan Sakinah. Lagipun, flight yang akak beli tiket ni, flight terakhir ke Kuala Lumpur malam ni, kan?" Ujar ibu Dini panjang. Wah, bagus juga idea itu.
"Hm, ada betulnya juga tu. Tak membazir tiket flight Dini tu. Lagipun, akak memang nak kena balik secepat mungkin. Ada hal penting. Akak memang boleh lepaskan Sakinah juga. Dia pun dah biasa di sini. Ada kawan akak ni boleh tengokkan mereka juga." Kata mak Sakinah menunjuk ke arah obaa-san.
"Hm, jadi, sekarang ni, siapa yang akan ikut acik?" Soal ibu Dini.
"Ehem, erm, saya rasa, bagi kitorang bincang kawan-kawan dulu, boleh?" Soalku meminta izin.
"Ha, silakan." Kata mak Sakinah. Aku, Eca dan Hannah menjauhkan diri daripada makcik-makcik.
"Aku balik dengan mak Dini." Kata Hannah tiba-tiba.
"Aku pun memang kena balik sebab mak aku tak bagi nak stay lama sangat di sini." Kata Eca pula.
Aku memandang mereka berdua, "Akulah yang kena tinggal dengan budak dua orang itu?" Soalku.
"Ya, betul. Kau tinggal dengan diorang. Alah, lagipun kau tolonglah Sakinah settle kan hal dia dengan Ryoga tu. Apa-apa, roger." Kata Hannah.
Aku mengeluh, "Hai'." Ujarku perlahan.
"Okey, sepakat, sebulat suara, eh? Lagipun, aku kan nak kena beli baju Melayu yang korang semua kirim tu." Kata Eca.
"Okey, okey, aku tinggal." Kataku. Hm, esok pagi lah ni aku dapat balik nampaknya.
Kapal terbang mereka semua sudah bertolak. Tinggal aku dan obaa-san sahaja di situ menunggu Sakinah dan Dini.
(Dini POV)
"Hm, weh, mak aku baru mesej. Mak aku kata kita kena naik flight lain. Family aku dah balik. Mak kau, Eca dan Hannah dah balik juga. Kat airport sekarang ada mak Ryoga dan Alyn yang tunggu kita." Kataku.
"Hm? Ya ke? Pun boleh. Asalkan aku duduk sebelah kau." Balasnya. Aku hanya tersenyum. Kami meneruskan perjalanan kami.
"Sakina-chan!" Panggil seseorang. Kami berdua terberhenti dan mencari suara itu.
"Siapa panggil aku, weh?" Soal Sakinah. Aku mengangkat bahu. Kami mencari suara itu lagi.
"Sakina-chan! Please, don't leave me! Saya nak beritahu awak sesuatu." Kami terlihat Ryoga di seberang jalan.
"Ryoga-kun?" Sakinah terkejut dan lega melihat Ryoga. Mata Sakinah mula berkaca. Haa, mula dah. Kenapa aku di tengah sini?
"Awak pergi mana semalam?! Awak jahat tinggalkan saya macam tu sahaja!" Sakinah mula menangis di situ.
"Penat saya cari awak tahu tak?!" Marah Sakinah lagi sambil menahan tangisannya.
"Saya lega sebab saya dapat jumpa awak kat sini! Saya nak awak jangan tinggalkan saya! Ada sesuatu saya nak cakap pada awak!" Jerit Ryoga dari seberang jalan. Drama betullah mereka berdua ni.
Ryoga mula melintas jalan. Sakinah dengan muka yang terkejut berlari melintas jalan. Aku pelik, apa yang berlaku? Apa yang Sakinah nampak?
"Sakina-chan!" Jerit Ryoga lalu menolak Sakinah ke tepi jalan. Kepala Sakinah terhantuk dengan kuat pada simen keras di tepi jalan. Ryoga pula dilanggar oleh sebuah kereta dan kepalanya terhentak kuat pada kereta itu.
Aku menyaksikan segalanya. Aku terkejut tambah panik. Apa yang aku perlu buat? Aku berlari ke arah Sakinah. Kepalanya sudah berdarah.
"Sakinah, Sakinah, jangan tinggalkan aku. Sakinah, kau kena stay dengan aku. Sakinah, sedar, Sakinah." Mataku sudah berkaca. Aku tak sangka ini akan berlaku pada kawan baikku sendiri. Aku menampar pipinya berkali-kali dengan lembut supaya dia sedar.
"Ryoga-kun.." Panggilnya sambil memegang kepalanya.
"Sakinah, save kau punya energy." Ujarku mengesat air mataku.
Dia cuba bangun, "Aku kena...jumpa Ryoga." Ujarnya lagi lalu gagah berdiri. Aku memapah dia pergi ke arah Ryoga.
Ramai orang mengerumuni dia. Beberapa orang awam cuba menelefon ambulans.
Dia duduk di sisi Ryoga, "Perlu ke buat macam tu?" Soal Sakinah sambil air matanya deras menuruni pipi.
"Of course, you are important for me." Balas Ryoga perlahan sambil tersenyum. Sakinah menunduk. Air mata Sakinah tumpah di atas baju Ryoga. Aku mulai sebak pula melihat mereka.
"Lepas tu, awak ingat awak tak penting ke bagi saya? Awak ingat saya sanggup ke tengok awak macam ni?" Soal Sakinah sedikit marah tidak memandang Ryoga.
"Saya lagi tak sanggup tengok awak sakit, baby. Shinpai shinaide. (Jangan risau.) Nothing will happen...to me." Balas Ryoga lalu tidak sedarkan diri.
Sakinah dengan sangat panik cuba mengejut Ryoga, "Ryoga-kun! Ryo-"
Tiba-tiba, Sakinah pengsan di atas ribaku. Aku cuba mengejutnya tetapi, dia tidak memberi sebarang reaksi.
*******
Kami baru tiba di hospital. Ryoga dan Sakinah dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Aku cuba menghubungi Alyn.
"Helo? Dini! Mana kau? Lambatnya. Lama aku dan obaa-san tunggu di sini." Kata Alyn sejurus panggilan itu dijawab.
"Aku..aku perlukan kau sekarang ni. Aku di hospital." Kataku lemah sambil memandang ke arah tudungku yang berlumuran darah Sakinah.
"Di hospital?! Kau biar betul! Kau buat apa di hospital?" Soal Alyn terkejut.
"Ryoga..Ryoga dan Sakinah accident. I need you here right now, Alyn, please. Aku tak kuat." Ujarku lalu menangis. Dia sangat terkejut lalu terus mematikan talian telefon.
Beberapa minit berlalu, seorang doktor dari wad kecemasan yang Sakinah dan Ryoga dibawa masuk tadi keluar. Aku terus berdiri.
"Doctor, excuse me, but, how are my friends condition? Are they okay? Please, tell me that they are okay, doctor." Kataku dengan laju.
"I'm sorry, but, their condition are unstable. I hope you can calm down. Stay strong. I have to go now." Kata doktor itu lalu berlalu pergi. Aku terduduk dan menangis di situ.
"Dini!" Aku kenal suara itu.
"Dini, cerita pada aku macam mana semua ni boleh berlaku?" Soal Alyn dengan suara yang serak. Dia sudah menangis dululah tu.
Aku mengangkat muka memandang obaa-san, "Obaa-san, I'm sorry. Sakinah tried to save him but Ryoga saved Sakinah first. I'm sorry. Don't mad at Sakinah. Don't mad at her." Kataku sambil menangis. Obaa-san memeluk aku.
"It's okay, dear. I won't mad at her." Kata obaa-san memujukku. Obaa-san juga sudah menangis di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience