TUJUH

Other Series 3280

Apa yang bermain di fikiran Iman Daniela sekarang adalah persoalan tentang mengapa dan bagaimana. Mengapa sejak kebelakangan ini Hairi sering menghubunginya? Bagaimana cara nak melepaskan diri daripada terus berhubung dengan Hairi?

Tunangan orang. Itulah puncanya Iman resah gelisah. Hairi masih tidak berterus terang dengannya. Mungkin benar perasaannya selama ini. Hairi juga menyukainya. Tapi kenapa tidak daripada dulu dia begini? Sekurang-kurangnya pada masa itu Hairi masih dalam status bujang.

'Ya Allah..seksanya jiwa memikirkan perangai manusia..'

Deringan lagu Jomblo Happy mengejutkan Iman dari khayalan. Terpapar nama Hairi pada skrin telefonnya. Dibiarkan sahaja telefon itu berdering sehingga diam.

Dia sengaja tidak mahu memanjangkan kisah. Sejak kebelakangan ini Hairi sering mengajaknya keluar. Sedaya upaya ditolaknya dengan pelbagai alasan.

Balik kampung. Teman ibu keluar. Ada kelas tambahan. Baru keluar dengan kawan-kawan. Banyak lagi lah. Tetapi kebanyakannya bohong semata-mata. Biarlah. Bohong sunat. Biarpun Iman tahu tiada istilah bohong sunat yang patut diamalkan.

"Niela kenapa tak angkat call?" masuk pula mesej ke inbox telefon Samsungnya.

'Alahai dia ni. Betul-betul menguji kesabaran aku. Ya Allah, aku tak nak macam ni...' Iman mengeluh sendiri.

"Sorry.. sekarang ada kelas tambahan." Hanya itu dibalasnya. Mesej seterusnya tidak dihiraukannya lagi.

Sampai bila pun Iman tak pasti akan terus begini. Antara rasa gembira dan bersalah.
'Aku takkan merosakkan hubungan orang. Aku bukan sesiapa. Hanya manusia biasa yang waras dan tahu hukum'.

Ya. itulah yang sepatutnya. Lalu Iman mengambil keputusan untuk memblok segala panggilan daripada nombor telefon Hairi.

* * * * * * * * * * * *

"Kak, dia tengok kat akak tadi. Tiera tak tipu." kata-kata Athirah menambahkan lagi rasa berbunga dalam jiwa Iman.

Dalam hati Iman yakin Hairi juga sukakannya. Tapi bila dia cuba bercakap dengan Hairi, layanannya biasa-biasa saja. Seolah-olah tiada apa yang istimewa. Iman jadi serba tak kena. Kenapa dia begitu. Sedangkan hatinya kuat merasakan Hairi juga menyukainya.

Setiap petang sebelum pulang kerja Hairi seolah-olah menunggunya. Selagi dia tak pulang selagi itu Hairi belum pulang. Itu semua terjadi sejak tiga hingga empat bulan kebelakangan ini.

Mungkin juga perasaanya semata-mata. Tetapi dia dapat merasakan itu. Pagi-pagi pula dia sering datang awal dan sama-sama menghabiskan masa di kafe di mana Iman, Tiera dan yang lain-lain sering menghabiskan masa.

Yang paling terang lagi bersuluh adalah Hairi dikenali dengan perangai suka datang lewat, tetapi tidak kebelakangan ini.

Namun permasalahan utamanya adalah kenapa dia tidak menunjukkan minat langsung pada Iman apabila berdepan atau bercakap dengan Iman.

Ada suatu ketika, Iman mengambil cuti kerana perlu pulang ke kampung atas urusan temuduga. Empat hari dia tidak melihat wajah Hairi dan dia sangat merindui wajah itu.

Tetapi disabarkan hati. Pada masa yang sama Iman teringin mengetahui apakah Hairi juga merinduinya. Tetapi pada masa itu, hanya dia yang meminati Hairi dari jauh. Mungkin juga Hairi belum tahu atau menyedari kehadirannya.

Tetapi pada masa itu Iman hanya menganggap perasaan itu hanya sementara memandangkan sebelum ini pun dia ada menyukai seseorang, tetapi perasaan itu hilang begitu saaja dalam masa yang singkat. Lalu dia mengambil keputusan untuk melayan sahaja perasaan itu.

Hari pertama Iman masuk kerja selepas bercuti, awal-awal pagi lagi Hairi berjalan ke arahnya dan berhenti seketika. Senyum dan berlalu.

Iman pelik dengan kelakuannya. Tapi hatinya berbunga.

* * * * * * * * * * * * * * * * *

Iman tersenyum sendiri. Kenangan. Manis dalam pahit. Tawar dalam manis. Masin dalam tawar. Sehingga begitu kesimpulan Iman tentang kenangannya.

Walau bagaimana pun, Iman tekad. Perasaannya akan terus disimpan dalam jiwa. Biarkan kenangan menjadi sesuatu yang manis di dalam ingatan.

Tetapi untuk merosakkan hubungan dan kebahagiaan insan lain, itu bukanlah dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience