BAB 2

Humor Completed 8628

“Aku gurau je, Jo. Kau ni…jangan marah-marah. Kau tu ada darah tinggi. Sakit nanti, siapa yang susah, aku jugak.” Pujuk Wak Bon.

“Sudahlah. Malam ni ada doa selamat kat masjid. Haji Hamid jemput kau untuk baca doa nanti.” Kata Pakcik Johari menutup bicara.

Wak Bon sebenarnya agak risau untuk menyembelih lembunya. Dia amat sayangkan lembunya, disebabkan itulah dia tidak mahu lembunya disembelih. Dia sudah menjaga lembu tersebut bagai menatang minyak yang penuh. Segala makan minumnya dijaganya.

Pakcik Johari pula merupakan penghulu di Kampung Sungai Dua. Dia sudah kenal lama Wak Bon semenjak dia tinggal di situ beberapa tahun lamanya. Dialah yang memujuk Wak Bon supaya dia meletakkan nama Wak Bon dalam senarai korban.

Hari Raya Aidiladha berbaki 3 hari lagi. Malam itu, selepas sahaja doa selamat, sebuah mesyuarat telah dijalankan di dalam masjid tersebut. Kelihatan Haji Hamid, Razi, Wak Bon, Pakcik Johari, Tok Mat dan lain-lain lagi ahli jemaah masjid yang sedang berbincang.

“Saya bantah!” Razi mula membuka mulutnya. Razi merupakan pemuda di kampung tersebut yang aktif dengan kerja-kerja kampung.

“Apa yang kau bantahnya? Aku belum cakap apa-apa lagi pun.” Tegur Haji Hamid, imam masjid tersebut.

“Sorry Pak Hamid, excited sangat ni. Hehe.” Senyum Razi tersipu-sipu malu.

“Malam ni, saya nak sebut nama-nama yang akan terlibat dalam ‘ekspedisi korban’ yang berbaki 3 hari lagi.” Terang Haji Hamid.

“Ekspedisi?” Tanya Tok Mat kehairanan.

“Saja nak kasi best sikit.” Kata Haji Hamid. Ahli jemaah masjid yang lain hanya berpandangan sesama sendiri. Mereka langsung tidak faham lawak hambar yang cuba disampaikan oleh Haji Hamid.

“Kau kata lembu kau ada penyakit. Betul ke ni?” Tanya Haji Hamid kepada Wak Bon. Wak Bon yang berkopiah mula membuka bicara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience