Siang bertukar malam,hari berganti minggu,tanpa sedar hampir dua bulan Hazel menjalani hidup di rumah agam di puncak.Hidupnya ibarat puteri yang terkurung di dalam istana.Tengku Que Iskandar langsung tidak mengizinkannya keluar dari kawasan rumah agam. Hazel hanya boleh keluar bersiar-siar di kawasan tertentu yang telah ditetapkan oleh suaminya sahaja.
Rumah agam Tok Aki jauh berbeza dengan rumah agam Tengku Benjamin Adame.Dari sudut pandangan Hazel,tidak keterlaluan jika rumah agam ini lebih kepada markas peperangan kalau dilihat dari luar.Mana tidaknya jika tembok batu yang sangat tinggi mengelilingi kawasan rumah yang luas.Setiap penjuru ada pondok pengawal yang berada lebih tinggi dari aras tembok.Sesetengah kawasan terdapat pagar besi yang diletakkan amaran aliran elektrik.Cctv sememangnya hampir setiap ceruk ruang dipasang seperti mata-mata.Anak buah Tengku Que Iskandar yang sentiasa bersama senjata setiap masa mengawal di sekeliling rumah agam menyebabkan Hazel tidak berani melakukan sesuatu yang di larang oleh suaminya.
"My eyes always watching you!"...Dia sentiasa ingat pesanan Tengku Que Iskandar kepadanya.
Hazel berdiri mengambil angin di balkoni biliknya.Dia sangat suka melepak atau 'me time' dekat sini kerana angin dingin di kawasan berbukit dikelilingi kehijauan dan keindahan flora dan fauna mendatangkan kedamaian dihatinya.Dari aras tiga dia dapat melihat dengan jelas sebuah tasik yang sangat besar dengan air yang kehijauan.Terdapat laluan berbata untuk ke sana.Hatinya sangat teringin untuk merasai kedinginan air dan ketenangan alam semulajadi.
Menurut pembantu rumah,tasik itu merupakan kawasan lombong yang terbiar dan dia selalu dimomokkan dengan pelbagai cerita seram oleh mereka.Namun bagi Hazel semakin dilarang semakin dia teruja untuk ke sana.
**********************
"Hai Nicho....!Hai Andrew!"
"Long time no see both of you!Where have you been?"Hazel yang sememangnya seorang peramah,ringan sahaja menegur bila berselisih dengan mereka.
"Hai madam!"Nicholas dan Andrew menunduk kepala serentak ke arah Hazel.
"Errrr....we're..."
"Nich...,Ad...!Come to my office!"Suara Que mencelah dari belakang lalu tangannya menyauk badan isterinya memeluk dari belakang.
"Yes,sir!"...
Mereka menyahut juga dalam nada serentak.Kedua-dua lelaki itu segera menundukkan kepala sebelum bergerak naik ke aras dua.Aras ke dua mempunyai beberapa bilik termasuk ruangan kerja Tengku Que Iskandar namun terdapat beberapa buah bilik yang terkunci dan dilarang untuk dia dekati.Sememangnya Tengku Que Iskandar seorang yang dipenuhi rahsia dan misteri.
"Sayang buat ape dekat bawah?"
"Kenapa tak tengok movie dekat studio?"
Tangan dan mulut Que mula mengambil kesempatan.Wajahnya disembamkan dibelakang kepala Hazel yang bertutup tudung mencuri keharuman isterinya.Tangannya menyusup masuk perlahan ke dalam baju Hazel membelai kulit perut isterinya.Semakin lama belaian di perut perlahan-lahan merayap ke arah kawasan berlurah yang sentiasa membuatnya tergoda.
"Abang.....,"Hazel yang menyedari niat suaminya cepat-cepat memusingkan badannya berhadapan dengan Tengku Que Iskandar.Tangannya naik memeluk leher suaminya memulakan langkah menggoda.
"Hmmmm!!......."Tengku Que Iskandar menaikkan alis matanya hairan melihat aksi Hazel yang berani menggodanya di tengah-tengah ruang seperti ini.Bibirnya tersenyum nipis kerana dia sedia tahu apa yang Hazel mahukan.
"Abang...Hazel nak pergi tasik hijau dekat belakang tu boleh tak?"
Suaranya sehabis boleh dilembutkan,badannya didekatkan ke arah Que sehingga dadanya melekat ditubuh suaminya.Kepalanya ditundukkan kerana dia malu sebenarnya dengan aksi gediknya.
Tengku Que Iskandar memegang kedua-dua belah pipi Hazel lalu kepala yang tertutup dengan tudung hitam itu diangkat mendongak ke wajahnya.Dahi kecil Hazel dicium sekilas sebelum bibirnya turun mengucup bibir kemerahan wanita itu.Mata hijaunya mencari mata hazel isterinya.
"No sayang...you can't!"
"There's too dangerous..!"
Tengku Que Iskandar membelai lembut pipi gebu isterinya,dia tahu Hazel akan memberontak sekejap lagi jadi dia perlu bersedia mengawal barannya dan seperti yang dia jangka Hazel memprotes.
Tangan Que ditolak kasar dari wajahnya.Bila Que mendekat dadanya dipukul sekuat tenaganya.Hazel marah kerana lelaki itu terlalu mengongkong hidupnya.
"Hazel tak peduli...Hazel nak pergi juga!"
"Abang izinkan atau tak,Hazel boleh pergi sendiri!"bentaknya kasar.
"Listen here sayang!"
"When I said no it's a big no,understand!"
Tengku Que Iskandar mula menaikkan suara menyampaikan amaran.Tangannya kembali menarik badan isterinya merapat ke dalam pelukannya walaupun Hazel masih degil menolak badannya.
"Hazel nak naik tidur!"Hazel menjeling tajam Tengku Que Iskandar sebelum meloloskan diri membawa langkahnya ke arah lif dengan rasa marah dan rajuknya.
**************
"Benci betul..Apa ada bela ikan duyung yang cantik jelita dekat sana?"bebelnya penuh emosi.
"Benci!!"
"Benciiiiii.......!"Hazel menjerit kuat sambil menyembamkan mukanya ke bantal,tangan kecilnya memukul-mukul permukaan tilam melepaskan rasa geram.
Tiba-tiba telinganya dapat menangkap sayup-sayup suara orang bercakap di luar melalui pintu balkoni yang terbuka.Dia bangkit dengan cepat,langkahnya dibawa ke balkoni untuk mengintip ke bawah.Matanya bersinar gembira kerana pintu besi yang bertanda amaran aliran elektrik terbuka besar dan tiada seorang pengawal pun yang kelihatan.Dari jauh dia dapat melihat beberapa lelaki berpakaian serba hitam menuju ke arah pelantar yang bersambung terus ke tasik hijau.
Hazel segera membawa langkahnya laju ke aras bawah melalui tangga.Dia tidak mahu ada sesiapa menyedari pergerakannya dalam masa yang sama dia perlu tertindak dengan cepat sebelum pintu tertutup.Walaupun dia tahu hampir keseluruhan ruang dirumah agam dilengkapi cctv yang sedang memerhati.
Nasibnya baik kerana dia berpakaian serba hitam hari ini seolah-olah memudahkan penyamarannya kerana pengikut Tengku Que Iskandar berpakaian formal hitam.Yakin tiada sesiapa di kawasan pintu besi,Hazel segera keluar meloloskan diri sebelum anak buah Que kembali semula.Bagi mengelakkan dikesan Hazel bersembunyi dibalik semak yang sedikit tebal sementara menunggu mereka masuk kembali ke rumah agam.
Selepas lima belas minit menahan gigitan nyamuk,kelibat anak buah Que kelihatan masuk ke kawasan rumah agam dan pintu besi itu akhirnya tertutup rapat.
"Yeayyyyyy!......."
"Tasik hijau....I'm coming....!"
Hazel keluar dari kawasan persembunyiannya lalu pantas berlari ke arah tasik kehijauan yang bagaikan memanggil-manggil kedatangannya.
Share this novel