Rate

2

Romance Series 2377

Perlahan-lahan aku membuka kelopak mataku yang terasa berat. Aku terpandang syiling rumah. Syiling? Terus aku bngun dari perbaringan ku. Aku meraba diri ku. Kulihat kini hanya baju kemeja yang besar sahaja membaluti tubuh ku. Tak semena-mena aku kembali menangis. Tudung di kelapa juga entah kemana.
Teresak-esak aku menangis. Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka. Aku menarik comfort agar menutupi bahuku. Hanya kepala sahaja yang terjengul. Figura seorang wanita berusia memasuki ruang kamar itu sambil tersenyum.
"Syukurla kamu dah sedar nak. Ni Mak Jah ada bawakkan kamu makanan sedikit. Muka kamu pun pucat". Aku hanya memandang kosong makanan untukku.
"Saya kat mana ni makcik?" Soalan pertama yang terkeluar dari mulutku. "Mana baju saya? Mana tudung saya?" Air mata sudah kembali mencurah.
"Sabar nak. Mak Jah yang tukarkan baju kamu tadi. Kamu sekarang berada di rumah Tuan Deniel", jawab makcik itu sambil mengurut belakang badanku. "Cuba kamu cerita siapa kamu." Pinta wanita yang menggelar dirinya Mak Jah tadi.
"Nama saya Shasha Maisara. Putri Shasha Maisara. Saya kena halau dari rumah dengan mak tiri saya. Mak dan ayah kandung saya dah meninggal. Saya datang KL ni pon sebab kawan saya. Tapi saya kena tipu. Dia jual saya dengan bapak ayam. Saya lari dari bapak ayam tu makcik. Tolong maafkan saya." Panjang lebar aku menerangkan keadaan sebenar. Mak Jah hanya tersenyum memandangku.
"Nanti kamu makan yee. Lepas tu pakai baju dan tudung yang Mak Jah letak di atas meja tu", tuturnya sambil menunjukkan baju di atas meja solek. Nasib baik!
" Mak Jah..." panggilku. Pantas Mak Jah berpaling. "Siapa Tuan Deniel?" Soalku polos.
Mak Jah tersenyum dan kembali duduk disebelahku seraya mengambil makanan dan beri pada ku.
"Nik Deniel Lee bin Nik Danish Lee. CEO Lee's Architecture & Design. Anak tunggal Dato' Nik Danish Lee dan Raisyah de Alejendro." Berkerut dahiku. Kemudia Mak Jah sambung lagi. "Kacukkan mualaf cina dan mualaf sepanyol." Terangguk - angguk bagai burung belatuk saja diriku sambil menyuap makanan dalam mulut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience