"Kau serius ke ni Diya?"
Wajah kawan baiknya dia tatap. Sebening tatapan mata itu tidak dapat menutup perasaan sedih wanita itu ketika ini.
"Yer, aku serius Mya. Dah takde apa lagi yang tinggal pada aku, termasuk rasa hati aku. Semua dah hancur lebur. Aku nekad."
Peha kawannya itu dia sentuh. Digosoknya perlahan - lahan, tau hati kawannya sudah terguris. Dan dia juga tahu, kawannya itu sedang patah hati. Nafas dia hela panjang. Akhirnya dia mengangguk perlahan. Menyokong apa jua keputusan yang telah dibuat oleh kawannya itu.
"Teruskan niat kau. Kalau boleh guna cara baik, kau berbincanglah, bagi aku itu sebaik - baiknya." Damya menatap wajah kawannya itu. Sudah kering air mata pada wajah itu. Seakan sudah redha atas apa yang telah terjadi.
Diya menggelengkan kepalanya. Wajah dia hala pada laut yang terbentang di depan mata. Ya, dia ke sini! Sudah seminggu dia di sini. Pada awalnya dia hanya ingin berjumpa setelah berbulan - bulan lelaki itu tidak pulang ke rumah mereka di Melaka. Dia mengajak Damya untuk menemaninya ke sini. Di Pahang. Tempat lelaki itu kononnya mencari rezeki untuk keluarga kecil mereka. Tetapi lain pula yang terhidang di depan mata.
FLASHBACK...
Jam 5.00 petang, sampai di rumah sewa suaminya. Dia meninggalkan kawannya itu di resort. Memandu sendiri ke rumah sewa lelaki itu. Dia tau tempat itu kerana sudah beberapa kali dia datang ke situ. Saja harini dia nak buat surprise. Tidak memaklumkan walau sepatah akan kedatangannya ke sini. Sempat dia menyinggah membeli dua bungkus nasi ayam untuk makan malam mereka bersama. Hatinya sudah girang tidak terucap, rasa rindu pada suaminya itu membuak - buak. Ikutkan sudah empat bulan mereka tidak bertemu melainkan hanya melalui WhatsApp, call dan video call semata. Suaminya hanya menyewa seorang diri kerana memudahkan jika dia hendak datang ke sini.
Kereta diparkir di hadapan rumah teres setingkat itu. Matanya tunak memandang ke arah pintu pagar. Dia melepaskan senyum tipisnya. Rindu... Desis hati kecilnya. Diya membuka pintu kereta. Sudah tidak sabar untuk dia bertemu dengan sang suami. Pintu pagar yang tidak berkunci itu dia tolak perlahan. Laju dia orak langkah ke arah pintu rumah.
Matanya buntang memandang ke arah sepasang kasut wanita berwarna hitam yang terletak elok di depan muka pintu utama yang bertutup rapat. Hatinya sudah gundah, kasut siapa pula ni??? Soalan yang berlegar di dalam fikiran ketika itu. Tapi dia tahankan diri walaupun rasa tidak sedap itu semakin menggila di dalam hatinya. Tarik nafas hembus... Itu yang dia duk ulang beberapa kali. Diya cuba membuka pintu, nafas lega dia lepaskan apabila pintu itu tidak dikunci dari dalam. Setelah sedikit tenang dia melangkah masuk ke dalam rumah. Kipas di ruang tamu berpusing ligat, juga dengan TV yang terpasang. Tapi kelibat manusia itu tiada di situ.
Hik... Hik... Hik...
"Janganlah sayang, you i buat i geli."
"You ni cantiklah, you buat i lagi bertambah geram... Aummm..."
"Hahaha, janganlah... Isyyy, youuuu..."
Kedengaran suara manja wanita dan lelaki bertingkah - tingkah dari dalam bilik utama. Bilik yang selalu dia akan diami jika dia datang ke sini. Paling tepat. Bilik itu adalah bilik kelamin mereka.
Laju langkah dia bawa ke arah pintu bilik itu. Dengan nafas turun naik. Dia cuba sedaya mungkin untuk mengawal emosi. Handphonenya sudah siap sedia untuk merakam video. Itu penting, sebagai bukti untuk dia membela diri. Dihalakan handphone ke arah pintu bilik. Pintu bilik itu dia buka seluasnya. Buntang matanya terbuka luas... Terkejut... Ya, sangat terkejut!.
"Astaghfighullahalazim..." Diya beristighfar lantang. Nasi ayam di tangan jatuh berderai di atas lantai. Dia sudah tidak peduli. Dengan video pada handphone masih lagi merakam aksi jelik itu, dia berdiri tegak memandang ke arah dua manusia yang sedang seenaknya bergelumang di atas katil tanpa seurat benang. Sungguh memalukan. Diya menoleh ke arah lain. Tidak sanggup lagi untuk menatap adegan itu. Tanpa pakaian. Allahu... Seolah sudah hilang rasa malu dan maruah diri antara keduanya. Wanita itu menutup badannya dengan comforter. Hmmm... Tau malu. Ada rasa malu dengan manusia tapi dengan Allah, tidak pula terasa malu. Diya hanya melepaskan jelingan sekilas. Wanita itu menyorok muka di balik selimut tebal itu. Takutlah tu apabila diri sudah tertangkap.
"Sayang..." Seoktaf perkataan itu terlontar dari mulut Rayyan.
Geli tekak Diya apabila mendengar panggilan itu dari mulut suaminya.
Diya hanya senyum... Masih lagi berusaha menutup rasa canggungnya apabila berhadapan dengan situasi itu.
"Sayang, biar abang terangkan." Rayyan masih berusaha memujuk. Walaupun tahu, dia telah kalah. Dia seakan tidak sanggup menatap wajah tanpa perasaan isterinya itu. Wajah yang masih lagi tersenyum memandang ke arah mereka. Dia tau, senyuman itu bakal membunuhnya dan bakal membuat dirinya jatuh terduduk.
"Tak perlu kata apa - apa lagi. Semua telah terjawab. Halalkan hubungan korang. Jangan hidup bergelumang dengan dosa lagi. Tapi sebelum ada niat untuk menghalalkan perempuan tu. Ceraikan aku." Tegas kata - kata yang terbit dari bibir Diya Zulaikha. Dia malas nak ambil tahu hal mereka, yang dia tahu, dia sudah mula terbit perasaan jijik pada lelaki itu. Tersangat jijik. Dia menahan rasa nak muntahnya.
"Sayang... Biar abang jelaskan," Masih berusaha memujuk... Rayyan tidak tega untuk menceraikan isterinya itu. Tapi dia juga tidak sanggup untuk melepaskan kekasihnya. Dua - dua dia sayang. Dua - dua juga dia cinta. Dia tidak sanggup kehilangan salah satunya. Diya isterinya, Emily kawan sepejabat yang juga merangkap kekasihnya. Sudah dua tahun hubungan rahsia yang terjalin antara mereka dan sudah dua tahun juga mereka hidup tak ubah seperti pasangan suami isteri tanpa pengetahuan isterinya. Hubungan terlarang. Semuanya terjadi apabila Emily tak sudah - sudah menggodanya. Ikan apabila ada di depan kucing, lama - lama akan dingap juga. Sesuailah kata perumpamaan itu dengan dirinya. Lagipun Emily belum berkahwin.
"Cukup Rayyan. Semua dah jelas. Apa yang kau buat, kau harus tanggung. Allah tidak tidur untuk tunjukkan perbuatan curang kau pada aku. Kau ingat aku akan menangis tersedu - sedu atas apa yang kau dah buat. Memang tak akan sesekali aku akan bazirkan air mata aku untuk lelaki dan perempuan murah macam kekasih kau. Bertaubatlah, pintu taubat masih terbuka. Halalkan hubungan kalian. Tapi ceraikan aku." Tegas kata - kata Diya Zulaikha. Masih tajam matanya menikam pada mereka berdua.
"Tidak... Abang takkan ceraikan sayang. Abang sayangkan sayang. Abang lemah dengan nafsu abang. Abang minta maaf, abang tak berjaya nak tepis."
Diya mencebik. Alasan yang baginya tidak masuk akal. Alasan kebudak - budakan. Dia yang mendengar rasa ingin meloya. Huhhh... Tak berjaya nak tepis. Bukannya tidak belajar agama sehingga iman serapuh dan senipis kulit bawang. Manisnya mulut bila berkata - kata. Senangnya, apabila buat salah. Minta maaf. Tapi dengan dirinya tak akan semudah itu.
"Sudahlah, aku dah malas nak dengar. Kita selesaikan di rumah orang tua kita. Kau tak nak lepaskan aku dengan cara baikkan??? Kita selesaikan semuanya nanti. Biar orang tua kita yang menjadi saksi." Diya berundur. Dia berjalan laju keluar dari rumah itu. Panggilan bertalu - talu dari lelaki yang masih lagi bergelar suaminya itu dia tidak endahkan. Hatinya sudah terlalu sakit. Menderum keretanya meninggalkan kawasan itu. Membawa bersama rasa kecewanya.
Diya menghentak stereng keretanya kuat. Air matanya tumpah juga. Dari sekian tadi dia menahan air mata itu dari tumpah di depan lelaki itu. Dia tidak mahu dianggap lemah. Walaupun hatinya menjerit ingin memaki, mengherdik dan memukul keduanya tapi tetap dia tahankan. Masih ada secebis iman yang mengawal akal warasnya. Air mata yang tak henti - henti mengalir itu dia seka dengan kasar. Hala tujunya ketika itu mahu ke resort.
END FLASHBACK...
"Dah... Tak payah menangis lagi, kesat air mata kau. Sia - sia je kau bazirkan air mata kau untuk lelaki tak guna tu. Apa pun keputusan kau, aku tetap sokong. Aku akan ada bersama kau." Damya memujuk kawan baiknya itu. Sejak dari lima hari balik dari menangkap kecurangan lelaki itu, kawannya ini tidak sudah - sudah menangis. Esok mereka berdua akan berangkat balik ke Melaka. Percutian mereka yang agak panjang dan telah merungkai sebuah cerita. Cerita duka buat kawannya.
"Kenapa dia sanggup buat aku macammi Mya? apa kurangnya aku berbanding perempuan tu? Kalau nak dibanding cantik, aku lagi berganda cantik dari kekasih gelap dia tu. Kenapa Mya???" Air matanya mengalir lagi.
"Yer, aku tau, kau lagi berganda cantik dari perempuan tu. Takpe Diya, bangkit... Biarkan sampah itu dengan lalatnya. Jangan sampai orang lain boleh pijak kepala kita. Kau kena kuat. Buktikan yang kau mampu untuk hidup tanpa dia. Tak guna kalau kau nak simpan lagi lelaki macam tu." Damya memujuk, kepala dia geleng, sempat lagi kawannya itu masuk bakul, angkat sendiri. Tapi dia akui, Diya Zulaikha memang tak kalah cantiknya dengan perempuan jalang tu, dia dah tengok melalui bukti video tu. Buta ke apa si Rayyan sampai tak boleh nak menilai yang mana permata dan yang mana kaca. Hmmm... Ikutkan hati maunya dia simbah asid pada dua makhluk tak guna tu. Sakit sampai ke hulu hati apabila kawannya diperlakukan seperti itu, bak kata pepatah, cubit peha kanan, peha kiri juga terasa.
"Dahlah, buat masa sekarang, kita tak payah pikir hal mereka. Apakata kita cari tempat makan. Aku teringin nak makan ikan celup tepung. Nanti dah masuk bilik, tak payah nak pikir pasal makan lagi, lagipun esok kita dah nak balik." Damya mengajak. Mata tunak memandang ke arah dada langit, hari sudah semakin nak menghampiri senja. Lama juga dia menemani kawannya ini di pantai. Dapat tengok ombak dan laut juga boleh dijadikan sebagai terapi. Dengan hari yang sudah semakin nak ke lewat petang, sedikit demi sedikit pengunjung di pantai itu juga semakin beransur pergi dari situ.
"Jomlah, aku pun dah lapar, dari tengahari tak makan." Diya membalas. Dia bingkas berdiri. Kain skirt labuh di belakang punggung dia tepuk perlahan. Risau jika ada pasir yang menempel.
"Okay jom. Tapi janji dengan aku, kau kena makan banyak - banyak. Kesihatan diri tu juga kena ambil kira. Masalah memang dah sah - sah masalah. Kita yang berakal ni kenalah berfikir, mana yang baik dengan yang buruk, bukannya bila dah kecewa, makan hati, kita nak seksa diri kita, sampai taknak makan dan taknak minum, mengasingkan diri dan apa - apa jelah. Kalau dah jatuh sakit, siapa yang susah, diri sendiri juga yang susah."
"Yela - yela, aku dengar cakap kau. Kau ni bila start membebel, berdesing taik telinga aku." Diya berseloroh.
Mereka beriringan meninggalkan pantai itu. Jam sudah menunjukkan ke angka 7.00 malam. Paling penting cari tempat makan dulu...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua readers kesayangan EL. Perkenalkan karya terbaru EL. Bacaan percuma sepanjang Ongoing. Happy reading semua... -Es Lilin-
Share this novel
best