BAB 31

Romance Completed 11647

Aku tersedar apabila terdengar pintu bilik diketuk. Terpisat pisat aku mencelikkan mata. Rupanya aku tertidur di atas sejadah. Mata terasa pedih kerana terlalu banyak mengeluarkan air mata.

Pintu bilik dikuak. Aku cuba mengukir senyuman apabila melihat insan yang sedang berdiri di hadapanku kini.

"Rose, jom makan. Dari tadi Rose tak makan." Pelawa Mak Mah.

"Takpelah, Rose tak lapar." Ujarku. Sungguh, aku tidak berasa lapar sekarang. Aku yakin jika aku makan sekalipun, tekakku tidak dapat menerima makanan yang masuk.

"Rose, jomlah. Tak baik seksa diri macam ni." Ajak Mak Mah lagi. Dia memegang tanganku, terasa hangatnya kasih sayang seorang ibu.

"Rose tak seksa diri. Betul Rose tak lapar." Aku cuba tersenyum, kelat. Air mata mula bergenang di kelopak mata. Aku kedipkan mataku berulang kali agar air mata itu tidak tumpah.

Mak Mah menarikku ke dalam pelukannya. Aku yang agak tinggi daripada Mak Mah terpaksa membongkokkan badan. Lama dia memelukku. Walaupun terasa lenguh, aku tetap dapat merasa ketenangan di dalam pelukannya. Tangisan yang tadinya galak semakin reda.

Mak Mah meleraikan pelukan.

"Jom makan."

Aku tersenyum. Tidak puaskah dia mengajakku makan? Aku akhirnya menuruti perintahnya kerana kasihan melihatnya berusaha memujukku untuk turun makan.

Aku hanya mengambil sesenduk nasi, risau jika tidak dihabiskan. Nanti membazir pula jadinya. Sedang aku menyuap makanan ke dalam mulutku, kerusi di hadapanku ditarik. Aroma minyak wangi yang dipakai membuatkan aku mengecam siapa gerangannya tanpa perlu mengangkat muka.

"Rose, kita perlu bincang."

Aku hanya mendiamkan diri. Suapan terhenti begitu saja. Terasa pahit makanan yang melalui aesofagusku. Susah payah aku berusaha untuk bercakap dengan insan di hadapanku ini.

"Bincang apa lagi?"

"Bincang fasal kitalah."

"Kita dah tak ada apa pun. Rose taknak jadi perampas."

"Jangan buat tindakan bodoh, Rose. Aku cintakan kau, bukan perempuan gila tu. Kenapa kau percaya pada air mata dia? Kenapa?" Nada suara Hamka naik satu oktaf. Tiada lagi kata ganti nama 'Rose' dan 'Hamka'. Ianya diganti dengan 'aku' dan 'kau'.

Aku tersentak apabila mendengar dia berkata begitu.

"Hamka." Tegur Pak Mid. Dia yang sedang berdiri di gerbang masuk ke ruang makan memandang sayu ke arah Hamka.

"Petang ni ikut Hamka. Kita kena bincang." Ujarnya sebelum meninggalkan aku di dapur.

Pak Mid memandangku. Dia menundukkan wajah sebelum berlalu pergi, meninggalkan aku sendiri.

***

Taman Alam Impian kelihatan meriah dengan ramai manusia. Rata rata di antara mereka sibuk berpiknik. Sesekali terdengar jeritan kanak kanak yang riang bermain.

Aku dan Hamka berjalan ke arah sebuah pondok konkrit yang berbumbung.

"Rose."

Aku yang sedang bermain dengan jari jemari terus memandangnya. Pandangan matanya yang tajam menikam tepat ke dalam kalbuku. Aku terpana melihat keindahan matanya, namun pemilik mata yang indah itu tidak akan menjadi milikku.

"Rose."

Aku baru tersedar yang aku belum menjawab paggilannya sebentar tadi.

"Ya?"

"Kenapa Rose buat pilihan macam tu? Rose tak fikir ke perasaan Hamka?" Kata Hamka. Ada nada sayu dalam bicaranya.

Aku menundukkan wajah, tidak betah melihat raut wajahnya. Aku harus menyingkirkan perasaan ini.

"Maafkan Rose. Macam yang Rose dah cakap tadi, Rose taknak jadi perampas. Hamka pun tahu kan macam mana keadaan Ainun tadi? Dia siap melutut lagi pada Rose. Rose nampak kesungguhan dia inginkan Hamka menjadi suami dia. Lagipun Cik Da cakap Hamka dan dia sudah lama bercinta, sejak zaman sekolah lagi."

"Rose, percayalah cakap Hamka. Rose tak ingat ke Hamka tolak dia sampaikan dia sanggup buat fitnah? Rose tak ingat ke? Kenapa..."

"Tapi kan Hamka dah janji yang Hamka akan datang meminang dia. Dan bila sampai surat undangan kahwin kita, mestilah hancur hati dia Hamka. Walaupun baru kali ini Rose merasai apa itu cinta, Rose tahu betapa sakitnya bila dipermainkan. Rose sakit sewaktu Hamka dengan Lanny, sewaktu Hamka dengan Lara. Percayalah yang Ainun mampu bahagiakan Hamka."

Air mata yang ditahan sedari tadi akhirnya tumpah jua. Aku sudah tidak dapat menahan lagi rasa sakit di dalam hati. Jika aku tahu begini kesudahannya kisah aku dengan Hamka, sudah lama aku cuba menyingkirkan perasaan ini daripada diriku.

"Rose, Hamka tak tahu nak cakap apa lagi tapi..."

"Tapi apa lagi, Hamka? Rose yakin Hamka akan bahagia. Rose yakin." Aku cuba mengukir senyuman manis. Ya, aku yakin dia akan memperoleh bahagia dengan Ainun. Perempuan yang suci seperti Ainun sudah pasti layak dengan lelaki seperti Hamka. Aku? Sudah beratus jantan yang aku layan, maruah pun entah ke mana.

"Hamka cintakan Rose."

Aku terkedu apabila mendengar tiga perkataan keramat itu. Sungguh syahdu cara Hamka menyebut perkataan perkataan itu, menusuk kalbu.

"Rose pun cintakan Hamka. Hamka, yakinlah dengan ketentuan Allah. Kita hanya mampu merancang. Kalau betul kita ada jodoh, Allah akan bukakan jalan itu. Tapi kalau kita tak ada jodoh, kita kena redha. Hamka percayakan pada qada' dan qadar?" Aku memandang ke dalam matanya. Sebak terasa melihat keadaan Hamka. Tapi aku terpaksa lepaskan Hamka. Jodoh itu di tangan tuhan.

Hamka menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Aku yakin senyuman yang terukir di bibirnya hanya senyuman yang palsu.

"Takpelah kalau Rose cakap macam tu. Hamka akan kahwin dengan Ainun, Allah ialah sebaik baik perancang. Terima kasih atas nasihat Rose. Hamka lalai daripada mengingati-Nya."

Aku tersenyum apabila mendengar Hamka berkata begitu. Meskipun sakit di dalam hati apabila dia mengatakan bahawa dia akan berkahwin dengan Ainun, aku rela.

"Jomlah balik, dah nak senja ni. Nanti ada hantu ikut." Aku membuat gaya hantu menyeringai.

Hamka tergelak melihat aksiku itu. Akhirnya dapat juga aku melihat dia tergelak hari ini. Kami berjalan beriringan menuju ke kereta.

"Rose, boleh Hamka minta sesuatu?" Tanya Hamka sewaktu kami sudah berada di dalam kereta.

"Boleh kot." Aku memandangnya dengan dahi berkerut, hairan.

Hamka kelihatan teragak agak hendak bersuara. Setelah puas didesak olehku, akhirnya dia mengatakan permintaannya.

"Can I kiss you, for the last?"

Dadaku berdegup kencang apabila dia menyuarakan permintaannya. Suaranya sebentar tadi menyentuh naluri wanitaku. Seperti ada satu kuasa yang memaksa aku menjawab 'yes'.

"No." Aku mengalihkan pandangan ke depan.

Tidak mungkin aku hendak membiarkan maruahku sekali lagi diperkotak katikkan oleh Hamka. Dia bukan suamiku, dia tidak halal untukku. Meski ada perasaan cinta antara kami, itu tidak akan sewenang wenangnya membiarkan aku menyerah maruahku kepada Hamka. Ini bukan Rose yang dulu.

Cinta ini anugerah kurniaan Tuhan. Cintaku kepada Hamka ialah cinta suci. Aku tidak akan membiarkan cintaku ini dinodai nafsu.

"Hamka, Rose ikhlas cintakan Hamka. Bukan sekadar nafsu serakah. Rose tak mahu cinta kita dinodai nafsu." Aku berkata tenang.

"Rose, Hamka tak sangka Rose berubah sampai begini sekali. Tapi, baguslah. Hamka gembira dengan perubahan Rose. Malu pula. Rose, Hamka janji yang Hamka akan berubah selepas ini. Hamka akan cuba mengawal nafsu Hamka. Tapi, Rose tahukan Hamka tak dapat kawal nafsu Hamka bila bersama Rose. Maafkan Hamka, dan sekali lagi terima kasih sebab menyedarkan Hamka. Hamka akan berubah. Hamka janji." Ujar Hamka bersungguh sungguh. Aku gembira meliht kesungguhannya.

"Jangan janji pada Rose, janji pada tuhan. Allah akan bantu kita untuk jalani ujian dari-Nya. Dah lah, jom balik. Dah azan tu."

Semoga Hamka bahagia dengan Ainun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience