15

Romance Series 4954

"Kau tak kerja ke?" tanya Miqael. Kerja?

"Ada mohon tapi tak dapat panggilan," jawab aku. Dah lama rasanya aku mohon, masih tak dapat. Mungkin sebab aku tak layak.

"Mohon sebagai apa?" tanya Miqael lagi.

"Secretary," jawab aku pendek.

"Kerja dengan aku nak?" tanya Miqael mengejutkan.

"Hah?! Kerja dengan kau?!" tanya aku. Tak ada interview tak ada apa-apa tup tup kerja. Siapa tak terkejut.

"Yes, kerja dengan aku. Lagipun aku memang memerlukan secretary baru memandangkan secretary lama berhenti kerja. Kau nak tak?" terang Miqael.

Aku angguk kepala laju-laju. Gilalah aku kalau tak nak! Orang offer kerja mestilah setuju.

"Tapi kenapa kau pilih aku?" soal aku. Dalam banyak-banyak orang yang lebih layak, kenapa dia pilih aku?

"Sebab kau seorang je yang boleh dipercayai. Ramai yang pernah jadi secretary aku tapi apa guna bekerja kalau buat sambil lewa. Sebab itu aku susah nak ada secretary dan aku selalu buang orang," terang Miqael.

Hah?! Selalu buang orang?! Kalau dia boleh buang orang dengan senang, jamin ke dia tak akan buang aku?

"Jangan risau. Aku tak akan buang kau. Aku percaya kau tak akan jadi seperti mereka," jawab Miqael seolah-olah boleh membaca fikiran aku.

Aku membuat muka pelik. Dia boleh baca fikiran aku?

"Aku tak boleh baca fikiran kau. Dah jangan buat muka macam itu. Buruk," kata Miqael selamba. Aku membuntangkan mata.

"Aku yang cantik ini kau panggil buruk?!" soal aku berani.

"Kau cantik ke?" soal Miqael selamba.

Muka aku merah menahan marah. Sabar Nabilla sabar. Orang seperti Miqael memerlukan kesabaran yang ti

"Kau kerja kat mana?" tanya aku. Terpaksalah ubah topik. Tak pasal-pasal bergaduh kat sini.

"Kat London," balas Miqael. Terlopong aku.

"Lon-London?!" tanya aku tak percaya. Jauhnya. Aku ingat kat Malaysia dia kerja.

"Ya, London. Syarikat aku kat sana mestilah kena kerja kat sana. Kenapa? Ada masalah ke?" tanya Miqael.

"Kalau aku nak kerja dengan kau, kena pindah sanalah?" tanya aku.

Miqael mengangguk kepala. Jadi, aku kena tinggalkan semua di sini dan pindah ke sana. Mampu ke aku?

"Kalau aku nak tolak tawaran kau, boleh ke?" soal aku.

"Kalau kau tolak tawaran ini, kau yang rugi," balas Miqael. Ya juga kan. Aku yang rugi bukan dia.

Macam mana ini? Perlu ke aku terima tawaran dia? London tu bukan dekat malah jauh yang teramat. Aku perlukan masa.

"Bagi aku masa untuk berfikir," kata aku kat Miqael.

"Kau ada masa sehingga akhir minggu ini," kata Miqael. Aku hanya mengangguk kepala.

__________________

"Eh, Nabilla! Awalnya kau balik," tegur Medina sebaik sahaja aku sampai di rumah sewa kami.

"Medina aku ada perkara yang kena bincang dengan kau. Kau ada masa tak?" soal aku terlebih dahulu.

"Masuk dulu," ajak Medina.

Kami masuk ke dalam rumah dan duduk di atas sofa.

"Apa yang kau nak bincangkan?" tanya Medina serius.

"Aku dapat tawaran bekerja," aku mula berkata.

"Berita baik tu. Tapi kenapa kau tak nampak gembira?" soal Medina pelik.

"Aku bukan kerja dekat sini, tapi di London," sambung aku.

"London?! Jauhnya. Tapi apa kaitan dengan aku sampai kau nak bincang dengan aku?" tanya Medina.

"Kalau aku ajak kau ikut aku, kau nak tak?" soal aku.

"Tapi—" belum sempat Medina menghabiskan ayatnya, aku memotong.

"Kau nak kerja sebagai akautan kan? Kebetulan syarikat itu ada jawatan kosong sebagai akauntan. Kau dah tak perlu bersusah-payah cari kerja. Ikut aku nak?" aku cuba meyakinkan Medina.

"Tempat tinggal?" tanya Medina.

"Disediakan. Semua keperluan disediakan termasuk pengangkutan. Yang tinggal cuma persetujuan kau saja," ujar aku.

"Hmm, baiklah. Tapi macam mana kau boleh dapat tawaran macam ini?" tanya Medina. Aku tersenyum.

Aku menceritakan segala perkara bermula dari aku diculik sehingga Miqael menawarkan kerja kepada aku.

"Geramnya aku dengan si Rayy tu," kata Medina dengan nada tidak puas hati dia. Aku tergelak kecil.

"Benda dah lepas pun Medina. Tak perlu dikenang kembali," balas aku dengan senyuman.

"Di London nanti, lupakan segala yang kau mampu, ya. Hah, lagi satu! Driver sementara kau hari itu ikut sekali ke?" tanya Medina malu-malu.

Aku tergelak-gelak. Ingat lagi rupanya.

"Ya Medina. Kau punya crush pun ikut. Untuk pengetahuan kau, nama dia Hans," terang aku.

"Hans eh nama dia? Thank you sebab bagi new information. Kalau ada lagi jangan lupa cerita dekat aku tau," kata Medina dengan senyuman lebar.

"Bila kita akan pergi London?" tanya Medina.

"Lusa," jawab aku pendek.

"Ouh, lusa. Hah?! Lusa?!" jerit Medina.

"Mana sempat nak pack barang semua! Eii dia ini! Bukan nak bagitahu awal-awal!" bebel Medina.

Aku hanya tersengih. Salah aku juga sebab tak beritahu awal-awal. Tak adalah kalut si Medina nanti.

___________________

"Semua dah ada kan?" tanya Miqael untuk mendapatkan kepastian.

Tibanya hari aku meninggalkan tanah air ke London. Meninggalkan semua kenangan manis dan pahit dan memulakan hidup yang baru. Bak kata omputeh, turn into a new leaf.

"Ya, semua dah ada," jawab aku.

Orang-orang yang akan pergi ke London adalah aku, Medina, Miqael serta Hans dan anak buah Miqael yang lain. Walaupun kami tak ramai, tetapi masih juga menjadi tumpuan orang ramai.

Tak tahulah sebab anak buah Miqael semua berbadan tegap atau sebab wajah Miqael dan Hans sangat tampan. Atau kedua-duanya.

"Alright, guys. Our call has been announced. Let's go now," kata Miqael.

Kami ambil flight pada waktu siang disebabkan perjalanan dari Malaysia ke London mengambil masa 13 jam. Dan disebabkan Miqael, kami menaik first class flight.

Aku duduk di belah kiri sebelah tingkap bersama Medina, Miqael duduk di belah kanan sebelah tingkap bersama Hans.

Sebenarnya, aku dan Miqael berpakat untuk menyatukan Medina dan Hans. Mula-mula aku terkejut sebab tak sangka Miqael akan setuju dengan rancangan aku tapi at the same time aku gembira sebab Medina dapat berbahagia.

Medina menyiku aku. Aku mendengus. Baru saja aku nak rehat.

"Apa?!" tanya aku.

"Tukar tempat jom," kata Medina. Aku membuat muka pelik.

"Kenapa nak tukar? Aku dah selesa duduk kat sini," ujar aku.

"Kau yang selesa bukan aku. Tukar tempat dengan aku, please," rayu Medina.

Aku menggelengkan kepala.

"Aku tak akan tukar tempat. Dan kau jangan nak memandai tukar tempat dengan orang lain," pesan aku tegas.

"By the way, kalau kau bosan borak-boraklah dengan Hans. Mana tahu kebosanan berkurang ke kalau borak dengan dia," kata aku sengaja.

"Kau gila ke apa aku nak borak dengan dia?! Weh, kau sengajakan?!" soal Medina dengan nada tinggi.

"Cakaplah kuat-kuat lagi. Biar satu dunia dengan suara kau," perli aku. Bercakap dengan aku seorang je tapi suara macam bercakap dengan 10 orang!

Medina hanya tersengih.

"Weh, jawablah soalan aku! Kau sengajakan buat macam ni sebab nak rapatkan aku dengan Hans?" tanya Medina sekali lagi.

Ya cik Medina oi! Tak sedar lagi ke? Jawab aku. Tapi dalam hati lah.. Hehehhe.

"Kalau aku jawab tak kau nak buat apa?" soal aku.

"Kalau tak, aku tak buat apa-apa lah," jawab Medina.

"Kalau ya?" soal aku kembali.

"Maybe aku pukul dan maki kau. Tapi jawapan kau tak kan?" tanya Medina. Aku mengeluh kecil.

"Ya cik Medina ku sayang," jawab aku malas. Medina tergelak kecil.

Masa berlalu tanpa kami sedari. Penerbangan 13 jam itu membuatkan badan terasa sengal. Macam tak percaya sekarang kat London. Macam pejam celik tup tup dah sampai. Tak sabar nak explore London.

_______________

Hai korang. Dah lama tak update apa-apa kan. Nah ni Shrex bagi. 1000+ words tau. Ingat senang?

By the way, kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh dm Shrex kat ig. And jangan lupa komen. PKP ni sunyi jer Shrex.

@_shrex._

Tu ig. Nak tanya dm jer, ok? Bye.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience