BAB 6

Drama Completed 3472

Tanda lari dari masalah yang membebankan. ‘Huh, ter-emo pulak aku ni,’ Amani tersinggung sendiri.

Memandangkan pada semester ini, Amani mengambil subjek Falsafah dan

Pemikiran Islam, Amani teringat kata-kata hikmah yang dipelajarinya, iaitu dari seorang ahli falsafah yang digelar Rumi,

‘Raise your words, not voice. It is rain that grows flowers, not thunder.’

Dengan akhlak yang digambarkan pada setiap orang, kata-kata ini seolah-olah menjadi prinsip buat naqibah genit itu, fikir Amani.

“Kenapa Akak baik sangat. Akak sangat memanjakan kami. Akak tak pernah marah; kalau datang usrah lambat, atau kalau tak datang usrah. Kenapa?” Amani memecahkan persoalan yang sering bermain di mindanya sejak dia masuk ke kolej ini, sejak dia berusrah dengan naqibah ini.

Bukan apa. Amani sering terfikir, apa hikmah yang digunakan oleh Kak Shanon dalam mendidik anak-anak usrahnya ke arah Islam.

Mengapa sebelum ini Amani sering ditemukan dengan naqibah yang tegas. Walau baik manapun, mesti ada tegasnya di mana-mana situasi. Namun, pada Shanon, sikap itu seolah-olah disembunyikannya.

Risau juga Amani kalau-kalau ketegasan dan kegarangan Shanon akan meletup ibarat mercun bom di malam raya. Tidak terjangka.

“Akak memang macam ni lah, Amani. Akak tak suka garang-garang. Entahlah. Akak pun tak tahu macam mana nak garang. Biarlah Akak dengan cara ni. Haha.” Seperti biasa, tawanya pasti terlerai dalam setiap bait kata.

Amani tahu. Bukannya Kak Shanon tidak punya rasa marah. Bukannya dia tidak ada rasa sedih.

Bukan juga setiap masa dia gembira. Namun, dia mengawalnya. Mungkin juga dia memegang ayat usrah pada kali ini sebagai prinsip hidupnya. Tapi, mungkin juga ini cara dia sendiri dalam dakwah dan tarbiah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience