Bab 3 : Pelik

Horror & Thriller Completed 71148

"Subhanallah. Kau rupanya Alif. Aku ingat siapa lah tadi wei yang ketuk bilik malam-malam buta ni." Kata Syafiq sejurus melihat Alif tercegat berdiri di hadapan pintu biliknya.

Alif tidak berkata apa-apa. Dia diam sahaja. Dia melangkah masuk perlahan lalu meletakkan beg galasnya yang dikendong di belakangnya itu di atas katilnya.

"Wei Alif, kenapa kaua basah kuyup ni wei? Kau ok tak ni? Kenapa diam je dari tadi?" Tanya Syafiq bertalu-talu selepas pelik melihat Alif kebasahan.

Syafiq memandang ke luar jendela nya. Tidak hujan. Dia menjadi semakin pelik dengan Alif. Alif yang dari tadi hanya mendiamkan dirinya bangkit dan mencapai tualanya di sisi katilnya itu. Diambilnya bekas alatan mandinya lalu dia pun berlalu keluar dari bilik mereka menuju ke bilik air.

"Aikkk pelik. Tak pernah Alif macam ni. Dah lah janji nak sampai petang, ini tengah malam baru muncul. Basah kuyup pulak tu. Hmmm." Monolog Syafiq sendirian.

Dia kemudiannya duduk di meja belajarnya sambil memikirkan sesuatu. Dirinya sudah segar, hilang terus mengantuknya bila memikirkan kenapa Alif jadi begitu. Dikeluarkan telefon bimbitnya dari kocek kanan seluar lalu dia pun terleka seketika tentang kisah Alif ini.

Sedang Syafiq leka bermain dengan telefon bimbitnya itu, pintu bilik mereka terbuka perlahan. Bunyi geseran pintu kayu biliknya itu menyilukan Syafiq. Dia terus menjeling ke arah pintu bilik mereka itu, dia sedikit terkejut.

Alif sudah berada di sisinya. Lengkap berpakaian. Mukanya sedikit merah, dia seakan cuba tersenyum tapi payah. Syafiq yang masih terkejut terus berdiri.

"Ok, aku rasa ada something yang tak kena dengan kau ni Alif. Kau lain gila doooh. Seriously, kau kena cerita dekat aku dari A sampai Z. Kalai kau ada masalah ke apa ke, cerita je. Aku akan dengar. Ok?" Kata Syafiq laju sambil meletakkan tangannya di atas bahu Alif.

"Kejap, badan kau sejuk gila wei. Kau sakit ea Alif?" Sambung Syafiq lagi apabila mendapati badan Alif kesejukan.

"Sebab ni lah aku sayang kau wei Syafiq. Kau nampak je ganas, tapi kau caring pasal kawan-kawan kau. Aku sihat je. Aku ok. Mungkin sebab basah tadi, tu yang aku sejuk sikit ni." Kata Alif yang mula tersenyum melihat telatah Syafiq.

Kelopak mata Alif mula basah. Air mata jernih mula kelihatan di situ. Syafiq yang menyedari Alif mulai menangis terdiam seribu bahasa. Dia pelik, kenapa Alif menangis tiba-tiba. Dan yang lagi pelik, dia tidak pernah pun melihat Alif menangis sepanjang mereka berkawan.

"Kau ok tak ni Alif?" Tanya Syafiq perlahan.

Alif yang dari tadi berdiri di hadapan Syafiq terus memeluk erat sahabat nya itu. Air matanya semakin laju berguguran. Dia menangis teresak-esak di atas bahu Syafiq.

Syafiq yang kaku seluruh tubuhnya sedikit janggal. Dia tidak tahu nak buat apa untuk menenangkan Alif. Lagipula Alif tidak bercerita apa-apa pun padanya. Kalau dia bercerita, paling tidak pun boleh lah Syafiq menenangkan dia.

"Shhhhhh Alif, aku ada. Sabar. Dah dah jangan menangis. Tak hensem nanti." Kata Syafiq sambil ketawa kecil.

Alif masih menangis dan terus menangis. Itu membuatkan Syafiq menjadi lebih buntu. Dia mengusap lembut belakang badan Alif untuk menenangkannya. Entah kenapa, tangisan Alif itu menyebabkan dia juga sayu.

Lama juga Alif menangis. Kemudian dia melepaskan perlahan pelukannya pada Syafiq. Dia mengelap air matanya yang jatuh berguguran. Matanya merah, bawah matanya sudah lebam akibat terlalu lama menangis.

"Aku tak tahu macam mana nak mulakan. Aku takut wei Syafiq." Tiba-tiba kedengaran perlahan suara Alif berkata-kata.

Syafiq yang masih berdiri tegak di hadapannya, menanti dengan penuh setia apa yang cuba diceritakan oleh roomatenya itu. Dia menarik lembut lengan Alif lalu menyuruhnya duduk di atas katilnya itu.

"Ok kau bertenang dulu. Tarik nafas dalam-dalam. Rileks. Aku ada. Kalau kau dah ok, kau cerita." Kata Syafiq menenangkan Alif yang duduk di sisinya itu.

"Fuhhhhh." Alif melepaskan lelahnya. Dia kelihatan tenang sedikit. Dia mengangkat wajahnya yang dari tadi ditunduk kan lalu melihat Syafiq yang berada di sisinya itu.

"Tapi kau kena janji dengan aku, macam mana sekalipun kau jangan cerita dekat sesiapa. Janji?" Kata Alif sambil menunjukkan jari telunjuknya pada Syafiq.

"Iye, aku janji. Aku tak akan cerita dekat sesiapa pun." Balas Syafiq sambil mengangkat tangan kanannya seperti sedang berikrar.

"Hmmmmm tadi masa otw balik sini, aku ada langgar orang wei." Kata Alif perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience