“Tengoklah sapa yang tidurkan dia. Mestilah dia tidur,”
“Hmm…yelah,” Melissa malas untuk berkata apa lagi kerana dia tahu, dia pasti kalah. Dia melabuhkan kepalanya di belakang Hadif. Tanpa dielak, dia turut mengikut langkah suaminya yang mengikut melodi yang berentak perlahan itu.
“Abang dah tak payah nak pergi fisio lagi. Dia orang cakap kaki abang dah okay!”
“Ye ke bang?”
“Yelah! Tak kan abang nak tipu pulak,”
Hadif cuak apabila dia merasakan belakangnya basah. “Kenapa ni Mel?”
“Alhamdulillah bang. I’m happy to hear this. Akhirnya abang dah sihat macam dulukan?”
“Ni semua sebab sayang. Kalau abang tak ada sayang dengan Kamil dalam hidup abang, abang tak yakin abang boleh sembuh secepat ini. Mesti abang masih lagi Hadif yang selalu menyalahkan takdir. Yang tak mahu terima hakikat.
“Sebab tu abang bersyukur abang ada sayang di sisi abang. Sekarang abang dah tak boleh nak pentingkan diri sendiri. Abang dah kena kerja keras. Untuk Mel, Kamil and insyaALLAH, our children later on,”
Melissa tersenyum manis. “InsyaALLAH, bang,”
Syukur pada ILAHI, langit hitam yang dulu pernah menggelapkan hidup mereka sekeluarga sudah berganti dengan sinar suria yang terang. Dalam jangkamasa yang pendek, Hadif pulih daripada lumpuh akibat kemalangan jalan raya itu.
Sehinggakan doctor yang merawatnya pun pelik kerana sepanjang kerjayanya, ini adalah kali pertama pesakit di bawah seliaannya pulih dengan cepat. Tetapi doktor itu tidak menolak kemungkinan, sokongan padu daripada ahli keluarga menjadi pendorong utama Hadif untuk segera sembuh.
Sememangnya Hadif mempunyai tekad dalam hatinya. Dia mahu berjalan semula sebelum kelahiran anak sulungnya. Oleh itu, dia menjalani semua modul latihan fisionya dengan bersungguh-sungguh. Supaya apabila tiba hari kelahiran anaknya nanti, dia boleh menyambut anaknya seperti bapa-bapa lain yang normal.
“I’m lucky that I have you in my life. After you’ve been through 6 years of waiting, a year in an awful marriage…”
“And a whole life with both of you. There’s nothing more than this that I need. My patience is worth it, bang,”
“Tak pernah menyesal kahwin dengan abang?”
“Mel tak pernah dan tak akan menyesal. Like I said, I’ve lost track when did I fall in love with you. It shows how I never care about time. I love you!”
“Abang sayangkan Mel sepenuh hati abang. Mel nyawa abang, my one and only!”
Senyuman bahagia terukir di bibir, saat ini aku serasa berada di taman syurga para kekasih, penuh dengan bunga pelbagai musim dan warna melatari indah suasana. Alhamdulillah.
Share this novel