BAB 25

Romance Completed 43245

"Eh Anis. Kau dah bagitahu ke Afiq pasal kau datang rumah aku ni?" soal Aira tiba-tiba. Dia sempat mengerling jam di dinding. Nampaknya hari sudah lewat petang.

"Oh aku lupalah. Ala jangan risau. Dia tak kisah pun aku pergi mana. Nanti aku mesej la dia. Boleh tak aku nak tidur rumah kau? Rindulahh" pujuk Anis Raihanna. Dia pun sedar hari sudah lewat. Takkan nak mintak Aira hantarkan. Menyusahkan pulak.

"Anis, aku bukan tak nak bagi kau tidur sini. Tapi kau kena faham dengan status kau sekarang ni. Aku hantar kau balik eh? Kesian suami kau tunggu." balas Aira. Dia mengukir senyuman.

"Terima kasih Aira. Susahkan kau jer nak hantar aku balik rumah. Sayang kau ketat ketat." Anis Raihanna menarik Aira ke dalam pelukan. Dia bersyukur mempunyai rakan sebaik Aira.

"Dah,lepaskan aku. Tak boleh bernafas aku. Aku pun sayang kau ketat ketat jugak" Aira meleraikan pelukan.

Seraya itu , mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kereta. Tidak lama kemudian, kereta tersebut dipacu oleh Aira dengan cermat.

???

Afiq Raihan segera ke dalam masuk rumah. Dia mencari kelibat isterinya. Matanya melilau ke sekeliling ruang tamu. Apabila memastikan isterinya tiada di ruang tamu, dia beralih ke dapur.

Namun hampa,kelibat isterinya masih tidak kelihatan. Seraya itu, dia memeriksa setiap bilik. Di kawasan luar rumah juga dia periksa. Tetapi dia masih tak menemukan isterinya.

"Mana Hana ni? Takkanlah kena culik? Arghh..Hana mana kau? Keluarlah. Tak lawak la main sorok-sorok." laung Afiq Raihan. Dia semakin tidak keruan apabila isterinya tidak menyahut.

Afiq mundar mandir. Tali lehernya dilonggarkan. Telah beberapa kali dia menghubungi isterinya tetapi tidak berjaya. Panggilannya pasti akan masuk ke dalam mel suara.

Afiq Raihan telah memaklumkan terlebih dahulu kepada Haiqal Iskandar tentang kehilangan Anis Raihanna. Lelaki itu mengatakan bahawa akan cuba menyiasat kes kereta Anis Raihanna. Dia yakin bahawa perkara itu semua berkaitan dengan dalang sebelum ni.

Tiba-tiba sebuah kereta berhenti dihadapan rumah Afiq Raihan. Dia segera keluar rumah.

Afiq ternampak Anis Raihanna sedang seronok bergelak ketawa dengan seseorang yang berada dalam kereta tersebut. Dia cuba melihat dengan siapakah isterinya keluar. Lelaki ke perempuan? Namun gerangan orang tersebut tidak jelas kelihatan.

Afiq Raihan berpeluk tubuh. Dia menunggu isterinya keluar dari kereta itu.

Ceh. Punya aku risau kau pergi mana Hana. Boleh pulak kau gelak gelak lagi. Dengan siapa kau keluar pun aku tak tahu. Aku ni memang bukan sesiapa untuk kau ke Hana? Huh,lantak kau lah. Omel Afiq sendirian.

"Assalamualaikum, dah lama ke kau balik?" soal Anis Raihanna kepada suaminya. Dia menyapa Afiq Raihan yang sibuk merenungnya sejak dari tadi. Aira telah pun pulang ke rumahnya.

"Waalaikumusalam, lama dahh. Kau tu pergi mana? Keluar dengan siapa hah?" soal Afiq Raihan tanpa riak. Dia tayang muka sedingin ais batu dalam freezer tu. Afiq mencekak pinggang pula. Matanya menikam tepat anak mata isterinya.

"Oh aku pergi rumah kawan. Yerlah aku bosan-" Baru saja Anis mahu menyambung kata katanya Afiq Raihan mencelah.

"Oh lepastu tak reti nak jawab call? Aku dah kata kan duduk rumah. Kenapa tak bagitahu aku awal awal hah? Saja nak buat aku risau ke apa?

Lagi satu dengan siapa kau keluar? Laki ke perempuan? Ah buang masa aku tanya kau. Lantak kau lah kau nak buat apa. " bertalu talu jawapan yang keluar dari mulut Afiq Raihan. Dia berlalu meninggalkan Anis Raihanna.

Anis Raihanna tercengang dengan kata kata Afiq Raihan. Dia salah dengar ke apa? Afiq risaukan dirinya? Anis menampar pipinya. Mahu memastikan dia tidak bermimpi. Lalu dia mengaduh kesakitan.

Aku tak mimpi. Afiq memang risaukan aku. Entah kenapa, dia rasa gembira.
Anis mengukir senyuman. Sikit pun dia tak terasa hati dengan kata kata suaminya. Salah dia juga tak memaklumkan terlebih dahulu kepada Afiq tentang dia lepak di rumah Aira.

Tiba-tiba, Afiq memanggilnya lagi. Anis segera menoleh ke arah suaminya.

"Mulai hari ni,aku akan tetapkan syarat baru, kau kena bagitahu aku dengan siapa dan ke mana kau pergi.

Satu lagi, kereta kau aku jual. Mulai hari ni jugak, kalau nak pergi mana mana ajak aku dan naik kereta aku. Aku tak kisah lah kau nak pinjam ke apa kereta aku.

Janji guna kereta aku. Pandai pandai lah aku beli kereta lain ke apa. Itu jer aku nak cakap. Kau langgar syarat aku, denda akan menanti kau." arah Afiq Raihan. Lalu,dia mengatur langkah ke bilik tidurnya kembali.

Anis Raihanna terlopong. Perasaan gembiranya tadi hilang serta merta. Kini berganti dengan perasaan geram yang mulai menebal.

Eh mamat ni memang cari nahas ke apa? Suka hati dia nak jual kereta aku. Kereta aku tu rosak teruk ke sampai kena jual. Lagi satu, kena bagitahu dengan siapa dan ke mana aku pergi?

What the.. Urghh. Menyusahkan hidup aku jer la mamat ni. Tak ingin lah aku nak ajak mamat tu pergi mana mana. Aku rela lagi duduk mereput dekat rumah ni tau. Huh.

Anis Raihanna mengatur langkah ke biliknya dengan perasaan sebal. Penat ada suami jenis kongkong hidup orang ni. Haihh.

???

Anis Raihanna melangkah ke dapur selepas selesai menunaikan solat Maghrib dan Isyak. Dia mencari kelibat Afiq Raihan. Tetapi tidak kelihatan.

"Mana mamat ni? Tak nak makan malam ke? Penat aku masak. Aku sorang je yang makan. Dah lah langgar syarat aku sebab tak tolong aku masak. Lepastu tak nak makan pulak. Merajuk ke apa mamat ni hah?" bebel Anis Raihanna. Dia menuju ke bilik suaminya.

Tok! Tok! Tok!

"Oi pak cik! Tak nak makan ke hah? Penat aku masak tu. Dah lah tak tolong aku masak. Kau dah langgar syarat aku. So aku denda kau makan masakan aku tu sekarang. Kalau tak, aku langgar semua syarat kau." ugut Anis Raihanna dari luar bilik.

Akhirnya, terjengul Afiq Raihan disebalik pintu. Riak mukanya dingin. Afiq segera keluar dari biliknya. Sengaja dia melanggar bahu Anis Raihanna.

Nasib tak terjatuh je minah tu. Afiq Raihan tersenyum kemenangan sambil menuju ke meja makan. Padan muka. Siapa suruh buat aku risau lagi. Omel Afiq Raihan perlahan.

Anis Raihanna berdecit. Apa main langgar bahu orang ni. Ingat aku tunggul ke apa hah? Aku racunkan mamat tu nanti baru dia tahu. Omel Anis Raihanna sendirian. Dia turut menuju ke meja makan.

Mereka berdua menjamu selera dengan keadaan yang tegang. Dari tadi, Afiq Raihan menjeling tajam ke arah Anis Raihanna tanda tak puas hati.

Anis Raihanna pula mengerutkan dahi. Apahal mamat ni terjeling-jeling dari tadi. Sakit mata ke apa? Dia terus menjamu selera walaupun tak selesa.

Sebaik saja mereka berdua selesai menjamu selera, mereka berehat di ruang tamu pula. Keadaan makin tegang apabila Afiq Raihan mula menjauhkan diri daripada Anis Raihanna.

Kali ni bukan kerana jarak 1 meter tapi entahlah. Anis Raihanna sendiri pun tak pasti. Akhirnya,dia mengambil keputusan untuk berterus terang dengan Afiq Raihan.

"Wei kau kenapa? Aku ada buat salah ke apa hah? Cakaplah. Jangan buat macam ni. Rimaslah" jelas Anis Raihanna. Dia menghadap Afiq Raihan.

"Entahlah. Kau ada buat salah apa apa ke eh? Aku pun tak tahulah." balas Afiq Raihan selamba. Dia acah ralit menonton televisyen.

"Kalau macam tu bagi tangan kanan kau jap. Cepatlah!" pinta Anis Raihanna.

Afiq Raihan mengerutkan dahi. Apa kaitan tangan dia dengan masalah sekarang ni? Namun dia tetap menghulurkan tangannya kepada Anis Raihanna.

Anis Raihanna menyambut huluran suaminya. Seraya itu, dia mencium tangan suaminya dan menundukkan kepalanya sambil berkata.

Afiq Raihan tersentak. Dia mula mengamati kata kata yang diluahkan oleh Anis Raihanna.

"A..ku minta maaf sebab keluar rumah tak bagitahu kau. Aku pergi rumah Aira. Serius aku tak tipu. Aku minta maaf jugak sebab tak dengar cakap kau.

Maafkan aku sebab buat kau risau. Aku tak ada niat pun nak buat kau risau. Aku cuma bosan duduk rumah sorang-sorang. Aku betul-betul dah sihat. Percayalah aku. Aku tahu aku dah langgar syarat kau sebab menyusahkan kau.

Aku terima denda yang kau akan bagi aku seikhlas hati. Tapi dengan syarat kau maafkan aku boleh? Aku tak nak jadi isteri derhaka. Maafkanlah aku." pinta Anis Raihanna. Dia mengangkat kepalanya. Lalu menunggu balasan daripada Afiq Raihan.

Afiq Raihan berdehem seketika. Dia menarik tangannya daripada pegangan Anis Raihanna. Hatinya bersorak gembira. Tetapi,riak muka dinginnya dikekalkan seperti biasa.

"Aku boleh maafkan kau. Tapi kau kena denda dulu lah. Jadi kau terima tak?" soal Afiq Raihan. Dia memandang raut wajah isterinya yang sedang tersengih tu. Kalau ikutkan, dia nak senyum tapi ditahan.

"Ya aku terima. Apa denda kau nak bagi aku?" soal Anis Raihanna teruja. Dia tak kisah pun dengan denda yang akan diberikan suaminya. Asalkan lelaki itu dapat memaafkan dirinya.

"Jom ikut aku"

Afiq Raihan menarik tangan Anis Raihanna. Lalu dibawa ke sebuah tempat. Anis Raihanna sekadar mengikut langkah suaminya.

???

"Kenapa kau bawak aku kat sini? Kita nak buat apa?" soal Anis Raihanna tak puas hati. Dia melepaskan pegangan tangan Afiq Raihan.

Afiq Raihan sekadar tersenyum ke arah isterinya. Dia mula membuka pakaiannya.

Anis Raihanna sudah menggelabah. Ha dah kenapa mamat ni? Jangan kata dia nak.. Dia menutup matanya dengan kedua dua belah tangan. Seraya itu, dia menoleh ke belakang.

"Woi, tak malu ke buka baju depan aku hah? Pakai balik baju tu sekarang! Aku siku kau nanti" arah Anis Raihanna. Dia membelakangi suaminya. Tak sanggup nak tengok badan Afiq Raihan tanpa berbaju. Gila ke?!

"Kau tanya apa kita nak buat apa dekat sini? Nak mandi lah mak cik. Aku denda kau temankan aku mandi. Dah pergi duduk sana. Ke nak mandi sekali hah?" usik Afiq Raihan.

Splash!

Afiq Raihan telah selamat terjun ke dalam kolam renang yang berada di luar rumahnya. Anis Raihanna mencebik.

Kalau dia tahu kena temankan mamat tu mandi baik dia tengok tv kat dalam rumah tadi. Dia merendamkan kakinya ke dalam kolam tersebut.

Rasa sejuk yang dirasakan kakinya sehingga ke tulang. Dia pelik dengan Afiq Raihan yang mandi tanpa berbaju tu. Tak sejuk ke apa mamat ni?

Dia bermain dengan air di dalam air tersebut. Tiba-tiba, bau wangi bunga menusuk ke hidungnya. Bulu romanya meremang.

"Afiq! Afiq!" panggil Anis Raihanna. Dia mula takut dengan bau tersebut. Orang tua kata jangan ditegur. Itu membuatkan dia makin seram sejuk.

"Apahal kau? Nak mandi sekali ke? Jom ah" ajak Afiq Raihan. Dia mula mendekati isterinya. Pelik dengan riak muka cuak yang terpamer di wajah isterinya.

"Oh sejuk sangat ke? Jap aku naikkan suhu." kata Afiq Raihan lagi. Dia menaikkan suhu air kolam tersebut sehingga suam suam kuku.

"Eh bukanlah. Ni aku nak tanya. Kau ada bau tak apa yang aku bau ni?" kata Anis Raihanna separuh berbisik. Dia mendekatkan mulutnya ke arah telinga Afiq Raihan.

"Oh bau bunga ni eh. Bau ni-" kata kata Afiq Raihan dipotong oleh Anis Raihanna.

Tanpa amaran, Anis memercikkan air ke mukanya. Afiq Raihan terkejut dengan tindakan isterinya. Dia segera mengelap mukanya. Riak muka tidak puas hati ditayang.

"Kau kenapa main percik air ni? Aku nak cakap yang bau ni-" Sekali lagi Afiq Raihan dihalang oleh Anis Raihanna. Kali ni mulutnya ditekup oleh tangan Anis.

"Jangan cakap kuat kuat lah gila! Nanti benda tu datang macam mana hah?" marah Anis Raihanna separuh berbisik. Dia meliarkan pandangan ke sekeliling.

Afiq Raihan segera mengalihkan tangan isterinya. Dia menghamburkan tawa. Nampaknya isterinya sudah salah faham ni.

Anis Raihanna mengerutkan dahi. Apa yang lawak sangat? Aku tengah seram gila ni. Dia boleh gelak? Sah dah tak betul mamat ni.

"Hahahaaha..wei bau ni datang dari rumah jiran sebelah aku ni lah. Uncle Muthu nama dia. Dia bangsa india. Kau faham kan kenapa bau ni tiba tiba ada. Bukan sebab han-" Tak sempat Afiq Raihan menghabiskan kata katanya.

Anis Raihanna memercikkan lagi ke arah Afiq Raihan. Tahulah dia silap tapi perlu ke nak sebut nama benda tu hah? Anis tergelak melihat muka Afiq Raihan yang basah.

Afiq Raihan apalagi balas dendam dengan percikkan air dengan lebih banyak ke arah Anis Raihanna. Dia tergelak apabila isterinya telah basah kuyup.

"Apa ni? Basah dah baju aku. Kau suruh teman je kan tadi. Hish.."kata Anis Raihanna tak puas hati. Dia segera berdiri.

"Alah jom je lah mandi sekali. Aku dah naikkan dah suhu air ni. Tak sejuk lah. Jomlah" pujuk Afiq Raihan.

"Tak nak lah. Jom lah masuk wei." pujuk Anis Raihanna pula.

"Ishh yelah. Hulur tangan jap. Tangan aku licin tak boleh naik" pinta Afiq Raihan. Dia menghulurkan tangannya.

Anis Raihanna membuat riak menyampah. Mengada betul! Tetapi dihulurkan juga tangannya.

Saat dia memegang tangan Afiq Raihan, dia terkejut kerana rasa sejuk. Baru saja, Anis mahu menarik Afiq Raihan ke atas dia pula yang ditarik oleh suaminya.

Splash!

Tak semena-mena dia terjatuh ke dalam kolam renang tersebut. Tercungap-cungap dia mencari nafas. Sebab ni dia tak nak mandi kolam. Sebab dia tak reti berenang!

Afiq Raihan yang ketawa melihat tingkah isterinya segera mendapatkan Anis Raihanna. Dia menyokong tubuh isterinya supaya berada di permukaan air.

Mereka berdua berpelukan. Masing masing berpandangan antara satu sama lain.

"Ishh kenapa kau tarik aku dalam air hah? Aku dah la tak reti berenang!" marah Anis Raihanna tiba tiba. Namun dia masih memeluk tubuh Afiq Raihan.

Afiq Raihan bagai tersedar apabila dimarahi oleh isterinya. Dia juga masih memeluk pinggang isterinya.

"Ha marah la aku. Aku lepaskan kau nanti. Padan muka kau lemas." ugut Afiq Raihan pula.

"Ishh jangan lah. Aku takut lah" balas Anis Raihanna. Dia makin merapatkan dirinya pada tubuh Afiq. Baru dia tersedar suami dia tak berpakaian. Matanya dipejam rapat.

"Dah lepas ni aku nak denda kau belajar berenang dengan aku. Lepaskanlah aku. Peluk macam apa dah" usik Afiq Raihan. Dia tersenyum nakal.

Perlahan-lahan, Anis Raihanna meleraikan pelukan. Akhirnya, dia berjaya mengapungkan diri.

Tiba-tiba, Afiq Raihan hilang dari pandangan Anis Raihanna. Anis tidak keruan apabila ternampak lelaki itu tak sedarkan diri.

Anis segera menarik Afiq Raihan keluar dari kolam tersebut. Dah la berat mamat tu. Dia menekan dada suaminya untuk mengeluarkan air daripada paru parunya.

Dia mana tahu sangat nak selamatkan orang ni. Dulu dia bekas puteri islam bukan bulan sabit merah. Aduhh.

"Afiq bangunlahh!"

Cuma satu saja cara lagi untuk selamatkan suaminya. CPR!

Tiba-tiba satu nama melintas difikirannya. Dia menghela nafas lega.

"Uncle Muthu!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience