BAB 3

Romance Completed 212059

" CIKGU Adrina..", panggil Faisal. Agak serius suara Faisal di pendengaran Adrina. Langkah Adrina yang sedang menuju ke bilik guru terhenti. Langsung dia tidak sedar Faisal di belakangnya. Mungkin Faisal juga menggunakan Bilik Khas di tingkat atas tadi.

" Ya..Ada apa Cikgu Faisal",

" Jangan gunakan Aliya untuk kau dekat dengan aku",

What? Adrina tercengang. Apa hal dia ni?

" Apa benda Cikgu Faisal merepek ni. Hah? Jangan nak buat saya angin tuduh saya yang bukan-bukan",

" Kau ingat aku tak tahu mainan kau Adrina",

" Mainan apa?" Adrina sudah mula panas hati. Namun dia cuba untuk mengawal suaranya. Mujur juga tika ini hanya dia dan Faisal sahaja di susur gajah Blok E ini.

" Kalau dah anak dara tua tu memang gatal kan",

Ini sudah lebih! Faisal ni memang nak kena dengan aku ni! Dia tak cukup kenal lagi aku agaknya. 4 tahun di universiti. 8 tahun aku sentiasa ada degan Zarina. 12 tahun! Tak kenal lagi aku siapa?

" Saya ada pikat Cikgu Faisal ke hingga Cikgu Faisal rasa terganggu. Saya ada goda Cikgu Faisal ke sampai Cikgu Faisal tak boleh tidur malam? Tak ada kan..Jangan kurang ajar dengan saya Is. Saya tak kacau hidup awak. Jangan awak kacau hidup saya", tegas suara Adrina. Mencerlung tajam matanya memandang wajah Faisal.

Faisal.kwtawa sinis. " Kau dah lupa apa kau buat pada Rina. Hmm? Jangan sebab kau nak aku maafkan kau. Kau gunakan Aliya. Kalau aku tahu kau kat sini tak ingin aku masuk sekolah ni",

Adrina mengeluh perlahan. " Kalau saya boleh gantikan nyawa Rina saya sanggup gantikan dia Is. Awak pun tahu saya pun sayangkan Rina. Tapi apa yang jadi dulu bukan kehendak saya juga. Saya tak pernah gunakan Aliya. Saya sayang Aliya dah macam anak saya sendiri Is. Terpulanglah pada awak nak fikir apa. Saya malas nak bergaduh dengan orang",

" Jauhkan diri dari Ali dan Aliya", Faisal memberi amaran dan berlalu.

Gila ke apa dia ni. Aku ni mengajar budak berdua tu. Guru kelas lagi. Nak jauh macam mana?

Sejak dari kejadian itu Adrina langsung tidak mempedulikan amaran Faisal.

Malas dia mahu melayan lelaki tua tapi macam tak cukup umur ni! Hubungannya dengan Ali dan Aliya masih seperti biasa sejak keduanya masuk ke sekolah ini. Masih baik. Setiap panggilan masih dijawab. Kalau mahu dia jauhkan diri senang je. Jangan biar Aliya hubungi dia! Tak susah pun. Kau ayah dia! Ambil telefon tu simpan! Tak pun letak dalam seluar dalam kau pakai tu! Takkan Aliya nak raba pula dalam seluar dalam kau Faisal!.Astaghfirullahladzim apa benda kau ni Rin!

BEBERAPA malam selepas kejadian di sekolah hari itu seperti selalu Aliya menghubungi Adrina. Bagai rutin pula sebelum tidur dia akan menghubungi cikgunya itu. Adrina juga tidak rasa terganggu kerana sebelum ini pun hubungan mereka memang baik. Jika di Perak dulu selalu sahaja Aliya dan Ali keluar dengan Adrina bersama mama mereka. Cuma sejak kes kemalangan petang itu buat hubungan mereka jadi tegang. Semuanya kerana Faisal yang menghalang.

" Ibu",

" Hmm",

" Ibu demam ke suara ibu macam tu ?",

" Hmm..Balik sekolah tadi",

" Dah makan ubat ke?", bimbang suara Aliya.

" Hmm..Dah",

" Ibu tinggal seorang kan. Atuk dengan nenek kan pergi umrah",

" Ya",

" Aliya temankan ibu ya. Aliya suruh papa hantar Aliya rumah ibu. Ya?",

" Eh..Tak apa. Ibu okay je sayang",

Usai meletakkan telefon Aliya terus mendapatkan Faisal.

" Papa..Ibu demamlah..Jom kita pergi rumah ibu",

" Jangan mengarutlah Aliya. Dah malam.buta ni!", marah Faisal. Lagiopun marahnya kepada Adrina hal beberapa masih belum habis lagi.

" Jomlah papa!.Kasihan ibu demam seorang kat rumah tu. Atuk dengan nenek kan tak ada. Jomlah papa. Jomlah!!", Aliya mengheret pergelangan lengan Faisal.

" Masuk tidur Aliya", arah Faisal. Keras sudah suaranya. Tak habis-habis. Ibu..Ibu. Ibu.

" Kalau papa tak nak bawa Aliya jumpa ibu. Aliya naik grab", ugut Aliya masam mencuka wajahnya.

" Hah pergilah pergi. Pandai sangat mengungut orang. Belajar sangat benda tak elok dengan cikgu Aliya tu!", tuduh Faisal. Bengang juga dengan anaknya seorang ini. Tunjuk perangai!

" Papa..Ibu demam. Ibu Aliya demam. Aliya dengar suara ibu tak larat. Jomlah papa..Jomlah. Jomlah", Aliya sudah menangis.

Faisa terkedu. Bimbang sungguh Aliya dengan ibunya.

Akhirnya Faisal mengikut juga. Jam 11.30 malam mereka sampai ke rumah Adrina. Adrina yang membuka pintu terus terjelepuk jatuh di hadapan Aliya dan Faisal. Faisal langsung tidak sempat mahu menyambut tubuh itu. Aliya sudah kalut. Faisa terus mencempung tubuh Adrina ke sofa. Ali berlari mencari ruang dapur mahu mencari air yang diminta papanya. Sehingga beberapa ketika Adrina tesedar dan agak terkejut melihat ada Ali, Aliya dan Faisal. Terus diraba kepalanya. Oh..Dia lega..Dia ingat-ingat lupa. Tadi terdengar salam Aliya. Mujur sempat juga dia mencapai tudung tadi.

" Kita pergi hospital?", soal Faisal.

" Hmm..Tak apa sikit je demam ni.. Cikgu Faisal baliklah", dalam lemah Adrina bersuara juga.

" Biar Aliya teman ibu..Papa baliklah..Kalau ada apa-apa Aliya call papa", Aliya memberi cadangan.

Faisal hanya memandang wajah pucat Adrina. Adrina berkeras tidak mahu ke hospital walaupun dipujuk tiga beranak itu. Dia cuma demam dan perlukan rehat. Tanpa amaran selamba sahaja Faisal mencempung tubuh Adrina.

" Demam buat cara demam. Jangan nak melawan Rin", marah Faisal apabila Adrina cuba melawan. " Mana bilik Rin", soal Faisal dan Adrina menunjuk biliknya. Masuk sahaja ke bilik diletakkan perlahan tubuh itu. Ali dan Aliya hanya mengikut sahaja langkah papanya.

" Aliya kunci pintu. Kalau ada apa-apa call papa",

Aliya mengikut sahaja arahan papanya. Usai mengunci pintu terus dia naik ke katil menemani Adrina.

" Kenapa Aliya datang",

" Aliya bimbangkan ibu", Aliya terus memeluk tubuh Adrina.

MUSIM peperiksaan bermula minggu ini. Sekolah sunyi dan sepi apabila tiba waktu peperiksaan. Faisal duduk di meja kerja sementara menunggu masa ke kelas 3 Arif. Matanya mencuri pandang Adrina yang sedang leka membuat kerja di meja kerjanya. Adrina langsung tidak sedar dirinya diperhatikan. Perangainya tidak jauh berbeza. Faisal membuat analisa. Dia nampak dari pemerhatiannya Adrina masih ramah, mudah mesra dan ceria seperti Adrina yang dia kenal dulu. Terus teringat kejadian malam itu. Tindakan luar jangkanya mencempung tubuh itu.

Malam tadi Aliya sengaja bergoogle meet dengan Adrina. Alasannya mahu ulangkaji Matematik dengan Cikgu Adrina kerana hari ini kertas Matematik.

" Love you ibu bye", ucap Aliya.

" Love you too sayang bye", Adrina membalas usai sesi google meet.

Aliya tersenyum gembira. Faisal mengerling riak wajah gembira anaknya. Faisal mula sedar setelah beberapa minggu di sini dia nampak Aliya semakin ceria..Ali? Biasa sahaja..Anak perempuannya lebih menonjol emosinya tetapi anak lelakinya itu pula lebih kepada tenang-tenang.

" Dah habis kelas gm ", tegur Faisal.

" Dah. Ibu suruh sambung buat latihan je"

" Okay. Jam 10. Tidur",

" Okay pa", balas Aliya.

Faisal memerhati sahaja Aliya masih leka dengan kerjanya. Bukanlah Faisal tak boleh mengajar tetapi anaknya itu sibuk mahu Adrina yang mengajarnya. Katanya belajar dengan Cikgu Adrina cepat fahamlah itu lah inilah. Sedangkan bukan dia tidak tahu anaknya itu mencari alasan sahaja. Alasan untuk menghubungi Adrina.

Aliya juga lebih banyak menurut berbanding memprotes sekarang. Tidak seperti sebelum ini Aliya sengaja mencabar kesabarannya sehingga dia jadi cepat melenting dengan karenah anak perempuannya itu. Nak pula jika Cikgu Adrina yang suruh semua diikut. Obses ke Aliya pada Adrina?

Faisal teringatkan bicara mereka beberapa minggu lepas. Kahwin dengan Adrina?

Adrina mula tersedar Faisal sedang memandangnya. Mahu buat tidak tahu sahaja pada awalnya. Namun hatinya terus berbisik nakal. Cepat dia berpaling memandang Faisal. Jelas riak terkejut Faisal kerana tertangkap. Lelaki itu segera bangun mengemas meja berpura-pura sibuk dan terus keluar.

Adrina terus ketawa sendiri. Namun dikawal ton suaranya. " Gatal juga mata tu rupanya", bebel Adrina sendiri.

Ketika berselisih di koridor blok sewaktu pertukaran masa Faisal langsung tidak menegur Adrina. Lagaknya seakan langsung tidak nampak Adrina. Adrina juga berlagak biasa..Sebenarnya dia masih malu teringatkan kejadian malam itu! Kenapalah dia lemah sangat malam tu!

CUTI hujung minggu ini Adrina mengikuti rombongan sekolah ke Kuala Lumpur setelah tamat musim peperiksaan bagi murid Tingkatan 1 hingga 4. Aliya tidak dapat ikut serta kerana kemasukannya ke sekolah agak lewat. Semua prosedur aktiviti rombongan diluluskan sebelum Aliya mendaftar di sekolah lagi. Sebelum cuti sebelum sesi akhir persekolahan lagi.

Malam itu dia menghubungi Adrina setelah wanita itu pulang dari rombongan. Seperti biasa menggunakan telefon Faisal. Tiada orang lain yamg memghubunginya menggunakan telefon lelaki itu kecuali Aliya. Masakan Faisal pula!

" Ibu dah sampai rumah", manja suara Aliya.

Faisal yang berada tidak jauh sengaja mencuri dengar walaupun matanya menatal skrin tablet di tangannya.

" Nanti Aliya balik KL rumah Tok Ma ibu ikut la ya", mata Fazlan terus memicing memandang anaknya. Suka hati dia je. " Tok Ma cakap dah lama tak jumpa ibu. Dulu kan sebelum mama meninggal ibu selalu datang rumah Tok Ma",

Seketika Aliya menekan butang pembesar suara.

" Tak apalah. Nanti Aliya kirim salam kat Tok Ma eh. Ibu baru sampai rumah. Ibu nak mandi ni. Kita borak lain kali ya",

" Okay bu. Good night. Assalamualaikum",

" Night. Waalaikumussalam",

Aliya menyerahkan telefon kepada Faisal. Bukan tidak diberi telefon kepada anaknya namun telefon itu dikongsi bersama Ali.

" Pa. Nanti balik rumah Tok Ma kita ajak ibu nak? Tok Ma mesti suka", seronok pula Aliya membuat perancangan.

Faisal diam. Suka hati sahaja Aliya suruh aku ni mengangkut anak orang!

" Papa dengan ibu gaduh ke semalam?",

" Gaduh apa pula?",

" Masa rehat semalam Aliya tengah makan papa lalu tepi ibu. Ibu nak masuk kantin. Papa dah siap makan. Ibu lalu tepi papa. Papa tak tengok pun ibu?",

Faisal mengerut kening. Sampai ke situ si Aliya ini mengintip.

" Ibu ada tengok papa?", tiba-tiba Faisal rasa teruja. Mudah pula lidahnya menggelar Adrina ibu.

" Tak..", meleret sahaja intonasi Aliya.

Ada nada kecewa pula dalam hatinya. Faisal cepat membalas. " Kalau tak bertegur sapa itu bukan bergaduh. Papa nak cepat. Cikgu Adrina pun lapar. Biasa je kalau cikgu berselisih tak bertegur. Lepas ni papa tak nak Aliya tanya bukan-bukan. Fikir bukan-bukan fasal papa dengan Cikgu Adrina. Faham!",

" Hmm", Aliya menggumam.

" Faham tak ni papa cakap ni",

" Okay. Faham",

" Hari Jumaat hari tu ibu cakap ahad ibu ada dekat rumah je. Kita pergi rumah ibu nak pa?",

" Cuti masa cikgu berehat. Aliya nak ganggu Cikgu Adrina tu kenapa?",

" Ala..Bencilah papa ni..", rungut Aliya.

" Bencilah dengan papa..", suara Faisal seakan memeras ugut dalam manja.

' Tak..tak..Aliya sayang. Sayang papa", Aliya tergelak pula. Cepat di menyalami dan menciumi tangan Faisal. " Nak tidur dulu. Assalamualaikum papa. Night Ali',

" Night", balas Ali tanpa memandang Aliya. Ali masih mahu menonton televisyen. Malam cuti sekolah Faisal membenarkan anaknya tidur lebih lewat. Jam 11 malam. Namun Aliya yang jenis tidur tetap masa. Jam 10 mesti mahu masuk tidur.

Faisal memerhati langkah Aliya yang laju naik ke bilik. Macam-macam.diminta Aliya. Mahu dia kahwin dengan Adrina. Mahu diajak Adrina ke Kuala Lumpur. Mahu ke rumah Adrina. Lepas ni apa pula.

" RIN, berapa orang lagi penjaga tak datang?", soal Arif yang membantu Adrina untuk penyerahan pelaporan kemajuan murid dengan lembut.

" Tiga lagi termasuk Faisal",

" Hmm..Faisal kan guru kelas juga. Habis kelas dia baru datang sini kot", Arif membantu Adrina mengemas fail.

" Lagi dua orang ni..Damia. Jannah mak ayah awak memang tak datang kan",

" Tak datang cikgu", balas Damia dan Jannah agak serentak.

" Ha..Tinggal Faisal je. Tak apalah kalau Cikgu Arif nak pergi minum ke solat ke. Kejap lagi ada kelas tambaham budak SPM pulak",

" Tak apa ke saya tinggal Rin", Arif tersengih memandang Adrina.

" Eh tak ada apa dah ni.Terima kasih banyak Cikgu Arif",

" Kasih diterima sayang" nakal suara Arif.

Adrina bersahaja. Malas melayan. Dia buat tidak tahu sahaja jika Arif memanggilnya begitu. Kata rakannya Arif cuba memikatnya. Memikat bahagian mana tak tahulah. Kalau sepanjang masa ajak gaduh memikat apanya! Mujur hari ini apabila dipadankan bekerja bersama boleh pula Arif jaga kelakuan. Mungkin kerana di hadapan ibu bapa dan penjaga murid mestilah perlu jaga kelakuan.

" Cikgu", Aliya mendekat. Dia berasa marah pula apabila terdengar Arif memanggil Adrina begitu.

" Mana la papa ni. Lambatnyalah",

" Eh papa dia tanya orang pula", usik Arif.

" Cikgu Arif bolehlah pergi solat ya", Adrina seperti menghalau. Namun ketika Arif baru mahu melangkah sapaan salam diberi.

" Anak kau nak menangis dah Faisal", Arif mula melangkah keluar kelas.

Faisal yang jenis beku dengan gurauan bersahaja riaknya. Langsung tidak menyambut gurauan Arif tadi. Dia duduk di hadapan meja guru bertentangan dengan Adrina. Aliya di kiri Faisal dan Ali pula di kanan Faisal.

Faisal melihat pelaporan Ali dan kemudian pelaporan Aliya. " Hmm..apa maksud TP ni cikgu. Selalukan ada markah..Ini tak ada markah pun", sengaja Faisal menyoal. Bukan dia tidak tahu. Dia juga seorang guru. Sengaja mahu melihat bagaimana Adrina mahu menjawab soalannya.

Adrina tersenyum manis dan mula menerangkan secara penuh berhemah. Setiap soalan dijawab dengan baik oleh Adrina. Segalanya tentang prestasi Ali dan Aliya dijelaskan dan diterangkan satu persatu sehinggalah dia sedar mata Faisal seakan tidak lepas dari memandangnya.

" Ali complain Aliya banyak berbual dalam kelas. Kalau dia mengganggu cikgu mengajar cikgu jangan rotan dia cikgu rotan saya. Saya tak ada masalah",

Pecah ketawa Ali dan Aliya mendengar kenyataan papa mereka.

" Cikgu nak saya rotan cikgu ke. Biar betul?", sela Adrina.

" Saya ada cakap macam tu ke tadi?",

" Ya..papa suruh cikgu rotan papa", Aliya tergelak lagi.

" Taklah. Papa tak cakap macam tu",

" Yalah..Cikgu Faisal suruh saya rotan Ali dan Aliya kalau mengganggu cikgu cikgu mengajar. Okay..Cikgu Faisal boleh tanda tangan di sini ya", Adrina menyimpan senyum.

Beberapa ketika setelah selesai sesi perbincangan Faisal bangun. " Terima kasih cikgu", ucapnya.

Aliya bersalaman dengan Adrina. Ali pula sudah bangun mencapai beg.

" Terima kasih cikgu" , ucap Ali dan Aliya serentak.

" Sama-sama", Adrina membalas dan melihat sahaja tiga beranak itu keluar dari kelas.

Adrina tersenyum.sendiri..Haih. Faisal teruk juga gugup kau ni ya..Kes kantoi curi pandang pun dah merah muka ini tambah lagi kes baru.

Adrina memanggil. Jannah dan Damia menghampirinya.." Hari ni balik awal kan. Kita tunggu sampai jam.1.30. Kalaulah tiba-tiba maka ayah awak berdua ada datang",

" Okay cikgu",

Sementara menunggu masa yang berbaki lagi 15 minit Adrina berbual dengan dua orang anak muridnya sambil menunjukkan keputusan peperiksaan mereka berdua. Damia yang agak baik keputusannya tersengih sahaja.Tetapi Jannah yang sedikit teruk juga tersengih juga mendengar bicara Adrina. Bicara mereka segalanya tentang belajar. Nasihat dan teguran diberi..Ah. anak.murid sudah dianggap seperti anak sendiri. Jika ada teguran itu bukan teguran kosong. Itu adalah teguran ada makna.Mengharapkan anak muridnya menjadi manusia yang berbakti pada ibu bapa. agama dan negara.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience