26

Romance Completed 132660

Hana menyambut huluran tangan lelaki di sisinya ini. Penampilan lelaki ini jauh berbeza sewaktu mereka mula berkenalan. Figura di depannya ini lebih kacak dan kemas.

"Macam mana awak tahu saya ada kat sini?" Hana memulakan bicara untuk membuang rasa kekok.

Jejaka ini dari tadi tak lekang dengan senyuman. Hana jadi malu-malu.

"Mama saya bagi tahu. Kebetulan saya pun datang sini nak lawat kawan saya yang accident. Ingat nak jenguk awak sekali. Dah lama kan kita tak jumpa."

"Mama ada je ajak saya pergi majlis rumah Cikgu Mastura, tapi saya selalu tak berkesempatan. Maaf." jawab Hana.

Sebenarnya memang dia mengelak dari mengikuti mamanya setiap kali mahu ke rumah Cikgu Mastura, kerana dia malu.

Malu untuk bertemu dengan satu-satunya anak teruna Cikgu Mastura yang dihadapannya ini, Fahad Ammar. Kerana pasti dia akan diusik oleh mama dan Badrul.

"Patutlah susah sangat nak jumpa awak. Tiap kali mama saya buat rumah terbuka, saya tunggu je awak datang." Ammar menjongket kening memandang Hana.

Hana menunduk segan. Kenapalah dia malu sangat dengan Ammar ini.

"Saya tak kisah lah. Awak macam mana? Apa khabar? Feeling better?" Ammar cuba mengelak daripada menyentuh hal sensitif berkaitan kesihatan Hana.

Baru sahaja tadi Azizah menerangkan tentang penyakit "acute leukemia" yang dihadapi Hana. Kerana itu dia bergegas mahu berjumpa Hana. Mahu melihat sendiri gadis yang sudah lama diminati itu.

"Macam ni lah saya. Tunggu masa, mungkin." Hana melempar pandangan ke arah kolam air pancut di hadapan kerusi tempat mereka duduk.

"Eh, apa cakap macam tu. Awak mesti akan sembuh. Awak bosan eh duduk kat hospital?" Ammar cuba memancing perhatian Hana.

"Mestilah bosan. Makan ubat, muntah, kena inject, ambik darah, masuk darah." keluh Hana.

Seakan sudah muak dengan prosedur yang harus dilalui. Padahal tempoh rawatan dia masih panjang.

"Kalau macam tu saya datang la sini tiap hari. Teman awak, boleh?"

"Eh, tak payahlah. Mama saya ada. Saya okey je."

"Takpe lah. Boleh saya borak-borak dengan awak. Lagipun lama kita tak jumpa. Lepas habis kerja saya boleh datang jenguk awak. Bukan jauh pun." tawar Ammar.

"Awak kerja kat mana?"

"Few kilometers from here. Awak pulak? Saya cuma tahu awak kerja sebagai akauntan. Which company?" Ammar bertanya pula.

Hana diam sebentar. Memikirkan tempat kerja, hatinya dirundung sedih kembali. Perkerjaan yang amat dia sayangi sepenuh hati, yang terpaksa dilepaskan begitu sahaja.

"Saya dah resign." Hana menjawab pendek.

"Oh. Okay. Well you need time to heal yourself, kan? It's okay. Anything you can hit me up. Kita kan kawan?" Ammar cuba memberikan kata-kata semangat.

Hana tersenyum hambar. Terasa tidak pantas dia mahu bersahabat dengan orang sebaik Ammar.

"Nak ke awak kawan dengan orang sakit macam saya ni?"

"Kenapa pulak? Hana, you are the only one yang nak kawan dengan saya waktu sekolah dulu tau? Takda orang lain pun yang sudi kawan dengan si Fahad Ammar yang jongang ni. You remember?" panjang lebar Ammar bercerita.

Hana tergelak mendengar keletah Ammar. Baru dia ingat waktu mereka di zaman sekolah dahulu. Hana yang suka menegur dan berkawan dengan semua orang.

"Right..saya ingat. Ammar gigi besi, plus nerd." tambah Hana.

"Well... you know me better."

"But you look different now. Handsome." tanpa sedar Hana memuji Fahad Ammar yang baru ini. Memang berlainan benar.

"Thank you." Ammar sengih sambil menggaru kepala yang tak gatal. Malu apabila dipuji begitu.

"You too. Awak masih comel. Macam dulu-dulu." Ammar membalas kembali.

Walaupun keadaan Hana yang sedikit tidak bermaya, wajah tulus Hana tetap membuat Ammar berdebar-debar. Dapat bertentang mata dengan Hana begini, hilang rasa rindu dia selama ini.

'Hana..Hana. If only you know how much i like you. Sejak dari kita darjah satu.'

Azizah yang hanya tersenyum memerhati gelagat Ammar mengusik Hana dari jauh. Sekurang-kurangnya kehadiran Ammar membuahkan senyum di bibir Hana.

Jauh di dasar hati memang dia teringin mahu melihat Ammar bersama Hana, namun susah benar hendak memujuk puteri kesayangan untuk membuka pintu hati.

.
.

Hazim terbaring di tengah-tengah bilik. Mati akalnya setelah segala usaha menghubungi Hana tidak berjaya. Malah nombor yang diguna Hana sudah tidak aktif.

Hampir seminggu lebih Hazim menghabiskan masa di rumah. Setelah sedikit gagah untuk berjalan, Hazim berkeputusan untuk ke rumah Hana lagi.

Kali ini dia sudah tidak sanggup lagi menunggu, hampir sasau sekiranya tidak bertentang mata dengan Hana. Trauma kemalangan yang dialami belum lagi surut.

Hazim menarik nafas sedalam mungkin sebelum menghembusnya. Enjin kereta dihidupkan. Membawa diri ke destinasi yang dihajati.

Sampai sahaja di apartment milik Hana, Hazim merasakan sesuatu yang aneh. Bahagian hadapan pintu rumah agak kosong. Pintu gril juga terkunci. Barangkali Hana tiada di dalamnya.

Hazim masuk menggunakan kunci pendua yang dimiliki. Lemah langkah Hazim diatur ke dalam rumah yang agak kosong itu. Perabot seperti kabinet, sofa dan meja masih setia di ruang tamu. Cuma ruang itu ibarat tidak bernyawa.

Hazim pantas ke bilik tidur utama milik Hana. Kosong. Barang-barang Hana yang kebiasaan akan memenuhi meja solek juga tidak ada. Hazim dihambat resah.

Almari pakaian dibuka, juga tiada yang tersisa.

"Hana.." Hazim tersandar di situ kebingungan. Tiada tanda langsung yang ditinggalkan oleh si isteri.

Hazim meraup kasar rambutnya. Sambil termenung, dia memikirkan ke mana pergi Hana. Sudahlah dia langsung tidak diberitahu.

Hazim meliar di sekitar rumah. Memang sah tiada lagi jejak Hana di situ.

Bilik disebelah bilik tidur pula berkunci. Hazim mencari kunci bilik itu di tempat kebiasaan Hana menyimpan. Selesai menemui anak kunci, bilik itu dibuka.

Juga agak kosong, kecuali ada beberapa barang miliknya yang pernah ditinggalkan di rumah itu. Bersamanya sebuah kotak kertas A4. Hazim membuka kotak itu dengan perasaan tidak sabar.

Di dalamnya merupakan beberapa buah frame gambar mereka bersama. Turut serta adalah sebiji kotak merah baldu. Terketar-ketar tangan Hazim membukanya.

Cincin perkahwinan yang pernah menghiasi jari Hana kini tersemat di situ. Hazim terduduk di lantai. Hatinya diserbu kesal dan kecewa.

"Sayang.... mana sayang?"

Apakah petandanya?

Adakah Hana sudah melarikan diri meninggalkannya?

Share this novel

anis nadhirah
2020-04-10 16:25:49 

%â‚©^

anis nadhirah
2020-04-10 16:25:24 

s


NovelPlus Premium

The best ads free experience