ELLENA telah berada di tempat hampir dilanggar waktu itu. Dia teragak-agak mau bertanya dengan menunjukkan hasil gambarnya semalam. Orang berlalu-lalang di tatapnya.
“Eei.. betul ke cara aku? tak kan aku kena gelakkan nanti?”
Nafas diatur kemudian dia menghampiri kumpulan orang yang berlalu-lalang. Pertama gagal, dua orang pria itu langsung menggeleng tanpa melihat gambar yang Ellena bagi. Orang kedua ada tengok, tapi geleng kepala. Tak tau. Orang ketiga sama macam orang pertama tadi. Huftt.. Ellana tayang muka cemberut.
“Mereka ni kurang respect la…” Keluh Ellena, namun dia tidak menyerah. Sepertinya bertanya pada orang berlau lalang tidak tepat. Matanya meliar memperhatikan sekeliling. Banyak yang bersantai di kerusi yang tersedia. Ellena mengembang senyum ketika melihat sekelompok orang di sana. Langkah kaki diatur mendekati rombongan itu. FIGHTING!!!!!
MAISA menyedot straw jus oren sembari bergurau dengan teman-temannya. Di tengah bergurau Maisa melirik jam di tangan. Matanya terbelalak. Adoiii! Dia tepuk dahi. Beg nya di atas meja digapai, temannya sudah kehairanan melihatnya.
“Guys.. I have to go. Bye…”
“Be carefull..” laung temannya ikut khawatir melihat kelibat Maisa yang berlari anak. Mereka geleng kepala. Entah apa-apa tiba-tiba pergi macam tu jer.
Maisa masih berlari anak. Alamak, kenapa dia bisa lupa kalau dia mahu membantu Ellena mencari jejaka hensem tu eh. Tadi setelah selesai belajar dia pergi ke toilet dulu dan menyuruh Ellena pergi duluan. Setelah selesai akan hajad di toilet, tup tup dia bertemu dengan Charlote dan mengajaknya lepak di kantin. Diapun bersetuju saja, tanpa ingat akan janjinya pada Ellena. Allah.. pelupanya kau Maisa.
“Dah lambat sejam ini. Elle masih kat sana ke?” Maisa mempercepat langkahnya.
Mata Maisa meliar ketika sampai di tempat hari-hari dia melihat Ellena. Tidak ada dia lihat sosok wanita ramping cantik itu. Kaki di bawa ke sana kemari untuk mencari. Mana budak tu? panas ni tak kan lah pergi jauh-jauh pulak kan?
Beberapa menit mencari, akhirnya Maisa melihat sosok tubuh Ellena. Hufft… dia bernapas lega. Ellena sedang duduk di kerusi. Gadis itu tampak keletihan sambil mengipas-ngipas diri dengan kertas.
“Elle..” tegur Maisa menghampiri. Ellena mendongak memandang Maisa.
“Sorry aku lambat. Erk.. aku tadi..”
“Taka pa.” ujar Ellena memotong ayat Maisa. Dia juga meleretkan senyum lembut.
Maisa lagi-lagi berasa lega. Mujur Ellena tidak marahkannya. Kemudian dia membawa langkah mendekati Ellena. Bokongnya di labuhkan di samping gadis itu. Dia melihat Ellena yang masih mengipas-ngipas diri.
“Macam mana? Ada dapat?” soal Maisa.
Ellena menoleh. Wajah lembut itu tiba-tiba sayu. Senyum masam di leretkan sambil menggelengkan kepala. Hampeeh!
TUBUH berbaring di katil. Ellena merenung langit kamar dengan melentokkan satu tangan di dahi. Berjam-jam termenung dia masih belum juga rasa mengantuk. Sudah 2 hari dia melakuakn pencarian akan jejaka yang menolongnya itu. Tetapi tidak ada dapat informasi yang berarti.
“Eh, aku ini kenapa dah? Kenapa rasa bersalah sangat sampai macam ni?” monolognya sendiri. Kepala di gelengkan, kemudian selimut di tarik menutupi seluruh dirinya. Hanya ujung-ujung rambut yang kelihatan sekarang. Tidur Elle, jangan nak tentu arah macam ni. Please lah..!
Baru aje matanya di pejamkan tiba-tiba telefon bimbitnta bergetar. Ellena mengeluh perlahan. Apasal ni? Aku nak rehatpun tak dapat? Siapa pula yang telefon-telefon tengah malam begini? Semak je!
Selimut di selak. Telefon bimbit di nakas di gapai. Number baru?
“Siapa pulak ni?” kan semak je. Butang merah di tarik, lalu telefon bimbit itu kembali di letakkan di nakas. Namun baru Ellena nak tarik selimut semula, telefon bimbit kembali bergetar.
Halaaahh…. Telefon bimbit di capai. Mana tau memang penting kot.
“Hello..” malas je Ellena menjawab. Macam tidak berminat, tapi tidak lama kemudian matanya membulat seraya dengan mulutnya sedikit ternganga. Terus dia bangun dan duduk.
“Apa kau cakap? Coba ulang lagi!” ucap Ellena tidak tenang.
Ellena terangguk-angguk mendengar suara di talian. Bersamaan pelipisnya di pijit.
“Okey.. aku paham. Aku ke sana sekarang.”
Talian dimatikan. Tanpa berlama-lama diapun menganti pakaiannya. Kemudian beredar dari kamarnya.
***
“Elle…” Maisa angkat wajah ketika mendengar pintu wad nya di tolak. Mata sembabnya masih merah, keningya juga terdapan perban, rambutnya yang tergerai tampak acak-acakan. Infus juga terpasang di pergelang tangannya.
“Aku, aku.. tak sengaja…” tangisnya kembali terdengar. Ellena laju memeluk tubuh temannya itu.
“Dah jangan menangis, semua dah dibicarakan baik-baik. Kau yang cidera ni.”
“Tapi…”
“Hush.. enough. Tak adalah tapi-tapian. Aku dah bertemu ahli keluarga budak tu. Kata mereka budak tu tak ada luka yang teruk. Cuma terkejut aje. Mereka dah pulang dah.”
Pelukan di leraikan. Maisa menatap Ellena dengan dahi sedikit berkerut.
“Betul ke?” tanya Maisa meminta kepastian.
Ellena mengangguk,”Sekarang cerita kat aku. Macam mana kau bisa kat luar tengah malam begini.” Ellena nak mulai membebel.
Maisa tersengih bagai kerang busuk.
“Aku rasa lapar sangat. Tapi aku nak makan mie rebus lah. Tu makanya aku keluar jap nak ke minimarket. Malang punya nasib, belum sampaipun aku di kejutkan dengan kanak-kanak yang tiba-tiba depan mobil aku. Aku tak taulah macam mana hingga mobil aku langgar tiang jalan, dah aku tak sedar lagi. Tup tup bangun ada kat sini. Untung aku hapal number kau. Kalau tak, aku tak tau lah. Tu aku hubungi kau dengan handphone nurse yang ketinggalan di nakas ini. Tadi rasa macam nak gila. Aku pikir juga dah langgar habis budak tu.”
Ellena geleng kepala. Teringin makan Mie rebus punya pasal ternyata. Tu besok-besok perlu setock Mie banyak-banyak aje lah kalau macam ni. Time ni untung tak teruk. Kehadapannya kita tah tau.
PERLAHAN-LAHAN matanya dibuka. Ellena menguap dengan satu tangan menutupi mulut dan satu lagi direnggangkan ke atas. Jam berapa ni? pantulan cahaya matahari memasuki jendela kaca di situ.
Ellena bangkit sambil melihat sosok Maisa yang masih lena dalam tidur di bangsal.
“Dah pagi dah ni. Aku cari sarapan dulu lah. Dia pasti tak nak makan makanan hospital ni.”
Lambat-lambat Ellena melangkah keluar dari pada bilik Maisa di tempatkan. Menguappun juga masih berlanjut sambil tangannya mencepol sebagian rambutnya itu. Masih mengantuk! Biasanya libur begini dia masih terbongkang tidur. Boleh hajar sampai siang pulak.
Ellena berjalan sedikit tergontai. Huh, belum sadar betul agaknya. Meskipun begitu dia tetap membalas senyum nurse yang ketika itu berpapasan dengannya.
“Eh kenapa lain macam senyum mereka ni? dia gelakkan aku ke?” Serena merasa tidak nyaman melihat dua orang nurse yang seperti menggelakkannya. Ellena sedikit berpusing melihat dua orang nurse yang masih saling berbisik sambil tertawa kecil.
“Ada tai mata aku ke?” kedua tangan naik menutup wajahnya. Ellena benar-benar merasa malu ketika itu. Dia perlu ke toilet segera. Malu…
Ellena berpusing dan berlari anak. Tanpa dia sadari ada seorang pasien mendorong bangsal roda dengan kencang ke arahnya.
“Beware…” laung beberapa orang nurse yang tampak mengejar pasien tersebut.
Ellena menoleh.
“AAAAAA…”
Ellena hanya mampu menjerit apabila bangsal roda itu sudah hampir dengan dirinya. Namun tiba-tiba ada yang menarik tubuh Ellena.
BAM!!! Entah bagaimana cerita bangsal roda tersebut menumbuk dinding. Sang pendorong tergeletak.
Nafas Ellena termengah. Dadanya laju berombak. Dia masih memejamkan kedua matanya.
“Aku hidup ke mati ni?” gumamnya seorang.
Namun tiba-tiba dia perasaan akan hembusan nafas lain di tengkuknya. Dia juga merasakan tubuhnya di rengkuh sesuatu. Lalu wajahnya juga melentok dekat apa pulak ni? nyaman dan sedap je aromanya. Perlahan Ellena membuka matanya.
Ellena tergamam.
Matanya bertemu sosok tubuh kekar di hadapannya. Wajahnya melentok kat dada pria ternyata!
Ellena telan ludah.
“Are you okey?” soal suara gurau dari sosok tubuh tersebut.
Ellena terkejut. Dia rasa macam pernah dengar suara lelaki itu. Sebaiknya lelaki itu melerai pelukan dan memandang arahnya. Ellena semakin terkejut.
“Aa.. awak,”
TO BE CONTINUE
Share this novel