H21

Crime Series 45700

"Cicit Wan tengah buat apa?"

Hajah Salhah menghampiri Karsyad seraya melabuhkan punggung di kusyen berdekatan anak lelaki itu.

"Arsyad tengah siapkan kerja sekolah, Wan."


Hajah Salhah mengangguk perlahan. Senyuman terukir diwajah kedut. Umur Karsyad sudah masuk 8 tahun, dia pasti anak itu akan membesar dengan kasih sayang secukupnya.


Hampir sebulan perkahwinan Ezhar dan Dafika, walau saban hari Hajah Salhah melihat mereka berdua bergurau kasar. Namun jauh disudut hatinya tahu Ezhar sangat mengambil berat akan Dafika serta Karsyad.


Perangai Ezhar pun sudah mula berubah, sampai waktu dia akan kesurau untuk bersembahyang. Bila ditanya kenapa tak solat kat rumah, Ezhar akan menjawab yang dia masih tak hafal surah.


Hajah Salhah mengerti, malahan seminggu dua ni hampir setiap malam Ezhar akan belajar mengaji dengan Atoknya.

Mana lah tak sejuk hati dia melihat perubahan cucunya itu. Hajah Salhah pasti, ini semua kerana Dafika. Pernilaanya tak salah pada wanita itu selama ini.


Cuma... satu je yang Hajah Salhah musykil, dan ketika ini dia ingin bertanya kepada Karsyad.

"Arsyad boleh Wan tanya ke?"


Karsyad yang kini meniarapkan tubuh sambil meneruskan kerjanya hanya mengangguk tanpa memandang pada Hajah Salhah.

"Ermm.. Papa masih tidur kat bilik Arsyad ke?"


Kali ni Karsyad mengangguk pula. Mata masih menghadap buku dihadapannya.

"Tiap-tiap malam memang papa tidur bilik Arsyad ke? Pernah tak papa tak tidur sama dengan Arsyad?"

Rasa pelik pulak dengan soalannya sendiri. Namun Hajah Salhah terus bertanya untuk kepastian.


Karsyad memalingkan tubuh lantas bersila diatas lantai. Matanya mendongak kepada Hajah Salhah yang berada di kusyen.

"Arsyad pelik lah. Dulu papa suruh Arsyad jadi berani, tidur sorang-sorang dalam bilik. Lepas tu papa sendiri yang teman Arsyad. Papa cakap Arsyad masih kecik. Papa kena jaga Arsyad. Habis tu bila Arsyad boleh jadi besar Wan?"


Tergelak sebentar Hajah Salhah dengan kenyataan Karsyad. Alasan Ezhar memang tak makan dek budak kecik ni.

"Jadi tiap-tiap malam, memang papa tidur dengan Arsyad la?"

Soal Hajah Salhah lagi.

"Ye lah Wan. Dah la papa kalau tidur mesti nak peluk Arsyad. Rimas lah. Sampai Arsyad tak boleh nak bernafas."


Lagi sekali Hajah Salhah menyua tawa. Lucu dengan kenyataan anak lelaki itu. Dia sendiri pun dah lama perasan yang Ezhar suka memeluk sesuatu ketika tidur.

Sejak cucunya berada disini, Hajah Salhah sentiasa senyum dengan teletah manja lelaki itu.

Perangai garang, tapi tiap-tiap malam mesti cari bantal untuk peluk.

Pernah sekali Hajah Salhah bangun pagi dan melihat Ezhar memeluk Malik ketika mereka berdua tidur diruang tamu.


Hai.. sekeras mana pun watak Ezhar. Tetap ada sisi lembutnya yang perlu dinilai.

Dari situ Hajah Salhah pasti, Ezhar sebenarnya kekurangan kasih sayang.

"Kenapa Arsyad tak suruh papa tidur bilik mama?"

Pancing Hajah Salhah lagi. sengaja.

"Arsyad dah cakap, tapi papa kata mama tak suka dipeluk. Sebab tu dia tidur dengan Arsyad."


Ya Allah!

Bertuah betul cucu aku ni menjawab soalan anak dia!
Hajah Salhah menggelengkan kepala. Bibir makin lebar menyula tawa.

Namun apa yang Hajah Salhah pasti, Ezhar dan Dafika tak pernah bersama sejak mereka berkahwin.

Kenapa?
Masih menjadi tanda tanya dalam dirinya.
Rasanya Hajah Salhah harus bertanya dengan Dafika.

"Wan... boleh Arsyad tanya pulak?"

Karsyad yang masih bersila dilantai menyoal kembali Hajah Salhah.

"Arsyad nak tanya apa?"

Lembut Hajah Salhah menjawab.

"Mmm.. kenapa nama Arsyad bin Abdullah.. Kenapa tak bin nama papa macam kawan-kawan Arsyad yang lain?"


Terkedu sebentar Hajah Salhah dengan soalan Karsyad. Kerongkong nipisnya menelan liur mencari ayat yang sesuai untuk menjawab.

"Arsyad... apa sahaja bin pada nama Arsyad. Tak perlu Arsyad risau, sebab didalam kubur nanti malaikat akan memanggil Arsyad berbin kan mama Arsyad. Yang penting sekarang Arsyad kena buat baik dengan mama Arsyad sampai bila-bila. Sebab syurga Arsyad dibawah tapak kaki mama Arsyad. Arsyad kena ingat tu."


Karsyad mengangguk berkali-kali, walaupun dia tak berapa faham dengan kata-kata Hajah Salhah.

"Sudah lah... Arsyad jangan fikir pasal benda tu lagi. Kalau ada kawan-kawan Arsyad yang tanya, Arsyad suruh dia jumpa Wan. Biar Wan yang jawab."


Muncung herot Karsyad ditukar dengan senyum ketika mendengar cadangan Hajah Salhah.


Wanita tua itu turut senyum. Dalam hatinya masih tak pasti, bagaimana penerimaan Karsyad tentang dirinya yang sebenar setelah dia mengerti segala yang berlaku selama ini.

******

"Fika.. stok gula mana? Aku nak bancuh air dah takde ni."

"Kat bawah kabinet tu"

Dafika menjawab soalan Ezhar sambil memuncungkan mulutnya kearah kabinet besi yang terletak di sudut dapur kedai makan.


Ezhar menghampiri, segala barang dikabinet besi itu diselongkar namun masih tak menemui barang yang ingin dia cari.

"Takde pun!"

Rengus Ezhar.

"Aish! Salwa tolong bagi gula kat Har sekejap, aku tengah mengoreng mee ni. Karang tinggal, takut hangus"

Bebel Dafika sambil meneruskan kerjanya. Sikit pun dia tak pandang kepada suaminya.


Salwa meninggalkan kerja memotong cili untuk dibuat jeruk, sebelum menghampiri kabinet besi itu dan membuka sebuah bekas besar yang berisi hampir 10 kg paket gula.

"Awak ni, bukan susah pun nak cari gula ni. Saja nak bermanja dengan Fika kan?"

Tembak Salwa sengaja. Sebiji bekas besar yang berisi beberapa kampit gula dibuka sebelum diambil dan diserahkan kepada Ezhar.


Ezhar menyambut lantas tersenyum.
"Kalau aku nak bermanja pun salah ke? Dia kan bini aku."

"Yela-yela awak sorang je ada bini Har, bermanja lah puas-puas. Cari gula pun tak jumpa, ni kalau Fika hilang. Awak jumpa tak cari?"

Sinis soalan Salwa, tak habis ingin mengenakan pengantin baru itu.

"Kalau Fika hilang, tak susah pun nak cari balik. Aku tanya itik yang Atok bela, mesti dia akan bagi tahu Fika kat mana."

"Apa kena mengena dengan Itik yang atok bela?"

Salwa mengerutkan dahi mendengar jawapan Ezhar.

"Sebab Fika tu spesis itik Atok, kau tengok lah muncung dia tiap-tiap hari. Kalah muncung itik-itik yang Atok bela."

Jawab Ezhar sinis, ekor mata menjeling kearah isterinya.

"Har!"

Serentak Salwa dan Ezhar ketawa ketika Dafika menjerit pendek nama suaminya.

Kalau bukan sebab tangan masih mengacau mee goreng, memang dah lama Dafika ketuk kepala Ezhar dengan sudip kat tangan nya.

Suka hati bandingkan aku dengan itik Atok! Pulak tu cakap depan Salwa lagi.

"Awak ni Har... tak habis-habis menyakat Fika,agaknya macamana lah korang bila berdua kan? Mesti Har romantik dengan kau kan Fika?"

Huk! Huk! Huk!

Dafika segera memandang kebelakang ketika tekaknya terasa ingin terbatuk dengan kenyataan Salwa.

Mata ingin melirik kepada Ezhar, tapi dilarikan kembali.

"Aku memang romantik, Sal. Fika je yang tak sedar. Suka sangat nak halau aku keluar dari bilik."

"Har!"

Tempik Dafika lagi ketika suaminya menjawab soalan Salwa.

Takkan Ezhar nak buka cerita yang mereka tak pernah tidur bersama. Lagipun bukan Dafika halau suaminya.

Ezhar sendiri yang tak pernah masuk kedalam biliknya selepas malam pertama perkahwinan mereka.


Salwa menghampiri Dafika, sisi bahu wanita itu disendeng.
"Fika.. kau halau Ezhar keluar bilik ke?"


Makin merona Dafika rasakan ketika mendengar pertanyaan rakan baiknya.

Sekali lagi tangan rasa ringan nak sekeh kepala Ezhar. Ni kalau sekeh betul, dan tentu bertimbun dosa dia pada si suami. Aish!

"Abang Har, Abang Karl datang nak jumpa.

Kenyataan dari Mila yang tiba-tiba masuk kedapur memotong pertanyaan Salwa tadi.


Fuhh... nasib baik, Kalau tak lemas jugak Dafika nak menjawab.

Tapi apa yang Dafika dengar tadi? 'Karl ingin berjumpa dengan Ezhar?'

Jangan kata 'Karl' tu Raykal?


Air muka Dafika terus berubat kelat.

Segera wajahnya menoleh kearah Ezhar, dia ingin halang lelaki itu dari terus berjumpa Raykal. Namun lidah Dafika kelu, mata membiarkan pandangan belakang Ezhar yang berjalan keluar dari ruang dapur.

Hati dipaut gelisah!

"Wei sorry, aku suruh kau datang sini. Aku tak sempat lah nak jumpa kau kat luar."

Ezhar menyambut huluran salam dari Raykal sebelum melabuhkan punggung dihadapan lelaki itu.

"Ala. takde hal la bro, aku pun memang nak jumpa kau. Nak ucap tahniah sebab kau dah kahwin. Sorry lah aku ada court case hari tu. So tak dapat datang lah majlis kau"

Raykal yang berada dihadapan menjawab girang sambil senyuman terus melebar dibibirnya.

"Eh takpe Karl.. Majlis tu kecik je.."

Sahut Ezhar tanpa berselindung.

"Kecik ke, besar ke. Tak kisah, asalkan kau dengan Dafika dah berkahwin. Masin juga mulut aku panggil Fika tu 'bini' kau sebelum ni kan?"


Ezhar tergelak mendengar soalan Raykal.
"Dah jodoh aku bro.. Lagipun, aku cuma nak bertanggungjawab atas anak aku."

"Yelah.. aku pun dengar jugak pasal kes Arsyad tu. Bagus lah kau nak bertanggungjawab. Atlist Arsyad boleh membesar dengan bapak dia. Kau jaga je lah bini dengan anak kau elok-elok Har."

Nasihat Raykal lembut

Ezhar mengangguk faham.

"So.. apahal kau nak jumpa aku? Dalam telefon, kau cakap nak mintak aku cari kan seseorang. Siapa?"

Soal Raykal kembali, teringat perbualan telefon mereka berdua beberapa hari lepas.

"Tak de la... ini pasal kes aku kena sambung penjara, dua tahun lagi tu. Sebab aku pukul banduan, sedangkan aku difitnah masa tu. Baru ni aku terserempat dengan mamat tu datang kedai ni. Lepas tu aku cari tak jumpa lagi. Bila aku suruh Hidayat bawak mamat tu jumpa aku. Dengan Hidayat sekali hilang. Geram betul aku!"

Buku lima Ezhar dikemaskan. Wajah Hidayat yang penuh lekuk jerawat bermain di fikiran.

"Hidayat? Hidayat mana?"

Kening Raykal berkerut sambil menyoal lagi.

"Entah lah. Aku tahu nama dia Hidayat je. Tu pun Fika bagi tahu. Fika cakap mamat tu duduk kampung sebelah. Aku risik-risik kampung sebelah pun tak jumpa. Aku rasa aku dah kena game dengan Hidayat tu. Entah-entah dia yang upah member dia tu untuk fitnah aku dalam penjara. Sebab tu dua-dua hilang selepas jumpa aku."

Terang Ezhar lagi, rahang kekarnya semakin bergerak-gerak menahan marah.

"Berat jugak kes kau ni Har, Rasanya kau gaduh dengan Malik je. Tapi kenapa sampai ada orang lain yang terlibat. Pulak tu lepas Malik dah mati... Kau masih bermusuh dengan sesiapa ke?"

Soal Raykal kembali.

"Itu lah aku tak tahu. Siapa lah yang nak perdajal kan aku sejak dulu lagi?"

Raykal mengangguk seketika dengan kenyataan Ezhar. Hujung dagunya dimain dengan jari. Seolah-olah memikirkan sesuatu.

"Mungkin Nasir kot? Yelah sebab dia tengok kau rapat dengan Fika. Kan ke dulu Fika tu bekas tunang dia"

Teka Raykal.

"Mmm.. mungkin jugak kot. Tapi aku tengok Nasir macam dah bahagia dengan bini dia. Takkan dia masih berdendam dengan aku."

"Dendam ni bro, sampai mati pun takkan hilang. Kau tengok dia bahagia, tak semestinya dia boleh terimah semua. Aku dah lama jadi peguam, aku biasa tengok kes dendam macam ni"

Jawab Raykal dengan lancar, seraya lelaki dihadapannya mengangguk perlahan.

"Atau mungkin orang tak berdendam dengan kau, tapi dengan bini kau?."

Raykal menduga lagi, wajah Ezhar dilirik dengan mata tajamnya.

"Maksud kau, ada orang berdendam dengan Dafika?."

Ezhar menyoal kembali, masih ragu dengan kata-kata Raykal.


Lelaki itu mengangguk sekali. Ekor mata masih tak lepas memandang Ezhar. Senyum ingin dilakar, namun ditarik kembali.

"Abang. Wan suruh hantar bekal tengahari."


Abang?!
Ezhar menoleh kearah Dafika yang sudah berdiri disisinya. Buang terbiat apa perempuan ni tiba-tiba je panggil aku 'Abang'?"


Raykal turut mendongak memandang Dafika, senyum joker terlorek..


Ekor mata Dafika menangkap hujung bibir Raykal yang terangkat tinggi. Namun dibiarkan walaupun ulu hatinya terasa senak.

Bukan dia tak dengar perbualan lelaki itu dengan suaminya.

Jika Dafika tak memintas percakapan mereka, sudah tentu Raykal akan membocorkan rahsia yang disimpan selama ini!

"Abang... Wan suruh hantar bekal... Arsyad pun lapar, tak makan lagi."

Ton suara Dafika dilembutkan, satu persatu ayatnya ditutur sambil melebar senyum kearah Ezhar.

Tak mahu suaminya teruskan perbualan dengan Raykal.

"Ak... abang kan tengah cakap dengan Karl.. Fika hantar la."
Abang.
Rasa tergeliat lidah Ezhar ketika menyahut permintaan Dafika. Wajah Raykal dilirik sebentar. Malu!

"Abang.... sayang masih banyak kerja kat dapur. Oder pelanggan pun masih belum siap. Salwa dah gantikan tempat abang untuk bancuh air. Jadi dari abang duk bersembang kat sini, apa kata abang hantar bekal kat Wan. Tak sampai lima minit pun berjalan."

Dafika terus sinis memberi arahan. Dan dia nak suaminya itu menurut segera.

'Sayang' pulak...

Sah Dafika kena rasuk dengan puteri 7 beradik ni!

Tak pernah Ezhar dengar suara lembut dan merdu Dafika seperti saat ini!

"Err.. Karl kau duduk sini sekejap boleh? Aku nak hantar bekal kat Wan sekejap. Kalau tak hantar bini aku merajuk sampai malam. Nanti aku kena tidur luar."

Akhirnya Ezhar menurut. Itu pun bila Dafika dah mula tarik muncung sebiji mulut itik belaan Atok.


Raykal yang mendengar bebelan Ezhar hanya mampu tergelak.

"Pergi lah Har, aku tunggu kau kat sini."

Suruh Raykal, sambil mengedipkan mata memberi ruang.


Setelah Ezhar keluar dari kedai, Dafika ingin kembali masuk ke dapur. Namun langkahnya terhenti ketika namanya diseru oleh Raykal.

"Bahagia kau sekarang Fika?"


Soalan Raykal menyebabkan kaki Dafika kembali menapak ke meja lelaki itu.

"Karl! Dengar ye! aku taknak kau datang jumpa Ezhar lagi!"

Dafika mengarah tegas dalam suara yang seakan berbisik.


Lelaki itu tersenyum sinis bila soalannya tidak dijawab tepat oleh wanita itu

"Kenapa? kau takut?"

Cabar Raykal.

"Kau jangan sampai aku bocorkan segala rahsia kau Karl."

Getus Dafika seraya jari terlunjuknya diarah tepat kepada Raykal tanda amaran.


Makin lebar senyum dibibir Raykal. Matanya menikam tajam kearah pandangan Dafika.

"Rahsia kau pun dalam poket aku Fika."


Dada Dafika dah turun naik menahan amarah. Jantan ni memang tak pernah puas.

"Ingat Karl! Kalau hidup aku hancur. Kau pun akan aku hancurkan!"

Balas Dafika lagi. Dia turut mencabar.

"Well.. aku suka. Atlist aku tahu the real Dafika Awanis is back. Aku tunggu!"

Sekali lagi senyum joker Ezhar terbit.


"Kau giler!"

Bisikan Dafika makin tajam. Hatinya terus membara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience