BAB 38

Romance Completed 42886

Pagi yang indah bersama cuaca yang cerah. Permulaan hari yang baik untuk Ariana Atilia memulakan harinya. Namun semua itu hanya sementara.

Hal ini kerana Adi Ashraf yang sejak semalam tidak berhenti mengusik dirinya tentang nama panggilan baharu yang diberikan olehnya menjadi bahan jenaka kepada suaminya itu.

Betapa dia menyesal kerana terfikir untuk cuba mengenakan suaminya semalam di hadapan Tok Wan. Yang akhirnya berakhir dengan dirinya pula yang dikenakan oleh suaminya kembali.

Di mana keadilan dunia?

"Lia, dah siap potong ke bahan-bahan tadi? Ibu nak tumis dah ni." tegur Puan Sandra kepada anaknya. Naik hairan dia apabila melihat Ariana duduk termenung dari tadi.

Ariana yang baru tersedar dari lamunan segera menyambung semula kerjanya yang tergendala tadi. Mujurlah ibunya datang menegur dirinya. Jika tidak, entah bila bawang di tangannya itu akan dipotong olehnya.

"Ya ibu. Dah nak siap ni." balas Ariana tergopoh-gapah. Dia tersengih kerang. Tangannya laju memotong nipis bawang tersebut dengan berhati-hati.

Puan Sandra mengangguk tanda faham. Walaupun dia berasa curiga dengan tindakan anaknya, dia sekadar membuat tidak endah sahaja. Mungkin tiada apa pun sebenarnya.

Sebaik memastikan ibunya sudah tiada di situ, Ariana melepaskan nafas lega. Bahan-bahan kering yang sudah selesai dipotong olehnya diletakkan ke dalam sebuah mangkuk.

Dia bingkas berdiri mahu menyerahkan mangkuk tersebut kepada ibunya. Namun sebuah figura terlebih dahulu menghalang laluannya. Ariana sudah mula mempamerkan riak muka menyampah.

Tak lain dan bukan daripada suaminya, Adi Ashraf mahu menganggunya buat sekian kalinya sejak dari semalam. Dia terfikir juga sejak bila suaminya suka menganggu dirinya pun dia tak pasti.

Tetapi boleh dikatakan sepanjang percutian mereka ini dia mula perasan sikap suaminya mula berubah. Sikap suaminya tidak lagi dingin seperti dahulu. Atau itu hanya perasaannya sahaja?

"Ash, tepi lah. Aku nak tolong ibu masak ni. Kau nak breakfast ke tak nak?" ucap Ariana sambil mendongak agar menyamai ketinggian mereka berdua.

Dia bukan rendah atau pendek cuma suami dia yang tinggi sangat. Okay?

"Tapi ibu suruh abang tolong Riana masak." ucap Adi Ashraf dengan nada yang lembut. Bibirnya sudah mengukir senyuman apabila melihat wajah isterinya yang mula memerah.

Ariana Atilia memincingkan mata ke arah suaminya apabila mendapati tekaannya sebentar tadi benar belaka. Sudah semestinya suaminya itu akan mengenakan dirinya kembali menggunakan panggilan abang tersebut sekali lagi.

"Kau saja je kan? Daripada orang tu, sampai tersedak minum air bila orang panggil dia abang. Huh." bidas Ariana kembali dengan senyuman mengejek. Dia mengorak langkah melepasi suaminya. Sempat juga dilagakan bahu mereka berdua.

Adi Ashraf meraup muka apabila kejadian semalam kembali di fikiran. Siapa sangka isterinya akan mengejutkan dirinya sebegitu sekali dengan hanya sebuah nama panggilan?

Dia mengeleng kepala apabila merasakan dirinya terlalu berlebih-lebihan. Belum tambah lagi dengan semua usikan yang dia lakukan terhadap isterinya sejak baru-baru ini.

Entah mengapa, dia berasa lebih selesa bersama isterinya sekarang. Hanya dengan melihat senyuman dari isterinya sudah cukup membuatkan hatinya terasa bahagia.

Kakinya mengorak langkah untuk menemui isterinya yang sedang sibuk memasak. Wajah Ariana yang sedang fokus terhadap masakannya menarik perhatian Adi Ashraf.

"Ash, sini kejap." panggil Ariana apabila menyedari pandangan daripada suaminya itu. Tanpa berlengah, dia telah pun berjalan mendekati isterinya.

Ariana segera mengambil sesudu nasi goreng yang dimasaknya olehnya lalu ditiup perlahan. Adi hanya memerhatikan tindakan isterinya tanpa berkata apa-apa.

"Rasalah. Sedap tak?" tanya Ariana teruja. Dia menyuakan sesudu nasi goreng ke dalam mulut suaminya. Nyaris nak tercekik Adi dibuatnya.

Lantas, makanan tersebut dikunyah perlahan. Ariana menunggu dengan penuh sabar. Mahu mendengar pujian yang bakal meniti di bibir suaminya.

"Sedapnya..."

Bibir Ariana sudah mengukir senyuman lebar. Rambutnya dikibas ke belakang dengan penuh bongkak. Belum sempat dia memuji dirinya, kata-kata suaminya seterusnya mematikan senyumannya serta merta.

"Ibu yang masak kan?"

Ariana memandang wajah suaminya dengan riak muka tak puas hati. Lengan bajunya disinsingkan hingga ke siku. Sampai hati suami dia kata ibu dia yang masak?

Dah buta ke apa mata suami dia. Sampai tak nampak yang dia yang bertungkus lumus untuk masak nasi goreng tu sebagai sarapan mereka semua?

"Ash..." panggil Ariana dengan nada yang menakutkan. Adi Ashraf mengangkat kedua-dua belah tangan ke udara tanda tak bersalah.

"Lia, dah siap masak ke belum? Nak ibu tolong ke?" sampuk Puan Sandra yang baru tiba di dapur. Dia melihat anak dan menantunya silih berganti.

"Dah siap ibu. Tinggal nak hidang je ni. Ibu dengan abah tunggu kejap ye. Ash ni hah mengada nak rasa dulu." balas Ariana sambil menyiku lengan Adi Ashraf untuk berlakon sama. Dia tersenyum simpul.

Adi Ashraf mengangguk tanda mengiyakan. Turut berlakon sama seperti yang dikehendaki isterinya.

"Ha tak apalah kalau macam tu tapi cepat sikit. Kesian Tok Wan dengan abah." balas Puan Sandra lembut. Dia mengerling sekilas nasi goreng yang dimasak oleh anaknya sebelum beredar pergi.

Ariana melepaskan nafas lega. Satu jelingan maut diberikan kepada suaminya. Tangannya pantas menyalin nasi goreng tersebut ke dalam pinggan untuk dihidang.

"Tolonglah, jangan tengok je." perli Ariana apabila melihat suaminya sekadar menjadi patung cendana. Rambut panjangnya mula menganggu penglihatannya apabila angin kuat menerpa.

Adi Ashraf yang melihat keadaan tersebut mengalihkan rambut isterinya yang sudah menutup separuh wajah gadis itu. Dia mengusap lembut kepala isterinya. Dahi isterinya dicium sekilas.

"Tak elok marah-marah nanti cepat tua." pesan Adi Ashraf sebelum mengambil sepinggan nasi goreng dari tangan isterinya. Meninggalkan Ariana yang kaku dengan tindakan suaminya itu.

Tanpa dia sedari, dia memegang kepalanya yang diusap oleh Adi Ashraf sebentar tadi. Sebelah tangannya lagi diletakkan di dadanya cuba merasakan degupan jantungnya yang tak normal.

Perasaan apakah ini?

? ???? ?•? ? ?•? ???? ?

Sebaik mereka berdua bersarapan, Adi Ashraf segera kembali ke bilik tidur mereka untuk menukar pakaian. Tak sabar untuk keluar berjalan-jalan keliling kampung.

Dia menilik sebentar dirinya di hadapan cermin buat kali terakhir. Kelibat isterinya yang tidak kelihatan selepas bersarapan tadi membuatkan dia tertanya-tanya.

"Mana pulak dia ni?" monolog Adi Ashraf sendiri. Pandangan matanya jatuh pada sebuah bingkai gambar yang terletak di atas meja solek di bilik tersebut.

Kelihatan gambar isterinya bersama seorang lelaki. Kemungkinan umur lelaki itu dalam lingkungan 20-an. Kedudukan mereka berdua di dalam gambar tersebut terlalu dekat membuatkan Adi Ashraf tak senang hati.

Tangannya pantas mengambil gambar tersebut untuk dilihat dengan lebih teliti. Cuba memastikan jika dirinya mengenali lelaki yang terdapat dalam gambar tersebut. Dia mula membuat anggapan sendiri.

Adakah ini rahsia yang dirahsiakan oleh Ariana daripada pengetahuannya sebelum ini? Rahsia yang Haris Irfan pernah memaklumkan dirinya bahwa Ariana tak bersedia lagi untuk berkongsi rahsia tersebut dengannya?

Bunyi tombol pintu bilik mereka yang dibuka dari luar menarik perhatian Adi Ashraf. Dia segera meletakkan kembali bingkai gambar tersebut pada tempatnya semula.

Pintu bilik dibuka menampakkan Ariana Atilia di belakang pintu. Dia cuba berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Kau kenapa, tengok aku macam nampak hantu, Ash?" soal Ariana pelik. Dia menutup kembali pintu bilik tersebut lalu melabuhkan punggung di birai katil.

"Kau pergi mana tadi?" soal Adi Ashraf tanpa menjawab soalan isterinya. Dia cuba berlagak biasa. Ariana menghempaskan badan di atas katil yang empuk itu.

"Tolong ibu dengan Tok Wan dekat dapur. Kenapa?" balas Ariana sambil menoleh kepala ke arah suaminya. Kedua-dua belah tangannya disilangkan dibelakang kepala. Dia langsung tak mengesyaki apa-apa.

"Bangunlah. Kau kata nak bawa aku jalan-jalan kampung hari ni." arah Adi Ashraf sambil menyilangkan tangan ke dada. Gambar lelaki bersama isterinya tadi membuatkan dia berasa panas hati. Tak sanggup melihat isterinya bersama lelaki lain selain dirinya.

"Ha? Oh." ringkas Ariana membalas apabila teringatkan kata-katanya semalam. Dia menilik suaminya yang sudah lengkap berpakaian untuk keluar. Namun sesuatu membuatkan dia berasa hairan.

"Sejak bila kau ada hoodie?" soal Ariana bersama dahi yang berkerut. Matanya melihat hoodie berwarna kelabu yang dipakai oleh suaminya. Mengingatkan dia kepada seseorang.

"Dah lama aku ada. Cuma baru sekarang rasa nak pakai. Kenapa?" balas Adi Ashraf ingin tahu. Adakah hoodie yang dipakainya hari ini ada kena mengena dengan lelaki misteri yang bersama isterinya?

"Tak ada apalah. Aku nak siap kejap." balas Ariana ringkas. Mungkin kebetulan sahaja. Adi Ashraf hanya mendiamkan diri apabila mendengar jawapan daripada isterinya.

Dia mengharapkan jawapan yang lain yang mungkin akan menjawab segala persoalannya tadi tetapi mungkin isterinya memerlukan masa lebih lagi. Nampaknya dia perlu bersabar lebih lama lagi.

"Ok, jom!" sorak Ariana yang sudah siap berpakaian. Tetapi dihiraukan oleh Adi Ashraf. Dia mula perasan seperti ada sesuatu yang menganggu suaminya.

"Ash?" panggil Ariana risau. Dia memegang lengan suaminya cuba menarik perhatian lelaki itu.

"Ya. Oh. Sorry. Jom." balas Adi Ashraf sedikit menyesal kerana terlalu leka dengan perasaannya. Dia menarik tangan Ariana. Mereka berjalan beriringan.

"Ash, kita tak naik kereta tau. Jalan kaki. Baru best hirup udara segar pagi-pagi ni." ucap Ariana cuba menceriakan suasana.

Adi Ashraf mengangguk tanda faham. Mereka berdua meminta diri daripada Puan Sandra dan Encik Johan untuk keluar sebentar. Tok Wan pula mengiringi mereka keluar rumah.

"Jangan balik lewat sangat ya Lia, Adi." pesan Tok Wan sambil melemparkan senyuman. Mereka berdua mengangguk tanda faham sebelum bersalaman.

Angin pagi meniup lembut ke arah mereka berdua. Tumbuhan yang menghijau mencantikkan pemandangan. Ariana mencuri pandang ke arah suaminya.

Tangan mereka yang sesekali bersentuhan membuatkan hatinya terasa sesuatu. Sesuatu yang sama dirasakan semasa suaminya mengusap kepalanya pada pagi tadi.

"Ash, kau okay? Aku ada buat salah apa-apa ke?" tanya Ariana lembut. Perlahan-perlahan, dia menyatukan tangan mereka berdua. Ibu jarinya mengusap lembut belakang tangan milik suaminya seakan cuba memberikan ketenangan melalui tindakan tersebut.

Adi Ashraf menoleh ke arah isterinya. Jelas terpamer kerisauan di wajah isterinya itu membuatkan dia serba salah. Dia langsung tak ada niat untuk membuatkan Ariana risau.

"Aku okay. Sorry buat kau risau." balas Adi Ashraf perlahan. Dia mengukir senyuman. Pegangan isterinya dikemaskan.

"Tapi aku ada soalan nak tanya kau." sambung Adi Ashraf lagi. Ariana mengangguk tanda membenarkan.

"Masa Tok Wan tanya kau panggil apa aku semalam, kenapa kau pilih abang jugak? Tak ada nama lain ke? Ada nampak macam aku abang kau ke?" soal Adi Ashraf ingin tahu. Sengaja dia memilih soalan tersebut untuk mengalihkan perhatiannya daripada terus memikirkan siapa lelaki yang bersama isterinya.

Ariana melepaskan tawa halus sebaik mendengar soalan daripada suaminya. Tawanya sahaja mampu membuatkan Adi Ashraf tersenyum.

"Ash! Dah tu takkan aku nak panggil kau hubby pulak depan Tok Wan? Ewww!" ucap Ariana Atilia bersama sisa tawa. Dia cuba membayangkan perkara itu berlaku.

Adi Ashraf hanya tersenyum sambil mengangkat bahu tanda tidak terganggu sedikit sekiranya perkara itu benar-benar berlaku semalam. Hubby? Not bad.

"Ala sebenarnya kau suka kan aku panggil kau abang. Elelelelele... Tak nak mengaku." usik Ariana Atilia sambil menudingkan jari ke arah suaminya. Dia sudah tersenyum mengejek.

Adi Ashraf sekadar buat tak tahu dengan usikan isterinya. Dia menghirup udara segar sambil menikmati pemandangan sekeliling. Sukar untuk dia menemui ketenangan seperti ini di bandar.

"Abang... Oh abang..." panggil Ariana dengan nada yang lembut. Adi Ashraf terdiam. Telinganya yang mula memerah membuatkan Ariana semakin teruja.

"Riana, stop." ucap Adi Ashraf yang berbentuk arahan. Namun tak dihiraukan oleh isterinya. Gadis itu semakin suka apabila melihat keadaan Adi Ashraf yang sedang menahan malu itu. Jarang sekali dia melihat keadaan suaminya sebegitu.

Tiba-tiba, Adi Ashraf menghentikan langkah. Pinggangnya ditarik ke dalam pelukan suaminya membuatkan dia menghentikan tindakannya sebentar tadi. Air liurnya ditelan apabila melihat senyuman nakal terbit di bibir suaminya.

Tanpa amaran, wajahnya mereka didekatkan. Wangian yang dipakai oleh Adi Ashraf menusuk ke dalam hidung milik Ariana Atilia. Lalu, Adi Ashraf menoleh sedikit kepalanya untuk membisikkan sesuatu di telinga isterinya.

"Ya sayang. Kenapa panggil abang?"

? ???? ?•? ? ?•? ???? ?

"Riana..." panggil Adi Ashraf. Ariana menoleh ke arah suaminya. Dia sedaya upaya cuba melupakan nama panggilan yang digunakan oleh suaminya tadi. Dia tahu itu sekadar usikan sahaja. Namun mampu mengetarkan hatinya sehingga sekarang.

"Hmmm." ringkas Ariana membalas. Dia cuba kembali fokus. Tangan mereka berdua yang masih berpegangan langsung tidak membantu dalam keadaan dia sekarang.

Fokus Riana! Fokus!

Adi Ashraf menarik nafas panjang. Dia berkira-kira untuk bertanyakan perkara tersebut. Tetapi kerana perasaan ingin tahu sudah mula menguasai diri membuatkan dia untuk memutuskan untuk berterus-terang sahaja.

"Erm... Siapa lelaki yang ada dengan kau dalam gambar dekat bilik kita?" soal Adi Ashraf berhati-hati. Dia cuba membaca riak muka isterinya. Tetapi tidak berjaya.

"Oh. Itu Naufal." balas Ariana tak lama kemudian. Dia mengukir senyuman nipis apabila memikirkan sebaris nama itu. Namun jawapannya langsung tidak menyenangkan hati Adi Ashraf. Naufal?

"Dia abang angkat aku, Ash. Dia jugak anak lelaki Tok Wan." tambah Ariana lagi apabila melihat riak muka Adi Ashraf yang masam sebentar tadi. Tetapi kini telah berubah menjadi seperti biasa. Ariana cuba menahan tawa.

"Oh no. Ash jangan kata kau jealous. Jangan kata disebabkan itu juga mood kau tak baik." ucap Ariana tanda tak percaya. Dia menahan daripada mengukir senyuman lebar.

Suami dia jealous!

"Mana ada. Kau ni merepeklah." balas Adi Ashraf tidak yakin dengan jawapannya sendiri.  Dia teringat kata-kata Alif dahulu bahawa isterinya memang mempunyai seorang abang.

"Mana dia sekarang?" soal Adi Ashraf lagi cuba mengubah topik. Tak mahu meneruskan topik tentang dia cemburu ke apa. Kerana dia sendiri tak pasti.

"Oh, Naufal duduk jauh dari sini. Kenapa kau nak jumpa dia ke?" soal Ariana perlahan apabila teringatkan tentang Naufal. Memandangkan dia juga sudah lama tak melawat abangnya itu.

Adi Ashraf mengangguk sebagai balasan. Mahu lebih mengenali tentang lelaki yang bernama Naufal ini yang juga merupakan abang ipar kepadanya. Ariana mengangguk tanda bersetuju.

Namun itu membuatkan Adi Ashraf tertanya-tanya. Kalau Naufal jauh, macam mana mereka nak berjumpa? Jauh mana sebenarnya Naufal tinggal? Mereka perlu keluar dari Langkawi atau bagaimana? Belum sempat dia bertanyakan sesuatu, sebiji bola terkena kaki Ariana.

Ariana terjerit kecil kerana terkejut. Adi Ashraf sudah mencangkung untuk memastikan kaki isterinya tidak cedera. Tak lama kemudian, dua orang budak lelaki datang ke arah mereka berdua.

"Sorry akak. Kami tak sengaja. Akak okay?" soal salah seorang budak lelaki itu bersuara. Ariana hanya mengangguk tanda tidak apa-apa. Namun tidak pula bagi Adi Ashraf.

"Lain kali hati-hati bila main bola. Nasib baik isteri abang okay. Kalau tak, macam mana? Reti ke tak main bola ni sebenarnya?" bebel Adi Ashraf.

"Alah abang ni. Akak ni tak bising pun. Abang yang melebih." rungut seorang lagi budak lelaki. Ariana sudah menghamburkan tawa.

"Haih budak ni." keluh Adi Ashraf. Dia menjeling isterinya disebelah kerana seronok mentertawakannya.

"Apa kata abang join kami main? Boleh ajar kami main bola dengan betul." cadang budak lelaki itu pula. Rakannya mengangguk bersetuju.

"Ash, pergi lah. Aku okay." pujuk Ariana pula. Adi Ashraf menghela nafas berat. Akhirnya dia bersetuju juga. Cuaca yang mula terik membuatkan Adi Ashraf mula berpeluh.

Hoodie yang dipakai dibuka sebelum diberikan kepada isterinya. Meninggalkan baju t-shirt yang berlengan pendek yang dipakai di dalam.
Ariana mengambil huluran suaminya. Mereka berbalas senyuman.

"Pergi cepat, jangan lama-lama. Aku tinggal kau nanti." ugut Ariana cuba mengusik. Hoodie suaminya sudah dilipat.

"Don't you dare." balas Adi Ashraf sebelum beredar pergi. Bibirnya mengukir senyuman nipis.

Ariana mengusap lembut hoodie suaminya. Lalu, dibawa ke dalam pelukan. Bau wangian suaminya sudah cukup untuk membuatkan dia terasa selamat.

"Finally, Lia happy abang Naufal."

? ???? ?•? ? ?•? ???? ?

Adi Ashraf benar-benar gembira selepas meluangkan masa bersama isterinya pada hari ini. Terasa lega dirinya apabila mengetahui bahawa lelaki yang berada di dalam gambar tersebut adalah hanya abang iparnya.

Sekali lagi, dia mengambil gambar itu semula untuk dilihat. Pakaian mereka berdua yang sedondon di dalam gambar tersebut seolah mengambarkkan mereka berdua ialah pasangan dan bukannya adik beradik.

Namun diendahkan sepenuhnya oleh Adi Ashraf. Semakin lama dia melihat gambar Naufal, dia mula teringat sesuatu. Mengingatkan kepada sekeping gambar yang ditemui selepas kejadian seseorang yang mendekati isterinya beberapa bulan yang lalu.

Untuk memastikan perkara tersebut, dia menangkap gambar Naufal untuk diberikan kepada Alif untuk siasatan lanjut. Berkemungkinan akan membantu untuk mencari dalang yang menganggu perkahwinannya dan Ariana.

Tetapi...

Bagaimana kalau Naufal disebalik semua ini?

Huwaaa late update ??
Maafkan author ????
Next update on Friday and weekends ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience