BAB 8 : Wanita itulah istimewanya.

Short Story Series 5979

Nuh mencuit bahu Arman ketika mereka berdua sampai dirumah. Maryam terus masuk ke dalam rumah.

"Kenapa tuan?"soal Arman.

"Aku tak faham dengan Maryam tu. Tadi bukan main seronok bila dapat tahu dia mengandung anak kembar. Ini tak ada ribut taufan apa semua.. tiba-tiba tsunami." Luah Nuh pada Arman yang setia bersamanya. Arman tersenyum mendengar aduan Nuh. "Yang kau senyum-senyum tu dah kenapa?"

"Bukan apa tuan. Tuan kena faham.. Puan Maryam tengah mengandung, perempuan mengandung ni emosi dia lain macam sikit. Tuan kena banyam bersabar. Lagi satu, saya rasa Puan Maryam mungkin marahkan sesuatu pada tuan, tapi dia tak luahkan. Cuba bawa berbincang.." Arman memberikan pandangan. Nuh hanya diam.

"Dia marahkan aku? tapi pasal apa?" Soal Nuh keliru. Nuh menggaru kening tebalnya.

"Tuan, saya nak tanya tuan. Kalau tuan nampak Puan Maryam bermesra dengan lelaki lain, tuan marah?" Soal Arman tiba-tiba.

"Mestilah aku marah.."

"Mungkin Puan Maryam marah tuan juga kerana tuan bercumbuan dengan Puan Haida?"Tebak Arman.

"Tak mungkin dia cemburu. Dia bukan cintakan aku."

"Kalau tuan boleh marah jika Puan Maryam bermesra dengan lelaki lain. Kenapa Puan Maryam tak boleh merasakan perasaan marah tanpa cinta juga, bukan?" Arman memberikan soalan cepumas pada Nuh. Nuh melepaskan keluhan berat.

*******************************

Sudah seminggu sikap isterinya hanya diam dan terus diam. Nuh memang tidak betah sepanjang masa hanya melihat wajah Maryam tapi tiada perbualan antara mereka.

Nuh mengajak Maryam berbual di luar rumah.

"Awak nak cakap apa?"soal Maryam serius.

"Saya nak mintak maaf kalau saya ada buat awak terasa hati. Jika pasal hubungan saya dan Haida yang awak marahkan, itu semua hanya salah faham. Saya tak perlukan dia lagi." Jelas Nuh tanpa pernah Maryam persoalkan walau sekalipun.

Kebisuan Maryam membuatkan Nuh betul-betul buntu. Dia bukan saja risaukan Maryam tapi juga pada kandungan Maryam. Jika Maryam sunyi dan tertekan, bayi didalam perut Maryam juga akan terkena tempiasnya.

"Okay lah.. saya akan ikut apa saja permintaan awak. Asalkan awak senyum dan jaga kesihatan awak. Please Maryam...." pujuk Nuh pada Maryam. Nuh melutut di depan Maryam. Maryam tersentak sebenarnya tapi memandangkan egonya tercalar apabila melihat suami sendiri mencumbui perempuan lain dihadapannya tempoh hari.

"Baik.. saya akan minta sesuatu dari awak. Tapi waktu sekarang saya tak tahu nak mintak apa. Jadi saya simpan dulu. Lagi satu, please stop call me mama.. saya Ibu, bukan mama." Luah Maryam pada Nuh. Nuh tersenyum dan terus mengenggam jari-jemari Maryam dan dibawa kebibirnya. Di kucup berulang kali. "Dah lah.. stop." Maryam cuba menarik jarinya tapi semakin kuat pula Nuh menggenggam jarinya.

*******************************

Maryam melihat Nuh sedang bersusah payah di dapur. Itu semua adalah arahannya kerana Maryam tidak larat untuk masak pada harini. Kandungannya pula sudah masuk bulan yang ketujuh. Walaupun baru tujuh bulan tapi perutnya seakan sudah sarat.

"Boleh ke?"soal Maryam pada Nuh apabila melihat wajah Nuh berkerut ketika memotong bawang merah. Kelakar Maryam melihat Nuh mengalirkan airmata.

"Boleh.. tapi bawang ni pedih sangat." Luah Nuh. Maryam mendekati Nuh dan menyapu lembut pipi Nuh. Di kesat air mata yang mengalir dipipi suaminya.

"Bak lah sini saya buat." Maryam mengambil pisau yang lain di laci dan mengambil 2 biji bawang besarvyang masih belum dikupas itu.

"Sorry Ibu.... papa kena banyak belajar lagi." Ujar Nuh manja pada Maryam. Maryam hanya membuat muka toya.

*******************************

Maryam dan Nuh sama-sama menghidangkan makanan diatas meja. Menu makan malam mereka harini adalah daging hiris masak asam pedas.

Nuh tidak sabar untuk merasa masakannya. Pertama kali dia memasak dan tidak sangka menjadi. Ini semua berkat usaha Maryam yang sabar untuk tunjuk ajar.

"Okay tak ibu, sedap tak?" Soal Nuh pada Maryam. Maryam terus merasa dan seraya tersenyum.

"Sedap.. boleh order lagi." Puji Maryam pada masakan pertama suaminya.

"Yeahhh....alhamdulillah."Nuh bersorak gembira. Giliran Nuh pula merasa masakan sendiri. Banyak Nuh makan malam itu. Tapi tidak Maryam.

"Kenapa ibu tak tambah? Kata sedap." Soal Nuh pada isterinya yang sedang meneguk air masak.

"Saya tak tahan pedas sejak akhir-akhir ni. Nak buang air besar sakit." Maryam memberikan penjelasan. Tiada apa yang perlu disembunyikan jika berkaitan dengan kesihatannya.

"Sorry Ibu, sebab masak pedas. Esok kita masak menu lain." Ujar Nuh sayu. Tiba-tiba Nuh memijak kedua-dua kaki Maryam. Maryam memandang mata Nuh, tapi riak wajah Nuh seperti tidak berlaku apa-apa. Maryam merasakan waktu ini adalah waktu yang sangat romantis.

*******************************

Setelah siap mengurut kaki Maryam, Nuh menyelimuti tubuh Maryam. Maryam memegang tangan Nuh, secara langsung menghalang Nuh bangun dari birai katil.

"Kenapa? Sakit perut?"soal Nuh prihatin.

"Teman saya.." Luah Maryam pendek. Nuh sembunyikan senyuman bahagianya. Sudah beberapa bula tidurnya tanpa teman.

Nuh terus merebahkan tubuhnya di sebelah Maryam. Tanpa disangka Maryam terus merangkul tubuhnya.

Maryam mendakap suaminya erat. Tak apalah walaupun awak tak mencintai saya. Waktu yang ada sekarang, saya nak manfaatkan betul-betul. Saya sangat cintakan awak Nuh. I love you.. luah hati Maryam pada Nuh. Saya akan setia mencintai awak walaupun rahsia.

*******************************

Haida datang kerumah Nuh. Dia melihat perempuan yang sudah bergelar isteri kepada bekas suaminya itu sedang menyiram pokok bunga.

Tidak dinafikan oleh Haida. Dengan sarat mengandungpun, wajah Maryam tetap cantik dan berseri. Tidak peliklah dia melihat perubahan sikap Nuh padanya sudah berubah.

Dulu bukan main setia Nuh padanya. Walaupun berulang kali dia kantoi punyai kekasih lain, tetap sabar Nuh melayan dirinya. Melainkan ketika dia ditangkap basah terus Nuh ceraikan dia dengan talak satu. Selepas bercerai baru Haida sedar bahawa dia juga mencintai Nuh tapi matanya dikaburkan dengan keindahan dunia. Semuanya sudah terlewat.

*******************************

"Apa awak nak?"soal Maryam pada bekas isteri suaminya.

"Saya mahu tanya khabar. Mesti awak bahagia sekarang. Nuh itu pandai melayan isteri. Dia sangat perkasa, untung awak Maryam." Luah Haida tanpa malu. Segan Maryam mendengar setiap ayat yang keluar dari perempuan seksi dihadapannya ini.

"Saya sihat.. please, just straight to the point. What do yo want?"soal Maryam tegas.

"Saya nak Nuh semula. Saya dan dia saling mencintai tapi disebabkan dia masih ada awak, dia tolak permintaan saya untun rujuk semula." Luahan Haida itu membuatkan Maryam hilang kosa kata. Maksud Haida dialah punca hubungan cinta mereka terhalang.

*******************************

Hari berganti hari. Setiap hari juga layanan yang diterima oleh Nuh daripada Maryam seakan hambar. Satu patah ditanya sepatah dijawab. Tiada lagi senyuman dari bibir merah bak delima itu. Walaupun Maryam memang jarang tersenyum tapi apabila diminta senyum selalu Maryam akan menurut tapi tidak sekarang.

Buntu Nuh memikirkan sikap Maryam.

Ketika membeli keperluan bayi yang akan lahir lagi beberapa minggu pun seakan tidak gembira wajah Maryam.

*******************************
Maryam mengusap perutnya yang sudah semakin sarat. Lagi 3 minggu lahirlah bayi kembar yang dikandunginya.

Keluarga Nuh sudah pulang semula ke rumah ini. Terpaksa Maryam kembali semula ke bilik Nuh. Bersusah payah dia cuba untuk menjarakkan hubungannya dengan Nuh, sekalinya masih tidak dapat dipisahkan. Maryam takut jika hati dan perasaannya tidak boleh berpisah langsung dengan Nuh. Sedangkan lambat laun pasti Nuh akan meningalkannya dan rujuk semula dengan Haida.

Adakah aku akan dimadukan? aku lebih rela diceraikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience