Bab 7

Romance Series 33083

BERTEMANKAN bulan mengambang Damien menanti di anak tangga paling bawah dengan perasaan yang gemuruh. Sepuluh minit terasa bagai sepuluh jam.

“Kenapa lambat sangat ni? Dia datang ke tak ni?” Damien soal jambangan bunga di tangan.

Sebagai orang kepercayaan Tan Sri Arjuna, memang sudah menjadi tugas utama Tuan Damien menjadi proxy bagi lelaki itu. Lebih-lebih lagi di saat tan sri sibuk dengan urusan pernikahannya. Dan kerana itu juga atas tiket kerja, Damien memaksa Camie menjadi temannya malam ini. Sedikit helah tidak memudaratkan, bukan?

“Is it for me? Susah-susah aje. You shouldn’t have...” Teja ambil jambangan bunga di tangan Damien dan memeluknya kejap.

“Actually...” Damien kemam bibir, tak sampai hati pula merampas semula jambangan bunga bilamana Teja bersungguh mencium setiap sekuntum bunga di jambangan itu.

“Bunga Camelia? Kenapa bukan ros?” Suara Teja manjakan dengan tubuh yang sengaja terliuk lentuk.

“Actually... Bunga tu...” Bicara Damien sekali lagi dimatikan oleh Teja.

“I dah putus dengan Megat.”

Tengadah. Tidak menyangka perihal itu yang akan Teja bangkitkan. “Oh... Sorry to hear that... I tak tahu pula.” Suara celah gigi.

“So? Can I be your plus one?” Teja lurutkan jemari di lengan Damien membuat putaran dengan mata terkerdip-kerdip. Manja sekali!

Damien garu kepala. Masalah! Masalah!

“Gurau ajelah... I dah ada partner... Enjoy your night.” Teja berlalu bersama jambangan bunga di tangan. Sedang Damien hanya memandang tanpa menghalang.

‘Tak apa, bunga boleh beli lain...’

“Tuan...”

Pasti itu suara Camie. Damien berpaling.

“Err...” Suara Damien antara dengar dan tidak. Penampilan Camie malam ini benar-benar membuatkan dia terpegun. Cantik bergaun potongan duyung dengan solekan natural. Semua usahanya untuk memastikan malam ini istimewa terasa berbaloi, jika inilah hasilnya.

“Itu... Teja, kan?”

Semua soalan Camie berlalu bak angin. Otak langsung tidak mampu memproses apa-apa buat masa ini.

“Tuan?” Camie seru sekali lagi nama Damien. Tetap tiada respon daripada lelaki itu membuatkan Camie pula berpaling. Mungkin dia tersalah majlis, atau mungkin Tuan Damien yang tersilap menjemput.

“Kau lambat!” potong Damien saat Camie baru mula melangkah membuatkan langkahnya canggung dan hampir tersadung. Dan seperti babak klise yang lainnya Damien hulurkan tangan menjadi penyelamat.

“Maaf...” ujar Camie canggung bilamana mata helang Damien masih merenung ke wajahnya. Bagai ada sesuatu yang mahu disampaikan tetapi tidak terluah.

“Kau lambat dan kau tak mengikut tema majlis.” Serius wajah Damien menakutkan Camie.

“Kalau macam tu saya balik ajelah ya? Majlis ni macam penting aje. Nanti saya malukan tuan pulak.”

“Siapa izinkan kau balik? Kau dah berdiri depan aku, kau ingat senang-senang aku nak lepaskan kau?”

“Tapi, tadi tuan cakap...”

“Pusing.” arah Damien. Patuh, Camie putar tubuh ke depan.

“Pejam mata.” Lagi arahan dari Damien sembari menyeluk poket dalam tuxedo. Sehelai topeng mata selamat diikat kemas ke wajah Camelia. Kini, hanya bibir dan hidung si gadis sahaja yang kelihatan mewujudkan satu perasaan ingin tahu yang tinggi lantas semakin mengocak emosi Damien. Andai boleh di undur masa, ingin sahaja dia batalkan semua ini tetapi melihatkan Camie yang anggun di depannya dia tahu sudah terlambat untuk undurkan diri. Camie harus menjadi miliknya dan dia akan memastikan jawapan yes, I do itu terzahir dari bibir Camelia malam ini juga tanpa sebarang paksaan.

“Black tie masquerade party...” terang Damien sebelum sempat Camie bertanya. Lantas, sehelai lagi topeng lain yang sepadan dengan topeng Camie tadi dipasangkan pula ke wajahnya. Melengkapkan gaya mereka sebagai pasangan yang sedondon. Halus helah yang Damien mainkan.

KEESOKANNYA

SUARA esak tangis si dia mengejutkan lena Damien tetapi untuk merespon dia masih tidak bisa. Hanya telinganya sahaja yang berfungsi tetapi tidak lidahnya. Sepatah kata pun Damien tidak mampu tuturkan. Lidahnya benar-benar kelu.

Dia mahu bangun, menjelaskan dan menenangkan si dia, tetapi semua fungsi tubuh seakan lumpuh. Tiada apa yang mampu dia lakukan. Tubuhnya terkunci.

Bangun dengan pakaian yang sudah berganti di sebelah lelaki asing. Camie ketandusan idea. Kepala yang sakit menyukarkan lagi semuanya. Gagal. Otaknya gagal memproses apa yang telah terjadi. Perkara terakhir yang dia ingat adalah berada di majlis masquarade, menemani Tuan Damien.

Teringatkan itu Camie panjangkan kepala menjengah seseorang yang nyenyak di sebelahnya. Bulu halus di rahang lelaki itu menguatkan firasat Camie, haruman lelaki itu yang masih kuat melekat juga mengiakannya tetapi Camie takut untuk mengakui semua itu.

Bagai mengerti gejolak di hati Camie. Tuan Damien ubah posisi tidur. Terlentang. Menyerlahkan seluruh wajah kacaknya pada pandangan mata Camie.

“Tuan...”

“Sepuluh minit. Bagi aku sepuluh minit. Aku penat, Camie. Bagi aku tidur dulu... Kau pun patut tidur. Awal lagi ni.” Dengan mata yang terpejam Tuan Damien melontarkan cadangan. Wajah itu memang nampak tak terurus di mata Camie. Tetapi bukan itu yang menjadi persoalannya. Soalnya sekarang, apa yang Tuan Damien penatkan? Apakah yang telah terjadi sebenarnya? Dia mahukan jawapan tetapi hendak terus mendesak dia sendiri tidak betah. Simpatinya tumpah saat menatap wajah kepenatan Tuan Damien.

Akhirnya, Camie ambil langkah mudah. Pergi sahaja.

Merasakan ada gegaran di katil, Damien berusaha celikkan mata tetapi dia benar-benar tidak mampu. Tubuhnya tidak mendengar kata. Tubuhnya enggan bekerjasama. Mungkin tenaganya benar-benar telah habis dikerah Camie malam tadi.

“Don’t go...” Kata-kata itu tidak mampu menghentikan langkah Camie. Sebaliknya dia betulkan pula selimut jejaka itu. Melihatkan lelaki itu tidak berpakaian Camie hanya mampu telan liur untuk terus memastikan dia sendiri tidak berani. Biarlah. Dirinya sudah tidak mampu menerima kejutan lain lagi saat ini.

Semua pakaian yang bersepah di lantai dia kutip satu per satu. Tanpa sedar tangan mengepal kuat hujung kemeja putih yang tersarung ditubuhnya saat ini. Bagaimana baju Tuan Damien bisa berakhir ditubuhnya? Dan bagaimana pakaiannya bisa terlerai dari tubuh sendiri?

“Arghhh!” Camie tiada jawapan untuk semua itu.

SEPULUH minit yang dipinta telah lama berlalu. Sinaran terik mentari yang masuk melalui celahan langsir memaksa Damien untuk celik. Pedih. Perit tetapi dia terpaksa gagahkan juga. Celik sahaja mata perkara pertama yang dia periksa adalah ruangan kiri tubuhnya. Di situ dia baringkan Camie malam tadi. Tetapi kini sosok itu tiada lagi. Pakaian yang bersepah di lantai juga sudah dikutip dan elok terhampar di birai katil termasuklah kemeja putih miliknya yang disarungkan ke tubuh wanita itu malam tadi.

Damien cuba mencari di bilik air. Malangnya bilik kecil itu juga tidak berpenghuni. Dia ditinggalkan keseorangan. Gadis itu telah pergi tanpa sempat dia menjelaskan semuanya.

“Arghhh!”

Stereng kereta dikepal kuat, begitu kuat sehingga timbul urat-urat di tangan kekar itu.

Pin!! Pin!!

Bunyi hon kereta dan motosikal bergabung menjadi satu. Damien tidak tahu apa yang terjadi. Fikirannya benar-benar bukan pada pemanduan sendiri apatah lagi jalan raya. Hanya Camie sahaja yang memenuhi otaknya saat ini.

Stereng diputar ke bahu jalan sebelum lebih banyak bencana terjadi. Di situ Damien cuba tenangkan diri sendiri.

“Sepuluh minit. Itu aje yang aku mintak. Susah sangat ke kau nak ikut? Kau dekat mana sekarang? Kita kena jumpa. Kita perlu berbincang...” Tiada salam Damien terus lontarkan kekecewaannya. Camie di hujung talian sana sekadar membisu. Silap sendiri juga kerana menjawab panggilan sedangkan sudah jelas nama pemanggil TD tertera di skrin telefon tadi.

“Camelia! Kau dekat mana? Jangan buat aku risau. Bagi aku lokasi kau.”

Tiada jawapan sebaliknya panggilan Camie matikan.

jeng3.. malam2 yg hening ini tuan damien buat hal plk..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience