7 - Amaran

Romance Completed 45760

Hanis memandang kedua manusia dihadapannya dengan pandangan kosong. Lagi-lagi dia di marah untuk sekian kalinya. Ya, dia terlambat datang lagi dengan alasan yang sama. Terlajak tidur. Hanis okay lagi apabila bosnya itu memarahinya, yang dia tidak puas hati apabila wanita berlagak itu turut masuk campur dalam hal itu. Seronok wanita itu mentertawakannya. Kadang kala ada juga kata sindiran diungkapkan untuk Hanis.

“Hanis, kamu lambat lagi lepas ni, saya tarik kamu keluar dari kaunter dan pergi tempat asal kamu susun barang semula,” bosnya, bernama encik Karim itu memberi amaran.

“Betul tu bos. Ganti ajelah dia dengan adik saya yang susun tepung tu. Biar Hanis pula yang susun tepung. Lagipun, adik saya juga dah lama dekat sini. Rasanya tak salah kalau dia di ajar untuk jaga kaunter,” ujar wanita itu.

“Kalau bos setuju, nanti saya akan ajar dia..” tambahnya lagi. Wanita itu memang dari dulu lagi nak Hanis digantikan posisi sebagai juruwang di kaunter tersebut. Hanis dapat meneka dari perubahan sifat wanita itu selepas dirinya di tarik jaga kaunter.

Yalah, jika dibandingkan dirinya dengan adik wanita itu, Hanis baru saja bekerja setahun lebih berbanding dengan adik wanita itu yang telah bekerja dua tahun di kedai tersebut. Mungkin, disebabkan itu wanita tersebut beria kalau Hanis dikeluarkan dari kaunter tersebut.

“Kan saya dah kata tadi, itu kalau dia datang lambat lagi lepas ni,” balas encik Karim. Wanita yang berdiri di tepi meja membisu seribu bahasa. Hanis tersenyum dengan penuh makna. Tulah, beria lagi!

“Kalau tak ada apa, saya keluar dulu ya. Sekali lagi, saya minta maaf atas kesilapan saya tadi dan sebelumnya,” ujar Hanis setelah keadaan lama membungkam. Reaksi ditunjukkan wanita itu sangat tidak berpuas hati. Hanis hanya melemparkan sebaris senyuman.

“Ingat, jangan lambat lagi lepas ni...” pesan encik Karim sebelum Hanis bergerak keluar.

Hanis menarik nafas sedalam yang mungkin. Dia cuba membetulkan perasaan yang bercampur aduk pagi itu. Dia kembali melepaskan keluhan. Macam mana kalau lepas ni dia terlambat lagi? Dia tidak mungkin pula menolak daripada membantu Atiqah berniaga di pasar malam. Kasihan pula dia. Hanis menggeleng laju menolak tepi daripada memikirkan perkara itu. Pandailah dia atur strategi untuk bangun awal nanti.

Hanis mengorak langkah menuju ke kaunter. Namun, langkahnya terhenti apabila melihat dua manusia masuk ke dalam kedai itu. Degupan jantungnya begitu kencang seperti roda kereta api yang ligat berputar. Dia membuang wajah ke arah lain tatkala kedua pasangan kekasih itu berjalan di sampingnya. Mujurlah, mereka tidak perasan akan dirinya di situ.

Hanis memutuskan untuk tidak masuk ke kaunter saat itu. Biarlah rakannya yang melayani para pelanggan yang ingin membayar, termasuk kedua pasangan tadi. Dia masih belum bersedia untuk berhadapan dengan mereka. Dia khawatir jikalau dirinya masih belum kuat untuk menghadap wajah-wajah itu.

Dia menuju ke rak bahagian sebelah kiri yang menempatkan alat tulis. Disitulah tempat yang dia rasa selamat untuk bersembunyi sementara waktu.

“Kau buat apa dekat sini?” suara itu sedikit mengejutkannya.

Hanis mengurut dada perlahan. “Akak ni, terkejut saya tahu. Tak buat apa. Tadi alat tulis ni berselerak. Jadi, tak salahkan kalau saya kemas? Untuk imej kedai kita juga. Sekejap lagi saya masuk kaunter,” Jelas Hanis kepada wanita yang sedang bercekak pinggang di hadapannya. Dia terpaksa menipu.

Tajam saja mata itu memandang Hanis. Kemudian, dia memandang kiri dan kanan untuk memastikan tiada orang. “Kenapa kau tak tarik je terus dari kedai tu?” tanya wanita itu dengan nada mendatar. Eh, dah kenapa akak ni? Dia pula yang sibuk!

“Akak... kenapa akak nak sangat saya keluar dari kaunter tu? Apa yang best sangat dekat situ? Kerja tu tak rileks tau. Lenguh kaki sebab berdiri. Lainlah kalau susun tepung, dah susun boleh duduk...” Jelas Hanis.

“Dah tu kenapa kau tak tarik diri je?”

“Haih....sebab saya sukalah kira-kira barang,”

Wanita itu tersenyum sinis. “Kau suka atau tidak, aku tak peduli. Aku pastikan bos keluarkan kau dari kaunter! Kau ingat tu,” ujar wanita itu sambil menunjal kepala Hanis. Tanpa rasa bersalah, dia terus sahaja meninggalkan Hanis sendirian di situ.

Hanis hanya menelan pahit kata-kata itu. Tipulah kalau dia tidak marah diperlakukan seperti itu. Namun, dia cuba untuk bertenang sambil membetulkan rambut yang mulai serabai akibat terkena tunjalan wanita itu tadi.

***

Atiqah melepaskan nafas berat sebaik sahaja menerima sebuah pesanan daripada majikannya yang di akui sangat tampan. Malam-malam begitu masih lagi cakap fasal benda yang sama. Dia bukan pelupa. Atiqah merungut kecil. Tidak lama, Hanis datang duduk disampingnya. Muka wanita itu juga masam mencuka. Ini mesti ada benda yang tidak kena.

“Atiqah...” nadanya meleret memanggil nama itu. Kepala di sandar pada bahu Atiqah. Begitulah yang dia lakukan jika ingin meluahkan sesuatu.

“Yes, Princess Hanis? Kau ada benda nak luah ke?” kata Atiqah. Dia sudah fasih dengan gelagat Hanis yang berubah seperti bayi meminta susu. Dia mengusap rambut Hanis beberapa kali.

“Aku rasa nak berhentilah dekat kedai tu...” luahnya. Sakit hatinya masih lagi di bawa-bawa sampai ke rumah.

Atiqah segera memandangnya. “Ha? kenapa pula?” terperanjat juga dengan ayat Hanis tadi. Tiada angin, tiada ribut yang melanda, tiba-tiba nak berhenti.

“Aku malaslah nak kerja dekat situ lagi. Ada je orang toxic yang tak puas hati dengan aku. Kau pun tahu kan?”

“Fasal akak yang berlagak tu lagi? Hish, tak habis-habis dia tu...” bebel Atiqah. Hanis pernah cerita dua kali fasal wanita itu, tetapi Atiqah hanya memberi nasihat agar terus bersabar menghadapinya. Biasalah, hidup tak lengkap kalau tak wujud orang yang jenis tak puas hati.

Hanis mengangguk beberapa kali. “Kalau kau nak tahu, tadi dia tunjal kepala aku. Siap kata, dia takkan biar aku bertahan lama jaga kaunter tu. Dia nak gantikan aku dengan adik dia...aku malaslah....” terkumat-kamit mulutnya berkata. Dalam fikiran, nak saja dia mencekik wanita itu. Nasib tebal lagi tahap kesabarannya.

“What?! Melampaunya...” lagi Atiqah terperanjat mendengar cerita Hanis. Semakin di bagi muka, semakin berani dia memijak. “Habis tu kau kata apa dekat dia?” tanya Atiqah lagi ingin tahu.

“Aku biar jelah. Sebab tu aku nak cari kerja lain. Nanti tak fasal-fasal aku cekik akak tu. Aku malaslah nak gaduh..” ujarnya. Hanis mengeluh berat. Kepala di sandar pada sandaran sofa sambil merenung kipas yang ligat berlari berkejaran pada tempatnya. Sama juga dengan masalah yang sering berlari-lari dalam hidup.

Atiqah hanya membiarkan rakannya itu melayani perasaannya terlebih dahulu. Dia juga simpati dengan nasib Hanis. Timbul rasa tidak faham dengan telatah manusia yang suka tak puas hati dengan orang lain. Apa agaknya orang itu dapat? Puas hati? sudah tentu. Haih, tak faham, tak faham!

*****

Happy reading ><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience