BAB 5 : Aku terima nikahnya....

Short Story Series 5979

Selepas majlis akad nikah selesai. Sanak-saudara Nuh jua sudah beransur pulang. Majlis pernikahan diadakan di rumah agam Datuk Ibrahim ayah kepada Nuh.

Sedang ralit Maryam menanggalkan make up dimukanya dia mendengar pesanan ringkas dia terima. Terbeliak matanya melihat pesanan dari Maybank. Wang sebanyak 200k sudah masuk kedalam akaun banknya. Maryam tersenyum. Alhamdulillah.

Selepas mandi Maryam terus keluar dari bilik air dengan hanya melilit badannya dengan tuala berwarna putih. Maryam masih tidak perasan dengan kehadiran Nuh didalam bilik itu. Maryam membongkok mencari pakaiannya didalam bagasinya. Alangkah terkejutnya dia ketika pinggangnya dicuit dan terus dia berdiri tegak. Tangan Nuh terus melingkar dibelakang tubuh Maryam. Maryam sudah menjangkakan itu adalah Nuh. Nuh yang sedang menuntut tanggungjawabnya.

Nuh memusingkan tubuh Maryam supaya mata mereka bertembung. Nuh menyelak rambut Maryam yang menutup mata. Haruman yang ada pada tubuh Maryam betul-betul menggoda dirinya.

Nuh mendekatkan wajahnya pada wajah Maryam. Ketika bibirnya betul-betul sudah menghampiri bibir Maryam, Maryam terus menutup bibirnya menggunakan tangan kanan Maryam.

"Maaf Tuan... saya tak boleh malam ni. Saya period." Luah Maryam pada Nuh. Tangannya masih menahan bibir Nuh.

"What?" Soal Nuh hampa.

"Saya period. Sorry...."

"Saya tak percaya, awak mesti sengaja mengelak." Tuduh Nuh, dia terus melepaskan rangkulannya pada tubuh Maryam.

"Betul, saya tak tipu.. tuan tunggu sekejap." Ujar Maryam, Maryam terus masuk kebilik air. Dia mengambil tuala wanita yang sudah dibersihkan tadi dan terus ditunjukkan pada Nuh. Nuh faham dengan apa yang ditunjukkan padanya itu. Nuh terus berlalu pergi masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

"Ohhh... selamat..."

****************************************************

Selepas memakai baju Maryam terus membuat panggilan pada Mak Leha.

"Alhamdulillah... esok saya datang ya Mak. Saya nak bawa Nasuha pergi Hospital."

"Baguslah, Nasuha pun sudah banyak kali tanyakan kamu."

"Terima kasih Mak, sebab jagakan Nasuha."

"Sama-sama.."

****************************************************

Selepas Nuh selesai solat isya' terus dia duduk di sofa yang ada dibiliknya itu. Maryam duduk di sofa berkembar 3 itu.

"Ini surat perkahwinan kita..." Nuh menyerahkan kertas A4 putih kepada Maryam.

"Nikah kontrak ke ni?" soal Maryam.

"Mana ada... nikah kontrak mana ada dalam islam. Haram hukumnya." Luah Nuh.

Maryam membaca tiap coretan yang ada pada kertas yang diberikan tadi.

1) Anna Maryam Bt Adam Abdullah harus memberikan anak lelaki pada hubungan ini.

2) Anna Maryam mestilah duduk dirumah Tuan Nuh sepanjang perkahwinan ini sehingga melahirkan zuriat Tuan Nuh.

3) Jika Anna Maryam mengandung, hubungan ranjang sudah tidak diperlukan.

4) Hubungan ini mungkin hanya untuk sementara waktu, jika salah seorang dari Anna Maryam atau Tuan Nuh tidak bahagia dalam perkahwinan ini.

5) Urusan peribadi masing-masing tidak boleh ambil tahu. Kecuali berkaitan yang serius.

Maryam membaca surat itu dengan wajah biasa. Tiada yang terkejut dengan setiap syarat yang ada. Itu semua seperti kerja bukan tanggungjawab. Aku kena bagi dia anak, lepastu aku boleh blah.. Senang dan mudah. Bila difikirkan semula, untuk proses mendatangkan satu nyawa pada rahimnya membuatkan Maryam malu. Belum lagi proses melahirkan, aduh... sakitnya.

****************************************************

Maryam menyikat rambutnya selepas selesai mandi. Nuh masih berada di bawah bersama keluarganya.

Nuh masuk kebilik, dia melihat Maryam sangat cantik pada malam ini. Nuh mendekati Maryam dibelai rembut yang panjang itu. Maryam terdiam.

"Saya baca dekat artikal, perempuan waktu subur dia 15 hari dari waktu dia datang bulan. Saya dah kira, malam ni, esok dan lusa.. adalah hari awak subur." Bisik Nuh pada Maryam.

Maryam terdiam.

"Saya.... tak bersedia." Luah Maryam. Nuh tersenyum manis.

"Saya dah bersedia. Saya tak kira, awak nak atau tak, saya tetap nak." Nuh terus mencempung tubuh Maryam dan terus diletakkan diatas katil.

****************************************************

Maryam berjumpa dengan Lintah darat. Cek sebanyak 90 ribu diserahkan pada ketua lintah darat.

"Maryam, you kasi kurang 10 ribu maaa..." Ujar cina bermata sepet itu.

"Apa pula kurang... you punya balaci cakap, hutang I tinggal 90 ribu. Tiba-tiba jadi 100ribu pula." Marah Maryam.

"Itu bulan lepas Maryam. Ini sudah bulan lain." Jawab lelaki itu. Maryam mendengus marah.

"Bak lah sini, nombor akaun you...." Ujar Maryam tegas.

Selesai sudah hutang arwah abang iparnya dari lintah darat. Alhamdulillah..

Maryam terus datang hospital bersama Nasuha. Ketika dia bersedia untuk menjalankan pembedahan Nasuha. Duitnya di katakan kurang 10 ribu lagi. Maryam terdiam sambil matanya melihat Nasuha bermain ditaman.

Perlu ke aku mintak lagi dekat Tuan Nuh? Ya Allah buntunya. Nuh kata tiap bulan dia masuk 3 ribu dekat akaun aku untuk nafkah. Gaji aku, 2500... aku perlukan 2 bulan lagi baru cukup 10 ribu. Okay, jangan panik... it's okay, aku kena bersabar untuk 2 bulan saja lagi. Dua bulan..

****************************************************

Maryam duduk dibirai katil. Nuh dilihat sedang ralit membaca buku. Tiba-tiba telepon pintarnya berbunyi dengan cepat Maryam menjawab panggilan tersebut.

" Ya Mak Leha... Ya Allah, saya datang sekarang." Maryam terus menyambar tudungnya dan mencapai cardigen. Sejak dia bernikah Maryam mengambil keputusan untuk menutup aurat.

"Awak nak pergi mana?" Soal Nuh pelik melihat Maryam tiba-tiba bersiap.

"Saya kena pergi Hospital. Nasuha sakit.." Ujar Maryam bersama linangan airmata.

"Ok.. saya drive.."

****************************************************

Nuh terkejut mendengar perbualan antara Mak Leha dan Maryam. Tak sangka dia bahawa Maryam ada anak buah bernama Nasuha yang menghidap pelbagai penyakit itu. Terasa juga hatinya bila menyedari dia tidak penting bagi Maryam. Patutlah beria nak duit, rupanya dia nak bayar kos perubatan dan lintah darat.

Nuh memeluk lembut bahu Maryam yang terlentok dibahunya kerana penat menunggu Nasuha berada di bilik pembedahan. Sudah 4 jam Nasuha di dalam bilik itu.

****************************************************

Alhamdulillah, pembedahan berjaya. Maryam tersenyum melihat Nasuha yang sudah mencelikkan semula matanya.

"Nasuha, Ibu rindu Nasuha..." Maryam terus mendakap tubuh kecik Nasuha.

"Nasuha pun rindu ibu." Ujar Nasuha Pada Maryam.

"Kenalkan, ini suami ibu.. nama dia Nuh." Maryam memperkenalkan Nuh pada Nasuha.

"Ohhh... " Komen Nasuha pendek.

"Panggil Papa..." Ujar Nuh tiba-tiba.

"Papa?" Soal Maryam pelik.

"Yalah, dah awak ibu.. saya Papa lah..." Jawab Nuh tersenyum.

****************************************************

Sebulan selepas pembedahan berjaya, Nasuha dimasukkan ke wad kecemasan semula. Asma Nasuha datang semula. Puncanya kerana Nasuha menangis dengan lama kerana Nasuha tidak dapat menerima hakikat ketika melihat dirinya tiada rambut. Kepalanya sudah dibotakkan kerana pembedahan bulan lalu.

Maryam menanti Nasuha dengan penuh debaran. Kali ini dia merasakan begitu takut dan cemas. Tidak tahu kenapa, dia benci berperasaan seperti itu. Perasaan yang sama ketika kakak dan abang iparnya kemalangan.

Nuh disebelah masih menyapu lembut belakangnya, mungkin cuba untuk menenangkan hatinya.

Doktor keluar dari sebalik pintu bilik kecemasan.

"Maaf Puan. Nasuha tidak dapat diselamatkan. Dia meninggal dunia."

Selepas mendengar ayat keramat itu terus Maryam pengsan. Mujur Nuh berada disebelahnya tidaklah dia jatuh kebawah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience