Bab 8

Short Story Series 1693

Genap 3bulan mereka disatukan. Ramai yang mendoakan agar rumah tangga Hazel Dan Hezree kekal hingga akhirnya. Semasa reception berlangsung pasangan pengantin perlu berpegangan tangan sungguh Hazel merasakan debaran kian terasa.

Hezree merenung Hazel yang sedang termenung terus dia mengejutkan Hazel. Selesai reception, Hazel meminta diri untuk ke kamarnya untuk berehat. Hezree pula, masih tekun melayan tetamu. Usai selesai mandi dan bersiap Hazel masih lagi memikirkan niat Hezree berkahwin dengannya. "Adakah Hezree ikhlas berkahwin dengan atau Hezree sebenarnya ingin melihat dia menderita?".

Hezree membuka pintu kamarnya membuatkan Hazel tersedar dari angaunya. Hezree terus berlalu meninggalkan Hazel untuk ke kamar mandi tanpa berkata apa kepada Hazel. Pada masa itu, Hazel tidak senang duduk dengan sikap Hezree.

Pukul 10.00 malam, Hazel berada di bucu katil walaupun dia sudah mengantuk dia tetap tahan daripada terlelap. Hezree keluar dari kamar mandi, lalu dia menyuruh Hazel untuk tidur di sofa sedangkan dia tidur di atas katil. Hazel angkuh dan ikutkan apa yang Hezree katakan.

Masing - masing terlelap.
Esokkannya Hezree dan Hazel bersarapan dengan family Hezree. Selesai je sarapan Hezree telah pun membuat pengumuman dimana dia dan Hazel akan berpindah ke rumah lain. Mama Hezree terkejut dengan keputusan anaknya itu "Kenapa Hezree nak pindah rumah? rumahni pun cukup besar untuk kamu dan Hazel tinggal" kata mama nya. Papa Hezree hanya berdiam diri sahaja, dia faham akan anaknya yang ingin berdekari.

"Ermm.. Hezree bukan apa mama, Hezree kalau boleh nak ada private rumah tangga Hezree sendiri. Hezree tak nak menyusahkan mama papa lagi dah" kata Hezree pada mamanya. Sekarang ni kang Hezree dah berkahwin, jadi biarlah isteri Hezree yang jagakan Hezree pula. Hezree berpaling pada isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience