Episode 3

Adventure Series 25852

EPISODE 3 (Eyka_Aqua)

Jam menunjukkan pukul 1 pagi.

Mata Arsh masih segar bugar walaupon sudah tiba masa untuk tidur. Arsh sudah menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan oleh cikgu-cikgunya.

Sekejap beralih ke kanan, sekejap ke kiri dan ke kanan semua, sekejap meniarap, sekejap terlentang. Segala posisi telah Arsh lakukan tapi masih segar bugar matanya.

"Alahai mata.. takkan kau nak suruh aku belai kau sampai kau mengantuk.. teruklah kalau macam tu." Arsh bermonolog.

"Arghh.. tak boleh jadi ni.." Arsh turun dari katil dan pergi ke pintu bilik.

Arsh pergi ke dapur lalu mengambil segelas air dan ingin kembali ke biliknya. Semasa menaiki tangga Arsh ternampak cahaya disebalik tingkap di tangganya.

"Cahaya apa tu? Ia datang dari belakang bukit Tiara!" Terus Arsh kembali ke bilik dengan segera dan menukar baju tidurnya dengan pakaian kasual.

Perjalanan ke bukit Tiara.

Arsh terasa sihir yang kuat yang menghalang Arsh memasuki kawasan tersebut.

Berkali-kali Arsh cuba memasuki tetapi tetap tak berjaya.

"Kenapa aku tak boleh masuk? Sepatutnya aku boleh masuk. Kalau aku mempunyai elemen kuasa..." Arsh tersentak.

Arsh imbas kembali perbualannya dengan cikgu Bess.

"Tiada perubahan? Sekejap kawan sekelasnya semua Batu Kenalpasti Elemen kuasa tu semua berubah warna tak pun bentuk. Kenapa aku punya langsung tak berubah?" Arsh mula berfikir.

"Tak akanlah! Aku tak boleh guna elemen? Dan tak berbakat dalam penggunaan sihir?" Hati Arsh sakit bila memikirkannya.

Arsh masih cuba memasuki kawasan tersebut. Setiap cubaan Arsh menghasilkan arus elektrik yang menghalang Arsh memasuki kawasan tersebut. Arsh terus mencuba sehingga arus elektrik tersebut mencederakan tubuh Arsh tapi semua itu tidak mematahkan semangat Arsh untuk berusaha..

Percubaan yang ke-50.

Badan Arsh lembik kerana terkena terlalu banyak arus elektik. Jika ia manusia biasa sudah pasti mati tetapi Arsh tidak perasan akan perkara itu.

Percubaan ke-51 Arsh. Tiba-tiba petir menyambar disekitar Arsh dan kesan petir tersebut telah menghancurkan pokok-pokok dikawasan tersebut.

Arsh perasan petir tersebut cuba menyambarnya dan tindakan pantas Arsh lari dari kawasan tersebut. Petir tersebut masih menyerang dan seoleh-oleh ingin memakan Arsh.

Pergerakkan Arsh tidak setanding kepantasan petir tersebut sedikit lagi terkena petir tersebut. Arsh terus berlari selamatkan diri sepenuh hati dan tiba-tiba muncul Cashen yang mengunakan kuasanya sebagai perisai.

"Perisai api!" Muncul perisai yang berapi yang menghalang petir terkena Cashen dan Arsh.

Arsh menghembus nafas lega.

Arsh menyaksikan perlawanan Cashen dengan petir.

"Bebola api!" Cashen mengeluarkan api kecil dari tangannya bertalu-talu ke arah awan.

Awan tersebut memberi tindak balas dan cuba menyerang Cashen. Cashen melompat mengelak dari terkena penahan petir

"Arsh! Lari kebelakang 100 langkah sekarang!" Cashen memberi arahan tanpa memandang Arsh. Cashen menghalang panahan petir dengan perisai apinya.

Arsh mengikut arahan dan memerhatikan perlawanan tersebut dari jauh.

Tiba-tiba panahan petir turun tepat atas kepala Cashen dan Cashen tak sempat mengelak.

"Senior!!!" Tapi badan Arsh yang lembik telah menghalang pergerakkan Arsh untuk menyelamatkan Cashen. Arsh terjelumpok.

Penuh debu berterbangan sehingga tidak nampak kelibat Cashen. Selepas sesaat dua mula nampak api disekeliling debu tersebut dan api tersebut menyala satu persatu seoleh-oleh ada pemetik api yang besar mengelilingi debu tersebut.

Sedikit demi sedikit debu hilang dari pandangan dan nampak kelibat Cashen yang di selebungi bebola api yang besar.

Api-api kecil tadi mula memusing mengelilingi bebola api. Cashen angkat tangan kiri ke udara dan api-api kecil tersebut berkumpul dan berpusing diatas tangan Cashen tetapi pusingan api kecil tersebut berada diluar bebola api yang menyelebungi Cashen..

Pusingan api kecil tersebut bergabung dan menghasilkan api besar diatas tangan Cashen.

"Pusaran api belikat!" Cashen bersuara dan api tersebut bergerak menyerang ke arah pusaran awan.

Api tersebut berpecah kepada tiga dan bergerak ke arah pusaran awan dengan serentak. Api-api tersebut berputar satu sama lain dan bergabung sebelum memasuki pusaran awan tersebut.

Sebaik sahaja memasuki pusaran awan tersebut terus menghilang begitu sahaja.

"Awan tu menelan api ?!" Jerit kecil Arsh menerbitkan senyuman kecil diwajah Cashen.

"Jangan risau aku tidak akan mengizinkannya." Balas Cashen. Arsh terpaku.

"Pecahlah wahai api! Hancurkan disekiling kamu" Sambil tangan Cashen bergerak ke depan dan melibas kebelakang dengan pantas.

Sebaik sahaja ucapan Cashen, tiba-tiba awan tersebut berpecah seoleh-oleh ditiup angin. Arsh cuba perhatikan betul-betul dan mendapati api-api tadi bergerak dengan pantas dan bebas telah mengerakkan gumpulan awan tersebut.

"Penyedutan bermula" kata Cashen.

Awan-awan pecah tadi seoleh-oleh disedut oleh Cashen dan hilang. Api tadi hilang sebaik sahaja mengelilingi badan Cashen.

"Kau ok?" Cashen menghulur tangan dan disambut oleh Arsh. Arsh hanya mengangguk.

"Teruk cedera kau ni perlu dirawat. Jom kita ke sekolah. Lagi pon sekolah dekat saja. " Cadang Cashen. Arsh hanya mengangguk.

Tiba-tiba muncul pentagram dibawah mereka dan mereka berdua hilang. Mereka muncul di bilik pp.

"Cashen kau dah balik! Kemana kau lari ha? Kerja kau mengelat je dari buat ker....ja.. Eh? Pelajar tahun satukan?" Caren terkejut dengan kehadiran Arsh.

"Caren rawat dia." Cashen mengarah Caren.

Caren bergerak ke arah Arsh dan Cashen kembali ke mejanya dan menumpukan perhatian ke atas kertas di mejanya.

Caren membaca sesuatu dan muncul pentagram di depan tapak tangannya. Badan Arsh terasa hangat dan selesa. Luka-luka badan Arsh hilang tanpa meninggalkan parut.

"Wah! Terima kasih. Senior Caren pengguna elemen perubatan?" Tanya Arsh.

"Taklah. Saya penguna elemen flora. Elemen perubatan saya belajar." Jawab Caren dengan senyuman dibibir.

"Belajar elemen?" Arsh terpingga-pingga.

"Ya."

"Tak tahu pula saya yang kita boleh belajar elemen. Saya ingat ia semula jadi." Arsh berterus terang.

"Memang elemen tak boleh belajar dan ia semulajadi." Jawab Caren.

"Pulak dah. Habis tu?"

"Caren atau nama sebenar Caren ni Caren Herbalik keluarga Herbalik yang mempunyai anugerah untuk mempelajari elemen tambahan dan hanya keluarga mereka sahaja boleh belajar elemen lain dengan masa yang singkat." Terang Cashen.

"Keluarga Herbalik? Saya penah dengan pasal mereka tapi macam mana pulak keluarga keturunan lain?" Tanya Arsh.

" Keluarga lain? Ada diantara mereka yang dimana mereka memang tak akan boleh mempelajari elemen tambahan dan ada juga boleh tapi mereka memerlukan masa yang panjang yang adakala memerlukan tempoh 30 hingga 50 tahun." Jelas Cashen.

"Jadi keluarga senior Cashen? Keluarga apa?" Tanya Arsh.

"Keluarga Apishield. Pengguna api tulen sebagai elemen mereka. Keturunan kami memerlukan masa yang panjang untuk memperlajari elemen tambahan." Jelas Cashen sambil memerhati anak mata Arsh.

"Saya rasa dah larut malam. Besok awak ada kelaskan? Baik awak balik rumah. " Kata Caren memintas perbualan mereka.

"Saya akan hantar awak." Pentagram biru yang membawa Arsh dan Cashen tadi muncul berada dibawah tapak kaki Arsh.

Arsh kembali ke rumahnya dan berada di biliknya.

Arsh merebah badannya ke katil bujangnya. Perlahan-lahan mata Arsh kuyu dan tertutup rapat. Akhirnya Arsh memasuki alam mimpi selepas penat memikirkan keterangan Cashen.

Muncul seseorang di hujung katil Arsh dan memerhati Arsh yang telah dibuai mimpi. Disebabkan gelap wajah lelaki tersebut terhalang dan mata kirinya berwarna kuning dan telinganya seperti telinga serigala.

"Aku dah jumpa dia." Lelaki tersebut tidak dikenali tersenyum jahat sehingga menampakkan gigi taringnya.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience