Bab 5: Welcome Home

Romance Series 3092

Badannya terasa disentuh lembut oleh seseorang.

“Miss, wake up. We are here.” Suara lembut pramugari memanggil.

Dengan perlahan Ika membuka matanya. Dia melihat sekeliling yang sunyi dan tiada siapa kecuali dia dan seorang pramugari yang berada di sebelahnya. Baru dia teringat bahawa dia masih berada dalam pesawat. Kepala yang tadi sakit telah pun hilang. Mungkin sebab dia cukup tidur. Setelah mengucapkan terima kasih kepada pramugari yang mengejutnya tadi, dia terus bersiap-siap untuk keluar dari pesawat.

“Err, Miss.” Tegur pramugari itu lagi.

“Yes.” Ika melihat pramugari yang berada di hadapannya itu.

Riak wajah pramugari seperti ingin memberitahunya sesuatu.

“Here.” Pramugari tersebut menghulurkan lipatan kertas putih kecil.

Ika mengerut dahi sambil mengambil kertas putih itu lalu dia bertanya.

“What is this?”

“Your boyfriend want me to give it to you. He said sorry for not waiting for you since something urgent has came.” Jelas pramugari terseyum manis.

“Wait, my boyfriend?” Dahi Ika berkerut lagi.

Dia pelik. ‘Sejak bila pula aku ada teman lelaki?’ soal Ika dalam hati.

“Yes miss, your boyfriend.” Melihat wajah Ika seperti sedang cuba mengingatkan sesuatu, pramugari itu sambung lagi.

“Err, its the guy that take care of you while you were sleeping.”

“Oh ya, its him. I know him. Thank you.” Ika berterima kasih

“Most welcome miss.” Ucap pramugari sambil tersenyum manis dan berlalu pergi.

Ika membuka lipatan kertas yang berada ditangannya.

‘Get well soon little miss. InsyaAllah kalau ada jodoh kita akan berjumpa lagi. ^_~’

Love,

Eijaz

Ika tersenyum nipis melihat nota yang ditinggalkan Eijaz kepadanya. Hatinya terasa berbunga-bunga. Tidak tahu kenapa dia juga berharap akan berjumpa lagi dengan lelaki itu. Disebabkan nota kecil itu, Ika menjadi ceria dan mudah terhibur sepanjang hari.

Keluar sahaja di balai ketibaan Trigisia International Airport, Ika tersenyum lebar. Wajah-wajah yang amat dikenalinya datang menjemput. Tangan Ika melambai ke arah mereka. Rindu di hati bagai terubat sedikit. Ika mula berlari anak ke arah alng dan adiknya.

“Kakak… Rindunya adik kat kakak. ” Kata Zatika Hasni pada Ika sambil memeluk kakaknya erat.

“Kakak pun rindu adik juga. Rindu semua orang.” Ika membalas pelukan adiknya.

“Peluk adik je? Along tak nak peluk” Zaril Hussein mencelah.

“Alah, nak juga dia.” Usik Zatika Hasni pada alongnya itu.

“Yelaa, along kan driver je. Bukan siapa-siapa pun.” Rajuk Zariel Hussein.

“Ishh, tak malu lah along ni. Dah besar pun nak merajuk.” Zatika Hasni mengejek alongnya.

“Dua-dua macam budak kecil. Meh sini.” Ika memeluk along dan adiknya itu. Erat.

Dia terhibur dengan keletah dua beradik di hadapannya. Hatinya gembira.

“Dah. Jom balik. Kalau layan korang berdua ni alamatnya tidur kat sini la kakak.” Ajak Ika.

Dalam keluarganya, Ika membahasakan dirinya sebagai kakak. Dari yang kecil sampai yang tua memanggilnya begitu. Tetapi apabila bersama kawan-kawan yang rapat dia membahasakan dirinya Husna dan apabila bersama dengan rakan sekerja, orang bawahan atau orang tidak dikenali dia akan mengenalkan dirinya sebagai Ika.
Tiba di rumah agam keluarganya Ika semakin teruja. Kelihatan dua susuk tubuh yang paling dirindui iaitu mama dan ayahnya.

“Lamanya tak balik rumah.” Ujar Ika perlahan.

Pintu kereta dibuka oleh Raja, pengawal peribadi ayahnya.

“Welcome home Cik Muda.” Ucap Raja.

“Terima kasih abang Raja.” Senyum lebar Ika apabila dia melihat hampir semua pekerja di rumah beratur depan pintu masuk semata-mata untuk menyambutnya pulang. ‘Ini mesti kerja mama ni.’ Keluh Ika dalam hati.

“Welcome home dear. I miss you so much.” Ucap Datin Seri Paduka Zakiah sambil memeluk erat dan mencium pipi anak perempuan sulungnya itu.

“Ma, what happen here? Kenapa semua orang beratur depan pintu ni?” Tanya Ika.

“They’re here welcoming you.” Jawab Datin Seri Paduka Zakiah ringkas.

“Ma, I’m only gone for few months bukannya bertahun tak balik. You don’t need to do this.” Ujar Ika perlahan. Belum sempat Datin Seri Paduka Zakiah menjawab, Datuk Seri Paduka Hasnol mencelah.

“Ai, Ika peluk mama je ke? Ayah tak nak peluk?” Ika melihat ke arah ayahnya. Senyum di bibir dilebarkan.

“Mana ada ayah. Hehe.” Ika menuju ke arah ayahnya lalu memeluk dan mencium pipi ayahnya.

Dia sememangnya manja dengan ayahnya sehinggakan apa sahaja yang dikehendaki pasti akan dia dapat. Saat ini Zalika Husna berasa amat bahagia dengan keeratan hubungan kekeluargaan antara mereka. Dia amat berharap tiada siapa yang akan menghancurkan hubungan mereka sekeluarga.

Mereka mula sekeluarga berjalan menuju ke ruang makan. Kelihatan beberapa juadah makanan berada di meja makan. Kebanyakannya makanan kegemaran Zalika Husna.

“Wah, banyaknya mama masak!” Zalika Husna teruja.

“Mama tahu anak mama ni rindukan masakan mama. Itu yang mama masak banyak.”

“Thank you ma.” Zalika Husna terharu.

“Mana angah? Selalunya ade je dia bila ada makan-makan.” Baru Ika perasan akan ketiadaan abang keduanya itu.

“Angah outstation. Esok baru balik.” Kata Zatika Hasni sambil mengunyah daging kambing bakar kegemarannya.

Apabila mendengar angahnya outstation dia hanya mengangguk faham. Dia kalau boleh tidak mahu ambil tahu akan pekerjaan angahnya itu. Complicated katanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience