BAB 1

Romance Completed 56522

Tok... Tok...Tok...

"Masuk Azeem," suara Dato' Lokhman kedengaran dari dalam. Kedengaran mesra di telinganya.

Azeem bergerak perlahan memasuki ruang bilik pejabat milik bosnya itu. Hatinya tertanya - tanya atas sebab apa bosnya beria - ria mahu berjumpa dengannya petangni.

"Uncle nak jumpa saya???" soalnya masih lagi berdiri tegak di depan majikannya itu.

"Duduk dulu Azeem, ada perkara yang uncle nak bincang," pelawa Dato' Lokhman sambil membuat isyarat tangan meminta jejaka di depannya sekarang ini duduk. Senyuman manis dia lemparkan buat jejaka yang sudah dianggapnya seperti anak sendiri itu.

Azeem menarik kerusi di depannya dan melabuhkan punggungnya di situ. Masih menanti dengan sabar, perkara apa yang penting sangat bosnya itu ingin maklumkan.

"Macamni Azeem, terlebih dahulu maafkan uncle jika apa yang uncle nak cakapkan ini menyinggung perasaan Azeem," Dato' Lokhman memulakan mukaddimahnya. Berat juga mulutnya untuk meluahkan perkara itu pada jejaka di hadapannya ini.

"Macam besar jer perkara yang uncle nak sampaikan. Sehingga nak minta maaf. Takut pula saya," Azeem cuba berseloroh untuk meredakan gelodak di dalam hatinya. Dia sendiri juga seakan berdebar menanti apa yang akan disampaikan oleh Dato' Lokhman.

Dato' Lokhman menelan liurnya sendiri. Cuba menarik nafas dan perlahan - lahan dihembusnya. Memandang wajah di hadapannya yang kelihatan fokus mendengar...

"Uncle nak meminang kamu jadi menantu uncle, tak kisahlah apa yang uncle buat ni berlawanan dengan adat dan budaya kita, tapi uncle tetap juga ingin meminang kamu untuk Inas, anak perempuan tunggal uncle. Uncle harap kamu bagi respon yang positif. Uncle tak nak bincang di rumah, biarlah antara kita berdua jer. Nanti bila dah dapat kata sepakat baru kita buat mengikut adat."

Danggg,,, bagai luruh jantungnya mendengar kata - kata Dato' Lokhman. Terus membulat mata Azeem memandang Dato' Lokhman. Seakan tidak percaya yang kata - kata itu akan terkeluar dari mulut ahli perniagaan yang berkaliber seperti Dato' Lokhman. Apa yang dia pandang dari seorang pengurus projek sepertinya ini. Hanya sekadar kuli di syarikat besar ini.


"Azeem, uncle bagi kamu masa, kamu boleh ambil sebanyak mana masa yang kamu nak, tapi uncle harap, uncle tidak menunggu terlalu lama, uncle nampak dan uncle nilai dengan pandangan mata kasar dan mata hati uncle, hanya Azeem yang layak untuk menjadi menantu uncle. Uncle dah tak tau macam mana lagi nak membentuk sikap liar dan kebudak - budakan anak uncle. Uncle hanya percaya pada kamu Azeem," luahnya, jelas tergambar riak penuh pengharapan pada wajah lelaki separuh baya itu.

"Tapi uncle..."

"Uncle tau apa yang berlegar - legar dalam kepala Azeem sekarang ni. Uncle dan bincang perkara ni dengan mak dan ayah kamu, jangan risau. Mereka hanya mengikut apa jua keputusan Azeem," maklum Dato' Lokhman, agak tegang suasana di situ sekarang ini.

Azeem meraup wajahnya. Dia menghembuskan nafasnya perlahan- lahan. Terkelu lidahnya untuk berkata - kata. Kenapa Azeem yang uncle pilih??? Kita tak sekufu uncle...
Tidak mampu dia lepaskan kata - kata itu.

"Hanya Azeem yang uncle boleh harapkan untuk membentuk dan mengawal sikap anak uncle yang semakin tidak terkawal sekarang, sejak balik belajar dari luar negara, semakin menjadi - jadi perangainya. Lebih baik uncle kahwinkan aje," terang Dato' Lokhman, kedengaran sedikit bergetar suaranya.

Azeem Ziqri hanya diam membatu, ayat apa yang harus dia respon, semua datang menghempuk kepalanya tika ini. Ingat senang nak memikul tanggungjawab sebagai suami, lebih - lebih lagi dengan anak majikannya itu.

"InshaAllah uncle, tapi saya tak boleh bagi keputusan tu sekarang. Uncle bagi saya masa untuk berfikir dan berbincang dengan mak dan ayah saya dulu. Bukan mudah uncle, tugas menjadi suami ni berat untuk dipikul bukan semudah seperti memikul seguni beras 10kg," balas Azeem, mendatar suaranya. Sebenarnya dia masih lagi terkejut dengan permintaan Dato' Lokhman. Keputusan 'YA atau TIDAK' hanya di tangannya.

"Okay Azeem, ambillah masa untuk kamu berfikir, tapi jangan lama sangat. Uncle tak sabar nak tunggu," maklumnya. Wajah tampan jejaka itu dipandangnya.

_________


Azeem menghenyakkan punggung di kerusi dalam biliknya usai perjumpaan bersama Dato' Lokhman sebentar tadi. Fikirannya menerawang jauh. Serba - salah. Semua bercampur baur dalam dirinya, dengan terhutang budi atas segala budi yang pernah diberikan oleh Dato' Lokhman kepadanya selama ini. Sudah banyak jasa Dato' Lokhman kepada dirinya sejak dari dia kecil.

Dia melepaskan keluhan panjang, merenggangkan tali leher yang terasa menjerut lehernya ketika ini. Apa yang harus dia bagi jawapan kepada Dato' Lokhman??? Dia serba - salah, dia juga buntu. Azeem menyandarkan tubuh di kerusi berodanya itu. Memejamkan matanya seketika. Tidak mahu memikirkan hal itu buat masa ini. Dirinya harus bertenang.

Bayangan wajah anak gadis Dato' Lokhman menghiasi ruang matanya tika ini. Macam mana harus dia membentuk gadis itu sedangkan dirinya sendiri masih belum terbentuk. Banyak kekurangan dirinya yang masih belum dia sempurnakan. Ni sudah diberi satu tanggungjawab lain pula. Dari orang yang dia sangat segani dan hormati pula tu. Bagaimana cara mahu menolak untuk tidak mengecilkan hati lelaki yang banyak memberinya kehidupan selama ini. Tak sampai hatinya untuk mengecewakan lelaki yang banyak berbudi kepadanya itu.

___________

"Abah dengan mak serahkan semuanya kepada Azeem, macam mana keputusan yang Azeem buat, fikir dulu sebaik - baiknya nak, Azeem dah dewasa. Azeem kena buat keputusan sendiri. Abah dengan mak hanya mampu bagi nasihat dan pandangan. Selebihnya atas diri kamu sendiri," Pak Akob memberi nasihat sambil tangannya menepuk - nepuk perlahan bahu anak lelaki tunggalnya itu.

Azeem hanya mengangguk, faham akan apa maksud ayahnya. Dia singgah di sini selepas balik dari bekerja petang tadi. Mak dan ayahnya sudah berpuluh tahun bekerja dengan Dato' Lokhman, menjadi orang gaji dan tukang kebun di sini sejak dia masih di bangku sekolah rendah. Sebab itu dia serba salah untuk menolak. Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Dato' Lokhman dan Datin Salwa melayannya sangat baik persis keluarga sendiri.

"Kalau susah sangat, berdoa, biar Allah SWT yang bantu kamu untuk buat keputusan. Buat solat istiqarah. Minta petunjuk untuk sebaik - baik keputusan," Mak Jenab pula menyampuk. Sebetulnya memang itulah sebaik - baiknya. Dia tahu anaknya serba - salah. Berat keputusan yang harus anaknya itu buat.

"Mak...Abah...Azeem buntu, tak tau nak cakap 'YA' atau 'TIDAK', serba salah Azeem sekarang ni mak. Apa harus Azeem buat lagi? Takut keputusan yang Azeem beri sedikit sebanyak akan mengecewakan Uncle Lokhman. Uncle dah banyak bantu kita selama ni mak. Dari Azeem kecik sampai dah dewasa sekarang ni pun masih lagi dia bantu. Azeem tak sampai hati nak kecewakan perasaan dia. Boleh nampak begitu bersungguh uncle mengatakan hal itu siang tadi, penuh berharap," luah Azeem, wajah - wajah kesayangan di depan matanya dia pandang silih berganti.

"Abah dengan mak percayakan Azeem. Azeem boleh buat keputusan yang baik untuk hidup dan masa depan Azeem."

Azeem mengangguk, sedikit lapang fikirannya saat ini setelah meluah dan berkongsi rasa dengan kedua orang tuanya.

"Mak, abah, Azeem balik dulu. Dah malam ni. Nanti Azeem datang melawat mak dengan abah lagi yer," Azeem mohon pamitan. Sempat juga dia makan malam bersama orang tuanya tadi. Itu pun dah bersyukur sangat - sangat. Sekurang - kurangnya hilang sedikit berat bahunya untuk mengadap permintaan Dato' Lokhman petang tadi.

Azeem memandu keretanya meredah hujan yang merenyai pada malam itu untuk pulang ke rumah. Berjaya juga dia membeli harta sendiri hasil dari penat lelah dia bekerja dengan Dato' Lokhman. Emak dengan ayahnya juga sudah ada rumah di kampung, peninggalan dari arwah nenek belah ayahnya.

Kereta membelok masuk ke perkarangan rumah banglo sederhana besar. Hanya lima bilik termasuk stor, cukuplah untuk dirinya bersama kedua orang tuanya.

Azeem melangkah malas masuk ke dalam rumah. Fikirannya memang kusut harini. Harap esok Dato' Lokhman tidak terus bertanyakan keputusan. Dia masih lagi belum memikirkan tentang keputusan itu.

*******

"Abang rasa Azeem terima tak cadangan abang tu?" soal Datin Salwa, membaringkan tubuh di sebelah suaminya.

"Entahlah sayang. Abang bagi dia masa. Harap keputusan yang dia buat tu seperti yang kita naklah. Abang harap sangat Azeem jadi menantu kita," tukas Dato' Lokhman.

"Inas masih belum balik lagi ker? dari petang tadi keluar, tak balik - balik lagi, ingat rumah kita ni rumah tumpangan ker? sesuka hati keluar masuk," hati Dato' Lokhman berdongkol geram. Sejak anak tunggalnya balik dari luar negara, bukan nak membantu dia bekerja di syarikat, sebaliknya suka berpoya sana - sini. Balik lewat malam.

"Belum lagi abang, tadi Sal dah call Inas, dia maklumkan ada majlis hari jadi kawan dia, dia balik lewat, tapi tak cakap pula majlis tu dekat mana," maklum Datin Salwa.

"Emmm, yele tu ada majlis hari jadi. Entah - entah pergi ke tempat lain. Umur bukan budak belasan tahun lagi, dah masuk 20-an, tapi perangai mengalahkan budak - budak, bila orang tegur tau pula dia nak sentap. Tapi diri - sendiri yang tak nak berubah. Dah kawin nanti taulah suami dia ajar," bebel Dato' Lokhman.

"Dahlah abang, nanti darah tinggi abang naik lagi memikirkan hal Inas," tegur Datin Salwa. Dia juga buntu untuk menasihati Inas.Dah berbuih mulutnya menasihati anak daranya itu, ibarat masuk telinga kanan dan keluar telinya kiri.

Dato' Lokhman mendiamkan dirinya sejenak. Ada sesuatu berlegar - legar dalam fikirannya.

"Abang dah buat keputusan, selepas Azeem dan Inas nikah, Jenab dengan Akob tak perlu lagi bekerja dalam rumah ni. Sangat tak sesuai besan bekerja sebagai orang gaji di rumah besan," maklum Dato' Lokhman seolah - olah tau akan jawapan yang akan diberi oleh Azeem nanti.

*******

"Sayang panggilkan Inas turun sarapan sekali. Dah pukul berapa ni masih tak bangun - bangun lagi. Hari ni jangan bagi dia keluar," arah Dato' Lokhman. Hari minggu macam ni memang tak pernah lekat dekat rumah.

"Emmm, yela, Sal panggil dia sekarang," ujarnya seraya berlalu pergi. Menapak setiap anak tangga menuju ke tingkat atas. Bilik anak daranya itu dia tuju.

Buka sahaja pintu bilik... Terbeliak matanya. Bilik dah serupa sarang tikus nak beranak.

"Ya Allah Inas, apa nak jadi dengan kamu ni??? Bangun," Datin Salwa menekan sedikit suaranya. Tangannya dia tepuk perlahan badan anaknya yang masih liat nak bangun.

"Inas, bangun!" Menambahkan sedikit volume pada nada suaranya.

Mata Inas terpisat - pisat menahan kantuk. "Mommy bagilah Inas sambung tidur lagi 2,3 minit, Inas mengantuk, malam tadi balik lambat," mohon Inas dengan matanya mula terpejam sedikit demi sedikit.

"Inas, bangun, nanti daddy bising. Bangunlah, kenapa liat sangat nak bangun ni? balik lewat malam tadi salahkan diri - sendiri yer, sapa suruh selagi tak keluar embun jantan, selagi tu tak terpacak depan muka pintu rumah," bebel Datin Salwa.

"Yea, Inas bangun, nak pergi bilik air cuci muka dan gosok gigi jap," balas Inas terpisat - pisat matanya. Dia bangun dan mengatur langkah menuju ke bilik air. Keluar semula dengan rambut yang telah disanggul tinggi.

Inas membontoti langkah Datin Salwa menuruni anak tangga. Kakinya laju melangkah menuju ke arah meja makan, kelihatan daddynya telah lama menunggu.

Masing - masing diam, fokus ketika menjamu selera.

"Assalamualaikum," satu suara menyapa dari arah pintu utama. Kelibat itu memasuki rumah yang tidak dikunci pintunya itu.

"Azeem, mari makan sekali," laungan dari arah meja makan mematikan langkah Azeem yang mahu menuju ke arah dapur.

Azeem hanya tersenyum. Segan pula dia. "Takpe Uncle dengan auntie makanlah, saya dah makan dekat rumah tadi," balas Azeem. Tapi juga dia tetapkan langkahnya ke arah meja makan. Alang - alang semua sudah ada di situ, dia ingin memaklumkan keputusan yang telah dia buat.

Sudah beberapa malam dia melakukan istiqarah. Dia akan memaklumkan keputusan itu berdasarkan kepada petunjuk yang dia telah perolehi.

"Azeem, mari makan sekali nak," ajak Datin Salwa.

Azeem hanya tersenyum. "Tak apa auntie, Azeem dah sarapan dekat rumah sebelum datang ke sini tadi," balasnya lembut. Dikerling ke arah Inas yang sedang fokus mengadap makanan. Azeem tersenyum senget.


"Uncle, auntie, memandangkan semua dah ada dekat sini, saya dah buat keputusan," Azeem telan liurnya terasa pahit melalui tenggoroknya. Dia menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan.

Azeem memandang ke arah semua yang mata yang tertunak ke arahnya kecuali Inas. Sedikit debaran merajai dadanya ketika ini.

"Saya dengan seikhlas hati terima permintaan uncle tempoh hari."

Happy reading semua. -Es Lilin-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience