“Sayang.. mak datang ni sayang..” Mak Tini datang dengan senyuman di bibir. Diana yang melihat kelibat arwah maknya datang menghampiri. Makin lama makin dekat. Dan dekat..
“Argh!!!” Diana menjerit kerasukan.Lehernya di cekik kuat oleh Mak Tini yang tiba-tiba berubah menjadi along. Makin lama, lehernya makin perit dengan cekakkan yang kuat.
“Mampos kau! Hahaha!” Along terus-terus mencekik Diana tanpa belas kasihan. Diana makin tidak terdaya. Nafasnya makin lama makin perlahan. Dan perlahan. Sehinggakan dia pengsan.Jururawat yang sedang melalui jalan itu melihat kelibat Diana yang sudah terbaring di lantai.Segera dia mendapatkan doktor Mastura yang belum pulang ketika itu sementara menantikan doktor gantian masuk.
“Ada apa …?” tanya Diana lesu.
“BINATANG! Kau yang patut mati. Apa yang berlaku 19 tahun lalu tu memang tak disengajakan. Mak kau bodoh sangat selamatkan kau. Kali ni kau menjerit air mata sekalipun taka da siapa yang akan datang tolong kau! Mati kau!’’ Sekali lagi Diana di serang oleh ayahnya. Cengkaman yang kuat mencekik batang leher Diana. Sehingga nafasnya yang terakhir…
Beberapa orang jururawat dan Doktor Mastura berlari berpusu-pusu datang ke bilik Diana.Bila di periksa nadinya, Diana sudah tidak bernyawa..
Terdapat kesan lebam.Apa mungkin pesakitnya membunuh diri? Dia datang lagi mengganggu pesakitnya? Bukankah Diana sudah di beri ubat penenang. Tapi kenapa dia boleh jadi begini.Siapa dia tu sampaikan dia mahu akhiri hidup Diana?Ya Allah, persoalan yang masih sukar untuk dijawab oleh Doktor Mastura.
Mak Kiah dan Anggun masih duduk di tepi pusara Diana. Suasana sayu menyelubungi tanah perkuburan Islam Ubadiah itu. Mawar dan Pak Amin hanya memerhati dan menantikan Mak Kiah dan Anggun.
Anggun benar-benar terasa kehilangan Diana, tiada lagi insan untuk dia bergurau senda dan mengadu kisah, tiada lagi kakak kesayangannya.
Mak Kiah sejujurnya masih dihimpit rasa bersalah bahkan sehingga ke saat ini dia kesal kerana mengasari dan memberi layanan yang tidak sewajarnya buat Diana. Andai saja dia curahkan kasih dan sayangnya sebagai seorang ibu yang diperlukan oleh Diana, Diana pasti bisa melupakan trauma yang dirasainya. Sampai di sini sahaja kau memberi kami pinjam insan yang bernama Diana Aqilah ini. Beradulah, beradulah sayang semoga roh mu tenang di sana. Tidurlah dan bermainlah kau bersama bidadari dan bidadara syurga.
Share this novel