Redha
Tuhan, tolonglah bukakan
Cinta dan kasih dalam hidupku
Waktukan menyepi
Kian pergi membawaku
Saat ternantiku akan rahmatmu
Kuimbasi jalan yang berliku
Penuh gelap bisa dan harus kutakutkan
Merantai jiwaku
Berat hatiku menanggung
Usah biar hidupku tak hanyut lagi
#
Tanpa redhaMu aku sakit
Menahan rasa pedihnya berdosa
Berikan sinar dalam hatiku
Saat bila engkau terima ampunanku
Terangi dengan cahaya hikmahMu
Nyanyian Irfan Haris mendendangkan lagu bertajuk Redha menjadi pilihannya... Setiap bait-bait perkataan cuba difahami dengan sebaik-baiknya... Benarlah... Lirik yang didengarinya ini cukup menyentuh hatinya kerana membawa 1000 pengertian buatnya...
Qaseh Qasandra, gadis pingitan yang menjadi kebencian keluarganya sendiri lantaran sikap lemah lembutnya, ditambah lagi dengan kecantikkan yang dimiliki menjadikan Qaseh antara gadis yang menjadi perhatian.
Bukan sahaja para jejaka dari dalam kampung, malah kisah Qaseh seolah-olah menjadi perhatian para ibu bapa yang berhasrat menjadikan Qaseh sebagai menantu mereka.
Hampir 20 tahun hidup umpama dalam neraka, impian dan doanya untuk keluar dari rumah jahanam itu, bakal termakbul...
Tiada apa yang mampu Qaseh lakukan. Menjadi anak bongsu dalam keluarga yang agak mewah, bukanlah sesuatu yang dibanggakan. Rumah banglo dua tingkat yang terletak di kawasan elit menjadi tarikan utama apabila kolam renang turut ada di rumah mewah itu.
Tapi, sayang... Qaseh hanya menjadi orang gaji di rumah sendiri. Segala-galanya telah ditetapkan. Dari kerja rumah, seperti mencuci, membasuh, memasak, mengemas semuanya menjadi tugas Qaseh. Walhal, mereka mempunyai pembantu rumah.
Qaseh mempunyai dua orang abang, Qalif Qushairi dan Qabil Qushairi serta seorang kakak, Qasha Qarmila...
Hubungan mereka adik-beradik tidaklah sebaik yang disangka. Kecuali Qalif yang sentiasa melayan Qaseh dengan baik... Qaliflah selama ini banyak memanjakan Qaseh, memberi kasih sayang yang sepatutnya seorang adik dan anak miliki. Tapi, tidak pada ahli keluarganya yang lain.
Sedari dulu, Qaseh merasakan dirinya hanya anak pungut dalam rumah sendiri. Sejak kecil, Qaseh tidak dibenarkan menyoal tentang keluarga mereka, sehinggalah suatu ketika... Rahsia yang selama ini disorokkan darinya, akhirnya terlerai sudah...
"Ya Allah, sampai bila aku perlu hadap semua ni?"
"Sampai bila, aku perlu diuji dengan ujianMu Ya Allah?"
"Aku mohon diberi kekuatan dan ketabahan hidup... Aku mohon padaMu Ya Allah. Kau berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan hidupku Ya Allah..."
"Ya Allah, Ya Tuhanku... Kau jadikanlah aku sekuat hambaMu, Summayyah. Kau teguhkanlah pendirianku, seteguh Siti Khadijah r.a..."
"Aamin..." Wajahnya diraup...
Tok! Tok!
Bunyi ketukan di pintu menghentikan lamunannya. Terdengar pintu dikuak. Terjengul kepala Qalif.
"Assalammualaikum..."
"Waalaikumussalam..."
"Qaseh..."
"Abang Qalif..."
"Qaseh dah solat?"
"Alhamdulillah..." Qalif terdiam seketika.
"Abang ada hal ke nak cakap dengan Qaseh?" Wajah lembut Qaseh yang masih bertelekung, direnung...
"Cantik Qaseh bertelekung... Abang suka tengok kalau Qaseh bertudung. Mesti cantik adik abang ni..."
"In shaa Allah, bang Qalif... Doakan Qaseh berhijab suatu hari nanti..."
"Abang sentiasa doakan Qaseh..."
"Qaseh tahu, abang ada hal kan nak cakap dengan Qaseh..."
"Qaseh ni, macam ahli nujumlah... Tahu jelah apa yang ada dalam kepala otak abangkan?"
"Hihihi... Sekejap, Qaseh simpan telekung dengan sejadah ni... Masuklah..."
"Emm, ok... Terima kasih." Qalif tidak langsung mengalihkan pandangan matanya dari memandang seraut wajah yang sentiasa dia angaukan.
Tiada siapa yang tahu siapa Qaseh Qasandra yang sebenarnya... Hanya mama, papa dan dirinya sendiri. Qalif tidak pasti sejak bila dia mula menyimpan perasaan pada Qaseh. Yang pasti, Qaseh cukup berbeza di matanya...
Namun, terdetik di hatinya... Andai suatu hari nanti, Qaseh tahu siapa dirinya yang sebenar, adakah Qaseh dapat menerima Qalif... Bukan sebagai abang, tetapi sebagai kekasih yang dicintai.
Qalif terlalu menyayangi Qaseh. Andai diberi peluang, ingin sekali Qalif menyunting Qaseh untuk dijadikan suri hatinya. Namun, mungkinkah itu akan berlaku....?
"Abang..."
"Abang!"
"Ya Allah, Qaseh... Terkejut abang..."
"Abang Qalif fikirkan apa? Sampai Qaseh panggil pun tak sedar...?"
"Takde apa-apa..."
"Ish, tipulah... Qaseh tahu, abang ada hal yang nak abang cakapkan pada Qaseh, kan? Cakaplah. Kenapa? Abang nak kahwin ke?"
"Kahwin...? Ish, mengarutlah..."
"Apa pulak mengarut...? Abang dah 26 tahun... Dah patut ada pasangan tau..."
"Siapalah nakkan abang ni, Qaseh..."
"Ishh, apa pulak cakap macam tu... Abang Qalif, baik, hemsem apa... Macho lagi... Takkanlah takde orang yang nakkan abang Qaseh yang hemsem ni... Duit banyak... Hah, dah cukup pakej..."
'Hati abang hanya untuk Qaseh je, sayang...'
"Macho apanya? Hancor adalah!"
"Hahaha... Jangan cakap macam tu... Kata-kata tu satu doa tau...?" See, Qaseh nampak matang dari usia sebenanrya.
"Ok, sorry... Abang gurau je..."
"Emm, cakaplah... Abang nak apa? Ada apa-apa yang Qaseh boleh tolong?"
"Sebenarnya, abang nak ajak Qaseh keluar esok... Boleh?"
"Esok...? Nak pergi mana?"
"Abang nak ke majlis perkahwinan kawan... Majlis buat kat hotel. Abang kena datang bawak pasangan. Tapi, abang mana ada pasangan... Qaseh jelah yang boleh tolong abang... Boleh ya, Qaseh?"
"Emm, wedding ya...? Hotel? Emm, boleh tu, memang boleh... Tapi, Qaseh nak pakai baju apa? Qaseh ada baju kurung lama tu je..."
"Takpe. Abang bawak Qaseh shopping ya... Lagipun, abang pun nak beli sepasang baju untuk esok..."
"Ala, ni yang best ni... Sayang abang..." Pipi Qalif dikucup sekilas. Meremang bulu roma Qalif. Pipinya diusik...
"Dah, dah... Pergi siap cepat. Abang tunggu 10 minit... Takde, tinggal..."
"Ok, ok... Qaseh siap cepatlah... Dalam 5 minit, Qaseh sampai bawah."
"Ok, 5 minit dari sekarang... Abang tunggu bawah ya..."
"Ok..." Laung Qaseh. Qalif tersenyum lebar selepas Qaseh bersetuju untuk menemaninya shopping dan menjadi pasangannya ke majlis perkahwinan Mazlan, esok.
"Ok, dah siap!" Kurang 5 minit, Qaseh tiba di hadapan Qalif yang sedang menantinya di garaj kereta...
"Cepatnya...?"
"Lar... Nak buat apa bersiap bagai... Qaseh bukannya suka bermake-up. Macam ni pun dah Alhamdulillah. Yang penting, jangan nampak pucat dan selekeh. So, lip balm ni penting untuk menambahkan seri dan melembapkan bibir..." Omel Qaseh seraya itu menyapu lip balm di bibir mungilnya.
Qalif tersenyum melihat gelagat Qaseh.
"Dah, masuk cepat. Nanti lambat pulak..."
"Ok, abang... Thank you, abang..." Qalif membuka pintu untuk Qaseh sebelum menutupnya kembali. Kereta Honda BRV berwarna hitam, meluncur ke jalan raya.
Hampr 15 minit perjalanan, mereka tiba di Midvalley Megamall...
"Wah, Midvalley... Dah lama Qaseh nak datang sini... Tapi, tak berkesempatan." Bukan tak berkesempatan, tapi Qaseh dilarang sama sekali untuk keluar ke mana-mana kecuali sekolah. Apatah lagi hendak bercuti ke mana-mana. Jangan mimpilah...
Segala aktivitinya disekat dan Qalif tahu mengenainya. Sebab itu, setiap kali Qalif bercuti, Qalif akan pastikan membawa Qaseh keluar dari rumah neraka tu dan sekaligus untuk menceriakan hidup Qaseh.
Qalif tahu segala yang berlaku dalam rumah agam yang sebenarnya milik Qaseh. Qalif dipaksa mendiamkan diri. Tapi, Qalif sudah berjanji, tiba masanya, Qalif akan membongkar segala rahsia yang tersimpan terlalu lama. Qalif tak menyesal kerana Qalif tahu, segalanya adalah hak Qaseh. Keluarganya sekadar menumpang kesenangan Qaseh.
Qalif takkan menyesal walaupun terpaksa bermusuhan dengan keluarga sendiri termasuk mama dan papanya dan juga Qabil, adiknya sendiri. Hanya Qasha yang tidak tahu akan perihal siapa Qaseh sebenarnya.
"Come, kita dah sampai..."
"Thanks abang..." Pintu kereta dibuka.
"Wah, besarnya mall ni..."
"Jom, kita tengok butik dulu... Nanti kita jalan-jalan, makan-makan... Ok?"
"Ok, abang. Thanks again..."
"Don't mention."
"Eh, itu Qaseh, kan?"
"Mana?"
"Tu, dengan lelaki hemsem tu... Kau nampak tak?"
"Mana?"
"Ya Allah, kau ni... Rabun ke? Tu Qaseh baju overall dan bert-shirt putih dengan lelaki hemsem pakai baju sama dengan Qaseh... T-shirt putih tu..." Sambil menuding jarinya ke arah Qaseh dan Qalif.
"Eh, yelah... Apa dorang buat kat sini...?"
"Apa pulak kau yang sibuk... Lantaklah..."
"Eh, tapi siapa mamat hemsem tu?"
"Itukan abang dia... Yang kerja off-shore tu..."
"Lar... Ya ke? Hemsem doh! Tak sangka Qaseh ada abang sehemsem tu... Eh, jom... Kita kacau Qaseh... Kot-kot dapat berkenalan dengan abang hemsem dia..."
"Kau? Pantang nampak lelaki hemsem, kan?"
"Eh, mestilah! Namapun Liza Jelitawan..." Sambil bergaya gedik. Laila mencebikkan bibirnya.
'Meluat!'
"Qaseh! Qaseh!" Terhenti langkah Qaseh apabila terdengar namanya dipanggil...
"Kenapa, Qaseh?"
"Qaseh terdengar orang panggil nama Qaseh..."
"Qaseh!" Qaseh menoleh...
"Eh, Liza, Laila..."
"Qaseh, tak sangka jumpa awak kat sini..."
"Eh, awak berdua je ke?"
"A'ah... Kami berdua je..."
"Qaseh, jom..." Ajak Qalif. Bosan sebenarnya melihat perempuan gedik di hadapannya. Merenung orang macam nak makan...
"Eh, Qaseh... Siapa ni?"
"Oh, ni abang saya..."
"Oh... Hai, saya Liza..."
"Hai... Assalammualaikum... Maaf, saya tak salam bukan muhrim... Maafkan kami..." Qalif menarik tangan Qaseh. Tergamam Liza... Tak pernah ada orang menolak huluran tangannya.
"Sorry, korang... Saya pergi dulu, ya...? Bye..."
"Sudahlah tu... Orang tak sudi..."
"Shit! Malu aku! Tak pernah orang tak sambut huluran tangan lembut aku, tau... Ish! Aku punyalah vogue, seksi macam ni, dia tak heran langsung..."
"Tulah kau... Kau ingat semua orang suka ke pandang kita macam ni..."
"Emm, takpe.. Aku suka dengan lelaki macam ni."
"Kau jangan buat hal, Liza... Entah-entah, dah ada makwe ke, tunang ke..."
"Pedulikan semua tu... Yang penting, aku akan cuba pikat abang si Qaseh tu sampai dia melutut kat aku..." Kening dijongket sambil jari runcingnya yang diwarnakan kukunya dengan warna merah menyala, di gigit lembut...
"Baik! Aku cabar kau!"
"Hei, ini Liza Martopolah! Challenge accepted!"
"Baik! Kalau tak berjaya, kau belanja aku sebulan..."
"No hal... Small matter... Kalau aku berjaya, kau belanja aku shopping sebulan."
"Giler kau! Shopping sebulan? Bankrup aku!"
"Habis tu, cabar aku takpe...?"
"Yelah, yelah... Dahlah... Kata nak pergi karaoke... Jomlah..."
"Ala, rilekslah... Khairi belum sampai lagi... Dia dah janji nak jumpa aku kat Legato..."
"Khairi sorang ke?"
"Ala, kau ni... Macam tak biasa pulak... Dah tentulah, si Khairi tu bawak si Jay tu bersama... Kau macam tak kenal dorang macamana..."
"Hah, kalau macam tu, seronoklah sikit... Takdelah aku boring sorang-sorang... Kau sedap berprojek bagai... Aku jadi penonton je! Mana adil!"
"Dah! Dah! Tak payah nak bebel...Jom..."
"Qaseh, siapa tadi tu?"
"Tu kawan sekolah Qaseh..."
"Student lagi...?"
"Emm..."
"Abang tak izinkan Qaseh berkawan dengan orang macam tu..."
"Kenapa pulak? Dia kawan sekolah Qaseh..."
"Kawan sekolah, pakai macam tu... Elok ke..?" Qaseh terdiam. Terkedu mendengar teguran Qalif. Qalif sedar kesilapannya meninggikan suaranya di hadapan Qaseh.
"Abang minta maaf... Abang tegur sebab abang tak nak Qaseh salah pilih kawan. Qaseh fahamkan?"
"Qaseh minta maaf. Qaseh dengar cakap abang..."
"Good girl... Jom, kita masuk butik Zaara... Kot-kot ada yang sesuai dengan Qaseh..."
"Qaseh ikut je..."
"Jom..." Qalif menarik tangan Qaseh masuk ke Butik Pakaian Zaara.
Selesai membeli-belah, Qalif membawa Qaseh shopping barang keperluan Qaseh dan dirinya sendiri sebelum pulang.
Cara layanan Qaif tak ubah seperti pasangan kekasih. Segala kemahuan Qaseh dituruti Qalif. Semuanya demi sayang Qalif pada Qaseh. Qalif tak kisah asalkan Qaseh bahagia... Itupun sementara Qalif bercuti... Habis cutinya nanti, Qaseh akan menghadap muka-muka insan yang dibencinya... Itu Qalif tahu dan Qalif akui.
"Thanks abang... Qaseh suka sangat..."
"Sama-sama Qaseh... Terima kasih sebab sudi temankan abang..."
"Sama-sama abang. Terima kasih tau layan kehendak Qaseh."
"No sweat, sayang..."
"Err, Qaseh, jangan lupa esok ya... Pukul 7.30, kita bertolak..."
"Ok, abang... Qaseh masuk bilik dulu..."
"Ok..."
"Amboi, sakan bershopping... Untuk adik-adik kau takde ke?"
"Korang dah kerjakan... Belilah sendiri..."
"Eh, sombong! Dengan budak pungut tu, elok je kau layan!"
"Suka hati akulah... Kau sibuk cakap dia anak pungut, kau? Aku syorkan kau buat ujian DNA dan ketahui sendiri siapa kau yang sebenarnya?"
"Ap... Apa yang kau cakap ni, Qalif? Aku anak pungut? Betul ke?"
"Got to go... Bye!" Qalif menghilangkan diri di sebalik pintu bilikya.
"Qalif!" Laung Qabil tak puas hati. Qalif tergelak besar selepas menutup pintu biliknya.
"Padan muka kau... Sibuk je nak cakap orang anak pungut... Tak sedar diri, menumpang kesenangan orang!"
Seperti yang dijanjikan, Qalif akan ditemani Qaseh ke majlis perkahwinan sahabat baiknya, Mazlan.
"You look stunning, dear... Cantiknya Qaseh..."
"Ala, abang ni... Qaseh biasa je..."
"Tak! Serius abang cakap, Qaseh cantik sangat... Ni confirm ramai yang tergoda tengok Qaseh nanti. Orang datang bukan tengok pengantin, tapi tengok Qaseh..."
"Abang, dahlah... Malulah Qaseh... Abang pun nampak hemsemlah... Tak pernah tengok abang pakai macam ni... Smart... Macam pelakon filem..."
"Ah, sudah tu... Tak payah nak bodek abang... Abang tahu abang hemsem..."
"Ish, perasannya..."
"Ok, shall we?" Qaseh mengangguk.
Tepat pukul 8, Qalif dan Qaseh tiba di perkarangan Hotel Flamingo, Kuala Lumpur. Qalif menghulurkan kad jemputan pada penyambut tetamu. Mereka beriringan ke tempat yang telah disediakan. Tangan dihulurkan dan tangan Qaseh merangkul lengan Qalif.
Sedari tadi sepasang mata, memerhatikan pergerakan Qaseh... Matanya tak lari dari merenung seraut wajah cantik Qaseh yang dilihatnya penuh kecantikkan asli tanpa perlu bermake-up tebal. Tubuh tinggi lampai, langsing dan ramping umpama model antarabangsa, cukup menarik minatnya.
Apatah lagi ketika ini, Qaseh memakai dress berwarna navy blue dengan sedikit hiasan di dada yang menyerlahkan lagi leher jenjang Qaseh. Air liur ditelan kesat.
'Siapa gadis tu...? She's beautiful...'
'Siapa bersama dia? Couple maybe?'
"Qalif... Thanks fo coming..."
"Congrats bro... Tahniah Lan... Emma... Qaseh, ini kawan abang... Dan ini, isterinya..."
"Tahniah buat kedua-dua mempelai... Sama cantik, sama padan..."
"Terima kasih, Qaseh..." Mazlan merapati Qalif, lalu berbisik di telinganya...
"She's the one...?" Qalif mengangguk.
"She's beautiful..."
"Yap! As I told you before..."
"Take care of her, bro... All the best and good luck..."
"Thank you so much, bro... Anyway, congrats again..."
Qaseh mengerutkan dahinya...
'Apalah yang dibisikkan, kedua-duanya ni...'
"Abang bisik apa dengan pengantin tadi..."
"Takde apa... Dia cakap Qaseh cantik sangat... Dia terlambat tahu abang ada adik secantik Qaseh..."
"Ish, mengarut je... Kak Emma tadi, lagi cantik... Macam model..."
"Emma tu memang model..."
"Oh... Patutlah cantikkan...?"
"Bagi abang, Qaseh lagi cantik... Walaupun berjuta model-model jelitawan yang beratur di depan abang, abang tetap pilih Qaseh..." Kejung Qaseh mendengar kata-kata Qalif.
Assalammualaikum... Salam Jumaat yang penuh barokah... Jemput baca karya sis yang terbaru...
Share this novel
terima kasih
gv00 l. v a