BAB 1

Thriller Completed 592

Aku berkurung di dalam bilik. Lebih tepat di dalam bilik air. Air mata membasahi pipi aku. Air di sinki aku biarkan mengalir sehingga melimpah ruah. Selajur membasahi lantai dan juga seluar aku. Aku tidak pedulikan semua itu. Aku benar-benar berada dalam tidak terurus.

Aku tidak lagi dapat membezakan antara ilusi dan fantasi. Realiti mahupun khayalan. Semuanya bersatu di dalam minda aku. Siang dan malam aku tak dapat bezakan. Aku benar-benar terperangkap di tempat ini.

Tempat yang aku tidak sangka akan membawa sejuta musibah kepada diri aku. Kini aku dapat merasakan aku bakal terperangkap di sini untuk selama-lamanya. Tiada siapa yang dapat menyelamatkan aku. Tiada siapa yang dapat menarik tangan aku keluar dari tempat yang aku rasakan lebih teruk dari lubuk puaka ini.

Dentuman di pintu membuatkan tubuh aku menggigil ketakutan. Aku dapat rasakan ini adalah saat-saat terakhir dalam kehidupan aku. Tiada daya dan upaya lagi untuk aku melawan. Aku berada di dalam kawasan ‘jajahannya’. Aku benar-benar tidak bermaya. Wajah aku pucat seolah-olah darah aku telah disedut sehingga kering. Berjuta penyesalan sudah tiada gunanya lagi. Andai waktu dapat diputar aku tak akan menjejak kaki ke hotel ini!

HOTEL LUDWIG. Anda boleh check out bila-bila masa. Tapi anda tak boleh keluar dari sini!

12.59 minit tengah hari. 1 April 2014

Semuanya bermula pada hari ini. Aku bekerja sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat terkemuka di tanah air. Bebanan kerja yang menimbun membuatkan aku menjadi tertekan ditambah dengan kerja aku yang menuntut ke sana ke mari berunding dengan pelbagai orang.

Lantas aku mengambil satu keputusan drastik untuk mengambil cuti tanpa gaji selama seminggu. Mujur permohonan aku diterima oleh pihak atasan. Kalau tidak diterima sekalipun aku nekad untuk bercuti sendiri. Tekanan dan stress yang melampau buatkan aku tidak boleh bekerja sama sekali. Tambah-tambah saat sakit kepala menyerang. Rasa macam hendak terjun bangunan saja rasanya.

Saat permohonan cuti aku diterima aku sendiri tak tahu ke mana aku hendak menghabiskan cuti tersebut. Yang pasti aku merancang ingin berjalan-jalan sekitar Malaysia sahaja tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Lagipun aku malas nak merantau jauh-jauh. Banyak pulak barang nak kena bawa dan sediakan. Aku tak suka semua tu.

Entah mengapa tiba-tiba hati aku tergamit untuk datang ke Melaka. Bandaraya bersejarah. Kenapa di panggil bandaraya bersejarah? Sebab disitu pelbagai peristiwa sejarah yang penting kepada negara pernah terjadi. Misalnya hikayat Hang Tuah Lima Bersaudara. Asal-usul yang aku tahu dari Melaka. Banyak lagi sejarah yang diketahui ramai dan tidak diketahui ramai berada di Melaka.

Sebaik keputusan diambil, aku rancang untuk drive seorang diri dari Selangor hingga ke Melaka. Lagipun jarak tidak begitu jauh. Hanya memakan masa beberapa jam sahaja. Sebelum keluar daripada rumah, sempat aku mesej seorang kawan perempuan yang kebetulan orang Melaka. Dalam perancangan aku ingin mengajaknya menemani aku bersiar-siar.

Aku tiba di Bandar Hilir setelah menempuh halangan lalu lintas yang menyesakkan jiwa. Aku lepak di Reggae Café yang terletak berdekatan Dataran Pahlawan. Sambil menghirup secawan kopi yang dipesan sebentar tadi lagu Hotel California menjadi halwa telinga. Meskipun aku tidak berapa minat dengan ahli kumpulan Eagle tetapi entah mengapa pada hari itu aku boleh layan lagu tersebut sehingga habis. Bila dihayati betul-betul liriknya kedengaran agak misteri tetapi aku tidak endahkan sangat. Kopi dihirup sehingga habis.

Aku melingas jam di tangan. Rakan wanita aku masih belum tiba meskipun setengah jam berlalu. Aku menunggu beberapa ketika lagi. Baru sahaja jam hampir menunjukkan pukul 4.05 minit petang, sebuah kereta Mini Cooper berwarna merah berhenti di hadapan Reggae Café. Seorang wanita berskirt mini dan berambut perang keluar daripada kereta. Dia berjalan mendapatkan aku. Hampir kesemua mata yang berada di dalam kafe memandang ke arah kami berdua. Mungkin penampilan Mona yang agak seksi menarik perhatian mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience