15 minit kemudia, tepat seperti yang aku ramalkan Alan datang bersama Vespanya.
Sempat lagi aku melihat dia merapikan rambutnya usai membuka helmet yang dipakainya kemudia berjalan sambil tersenyum ke arahku , siulan nakalnya seperti biasa tak pernah lekang.
Apa dia ni memang sejenis orang yang happy je tak pernah ada masalah?
“Sorry, buat kau tunggu lama”
Alan duduk di sebelah aku.
Masih tersengih sambil menampakkan giginya yang terbaris indah itu.
Kalau nak dikatakan kacak, sejujurnya dia ni agak gelap orangnya.
Hitam manis.
Tubuhnya kurus dan tak terlalu tinggi.
kalau lagi senyum, tona giginya memang nampak satu tona putih berbanding orang lain namun jika ditelek dari dekat akan nampak banyak lubang macam jalan nak ke sawah bendang.
Aduh kawan jenis apalah aku ni kutuk kawan sendiiri.
Tapi dia baik, boleh dipercaya.
Ataukah ini adalah doa ku yang didengari oleh Tuhan, betapa Allah telah mengutuskan Alan menemani hidupku? Eh semoga semuanya salah.
Aku harap orang lain pasti datang padaku.
“Agak lama jugalah sebab aku tahu rumah kau belakang ni je.
Ada apa kau datang jumpa aku ni?”
“Ehm.
Share this novel