Bab 51

Romance Completed 207871

Pistol yang jatuh di tempat kaki pemandu diambil dan disisip pada pinggang hadapan.

Enjin kereta dihidupkan dan pintu dilock.

Tiba-tiba telefon bimbit Cleine berbunyi.

"Hello!" Cleine bersuara.

Terdengar suara seseorang di sebelah sana yang marah-marah, seperti suara perempuan.

"Eh, boleh sabar tak? You ingat senang ke I nak bawa perempuan ni?" marah Cleine

"Tak payah banyak cakap, you tunggu je situ. I on the way" kasar suara Cleine.

Talian dimatikan dan telefon dimasukkan semula ke dalam poket, mujur tak terjatuh masa mengejar Intan tadi, kalau tidak jadi satu hal pulak nak pergi cari.

Intan merenung tajam Cleine di sebelah.

"Apa? Tak puas hati? Ni semua kau punya pasal!" jerit Cleine.

Intan yang mulut bertutup sibuk mahu bercakap juga.

"Agrh.. Diamlah" tengking Cleine lalu siku dihentak ke muka Intan.

Terkulai Intan pengsan kerana penangan Cleine.

"Diam pun. Mulut dah tutup pun sibuk lagi nak bercakap" marah Cleine.

Cleine kemudian mengambil jaket tadi lalu menutup wajah dan tubuh Intan.

Rambutnya dibetul-betulkan dengan tangan sambil melihat wajahnya yang lebam dan bibir berdarah pada cermin pandang belakang.

Geram punya pasal, Intan yang masih pengsan ditumbuk lagi. Baru puas hatinya.

Terperosok Intan di kerusi sebelah.

"Puas hati aku" kata Cleine.

Tisu diambil lalu membersihkan wajah yang luka dan bengkak.

Kereta Intan dipandu menuju ke lokasi seperti yang dijanjikan. Dalam perjalanan tiba-tiba kenderaan jadi perlahan di hadapan.

"Ish, apa hal pulak ni. Eksiden ke pun, orang lain eksiden, orang lain yang sibuk" marah Cleine.

Tiba-tiba bulat mata Cleine apabila menyedari ada sekatan jalan raya di hadapan.

Ah sudah, nak pusing dah tak sempat. Cleine dah kalut, kereta yang dipandu semakin hampir ke board pemeriksaan.

Apa pulak dia aku nak cakap kalau polis tanya nanti. Dalam sibuk memikirkan alasan yang hendak diberi. Kereta yang dipandunya ditahan polis bertugas. Pucat wajah Cleine.

Cermin kereta sebelah pemandu diketuk oleh anggota polis berpangkat Koperal.

Kalut Cleine menurunkan cermin.

"Selamat pagi Cik, nak ke mana ni?" soal Koperal Helmi sambil menunduk dan memandang ke kerusi penumpang di sebelah.

"Siapa tu?" soal Koperal Helmi.

"Oh, isteri saya" jawan Cleine teragak-agak.

Anggota polis itu memerhati dalam kenderaan, tiada apa yang mencurigakan cuma pakaian nampak kotor.

"Kenapa dengan baju Cik ni?" soal Koperal Helmi ingin tahu. Nampak seperti ada yang tidak kena sahaja dengan lelaki ini.

"Saya dan isteri pergi hiking, lepas tu terjatuh. Ni nak bawa isteri saya ke hospital untuk rawatan." kata Cleine.

Koperal Helmi masih ragu-ragu.

"Minta kad pengenalan dengan lesen Cik" pinta Koperal Helmi sambil kereta diperhatikan sekeliling di bahagian luar termasuk nombor pendafraran kereta.

Koperal Helmi datang kembali di tingkap bahagian pemandu. Baru sahaja Cleine mahu menyerahkan dokumen yang diminta. Terdengar kekecohan.
Datang salah seorang anggota yang bertugas ke arah Koperal Helmi.

"Cik, lelaki tu enggan beri kerjasama. Saya minta buka box motor tapi dia taknak" adu anggota tersebut.

Koperal Helmi serba salah, samada mahu terus membuat pemeriksaan pada Cleine ataupun membantu anggotanya tadi.

Akhirnya Koperal Helmi bersuara pada Cleine.

"Cik, boleh pergi. Bawa isteri ke hospital cepat" kata Koperal Helmi.

Mendengar sahaja ayat, lega tak terkira Cleine. Sangkanya dia mungkin akan tertangkap tadi.

Setelah Koperal Helmi bergerak ke tepi bahu jalan, pantas Cleine menekan pedal minyak.

"Apa yang kecohnya?" soal Koperal Helmi pada anggota yang ada.

Baru sahaja anggota tersebut mahu menjawab pertanyaan Koperal Helmi terdengar hebahan pada walkie-talkie yang dipasang dipinggangnya.

"Kepada semua elemen-elemen rondaan, hebahan kejadian langgar lari dan melarikan orang. Suspek dipercayai satu lelaki Melayu bersama mangsa satu perempuan Melayu menaiki sebuah motorkar nombor pendaftaran Victor Alpha November (VAN) 3366 jenis Honda HRV warna kelabu gelap"

"Tahan dan tangkap segera. Suspek mungkin bersenjatapi. Jika ada sebarang maklumat sila hubungi Bilik Gerakan yang berhampiran atau hubungi ASP Aniq di talian 012-3456789 diulangi 012-3456789. Hebahan tamat"

Kalut Koperal Helmi mencatit maklumat yang diberi tetapi wajah Koperal Helmi berkerut. Macam pernah nampak nombor pendaftaran ni.

"Cik, tu bukan kereta tadi ke?" soal anggotanya.

Baru Koperal Helmi sedar.

"Hubungi anggota cut off, tahan kereta tu segera!" arah Koperal Helmi.

Manakala Koperal Helmi hubungi Bilik Gerakan untuk memaklumkan perkara ini.

"Cik, anggota cut off maklum, kereta tu dah lepas" kata anggota tadi.

"Tak guna" marah Koperal Helmi.

Telefon bimbit dari poket diambil lalu nombor ASP Aniq di hubungi.

+++

"Tuan pasti ke itu kereta Afrina?" soal Caden kepada Aniq.

Caden yang waktu itu sedang mempengerusikan satu mesyuarat terkejut apabila dihubungi Aniq memaklumkan bahawa kemungkinan Intan dibawa lari.

Laju Caden bersama Carlos datang ke IPK Selangor berjumpa Aniq dan Syam.

"Menurut mangsa yang terlibat kemalangan tersebut, itulah nombor pendaftaran yang diberi. Setelah semakan dibuat dapati kereta didaftarkan atas nama Intan."

"Mulanya saya ingat cuma kemalangan biasa tetapi apabila mangsa yang terlinat dengan kemalangan beritahu kereta dipandu dalam keadaan bahaya, hingga menyebabkan kenderaan lain berlanggar sesama sendiri. Tambahan pula pemilik kenderaan adalah Intan, saya rasa ini pasti ada kaitan dengan Cleine"

"Hebahan telah dibuat, kita tunggu jika ada sebarang maklumat. Saya juga telah arahkan anggota untuk mengesan kedudukan telefon bimbit Intan sekarang" terang Aniq.

Caden dilihat sudah tidak tentu arah.

"Sabar Caden, kita tunggu maklumat yang dapat nanti" kata Syam pada Caden di sebelahnya.

Tiba-tiba telefon bimbit Aniq berbunyi.

"Hello, ya saya, ASP Aniq"

"Apa? Okey. Baiklah"

Talian terus dimatikan.

"Kereta Intan telah dikesan di sekatan jalan raya di Cheras Indan. Anggota terima maklumat berkaitan perkara ini setelah kereta tersebut dilepaskan dari sekatan jalan raya" kata Aniq.

"Tuan cakap di mana kereta Afrina dikesan?" soal Caden.

"Cheras Indah. Kenapa, awak ada apa-apa maklumat ke?" soal Aniq pada Caden.

Caden dan Carlos berbalas pandangan. Lalu Carlos mengangguk.

"Saya pergi dulu" kata Caden pada Aniq dan Syam.

Baru Caden hendak membuka langkah, Aniq menyambar lengan Caden. Dapat dirasakan bahawa Caden tahu di mana Intan berada.

"Jangan bertindak terburu-buru. Biar pihak polis yang melakukan tugas" kata Aniq.

"Tuan nak saya terima jasad tanpa nyawa baru nak ambil tindakan?" soal Caden lalu menarik lengannya dari pegangan Aniq dan terus pergi bersama Carlos.

Syam di sebelah memerhatikan kejadian tersebut lalu berkata.

"Macam pernah tengok benda ni jadi" kata Syam sambil Aniq direnung.

"Apa?" soal Aniq tidak faham.

"Macam tu la kau masa Yus kena culik dulu" kata Syam sambil tersengih.

Menjeling Aniq pada Syam.

"Kau tak faham sebab tak ada isteri" marah Aniq.

Baru Syam hendak membalas. Azman datang bersama fail ditangan.

"Tuan, lokasi telefon Puan Intan dah dapat" terang Koperal Azman lalu menyerahkan fail pada Aniq.

"Saya akan minta Insp Vickey bersama anggota ke lokasi untuk pemeriksaan. Awak Azman dan Lim ikut saya dan Tuan Syam ke lokasi SJR di Cheras Indah. Bawa sekali gambar suspek. Kita nak tunjukkan samada betul orang yang sama atau orang lain" arah Aniq.

"Baik Tuan, saya naik atas dulu panggilkan Lim dan nak ambil kelengkapan" kata Azman.

"Baik, saya dan Tuan Syam tunggu di luar" kata Aniq lalu membuka langkah ke menuju ke kereta pasukan di luar.

"Aniq, kau rasa Caden tahu di mana Intan dibawa ke?" soal Syam pada Aniq di sebelah.

Tegang sahaja wajah sahabatnya itu. Pasti kisah Yus diculik kembali bermain di fikiran.

Aniq hanya memandang Syam sekali lalu.

Share this novel

liyana
2021-02-13 21:53:31 

senangnya nombor telefon


NovelPlus Premium

The best ads free experience