BAB 6

Horror & Thriller Completed 175

“Kau perasan tak tadi?” Amira bersuara.

“Perasan apa pulak?”

“Mata Pak Cik berjambang tukang jual tu asyik merenung kita tau. Semacam
jer aku tengok….. Mujur daging barbeku dia ni betul-betul sedap. Dua
ringgit secucuk pulak tu. Mana nak dapat. Kalau kat tempat aku, sepuluh
ringgit pun belum tentu dapat banyak ni. Lembut betul daging ni. Pandai
Pakcik tu bakar”

“Kau ni macam-macam la Mira. Main tuduh macam tu. Dia macam tu sebab tak
pernah nampak kita kat kawasan ni kot” Hanna bersangka baik. Lutfya pun
turut bersetuju.

“Macam dirancang pulak Mira. Kau ni sensetif betul dengan orang
berjambang.Si Hezry berjambang ker” Perli Lutfya.

“Tak. Misai pun takde”

“Tapi, daging tu memang sedap betul. Nasib baik kita sempat rasa. Kalau
hari-hari macam ni. gemuk aku tau.” Hanna memegang bonjolan lemak di
pinggulnya.

“Itu pun kau nak bising. Dah kahwin laa..dah berumur. Biasa la badan
naik” Iffah meningkah.

“Aku kena jaga laki la..Hilang cutting aku ni..hilang laki tau” Jawab
Hanna semula. Bibirnya dijuih dengan lagak manja.

“Dah la korang ni…. Kita repeat balik game kita sepuluh tahun lepas, nak
tak. Lumba kayak. Boleheksesais sikit. Sapa menang aku sponser hadiah”
Amira memberikan cadangan.

“Dulu aku menang, takde sapa nak sponser hadiah pun” ungkit Lutfya.

“kalau nak hadiah. Kau kena menang kali ni tau” Ujar Amira. Dia yakin
boleh menang sebab dia sorang sahaja yang masih cergas berbanding yang
lain. Kegilaan mereka untuk bersaing antara satu sama lain masih membara.

Hanna memakaikan jaket keselamatan pada Lutfya. Amira dan Iffah sudah
bersedia di gigi air. Masing-masing memegang tali kayak sebelum melompat
masuk ke dalamnya. Bersusah payah Iffah mengimbang badan mengelak dari
kayaknya berpusing dan tenggelam. Mereka semua tidak risau kerana
masing-masing boleh berenang.

“Aku nampak awan-awan tu macam nak hujan jer. Kita nak teruskan ke tak”
Lutfya bimbang. Awan diatas kepala mereka kini berwarna kelabu dan
bertiup laju dihembus angin. Amira yang beria-ia untuk berkayak tadi
langsung tidak mendengar kata-kata Lutfya. Kayaknya dikayuh menghampiri
batu besar sebagai tanda tempat garis perlumbaan mereka.

“Alang-alang basah. Biar basah dengan hujan sekali” Iffah mengayuh
mengejar Amira. Hanna dan Lutfya pun lekas-lekas menurut.

“Sedia semua.Law sepuluh tahun lepas tak berubah tau. Semua kena
berkayuh sampai ke batu besar di hujung sana. Siapa sampai dulu ke sini
dikira pemenang” Amira memberikan arahan. Lagak seakan penganjur
pertandingan.

Kayak mereka terumbang ambing dibuai ombak yang semakin meninggi. Ego
untuk menang yang menyebabkan mereka masih bertahan untuk berlumba.

“Satu, dua…..MULA…” Jerit Amira seraya berkayuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience