Bab 2

Romance Series 113896

Aku bersama mak dan Kak Ida bersihkan meja dan mengemas dapur setelah selesai makan. Manakala abah, along dan Amy naik ke bilik untuk solat.

"Ha, Yus, Ida. Mak naik atas dulu nak mandi dan solat. Kejap-kejap lagi korang tolong mak masak minum petang ye. Ni dah tak ada apa-apa, pergi la rehat dulu". Ucap mak lalu meninggalkan dapur dan naik ke tingkat atas.

"Yus nak naik bilik juga ke?" soal Kak Ida sambil mengelap tangan pada tuala.

"Tak kot, kejap lagi la" ucap aku sambil minum air kosong dan terus ke sinki untuk membasuh gelas.

"Hm... Akak nak tanya sikit" soal Kak Ida sambil menarik kerusi di meja makan dan duduk.

"Tanya apa? Lain macam je akak ni" aku juga turut menarik kerusi dan melabuhkan punggung berhadapan dengan Kak Ida.

"Ish, tak ada apalah. Cuma akak nak tanya, ada tak mak atau abah beritahu mengenai Umrah? " soal Kak Ida.

"Umrah, sapa nak pergi Umrah? Bulan lepas ada mak dengan abah sembang-sembang dengan Along beritahu nak pergi Umrah satu family. Tapi tak tau la bila sebabnya Amy hujung bulan ni baru habis praktikal dan katanya syarikat tempat dia kerja tu nak tawar jawatan tetap terus sebagai Penolong Pengurus Operasi tapi tempoh percubaan 6 bulan rasanya, kalau layak dia akan dapat terus jawatan tu". Terangku pada Kak Ida.

"Ooo.. Yus pulak macam mana, boleh ikut ke?" Soal Kak Ida dengan muka yang penuh mengharap. Ye lah, Kak Ida anak tunggal, keluarganya pula dah tiada. Ibu Kak Ida tak silap meninggal dunia 4 tahun lepas sakit kanser manakala ayah Kak Ida pula meninggal dunia awal tahun lepas. Ni je la keluarga yang Kak Ida ada selain dari saudara-maranya.

"Yus memang teringin sangat nak ikut. Rasanya macam boleh, nanti tengok macam mana tapi kena bagi tarikh yang betul-betul la takut nanti ada metting yang Yus kena attend" balas aku.

"Tu la, abah suruh kerja dengan abah tak nak. Kalau kerja dengan abah kan senang".

"Ala.. Bukan tak nak kerja dengan abah tapi nak cari pengalaman dulu. Nanti dah cukup ilmu di dada baru la kerja dengan abah". Ucap aku sambil tepuk-tepuk dada dan tersengih.

Bukan aku tak nak kerja dengan abah sebab syarikat abah tak sebesar syarikat yang aku kerja sekarang tapi macam aku cakap tadi la. Aku nak cari pengalaman yang cukup dan baru kerja dengan abah. Lagi pun aku tak nak perkerja kat syarikat abah tu layan aku lebih dari pekerja biasa. Aku pun makan gaji jugak.

'Tap, tap, tap'

Dengar orang petik jari depan mata.

"Adoi... Dah sampai mana dah adik akak ni? Kita bercakap sorang-sorang rupanya. Kuat sangat mengelamun. Kena kawin cepat ni" sakat Kak Ida sambil bangun dan sorong kerusi.

Tersengih-sengih aku sambil menunjuk gigi dan buat muka comel.

"Dah la, akak nak masuk bilik nak mandi dan solat. Yus pulak jangan nak sambung berangan kat sini pulak. Dah pergi masuk bilik solat. Kuat sangat berangan" ucap Kak Ida sambil menggeleng kepala dan berlalu dari dapur.

"Baik... " balasku sambil tersengih.

Aku bukan berangan okey, cuma berfikir. Berangan tu lain. Berfikir tu lain.

Sebenarnya bukan aku tak nak kerja dengan abah. Ikutkan cita-cita aku pun sebenarnya nak jadi polis macam along tapi abah dengan mak tak benarkan. Katanya kalau dah semua kerja polis, siapa nak kerja dengan abah. Amy kan ada. Ha.. Budak tu pun sebenarnya bukan minat sangat dengan kerja-kerja pejabat ni, dia lebih suka jadi photographer. Tengok je la dalam bilik dia tu, penuh dengan camera. Macam-macam jenis camera.

Masa along kawin hari tu, dia la jadi photographernya. Cantik-cantik gambar yang diambil. Amy pernah cakap nak buka studio satu hari nanti tapi aku pun tak tau macam mana dia boleh terjebak dengan semua tu.

Aku tabik jugak dekat Amy, walaupun business bukan bidang dia, dia tetap ambil business study dan hasilnya sentiasa dapat keputusan yang cemerlang.

"Hai Yus.. Dari tadi dok berangan kat dapur ni tak abis-abis. Mak dah siap mandi dan solat, Yus masih kat sini. Dah-dah pergi naik mandi, solat. Anak dara apa macam ni" tegur mak sambil menolak tubuhku keluar dari dapur.

Aku jeling jam di ruang tamu. Uih, dah pukul 3 petang. Lamanya aku berangan. Teruk kau ni Yus. Kuat sakit kau ni.. Sambil geleng kepala kali melangkah menaiki tangga.

"Oh mak kau!!" terjerit aku. Nasib baik sempat pegang pemegang tangga. Kalau tak jadi nangka busuk.

"Kau ni kak, sambil berjalan pun berangan ke?. Teruk dah kau ni kak.. " ucap Amy sambil geleng kepala.

"Apa geleng-geleng. Eh, kau tu yang jalan tak pakai mata. Ha, tengok la lagi telefon tu. Mata mana mata?"

"Eh, dia yang langgar orang, orang pulak yang salah. Mak... Ooo... Mak.. Tolong bagi Kak Yus ni kawin cepat. Kuat sangat berangannya". Jerit Amy sambil berlari ke dapur.

Takut la tu kena tarik seluar. Kih kih kih

"Yus nak ke? Along ada kawan sorang. Kalau nak, along boleh ejas. Duda lagi tau. Duda muda, hendsome dan sado lagi." ucap along yang baru sampai di ruang tamu.

"Ha, elok juga tu. Abah pun teringin nak dapat menantu lelaki". Tambah abah pulak.

"Ee.... Apa ni.. Saja je kan. Semua nak kenakan orang"

Berdentum-dentum bunyi tapak kaki aku berlari menaiki tangga.

Suka diaorangkan. Bergelak ketawa berjemaah kat aku. Menyampah!

Masuk bilik terus pintu bilik aku kunci. Uwek.. Ada along nak kenenkan aku dengan duda. Apa barang duda. Kompom-kompom duda tua.

Daripada kawan along tu baik anak CEO kat syarikat aku kerja tu. Hari tu sembang join group bawang Kak Syikin. Katanya anak Tan Sri Mokthar tu tak nak kerja dengan Tan Sri sebab pilih kerjaya sendiri dan akhirnya kena halau dari rumah dan sekarang tak tahu ada di mana. Tapi kata Kak Syikin anak Tan Sri Mokhtar tu segak, sado orangnya. Sapa dapat kahwin dengan anak Tan Sri Mokthar tu untung jugakkan. Kaya tu.. Berapa banyak syarikat yang dia ada. Tu belum kat luar negara lagi. Fuh!!

Eh... Dah la kau Yus. Sibuk pikir anak teruna orang. Dia kenal kau pun tak. Berangan je lebih.

Baik aku mandi sekarang. Karang tak pasal-pasal ada security pencen datang ketuk pintu bilik lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience