BAB 5

Romance Completed 43245

Hari ini merupakan hari kedua aku bekerja dengan Afiq Raihan. Semua arahan yang diberikan semua aku buat. Termasuklah nasi lemak yang diminta oleh Afiq Raihan.

Penat juga aku 'berperang ' di dapur pada awal pagi dengan bantuan Aira demi menyiapkan nasi lemak. Fuh, aku bangga dengan hasil air tangan aku sendiri!

Secangkir air kopi telah aku siap buat. Bilik Afiq Raihan juga telah dikemaskan. Fail yang diperlukan untuk meeting hari ini juga telah aku siapkan. Sumpah, aku bangga gila sekarang ni! Hahaha

Apa dia ingat aku tak boleh buat ke semua ni! Alah, kacang je!

Sekarang ni, tinggal nak inform schedule Afiq Raihan saja. Selepas itu, aku dah tak perlu hadap muka mamat tu dah.

Aku mengulum senyuman. Jam di tangan aku kerling. Jam menunjukkan 7.30 pagi. Lagi setengah jam, sebelum dia beritahu Afiq Raihan
tentang jadualnya sepanjang hari ini.

'Mana mamat ni, penat aku masak takkan tak datang pulak' gumam aku sendirian.

???

Aku mempercepatkan langkah. Seraya itu, jam di tangan aku kerling. Jam menunjukkan pukul 7.40 pagi. Masih belum terlewat. Tetapi, aku masih terus mempercepatkan langkah.

Sampai sahaja di depan bilik, tombol pintu aku pulas. Aku meliarkan pandangan ke sekeliling. Aku terperasan ada sesuatu di atas meja.

Lantas, kaki aku dihala ke arah meja untuk melihat sesuatu itu. Terdapat secawan kopi yang masih panas dan sebuah bekas makanan. Aku mengambil bekas makanan tersebut lalu membukanya.

Aroma makanan tersebut menusuk ke dalam rongga hidung. Baunya saja dah membuatkan aku kecur air liur. Ternyata makanan itu adalah nasi lemak. Aku mengukir senyuman.

Tidak sia sia aku tak bersarapan pagi tadi. Baru saja,aku mahu menjamu selera. Ketukan di pintu menghentikan niat aku.

''Masuk''

Lantas, nasi lemak itu selamat masuk dalam perut aku. Terpejam mata aku seketika kerana terlalu asyik dengan kesedapan nasi lemak itu.

''Aku tahulah, aku masak sedap tapi takkanlah sampai tak nak tahu pasal jadual kau hari ini kot''ujar Anis Raihanna. Dia tergelak kecil.

Mana tidaknya, macam tak makan setahun jer gayanya.

'' Mana ada sedap, aku laparlah mak cik! '' bidas aku ingin menafikan.

Sempat juga aku kerling jam di tangan. Jam menunjukkan pukul 8.00 pagi. Patutlah minah ni masuk nak beritahu jadual aku rupanya!

''Ha, tunggu apa lagi,cepatlah beritahu. Orang nak makan pun nak kacau'' ujar aku sambil membuat riak muka menyampah.

''Ish, kau ni memang cari pasal betul la! Dahlah, tak berterima kasih!'' perli gadis itu sebelum menyambung lagi kata katanya.

''Hari ni kau ada tiga appointment dan kau kena pergi site petang ni pukul 4 untuk bincang progress projek kat Putrajaya.'' terang Anis Raihanna panjang lebar.

Aku mengangguk tanda faham.

'' Kalau dah tak ada apa apa, aku keluar dulu''

'' Siapa benarkan kau keluar, tunggu lah aku habis makan dulu kot ye pun, aku tahu la kau tak sabar nak ikut aku''

Aku tersenyum nakal. Saja nak menyakat minah ni pagi pagi buta.

Namun gadis itu mengerutkan dahinya seperti tidak faham maksud aku. Aku salah cakap ke tadi? getus hati aku.

'' Yang kau terkerut kerut dahi tu kenapa''

''Apa kau cakap tadi..''

Eh, dah pekak ke minah ni? Sekarang,aku pulak yang terkerut dahi.

Anis Raihanna seperti sedang mencerna kata kata Afiq Raihan. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

'' Apa maksud kau yang aku tak sabar ikut kau.. Aku ada kerja lainlah nak buat.'' kata Anis Raihanna sambil membuat riak muka menyampah.

Afiq Raihan menepuk dahinya. Sah, minah ni tak tahu kerja dia buat apa sebenarnya. Dia mengeluh perlahan.

''Oi, makcik, masalahnya kerja kau memang kena ikut aku pun. Tulah dah belajar engineering sibuk nak jadi sangat PA aku kan. Kesian aku dapat mak cik yang tak reti buat kerja ni'' keluh Afiq Raihan.

Anis Raihanna hanya mencebik. Suka lah tu perli aku. Ya, memang aku tak tahu kerja ni kena ikut mamat tu sepanjang masa. Kalau aku tahu dari awal, baik aku jadi engineer je. Malangnya,nasi dah jadi bubur.

''Ha, tercegat apa lagi, jomlah! ''

''Ish, sabarlah orang nak ambil fail ni!''

Lantas, fail yang diperlukan aku ambil sebelum mengikuti langkah Afiq Raihan dari belakang.

Ish,penat lah kalau hari hari macam ni! rungut aku didalam hati. Cakap kuat kuat kang mamat depan ni dengar.

''Ha, kutuk aku la tu''

''Tak kuasa aku''

Ah! Parah kalau hari hari macam ni!

Ibu! Tolong Anis!

???

Ah, penatnya! Itu sahaja yang terpacul dari bibir aku sekarang ni. Aku menggeliat bagi menghilangkan kepenatan badan aku sekarang ni.

Baru sekarang ni, aku dapat rehat. Mana tidaknya, mamat tu semua suruh aku buat.

'' Mak cik, ambil fail tu kejap! ''

'' Oi minah, cuba check graf projek Damansara ni''

''Wei, belikan aku makanan, aku lapar! ''

Macam macam lagi lah dia suruh aku buat. Sekali pandang, nampak macam aku kuli dia tau. Dua kali pandang, macam apa dah.

Rasa nak mengamuk pun ada tapi aku sabar sebab aku tahu dia bos aku. Tapi kalau bukan memang dah tempeleng dah kepala mamat tu aku buat!

Aku merengus geram. Geramnya! Mata aku sempat mengerling jam ditangan sekilas. Dah pukul 3 petang.
Aku bergegas mengambil beg tangan dan fail yang diperlukan.

Aku mengemas apa yang patut. Aku bercadang nak terus balik lepas pergi site ni. Malas aku patah balik pejabat memandangkan aku penat hari ini.

'' Dah, siap? ''

''Dah, jom!''

Aku bergegas keluar mengikuti langkah Afiq Raihan. Kami pergi secara berasingan dengan menggunakan kereta masing masing.

Lalu, kereta kami laju meluncur di jalan raya.

Setibanya kami,aku lantas menukarkan kasut heels yang dipakai kepada sneaker yang aku selalu bawa dalam kereta.

''Wei, mak cik kau cepat sikit boleh tak?! Panas ni! '' kata Afiq Raihan sambil mengibaskan tangannya ke muka.

Dia kelihatan kacak sekali dengan hanya mengenakan kaca mata hitam dan kemeja berwarna putih itu. Dia turut menyinsing lengan kemejanya hingga ke siku.

Peluh mula merenik didahinya.
Walaupun dalam keadaan begitu, terserlah juga kekacakannya. Terpuji lebih pulak.

''Sabarlah, orang dah nak siap lah ni!''

Kelibat Afiq Raihan sudah tidak kelihatan. Nampaknya, aku kena tinggal la ni. Tak guna punya mamat!

Usai saja, aku mencari kelibat mamat tu. Aku meliarkan pandangan ke sekeliling. Mana pulak mamat ni!

Peluh mula merenik di dahi. Terik sungguh cuaca petang ni. Aku masih mencari kelibat Afiq Raihan.

''Woi, minah sinilah!'' panggil Afiq Raihan tidak jauh dari tempat aku hanya berdiri.

Aku menghalakan pandangan terhadapnya. Lantas, langkah terus dipercepatkan menuju ke arah lelaki itu.

'' Kau pergi mana tadi! ''

''Siapa suruh kau tinggal aku, nasib tak sesat tau tadi! ''

''Kau yang lembab,mengada! Bak sini fail tu''kata Afiq Raihan sambil tangannya dihulurkan untuk mengambil fail tersebut daripada tangan aku.

Akhirnya,fail bertukar tangan. Kelihatan Afiq Raihan sedang berbincang dengan pengurus projek ni.

Aku hanya merayau rayau di sekitar kawasan itu. Nampaknya, projek ini dah nak siap memandangkan binaan di situ telah hampir siap dibina.

''Hana, nanti catat yang projek ni dah ada progress.'' kata aku kepada Anis Raihanna. Aku menoleh ke sebelah. Kelibat Anis Raihanna tidak kelihatan.
''Aduh,mana lagi minah ni pergi!'' omel aku sendirian. Aku bersalaman dengan Hanif,pengurus projek ini sebelum berpisah. Lantas, aku mencari Anis Raihanna.

Aku terus merayau tanpa arah tuju. Lalu, aku ternampak kolam renang yang telah siap dibina. Aku mendekatkan diri. Wah, besarnya!
Aku teruja. Baru saja, mahu merendamkan kaki aku,aku jatuh tergelincir masuk ke dalam kolam renang tersebut.

Tercungap cungap aku mengambil nafas. Aku panik. Aku mana reti berenang ni! Aku mencari orang yang berdekatan untuk meminta bantuan.
Malangnya, tiada siapa yang berada di situ. Aku menjerit meminta pertolongan manalah tahu kalau ada orang dengar.

''Tolong! Tolong! Tolong! ''

Aku hampir berputus asa kerana tiada siapa yang dengar. Badan aku mula ditenggelami air. Aku redha kalau dah tiba masanya.

Aku seperti mendengar seseorang meminta pertolongan. Aku rasa suara itu suara Hana! Aku berlari ke arah suara itu datang tadi. Tetapi, tiada sesiapa yang berada di situ. Hanya sebuah kolam renang yang besar saja.
Baru saja, aku mahu meninggalkan tempat itu. Bunyi percikan air kedengaran. Aku terus menghalakan pandangan ke dalam kolam renang tersebut. Alangkah terkejutnya aku apabila terlihat sekujur tubuh yang amat dikenali sedang ditenggelami air.

Tanpa berlengahkan masa, aku terus terjun ke dalam air. Aku menarik tubuh itu ke permukaan air lalu mencempung badannya sebelum diletakkan perlahan di atas tanah.

Aku memeriksa nadi gadis itu. Lemah. Aku menekan dadanya untuk mengeluarkan air yang masuk ke dalam rongga pernafasannya.

Tidak lama kemudian, gadis itu terbatuk batuk mengeluarkan air dari mulutnya. Aku menghela nafas lega.

Aku membuka mata. Adakah aku dah mati? Persoalan pertama yang terlintas dalam fikiran. Aku terbatuk batuk kerana merasakan seperti tertelan air yang banyak.

'' Woi, kau ok tak? ''

Aku macam tidak percaya. Aku memandang baju aku. Basah lencun wei! Aku menghela nafas lega kerana masih hidup. Aku nyaris mati kerana lemas tadi.

''Aku tahulah panas tapi takkan sampai terjun nak mandi kolam kot'' sindir Afiq Raihan. Dia sedang mengeringkan baju yang basah.

''Aku terjatuh la. Aku tak gila lagi sampai nak terjun kolam sebab panas''bidas aku.

Kiranya, mamat ni lah yang selamatkan aku?! Ah! Dalam banyak banyak orang kenapa dia jugak. Getus hati aku.

''Dah la tu, tak nak balik ke mak cik''

Gila ke. Takkan aku nak pergi dalam keadaan macam ni. Basah lencun kot! Dah la pekerja tu semua lelaki. Baju aku dah la putih memang nampak la!
Aku menutup badan aku dengan tangan. Tak nak la aku buat show pulak petang petang ni. Afiq Raihan pun basah lencun tapi dia tu lelaki! Aku ni perempuan!

''Yer,nak balik la ni..Kau jalan la dulu''ujar aku membuat alasan.

''Nah, ambil blazer aku ni. Aku tak nak la kau buat free show petang petang ni. Lain kali,jangan pakai baju warna putih,kalau nak juga pakailah blazer ke apa.''terang Afiq Raihan panjang lebar.Seraya itu,dia mencampakkan blazernya ke arah aku. Lantas,tangan aku menyambutnya.

Muka aku mula memerah. Afiq Raihan hanya mengukir senyuman nakal. Dasar gatal!

Kami berjalan beriringan menuju ke kereta masing masing. Ramai juga mata memandang kami. Rasa pelik mungkin. Memang patut pun, tadi datang elok jer tiba tiba nak balik basah lencun!

Aku mula berbicara ingin memecahkan kesunyian.

''Wei..''

Afiq Raihan hanya mengangkat keningnya dan membuat riak muka tanda 'Apa'.

''Aku nak cakap terima kasih sebab tolong aku tadi'' kata aku ikhlas.

Afiq Raihan hanya mengangguk.

Aku mencebik. Bukan nak cakap sama sama ke apa ke. Ish,baik tak yah cakap tadi. Rasa menyesal mula menguasai diri.

''Tak payah nak cebik sangatlah,aku debik kang baru tau! Apa yang aku tahu,esok kau kena datang kerja,eh. Jangan nak mengelat sebab trauma lemas tadi. Aku potong gaji kau satgi!'' kata Afiq Raihan. Sempat lagi sindir aku tu.

''Ish,aku tahulah! Dah la pergi balik! Blazer ni esok aku pulangkan''

Buang masa jer cakap dengan orang macam Afiq Raihan ni. Buat darah orang menyirap je tahu!

''Tahu pun,nak pulangkan. Jangan buat macam sendiri punya eh. Lagi satu, kurangkan berat kau sikit. Berat sangat! Penat aku angkat kau tadi! '' kata Afiq Raihan.

Padahal,bukan berat mana pun saja nak cari pasal dengan minah tu. Sekali sekala tak apa kan!

Aku membutangkan mata. Dia angkat aku?! Ada ke kata dia berat! Memang cari pasal mamat ni! Makin mengelegak darah aku sekarang ni.

''Apa kau cakap tadi?!''

''K.A.U. B.E.R.A.T''

Siap diejanya lagi perkataan tu. Baru saja, aku mahu berlari ke arah Afiq Raihan. Lelaki itu terus meloloskan diri ke dalam kereta. Dia sempat juga menjelirkan lidah ke arah aku sebelum kereta itu dipacu dengan laju.

''Afiq Raihan!''

Aku melaung nama lelaki itu. Tak kisah lah dengan mata memandang. Aku terus balik dengan perasaan geram yang tak terhingga.

''Kau tunggulah,Afiq Raihan!''

Dalam diam, Afiq Raihan hanya mengukir senyuman sebelum menghamburkan tawanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience