BAB 3.

Crime Series 8606

"MAAFKAN saya." 

"Lepas ini , saya takkan benarkan awak lawati lelaki itu lagi!" 

"Tapi Tuan?" Soal Dr Amni membantah. Dia tidak berpuas hati selagi tak dapat info selanjutnya.

"Dr Amni! Kenapa mesti awak bersusah- payah kerana dia? Sedangkan warisnya pun sekali pun tidak mengambil berat pasal dia!"  Dan kata-kata dari lelaki itu, makin membuatkan keinginan Dr Amni mengetahui lebih lanjut lagi perihal Aiman Syafik lebih kuat dan mendalam.

Serta Dr  Amni kurang  bersetuju dengan kata-kata berbaur kasar itu.  Bukankah seharusnya dia sebagai ketua pusat jiwa seharusnya tahu serta membenarkan para pesakitnya dirawat dengan betul?

Tapi ini sebaliknya pula?

"Kalau Tuan tak keberatan… izinkan saya untuk mengetahui maklumat waris- warisnya..."  Dr Amni mengalunkan kata-kata itu dengan nada perlahan.  Resah seandainya tidak dibenarkan sedangkan hatinya terlalu ingin tahu.

Pun begitu, Dr Amni tetap Dr Amni.

Memandangkan proses  psikoanalisis yang dijalankan masih berada di awalan,  Dr Amni amat memerlukan info-info dan selagi ada, pasti akan dia korek.

Tambahan pula,  kes dia kali ini agak komplikated.  Seorang lelaki dalam dakwaan membunuh bersiri dan dalam masa sama dia juga dikehendaki  menjalani pemeriksaan mental.  

Mahkamah mahu melihat apakah lelaki ini benar-benar mempunyai permasalahan jiwa atau sekadar lakonan untuk melepasi hukuman mandatori iaitu tali gantung.

Dr Amni masih lagi  menahan kesabaran apabila dia lihat lelaki berkepala sulah hadapannya itu bagaikan ingin bermain tarik tali dengannya.

"Baiklah, tetapi saya tetap berasa pelik kenapa Dr Amni terlalu ingin tahu pasal Aiman Syafiq? Bukankah, pihak mahkamah sendiri telah mengesahkan masalah jiwa yang dia alami itu…" Dia bersuara dan lupa mengenai fungsi pusat dia ketuai itu untuk rawatan apa.  

"Itu dari segi undang- undang tapi tidak dari segi perubatan. Dan masih di dalam psikoanalisis, Tuan. Ya, memang benar mahkamah sudah menjatuhkan hukuman tetapi kita perlu siasat juga. Jika benar dia ada masalah jiwa, saya yakin... ada rahsia di sebalik semua yang berlaku. Tentu ada sesuatu yang menyebabkan Aiman jadi tidak waras seperti sekarang, tuan," sambut Dr Amni yakin sekali.  Dia berasa lega dengan persetujuan tersebut.

'Siapa Sabrina?' Hati masih menyoal.  Dalam pada itu,  mata merenung wajah lelaki bersulah di hadapan.  

"Ada apa-apa lagi yang mahu awak tanya?" Soal lelaki itu.  Dia boleh membaca riak wajah Dr Amni kala itu.  Dr  Amni menarik nafas buat seketika dan menghelanya.  

"Tuan tahu tak pasal Sabrina yang dia sebut-sebutkan tadi?  Atau sewaktu dia di hantarkan ke  sini ada sebarang maklumat tentang gadis ini ditinggalkan?"  Dr Amni menyoal.  Lelaki berkepala sulah itu pula merenungnya.

Dalam masa terdiam,  dia mengambil sebuah fail dari dalam laci.  Tiada sebarang maklumat yang diperolehi hanya sekeping gambar. Dah lama sebenarnya ketua pusat itu ingin memperlihatkannya.

Tak berkelip mata Dr Amni tatkala potret bersaiz standard itu berada di depannya kini.

"Ini adalah sebab terbesar kenapa kami tak mengizinkan Dr menemuinya secara berdepan begitu." 

"Wajahnya saling tak tumpah wajah saya?"  Hampir terbelalak mata saat bola mata hitamnya tertunak pada gambar dengan saiz standard itu.  Laju Dr Amni mengambil dan meneliti dengan sebaik mungkin.

"Ya, doktor ..."  Jawab lelaki berkepala sulah itu juga merenung antara wajah Dr Amni dengan gadis di dalam gambar.  Tiada langsung perbezaan.  Sangat ketara persamaan wajah keduanya bagaikan kembar.

"Jadi apakah kemungkinannya… kerana persamaan wajah menyebabkan dia bertindak sebegitu?"  Dr Amni pula menyoal.

"Mungkin iya.  Jadi doktor bagaimana? Apa pendapat doktor ? Perlukah pertemuan seterusnya dijalankan?" Soal lelaki berkumis tebal itu seraya menghentakkan jari - jemarinya atas meja.

Wajah ayu doktor muda itu direnung lama.  Pada pemikirannya, mungkin gadis itu sebaya dengan anak perempuannya.

"Ya, perlu. Kalau Tuan izinkan… saya perlu teruskan lagi.  Saya yakin Aiman Syafiq mungkin boleh dipulihkan.  Saya  juga pasti dia sekarang amat memerlukan seseorang untuk dia bercerita jika cara approach diterima olehnya dengan cara yang betul.  Pesakit bilik gelap itu perlu di bantu Tuan..."

Dr Amni sekali lagi mengambil gambar Sabrina dari atas meja.  

"Tuan, izinkan saya pegang gambar ini buat seketika," pohon Dr Amni dan mendapat anggukan dari ketua urusan pusat.   

"Dr Amni…"  Panggilnya lagi.

"Ya…"  Sahut Dr Amni pula sambil mendongak.

"Tapi kami tak mengizinkan doktor mendekatinya lagi. Dia sangat merbahaya.  Doktor hanya boleh menemubualnya dari balik jeriji…"  Kata-kata berupa arahan itu sebenarnya tidak Dr Amni setujui namun…

Dari dia langsung tidak dibenarkan mengambil kes yang semakin ingin dia dalami itu.  Mahu atau pun tidak, dia mengangguk.  Tetapi minda berputaran dengan idea-idea bagaimana untuk mendekati lelaki berpewatakan misteri itu lagi.

"Er tuan…"  Sekali lagi, Dr Amni memanggil. Serba-salah juga dia dalam menutur susunan ayat yang lengkap tercipta di benaknya waktu itu.

"Begini Tuan…  apa kata tengok dahulu mood dia? Seandainya saya merasakan agak selamat… boleh tak saya cuba mendekatinya?  Jika mood  dia ternyata tak baik… saya akan berbicara dari luar sel..." Dr Amni cuba memperjudikan niatnya itu.

Memang ada perubahan pada wajah ketua pusat kesihatan mental itu.  

'Sama degil dengan doktor Aida…' Cemuh hati kecil sang ketua seraya menggeleng kecil.  A jawapannya pasti akan menjadi A. Bukan B mahupun C.

Dr Amni masih lagi mengharap jawapan positif dari ketua pusat.

"Adakah doktor yakin? Sebenarnya agak berat ..."  Akhirnya lelaki berkepala sulah bersuara setelah  memakan masa beberapa minit berdiam diri.  Dia harus menimbang dengan setepat-tepatnya.  Baik buruk keputusan yang diambil tetap akan berbalik pada dirinya juga.

"Jangan risau Tuan. Seperti yang saya katakan tadi… semuanya bergantung pada mood pesakit…" Tenang dan yakin Dr Amni menjawab.  

"Baiklah jika begitu kata awak… Tetapi ingat keselamatan masih penting di sini.  Saya tahu niat awak suci untuk merawat pesakit-pesakit kita di sini tetapi tetap perlu diingat mereka masih belum sembuh dalam erti kata sebenar…"

Dr Amni tersenyum dalam kelegaan.  Dia laju mengangguk.  Dia faham pada etika kerjanya.

Setelah beberapa minit perbualan berlangsung, Dr Amni dibenarkan untuk kembali ke kamar pejabatnya kembali.  Lega rasa dada Dr Amni masih tidak diberikan notis  merah perlanggaran syarat pekerjaan.  

Setelah pintu dirapatkan dari arah luar.  Dr Amni berjalan perlahan-lahan di laluan sepi itu.  Jarak antara kamar pejabatnya selang sebuah blok bangunan.  Dan tetap akan nampak bangunan yang menempatkan bilik isolasi yang dipanggil bilik gelap.

Sementara itu di bilik gelap…

AIMAN masih lagi mengayunkan tubuh ber-straightjacket ke depan dan ke  belakang.  Humming sesekali dia lantunkan sambil tersengih-sengih seorang diri.  

Di dinding masih lagi tertayang beberapa episod gulungan filem-filem ceritera sewaktu dia masih lagi menjadi raja di mata perempuan-perempuan jelita.  

Dari suasana dalam hotel mewah, kelab-kelab malam eksklusif, bangunan pejabat dan terakhir sekali bilik penyiksaan yang utama dia gemarinya. 

Bagaikan masih panas lagi jeritan para wanita seksi itu kala menjadi mangsa ratahan alatan seksaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience