“Kak Ngah.. Macam mana dengan hal yang ibu bagitau hari tu? Kak ngah dah habis belajar ni. Puan Azah dah tak sabar tunggu jawapan..” ujar ibu semasa di malam dia bersama-sama adiknya menonton. Baru tiga hari tiba di rumah setelah menghabiskan pengajiannya, dia sudah disoal dengan soalan itu. Serta merta dia teringat soal risikan yang sudah berlalu hampir beberapa bulan lepas. Dah lama sangat tertangguh tanpa jawapan. Dulu dia juga yang cakap mahu fikir selepas habis belajar.
“Err…kak ngah…”
“Kenapa sekarang ni, tambah-tambah sejak balik ni, ibu tengok kak ngah asyik termenung saja? Ada masalah ke?” Soal ibunya. Wieyda cepat-cepat menggeleng. Mana mungkin dia bercerita pada ibu tentang rasa hatinya yang masih tidak sihat sejak perkahwinan Hazimi beberapa minggu lepas.
“Terima sajalah kak ngah.. Qairin tu bagus budaknya, lebih kurang Nazmi juga.. Abah tak ada masalah..” sela abahnya. Wieyda sengih. Alah abah ni..
“Err..Kak ngah tak tau.. kak ngah…macam tak sedia.. lagipun mana kak ngah kenal dia tu..”
“Tak apalah.. janji ibu dan abah kenal..” tambah abah lagi. Wieyda ketap bibir sambil menjeling manja pada abahnya.
“Kak ngah baru 24 tahun la bah..”
“Ameena tu masa umur 23 tahun dah kawin..” tambah ibu pula. Wieyda diam. Tersengih. Nak kahwin? Hatinya dah tetap ke?
“Nantilah.. kak ngah pikir..”
“Hai..dari dulu ibu mintak suruh fikir, tak fikir-fikir?”
“Bukan..hanya nak kepastian kali terakhir..” dalihnya. Sebenarnya dia masih tidak berani mahu beri jawapan. Dia berlalu ke bilik. Aduh..Aduh.. Aduh..
*******
“Ya Allah.. Andai dia adalah yang terbaik demi dunia dan akhiratku, Kau dekatkanlah hati kami untuk saling mencintai hanya keranaMu.. Andai dia bukanlah yang terbaik demi dunia dan akhiratku, Kau jauh dan pisahkanlah kami dengan cara yang baik. Hanya padaMu aku berserah. Sesungguhnya aku tidak pernah mengetahui, sedangkan Engkaulah yang lebih mengetahui segalanya.. Wahai Tuhan yang Maha Agung.”
******
“Terima kasih.. menyambut salam cinta saya..” ujaran lelaki bernama Qairin itu seakan membuatkan dia terbisu tiba-tiba. Aduh..tiba-tiba rasa kelu. Lidah macam kena gam. Tidak tahu kenapa. Bukan sebab machonya suara, tapi…sebab ada perasaan lain yang tiba-tiba meresap masuk tatkala mendengar suara itu buat pertama kali malam itu.
Dengan sepenuh hati dan kepastian dia menerima lamaran daripada Puan Azah. Rasa tenang yang dia rasai membuatkan dia lebih yakin, itulah jawapan dari Tuhan. Tiba-tiba saja dia merasai semua itu. Dia mengharapkan itulah sebenar-benar jawapan pada jodohnya. Dia menghadapkan hatinya benar-benar mampu melepaskan Hazimi pergi.
“Wieyda masih di sana?” Suara itu menyoal. Wieyda kaget.
“Err..ye..ye..”
Kedengaran suara gelak kecil di talian.
“Kenapa ni? Tak suka saya call? Atau..saya buat Wieyda tak selesa?” soal Qairin lagi. Wieyda menarik nafas. Tak boleh terus diam ni..
“Err..tak..hmm.. cuma terkejut sikit..tak sangka awak nak call..”
“Cuma untuk cakap terima kasih..”
“Tapi kenapa saya?”
“Meaning?”
“Kenapa pilih saya..?”
“Tak tau..tak boleh nak cakap sebabnya..tiba-tiba saja hati saya kata suka..”
“Tak ke masanya terlalu cepat. Kita tak pernah kenal pulak tu. Awak terus mintak Mak Azah masuk meminang?”
“Sebab saya yakin apa yang saya rasa. Dan saya mahu menghormati awak, sebab tu mintak Mak ngah masuk minang dulu..”
“Awak tak kenal saya.. err..kita tak pernah kenal..”
“Saya dah kenal Wieyda sejak majlis kahwin Nazmi dengan Ameena lagi. Lagipun saya ada spy..bukan sorang, tapi dua..”
“Mana tau mereka sengaja jual nama saya lebih-lebih..” Wieyda tau siapa spy yang dimaksudkan. Pastilah Nazmi dan adiknya Ameena.
“Tak apalah. Yang tu nanti saya akan nilai sendiri. Kita pun bukan nak kahwin sekarang. Mak ngah dan bakal ibu mentua saya bagi masa enam bulan untuk kenal-kenal sebelum kawin..”
Wieyda meneguk liur. Eh eh..
“Wieyda..”
“Awak tak tau kisah saya..mana tau saya ada…”
“Awak pernah ada..tapi sekarang tak ada..”
“Mana awak tahu..?”
“Kan saya kata saya ada spy..”
“Macam mana kalau dalam hati saya masih ada dia? Tak ada awak seratus peratus..?”
“Saya tak mintak awak letak saya dekat hati seratus peratus sekarang sebab saya masih bukan suami awak Wieyda.. tapi harapnya sepanjang masa yang ada ni, awak cubalah letakkan saya di situ..seratus peratus..”
“Kalau saya tak boleh?”
“Kalau tak boleh takkanlah awak terima pinangan ni..”
“Mungkin sebab nak lupakan luka lama..”
“Okay fine. Kalau tak boleh juga, saya akan buat sampai awak jadi boleh..” kedengaran nakal suaranya. Wieyda telan liur. Eh eh..
“Saya ada ubat untuk hati awak tu. Awak cuma perlu izinkan saya masuk ke situ saja..” Wieyda terdiam. Bila nak menang ni, asyik kena tembak balik saja.
“Awak yakin dengan apa yang awak rasa terhadap saya? Mana tau saya bukan yang terbaik..”
“Saya yakin..dan saya tak akan menyesal..insyaAllah..”
“Apa yang awak nampak pada saya?”
“Seorang gadis yang sangat sopan dan lembut..dan sangat cantik…dengan jubah dan tudung labuh dia..”
“Kadang-kadang imej luaran tak sama dengan imej dalam….” Wieyda sengaja lagi. Kedengaran Qairin tergelak kecil. Dia tahu Wieyda saja menduganya. Dia tahu bagaimana seorang perempuan yang pernah terluka akan fikir tentang semua lelaki. Pasti tidak berani lagi untuk percaya dan merelakan rasa cinta hadir.
“Wieyda..saya nampak ketenangan itu..di situ..dan saya hanya tunggu masa untuk betul-betul terokainya bila kita dah sah dan dihalalkan Allah nanti..”
Erk?? Wieyda terasa wajahnya memerah. Apa nih..? Tatkala itu tanpa sedar bibirnya tersenyum.
******
“Andai benar dia adalah yang terbaik demi dunia dan akhiratku, dekatkanlah dan pertautkanlah hati kami agar selalu mencintai hanya keranaMu, dan andainya dia bukan yang terbaik demi dunia dan akhiratku, Kau jauhkanlah dan pisahkanlah kami dengan cara yang baik..” doa-doa itu tidak pernah lupa dia tuturkan setiap kali dia bersolat sunat dan berdoa kepada Allah pada sepertiga malam. Hanya saat itu dia benar-benar tenang dan merasa lebih kuat. dan setiap kali doa itu terucap, ada bayangan Qairin bermain di ruang matanya.
“Kalau tak boleh, saya akan buat sampai awak jadi boleh..” Wieyda menggosok lengannya. Hish.. Seram bila dengar suara romantis itu berkata-kata. Aduh. Parah ni.. Dia memejam mata. Cuba mencari bayangan Qairin lagi. Namun entah kenapa saat itu bayangan Qairin silih berganti dengan bayangan Hazimi. Cepat-cepat dia membuka mata. Matanya berkaca. Sampai bila dia harus jadi begini? Wahai hati, lepaskanlah semuanya. Tolonglah.. Kenapa bodoh sangat? Kenapa lemah sangat? Astaghfirullah..
******
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam.. Wieyda? Kenapa ni? Masih tak tidur lagi?” soalan bernada cemas dari Qairin ketika dia menghubungi lelaki itu pada lewat malam itu. Apa tidak lelaki itu tak terkejut kalau menerima panggilan daripadanya jam 3 pagi. Buang tabiat agaknya..
“Are you okay..?” soal Qairin lagi. Wieyda menahan esak. Entah kenapa ada rasa bersalah pada lelaki itu setiap kali dia teringatkan Hazimi. Gambar Hazimi berpakaian pengantin berwarna biru laut, sedang berdiri dan tersenyum mesra disebelah seorang wanita yang nampak anggun dan cantik di fac tadi membuatkan hatinya yang sudah mula hilang rawan kembali terasa luka. Jika diikutkan sudah hampir sebulan lebih lelaki itu menikah, baru kini dia melihat gambar perkahwinan itu. Itupun yang ditag oleh rakan Hazimi. Ye, memang tidak menghairankan kerana lelaki itu dari dulu pun tidak pernah upload gambar sendiri di fac. Ya Allah. Kenapa aku lemah sangat..??
“Wieyda …?” nada suara yang sangat mengambil berat.
“No.. Wieyda tak okay..” adunya tiba-tiba. Terasa mahu mengadu kepada lelaki itu. Entah kenapa. Tidak pernah-pernah dia begini. Pasti lelaki ini kehairanan. Kedengaran suara Qairin yang serak-serak basah berdehem.
“Why? Tell me, dear.” Wieyda menelan liur. Perkataan dear tu membuat dia terpegun seketika. Batang tengkuknya diusap lembut. Seriau!
“Err.. awak dah tidur..?”
“Hmm..now, tell me, apa yang buat Wieyda tak okay..” Wieyda terasa jiwanya teresap sesuatu yang luar biasa di saat lelaki itu turut menggunakan panggilan nama manjanya begitu. Ah, kenapa kau Wieyda.. Dah angau dengan tunang sendiri? Kalau ye, baguslah!
“Awak.. Wieyda rasa bersalah. Tadi Wieyda tengok gambar kahwin dia…” akuinya jujur. Polos sekali bunyinya pada pendengaran Qairin.
“Dia…? Oh.. hmm…” Qairin hilang kata-kata seketika. Perasaan berbaur.
“I m sorry. Wieyda dah tak patut rasa apa-apa dah walau seribu keping gambar yang sama ada depan mata pun.. tapi…” dia mula tidak dapat menahan esakannya. Kenangan indah bersama Hazimi tetap terasa menyakitkan saat ini. Dia lebih rela tidak pernah kenal Hazimi jika kesakitan ini yang dia rasai. Ah, tidak baik pertikaikan apa yang telah Allah takdirkan, Wieyda!
“Dear… listen.. now you want to tell me that… Wieyda rasa bersalah dengan abang sebab perasaan tu masih ada bila tengok gambar dia? Sebab tu nangis ni?” Qairin mula mengerti. Serta merta dia ketawa. Kalau tadi dia cemburu, dan hatinya sedikit terkilan kini dia rasa mahu tergelak. Wieyda diam. Esakannya mula tertahan.
“Dear.. tau tak apa yang abang rasa sekarang..?” soalnya. Wieyda diam lagi.
“Rasa macam nak kahwin je cepat-cepat..”
“Hah?”
“Sebab hari ni, saat ini, abang dah nampak satu lagi kelebihan Wieyda..” ucapnya tenang. Wieyda pula yang terpinga-pinga.
“Apa?”
“Kejujuran.. dan mungkin, kesetiaan.” Ucapnya, lembut. Wieyda mengetap bibir. Dia tidak tenang kerana rasa bersalah disebabkan hatinya masih terkesan apabila melihat Hazimi. Dia cuma rasa bersalah pada Qairin yang menjadi tunangannya. Dia tidak sedar, dia sebenarnya berasa bersalah begitu kerana dalam hatinya memang sudah ada Qairin, sudah mula meletakkan Qairin dalam hatinya. Dan tanpa sedar juga dia sudah berusaha untuk sentiasa jujur dan setia hanya kepada Qairin. Lelaki yang telah mengikatnya dengan satu janji adat. Dalam esakan yang berbaki, dia tersenyum. Buat malu sajalah kau Wieyda..
“Abang gembira.. tengah-tengah malam macam ni, Wieyda call abang cuma semata-mata nak mintak maaf, sebab rasa bersalah kerana rasa hati tu masih mengingati orang yang Wieyda rasa sudah tak sepatutnya Wieyda ingat. Ok, abang maafkan. Abang faham, semua tu melibatkan perasaan tapi cukuplah malam ni Wieyda dah buktikan pada abang yang dalam diri Wieyda ada kejujuran..dan…sebenarnya ada abang juga..kan? Kan?.” Qairin bersuara lagi. Wieyda mengesat hidung yang berair. Bibirnya terasa mahu tersenyum.
“Sorry ganggu awak tidur..”
“Never mind.. I liked it.. nak kacau abang setiap malam pun boleh..” ujarnya, sedikit nakal mengusik. Wieyda senyum.
“So, pergila tidur..dah okay kan..?” sela Qairin lagi.
“Hmm..”
“Tadi sebelum call abang, buat apa? Menangis?” soal Qairin. Dalam mengusik.
“Jumpa Kekasih..”
“Hah?”
“Dekat sejadah..” jawab Wieyda. Kedengaran Qairin ketawa. Wieyda senyum lagi. Lelaki ini selalu membuat dia senyum tanpa sebab.
“Selalu bangun malam? Ke bila sedih je?”
“Kalau larat..”
“Baguslah.. Nanti dah kahwin, bolehlah berjemaah..” ujar Qairin lagi. Wieyda tersentak. Benarkah? Qairin pun selalu bangun malam?
“Doakan apa tadi?”
“Adalah…dah la, Wieyda nak tidur..” tiba-tiba rasa malu dengan Qairin.
“Mintak jodoh kita panjang?” sela Qairin lagi. Enggan melepaskan Wieyda . Wieyda diam.
“Abang selalu doakan itu..mudah-mudahan.” Tambahnya lagi. Wieyda mengetap bibir. Hatinya sayu tiba-tiba. Dalam saat itu, hatinya terasa yakin akan sesuatu. Kedengaran Qairin berdehem, kemudian terbatuk-batuk.
“Ab..awak tak sihat?” soalnya ragu. Berkali Qairin membahasakan diri sebagai abang, dia tetap terasa lidahnya kaku untuk menyebut perkataan begitu.
“Batuk je sikit, maybe sebab cuaca kot..”
“Dah makan ubat..?” tanpa sedar, dia menunjukkan keprihatinan. Qairin tersenyum.
“Dah, sayang. Jangan risau.” dia menjawab, romantis. Wieyda terkedu. Erk..
“Wieyda pergilah tidur.. Tak elok kita lama-lama macam ni.. Tidur ye,,?” Qairin bersuara lagi.
“Hmm.. Wieyda perlu remove dia dari senarai rakan?” polos Wieyda bertanya. Qairin terdiam seketika.
“Wieyda lebih tahu mana yang terbaik..”
“Hmm.. Ok lah. Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam, bakal isteri.” balas Qairin membuatkan senyuman Wieyda melebar. Ah, perasaan apakah ini yang mula menyusup perlahan-lahan ke dalam hatinya?
“Ya Allah.. hatiku ada padaMu. Engkaulah pemegang dan penguasa hati hamba-hambaMu. Tetapkan hatiku dengan takdirMu.”
Dengan tangan yang sedikit terketar, dia meletakkan cursornya pada sesuatu. Dan seketika itu, dia melakar senyum pahit. Ah, maafkan. Ada masanya kita harus memilih membuang apa yang kita suka.
Share this novel