Setelah berperang beberapa hari lamanya, tentera Majapahit berundur ke kapal mereka dan tentera Singapura bertahan di dalam kota.
Sang Rajuna Tapa telah berjanji dengan ketua hulubalang tentera Majapahit yang dia akan memberi isyarat dari darat apabila pintu kota itu akan dibukanya.
Apabila mendapat khabar mengenai kemunduran sementara tentera Majapahit itu, Raja Iskandar Syah lalu menitahkan Sang Rajuna Tapa supaya datang menghadap baginda.
“Keluarkan beras dari perbendaharaan kita dan agih-agihkan kepada rakyat jelata supaya mereka dapat menggunakannya sewaktu berperang kelak,” titah Raja iskandar Syah.
Sang Rajuna Tapa, sejak mula lagi, telah membuat keputusan untuk berbohong kepada Raja iskandar Syah dengan menyemahkan bahawa semua makanan telah kehabisan sewaktu dia pergi menghadap baginda.
“Ampun, Tuanku. Sebenarnya, bekalan beras kita dan makanan-makanan yang lain semuanya sudah habis,” sembah Sang Rajuna Tapa dengan wajah yang berpura-pura sedih. Disembahkan oleh Sang rajuna Tapa sedemikian kepada Raja Iskandar Syah dengan harapan pertahanan askar-askar Singapura akan menjadi lemah.
Sembah Sang Rajuna Tapa itu membuat Raja Iskandar Syah menjadi cemas. Baginda menitahkan pembesar-pembesar baginda yang lain bersidang dan menrundingkan ikhtair untuk mengatasi masalah yang dihadapi negerinya itu.
Sewaktu askar-askar Singapura yang keletihan dan lapar itu sedang membuat persiapan untuk menghadapi serangan tentera Majapahit, Sang Rajuna Tapa telah membuka pintu kota dan membenarkan tentera Majapahit menyerbu masuk. Pada saat-saat genting sebegitu, oleh sebab tidak ada masa lagi untuk mencari makanan lebih, pertahanan askar-askar Singapura menjadi lemah. Ramailah askar-askar Singapura yang lemah juga berada di dalam kota. Oleh itu, dengan mudah mereka kecundang dalam tangan dan serangan tentera Majapahit.
Sesudah itu, Raja Iskandar dan pengikut-pengikutnya yang setia telah berjaya meloloskan diri meninggalkan Istana Bukit Larangan dengan senyap-senyap.
Begitulah perihal kejatuhan Singapura dalam tangan tentera Majapahit.
Diriwayatkan bahawa rumah Sang Rajuna Tapa telah runtuh dan kedua-dua Sang Rajuna Tapa dan isterinya telah bertukar menjadi batu.Istana Bukit Larangan dibiarkan sahaja setelah tentera Majapahit meninggalkan Singapura. Perihal kejatuhan kerajaan Singapura selalu menjadi bahan perbualan sehingga kini menjadi sebuah kisah rakyat tersohor.
Share this novel