MAB 27: MAKE HIM HAPPY

Romance Completed 902115

ZAHRIN membuka peti sejuk Zahran, melihat bahan yang ada yang boleh dimasak untuk sarapan. Abangnya itu memang tidak tahu apa-apa tentang kerja rumah. Masa kecilnya banyak dihabiskan di hospital. Jangan kata mahu memasak nasi, goreng telur pun dia tidak pandai.

“Apa hal banyak sangat makanan vegan?” gumamnya sambil menilik botol sos vegan yang diambilnya dari peti Zahran.

“Dah jadi vegan ke dia? biar betul.” Zahrin menyimpan semula sos vegan itu ke dalam peti sebelum dia menyelongkar ke bahagian sejuk beku pula. Namun, tidak ada apa-apa kecuali sebekas ais krim. Namun, saat Zahrin membaca label pada bekas ais krim, lagi-lagi matanya melotot. Vegan ice cream.

“Eh biar betul dia ni.” Zahrin menganga tidak percaya. Bercekak pinggang di depan peti sejuk, Zahrin cuba mengingat jika Zahran ada berkelakuan aneh sejak akhir-akhir ini.

“Sejak bila dia jadi vegan? Baru dua hari lepas makan daging kat rumah ibu. Takkan baru semalam jadi vegan.” Zahrin buka semula peti sejuk, melihat sos di dalam botol yang sudah tinggal separuh, bermakna sudah lama sos itu digunakan, bukan baru semalam.

“Kau bercakap dengan siapa dalam peti ais tu?”

Zahrin toleh, pandang Zahran yang sedang mengelap rambutnya dengan tuala. Mungkin baru selesai mandi setelah puas berendam.

“Sejak bila kau jadi vegan?” Bukannya menjawab, Zahrin malah bertanya balik.

Pergerakan tangan Zahran terhenti sejenak, sebelum dia kembali mengelap rambutnya.
“Salah ke jadi vegan?”

“Aku tak kata salah. Aku tanya sejak bila? Kenapa tiba-tiba nak jadi vegan?”

“To save the planet and animal species.”

“Oh yang lunyai kena bantai malam tadi sebab nak selamatkan planetlah?” Zahrin ketawa sinis.

“Yup. Biasa kau tengok planet bulat kan? Tapi planet yang aku selamatkan tu dia flat je. Rata macam padang bola.”

“Malas layan kau. Aku lapar.” Zahrin tarik kerusi, melabuhkan duduk lalu mencari restoran 24 jam yang boleh membuat khidmat penghantaran makanan pada waktu begini.

“Kau betul vegan ni? Aku nak order makanan ni,” ujar Zahrin, sengaja menduga. Sedangkan dia yakin Zahran tidak mungkin menjadi vegan. Atas dasar apa? Agama, tentu sekali bukan. Diet? Badan Zahran sudah cukup ideal dan rasanya tidak perlu diet protein.

“Takdelah. Aku omnivore. Sama macam kau.”

“Then, what’s with all the vegan foods in your fridge?”

Zahran tidak segera menjawab; masih berkira-kira sama ada perlu berterus terang dengan Zahrin tentang Arianna. Zahrin adalah orang paling rapat dengannya. Sangat rapat, sehingga jika dia ditimpa masalah atau musibah, Zahrin adalah orang pertama yang akan muncul dalam benaknya untuk dia meminta pertolongan. Jika dia berahsia, dan Zahrin mengetahuinya dari orang lain, tentu kembarnya itu akan tersinggung.

“I am currently in a relationship with a girl.”

Bersinar mata Zahrin mendengar kata-kata Zahrin. “Really? Who is she?”

“Nantilah aku kenalkan. Buat masa sekarang ni aku tak nak kau bagitahu sesiapa.”

“Kenapa berahsia sangat?”

“Ada banyak hallah, Rin. It is so complicated that I can’t tell you now.”

“Is it related to the religion?” Zahrin menebak. Dia yakin semua makanan di dalam peti sejuk itu milik teman wanita Zahran yang tentunya bukan Melayu atau muslim.

“Masalah tu mungkin akan timbul jugak nanti. But for now, that is not the problem.”

Zahrin mahu bertanya lanjut, namun demi menghormati pendirian Zahran yang belum bersedia untuk bercerita tentang teman wanitanya itu, dia akhirnya mengunci mulut. Tentu ada sebab Zahran tidak mahu bercerita dan dia tidak akan memaksa. Namun tidak bermakna dia tidak akan berusaha mencari tahu. Bukan dia mahu menyibuk atau mencampuri urusan hidup Zahran. Bukan. Tetapi sikap Zahran yang merahsiakan susuk teman wanitanya itu yang membuat dia curiga. Jika tidak ada apa-apa yang salah atau tidak kena, mengapa perlu berahsia.

“Whoever she is, I wish you happiness,” ujar Zahrin. Kata-kata itu bukan hanya pemanis bibir, tetapi ikhlas dari lubuk hatinya.

“Thank you.”

ZAHRIN pulang selepas selesai sarapan bersama Zahran. Melangkah masuk ke rumah, dia terus membawa langkahnya ke dapur. Baru pukul lapan pagi dan dia yakin Irdina tentu sedang sibuk menyediakan sarapan.

Tepat dugaannya. Memasuki ruang makan, dia melihat Irdina sedang menghidangkan sarapan dibantu oleh Sinta. Melihat kelibat Zahrin, Sinta segera berlalu ke dapur.

“Morning baby.” Zahrin mendekati Irdina lalu memeluk isterinya itu dari belakang.

“How’s your other half?” tanya Irdina. Sedikit menekan suaranya saat menyebut ‘other half’ kerana Zahrin sering kali menyebut Zahran sebagai ‘my other half’.

Zahrin tertawa perlahan. Menongkat dagu pada bahu Irdina, pinggang isterinya itu dipeluk erat.

“He’s okay. Kena pukul. Tak tahu dengan siapa. Bila tanya, dia tak nak bagitahu.”

Irdina yang sedang menata pinggan mangkuk di atas meja, sontak terhenti pergerakannya. Tubuh dipusing mengadap Zahrin.

“Tak report polis?” tanya Irdina.

“Dia tak nak. Tapi…Dari cara dia cerita tu, macam dia kenal orang yang pukul dia.”

“Siapa ek? Orang yang dia kenal, mesti you pun kenal.”

“Ramailah sayang. Tak boleh nak agak siapa.”

“Hmmm…” Irdina berfikir-fikir. Dia juga kenal Zahran cukup lama. Lelaki itu walaupun ada anginnya, tetapi tidak akan memancing orang untuk memukulnya.

“You fikir apa? Masalah Zahran tu biar I yang fikir. You…cuma boleh fikir pasal I je,” ujar Zahrin.

Irdina berdecit. “Dah you cerita, I pun fikirlah. Pelik jugak bila dia kena pukul. Padahal dia tu…nak kata baik sangat tak jugak, tapi rasanya dia takkan cari gaduh dengan orang.”

Irdina kembali memusingkan tubuhnya, menyambung kerja yang tertangguh tadi dengan tangan Zahrin masih melingkar di pinggangnya.

“Itulah. I pun fikir macam tu.” Zahrin mengeratkan pelukannya; mengambil peluang saat anak-anak masih tidur.

“Boleh lepas tak, Ash? I nak susun pinggan ni.”

“Susunlah. I tak kacau. I miss you. Semalam tak puas peluk.” Zahrin menggesel-geselkan hidungnya pada ceruk leher Irdina membuat isterinya itu menggeliat geli.

“Siapa suruh tinggalkan I pagi tadi.”

Tubuh Zahrin tiba-tiba membeku, sebelum keluhan lolos dari bibirnya.

“You know, Dina…He’s not just my brother. He’s my twin. You pun pernah ada kembar and I’m pretty sure you tahu macam mana kuatnya ikatan tu kan? Sampai sekarang…” Zahrin jeda. “…I masih rasa bersalah sebab…I macam rampas you daripada dia.”

“Ash…”

“No…No…Dengar dulu. I tak menyesal dengan keputusan I kahwin dengan you. Tapi setiap kali I teringat yang dia pernah simpan perasaan pada you, I…rasa bersalah.”

Irdina diam; tidak tahu harus memberi reaksi yang bagaimana.

“When I marry you…I mean the second time…I promised myself…Except you and our children, I would give everything I had for him. Everything. Sebab tu I tak boleh tolak setiap kali dia perlukan apa-apa daripada I. I’m sorry if you feel offended. I love you and I love him too…in a different way, of course.”

Tersenyum Irdina dengan kata-kata terakhir Zahrin. Dipusingkan semula tubuhnya, sebelum tangannya bergerak bergelayut di leher suaminya itu.

“Honestly…I don’t feel offended, walaupun ada jugaklah bengang sikit. But I understand. I love you and I love him too…”

Kecil mata Zahrin mendengar kata-kata Irdina. Langsung tidak dapat disembunyikan riak wajah yang mula diserbu cemburu.

“In a different way of course…” Irdina terkekeh.

“You memang suka buat I marah kan?”

“Yeah…Bila tengok muka you marah, bengang macam ni…It will make me love you more and more and more.” Irdina berjengket, menghadiahkan satu ciuman pada rahang Zahrin, sebelum bibirnya bergerak menelusuri rahang tegas itu sehingga dagu dan menghadiahkan satu lagi ciuman di sana. Mengangkat sedikit wajahnya, dia melekapkan bibirnya pada bibir Zahrin. Hanya ciuman singkat kerana dia tidak berniat untuk melanjutkan aktiviti itu memandangkan tidak lama lagi si kembar dan adik lelaki mereka pasti akan bangun.

“That’s the way I love you. Dah, pergi mandi.” Irdina menolak tubuh Zahrin, namun Zahrin mengeratkan rangkulannya.

Tanpa amaran, Zahrin tiba-tiba mengangkat tubuh Irdina ke gendongannya membuat isterinya itu terjerit kaget. Sontak Irdina melingkarkan kakinya ke pinggang Zahrin.

“Let’s get it on before the kids wake up,” ujarnya.

Irdina tertawa. “Sounds so old-fashioned.”

“Call me old-fashioned but….I like to be on top.” Seiring dengan kata-kata lolos dari bibirnya, Zahrin menggendong Irdina ke bilik mereka di tingkat atas.

.
. .

“Zahran dah ada girlfriend,” tanya Zahrin sambil mengelus lengan Irdina dengan jemarinya.

“See…I told you,” ujar Irdina teruja. Dipusingkan tubuhnya mengadap Zahrin.

“Bila you bagitahu I?” tanya Zahrin. Kali ini jemarinya bergerak, menyingkirkan rambut Irdina yang jatuh di dahi.

“Ingat tak masa you accident hari tu, I hantar Li-La pergi kondo Zahran, then I bagitahu yang I nampak…” Ayat Irdina tiba-tiba terhenti di situ. Tubuhnya menegang dan wajah berubah cuak tiba-tiba.

“Nampak apa?” tanya Zahrin. Penasaran pula dia dengan reaksi isterinya itu.

“Ash…Kalau tak salah I…Arianna tu la yang I nampak kat kondo dia.”

Dahi Zahrin berkerut dalam. “Arianna…Tunang Aaron?”

Irdina mengangguk.

“You biar betul.”

“I rasalah. Kalau tak salah ingatan I. Kalau nak confirm, you tanya Li-La.”

Zahrin terdiam. Otaknya mula memproses maklumat yang baru diperoleh dari Irdina, dengan perlakuan Zahran awal pagi tadi.

“Ada banyak hallah, Rin. It is so complicated that I can’t tell you now.”

“Is it related to the religion?”

“Masalah tu mungkin akan timbul jugak nanti. But for now, that is not the problem.”

Semua perbualan dia dengan Zahran tadi kembali terngiang di telinganya, membuat dia yakin yang jata-kata Irdina mungkin ada benarnya.

“You know, I jumpa banyak makanan vegan dalam peti dia.”

“Yes, Arianna memang vegan. Last night I was chewing the rag with her, and dia ada bagitahu yang dia vegan. Her whole family is vegan.”

Zahrin membuang nafas. Sekarang dia sudah boleh mengagak apa yang berlaku. Zahran yang bertegas tidak mahu memberitahu siapa yang memukulya, mengukuhkan lagi andaian Zahrin.

“Entah-entah dia bertumbuk dengan Aaron tak.” Irdina menebak.

“Boleh jadi.” Zahrin mengeluh.

“You nak buat apa sekarang?” tanya Irdina apabila melihat wajah resah Zahrin.

“I kena buat pengesahan dulu.” Zahrin tolak selimut lantas bangun dari katil. Menahan selimutnya separas dada, Irdina turut menegakkan tubuhnya.

“You nak pergi mana?”

“Ask Li-La about Arianna,” jawab Zahrin lalu bergegas keluar. Sempat dia mencapai telefonnya, mencari-cari gambar Arianna di majlis Seelan semalam.

Ketika dia memasuki bilik si kembar, dua anaknya itu baru selesai mandi bersama Sinta.

“Daddy!”

“Morning baby girls.” Zahrin mendekati anak-anaknya itu selepas memberi isyarat kepada Sinta supaya keluar.

Bertinggung di depan Lana, dia membantu mengelap badan anaknya itu sebelum beralih kepada Lily.

“Did you two get a good night’s sleep?” tanya Zahrin.

“Yes. I d about Darrel last night,” jawab Lily.

“Who’s Darrel?”

“He likes Lily. Hari tu dia bagi Lily coklat.” Lana menjawab bagi pihak Lily.

Zahrin menganga tidak percaya. Baru berusia lima tahun, tetapi sudah pandai menggatal dengan anak orang? Ya, dia tahu Lily itu cantik dan cheeky, tetapi terlalu awal rasanya untuk disukai oleh mana-mana lelaki.

“Who’s Darrel? Dare him to flirt with my daughter! Nanti daddy pergi sekolah tembak kepala dia.”

“What’s flirt?” tanya Lily.

“Erkkk…” Zahrin terbata. Ligat otaknya berfikir bagaimana mahu menjelaskan maksud perkataan itu kepada Lily. “…flirt is when…someone of the opposite-gender, takes an interest in you, and does something to get your attention.”

“Like Darrel did?” soal Lily.

“Yes.”

“Can I flirt back with him?”

“Excuse me?” Nada Zahrin berubah berang.

“Lily also likes Darrel because he’s so cute,” ujar Lana yang membuat mata Zahrin membuntang sempurna.

“No Lily…No! There is certain level of age that allows you to flirt and be flirted with,” tegas Zahrin sambil menyarungkan baju ke tubuh Lily.

“What age?”

“Forty.”

Lily dan Lana kelihatan berfikir-fikir sambil mengira-ngira dengan jemari kecil mereka.

“There’s 35 years to go. For now, don’t flirt and don’t let anyone flirt with you okay?” ujar Zahrin.

“Daddy umur berapa?” tanya Lily.

“35.”

“35, 36, 37, 38, 39, 40.” Lily mengira dengan jemarinya. “Five years to go and I saw you always flirting with mommy.”

Zahrin mendesah lelah. Mengapa banyak sekali soal jawabnya?
“Bila daddy flirt dengan mommy?” soalnya.

“Daddy selalu bagi bunga kat mommy,” jawab Lily.

“That is not flirting, honey. That is how I show my love to my wife. I love mommy so much, so I give her flowers to appreciate her. Mommy dah tolong masak sarapan, sometimes lunch and dinner, hantar dan jemput Lily Lana dari sekolah, kemas rumah, she showered our home with love and making this house a very warm place to live.”

Lily dan Lana mengangguk-angguk. Sepertinya mereka faham dan itu membuat Zahrin mendesah lega.

“Mommy is the best,” kata Lily.

“How about daddy?” tanya Zahrin.

“You’re the second best after mommy.”

“Eh kenapa macam tu pulak?”

“Sebab daddy tak masak, daddy tak hantar dan jemput Lily dari sekolah, daddy tak kemas rumah…” jawab Lily.

“But daddy has a lot of money.”

“Yes…daddy only has money. That’s why daddy is the second best.”

Zahrin tertawa. “Okay…As long as mommy is the best, I don’t mind to be the second best.”

Tiada pertanyaan atau bicara lagi dari Lily dan Lana selepas itu; hanya diam menunggu Zahrin menyikat rambut mereka bergilir-gilir.

“Daddy nak tanya sesuatu,” ujar Zahrin setelah Lily dan Lana kemas dengan pakaian dan rambut tersikat rapi.

Lily dan Lana tidak menjawab, sebaliknya memandang Zahrin dengan tanda tanya.

“Sekejap.” Zahrin mengambil telefonnya dari atas meja, lantas menggeser skrin mencari gambar Arianna lalu ditunjukkan kepada Lily Lana.

“Kenal auntie ni?” tanya Zahrin.

Lily dan Lana mendekatkan wajah mereka pada skrin, meneliti gambar wanita yang ditunjukkan daddy mereka.

“Ni orang gila yang cium uncle kan?” ujar Lily sambil memandang Lana.

“Yes…Yes…Daddy, auntie ni dia cium uncle hari tu. Then, uncle marah, basuh mulut dia, lap kuat-kuat dengan tisu.” Lana menimpal.

“Really?”

Lily dan Lana mengangguk laju. “Tapi, hari tu kita nampak auntie ni dekat rumah uncle.”

“Dia buat apa?”

“Tidur,” jawab Lily. Ya, dia masih ingat ketika berada di kondo Zahran, dia dan Lana menonton Arpo, manakala Arianna dan pakcik mereka itu tertidur di sofa.

“Tidur? Tidur macam mana?” tanya Zahrin cuak.

“Tidur tutup matalah. Takkan tutup hidung,” jawab Lily

“Nanti mati,” sampuk Lana.

Terkekeh-kekeh dua beradik itu dengan kata-kata mereka sendiri.

Zahin berdecit. Loyar buruk pula si kembar ini.

“Maksud daddy, tidur dalam bilik ke, kat sofa ke, berpeluk ke…Baring ke, duduk ke, meniarap ke…”

“Oh…” Baru Lily mengerti maksud pertanyaan daddynya. “Kat sofa, sampai duduk.”

“Sambil…” Lana membetulkan perkataan yang digunakan adiknya. Lily selalu keliru antara ‘sambil’ dan ‘sampai’.

“A’ah sambil duduk.”

“Auntie letak kepala dia kat bahu uncle.”

“Hari tu Lily dengar uncle cakap dekat phone…Bye, I love you.” Lily terkekeh. Entah apa yang membuat dia lucu.

Zahrin terdiam. Jadi hubungan Zahran dan Arianna bukan baru bermula. Sudah lama. Apa Zahran tidak tahu Arianna tunang Aaron? Mengapa perlu menjerumuskan diri ke dalam cinta yang tidak mungkin dimiliki? Masih ramai perempuan di luar sana yang lebih baik, lebih cantik, mengapa Arianna juga yang dipilih. Benar-benar Zahrin tidak faham dengan jalan fikiran Zahran.

Zahrin mengeluh. Untuk bertanya langsung dengan Zahran, sudah tentu dia tidak akan mendapat jawapannya. Apatah lagi untuk dinasihati. Abangnya itu degil, keras hatinya seperti disadur kulit biawak.

Lebih mudah jika dia bersemuka sendiri dengan Arianna untuk membuat perhitungan. Dia bukan mahu mencampuri urusan Zahran dan jujurnya dia tidak kisah siapa wanita pilihan Zahran. Tetapi jika sampai cedera muka abangnya ditumbuk, dia tidak akan berdiam diri.

.
. .

Pulang dari rumah Aaron, Arianna merebahkan tubuhnya ke katil. Telefon dikeluarkan dari tas lantas nombor Zahran ditekan. Agak lama dia menunggu, namun tiada jawapan. Ketika dia berkira-kira mahu memutuskan sambungan, barulah panggilannya bersambut.

“Hello.” Terdengar suara serak Zahran di hujung sana, seperti baru bangun tidur.

“Oh you tidur ke tadi? Sorry kalau I ganggu.”

“No…No…It’s okey. Ada apa?” tanya Zahran.

Arianna tidak segera menjawab. Ditelan air liurnya dengan susah payah. Tidak sanggup mahu membayangkan bagaimana keadaan Zahran ketika ini. Melihat cedera dan lebam pada wajah Aaron, dia yakin keadaan Zahran pun tidak jauh berbeza.

“What’s up Arianna?” Zahran mengulang pertanyaannya apabila tidak mendengar suara Arianna.

“Zahran…You…You bergaduh dengan Aaron ke?”

Kali ini giliran Zahran yang terdiam agak lama. Dia tidak tahu bagaimana Arianna boleh tahu. Mungkin Aaron sendiri yang memberitahunya.

“Ya.” Zahran tidak berselindung.

Arianna gigit bibir. Rasa bersalah mengasak-asak. Dua lelaki yang bersahabat baik, bergaduh dan bertumbuk kerananya. Terasa malu, malah kerdil juga. Dia bukanlah wanita yang pantas untuk direbut atau diperjuangkan sebegitu sekali. Dia wanita yang punya banyak kekurangan. Terlalu banyak, malah tidak terhitung jika dibanding dengan kelebihannya.

“Macam mana dia tahu?”

“Malam pertunangan tu…Dia nampak you datang sekolah muzik I.”

Arianna pejam mata. Nafas dihela terasa berat. “I’m sorry…”

“Kenapa nak mintak maaf?”

“Sebab I, you dengan Aaron sampai bergaduh, bertumbuk.”

“It’s okay. Tak payah fikir sangat.”

“Are you okay?”

“Yeah, I’m fine.”

Hening. Tiada sesiapa bersuara. Hanya deru nafas mereka saja kedengaran. Tiada apa juga yang mahu diperkatakan namun masing-masing enggan memutuskan perbualan.

“Arianna…” Zahran akhirnya bersuara terlebih dahulu.

“Hmmm…”

“Buat sementara waktu ni kita jangan jumpa dulu.”

“Why?” Arianna tidak bersetuju, tetapi dia terlalu letih untuk memprotes. Letih emosi memikirkan hubungan yang belum nampak jalannya antara dia, Aaron dan Zahran. Ya, Aaron sudah melepaskannya, tetapi masih ada halangan yang lebih besar iaitu keluarganya. Dia tidak tahu keluarganya boleh menerima Zahran ataupun tidak kerana mereka berbeza pegangan, walaupun dari status sosial yang sama.

“Tunggu semuanya reda dulu, baru kita fikirkan cara nak bagitahu family kita. Semua ni tak mudah, Arianna. You pun tahu kan.”

“Yeah…”

“Are you okay with it?”

“Yeah.”

“Walaupun kita tak jumpa, please don’t stop loving me.”

Kata-kata Zahran itu membuat Arianna tertawa. “Of course.”

“Take care. Bye.”

“You too.”

Arianna memandang skrin telefonnya yang sudah gelap selepas talian diputuskan. Mengapa perbualan tadi terasa seperti perbualan terakhir? Mengapa dia terasa seperti akan berpisah dengan Zahran?

Ah tidak…tidak…Dia yakin itu hanya mainan perasaannya saja. Hubungan dia dan Zahran akan baik-baik saja. Tinggal mereka perlu berterus terang dan meyakinkan keluarga mereka saja, dan selepas itu semuanya akan berjalan sempurna. Ya, dia yakin itu.

.
. .

‘I need to see you. If you’re free, come to Nobu at 6. There’s something I want to talk about’. -Zahrin-

Arianna membaca mesej yang dihantar Zahrin itu. Berkerut dahinya dengan seribu satu tanda tanya.

Ada apa Zahrin mahu bertemu dengannya? Apa berkait dengan Zahran? Ya, kalau bukan Zahran, tentang apa lagi? Tidak mungkin berbincang tentang kerja kerana dia dan Zahrin tidak terlibat secara langsung dengan kerjasama antara Imperial dan Yun Hua. Mereka hanya berjumpa semasa mesyuarat.

Arianna bersandar pada tempat duduknya di dalam pejabat; masih berkira-kira mahu bertemu dengan Zahrin atau tidak. Ingin dia menolak, tetapi dia penasaran dengan apa yang mahu diberitahu Zahrin. Mahu menerima, dia takut jika Zahrin meminta dia memutuskan hubungan dengan Zahran.

Mahu terima atau tidak? Lama Arianna berkira-kira sebelum akhirnya dia bersetuju. Memikirkan Zahrin adalah saudara kembar Zahran, dia yakin pasti ada sesuatu yang penting yang mahu disampaikan berkait Zahran.

KETIKA Arianna melangkah masuk ke Nobu, dia melihat Zahrin sudah menunggunya di sebuah meja yang terletak berhampiran dinding kaca yang menghala ke luar. Segera di bawa langkahnya ke arah itu.

Zahrin yang leka melihat panorama di luar dinding kaca itu menoleh apabila mendengar detak kasut yang semakin mendekat. Senyum nipis terbit di wajahnya sebaik melihat Arianna.

“Sorry lambat,” ujar Arianna lalu melabuhkan duduk setentang dengan Zahrin.

“It makes no odds. I pun baru sampai.”

“Oh…”

“Kita pesan makanan dulu,” ujar Zahrin.

“Yeah. Okay.”

Mereka memesan makanan dan setelah pelayan yang mengambil pesanan itu berlalu, suasana mula menjadi canggung bagi Arianna. Dia tidak mengenali Zahrin secara peribadi. Ya, hanya kenal, tahu nama, dan tahu jawatan Zahrin di Imperial sahaja. Mereka tidak pernah berbual atau bertemu berdua di luar waktu kerja seperti ini. Zahrin memang terlihat tidak ubah seperti Zahran. Sama. Hampir tiada perbezaan. Tetapi dia tahu ini bukan Zahran dan itu yang membuatnya kekok.

“I minta maaf kalau I mengganggu masa you tapi…” Zahrin akhirnya bersuara apabila melihat tingkah Arianna yang sepertinya tidak selesa berdepan dengannya.

Tindakan Zahrin yang menjedakan kalimatnya membuat Arianna benar-benar penasaran.
“Tapi?”

“About you and Zahran…”

Berubah wajah Arianna. Dia sudah mengagak, namun tetap juga dadanya seperti tergoncang dengan detak jantungnya yang menggila. Dia takut. Sangat takut. Apatah lagi melihat tampang Zahrin yang serius.

“Zahran masa kecil dia tak berapa baik. Dia ada masalah jantung, and luckily umur dia panjang sebab ada penderma jantung yang sesuai. Hampir separuh daripada hayat dia dihabiskan di hospital. When we were twelve, he once said to me, we’re twin but why are you luckier? If God only likes you, why did he create me?” Zahrin jeda, memandang Arianna yang matanya mula nampak berkaca-kaca.

“Dia pernah tanya ibu, kenapa dia tak mati saja supaya dia tak menyusahkan sesiapa lagi. Katanya dia letih tengok ibu setiap hari menangis untuk dia. Dia letih dengan rutin hidup dia yang tak seperti orang lain. Dia nak jadi macam saya. Boleh pergi sekolah, boleh ke sana ke sini bebas tanpa halangan. Dia nak keluar dari rumah dan menjalani hidup macam kanak-kana normal. Tapi tak boleh. Keadaan dia tak mengizinkan.”

“Dia pernah rasa putus asa dengan hidup dia, apatah lagi, dua kali pembedahan pemindahan jantung dibatalkan sebab keluarga penderma tarik balik kebenaran untuk donate. Sampailah satu hari, ibu balik dari hospital, menangis dan bagitahu ada sorang ibu yang sanggup dermakan jantung anak dia yang dah disahkan mati otak. You tahu siapa penderma tu?”

Arianna geleng. Dia tidak tahu mengapa Zahrin menceritakan semua ini kepadanya, namun ia tidak gagal membuat air matanya jatuh. Ternyata lelaki yang terlihat angkuh, degil dan sombong itu punya masa kecil yang perit dan tidak bertuah.

“Kembar Irdina.”

Seiring dengan jawapan yang keluar dari mulut Zahrin itu, mata Arianna membuntang sempurna.

“Yeah. Long story short, Tuhan takdirkan Zahran bertemu Irdina dan he fell in love with her. Tapi cinta dia bertepuk sebelah tangan. I tak tahu apa yang dia lalui masa tu, tapi I tahu dia kecewa. Dia tak pernah jatuh cinta dengan sesiapa sebelum dia kenal Irdina.”

“Kali pertama I bawak Irdina jumpa ibu dan ayah, I tak tahu siapa Dina dalam hidup Zahran. I kahwin dengan Dina, unbeknownst to me that the marriage had made him hurt badly.”

“Kalau you tahu, you takkan kahwin dengan Dina?” soal Arianna.

“In case you don't know, I once divorced Irdina after I suspected they were having a relationship behind my back.”

Jelas tergambar riak terkejut pada wajah Arianna mendengar penuturan Zahrin itu.

“I ceraikan Dina bukan sebab I marah…Ya, mungkin ada marah dan kecewa sikit, tapi selebihnya I rasa, I nak sekali dalam hidup Zahran dia jadi lelaki yang paling bertuah dan bahagia. Masa dia sakit, I tak dapat buat apa-apa; cuma boleh temankan dia main play station, masuk bilik dia dan makan sama-sama, kadang-kadang I tidur bilik dia…And you know what, setiap kali I tidur bilik dia, I akan terbangun sejam atau dua jam sekali dan I akan tengok sama ada dia masih bernafas atau tidak. Dia memang annoying and sometimes perangai dan kata-kata dia memang menyakitkan hati but he’s my twin brother and I love him so much. I would give up everything in this world for him.

“Including your wife?” Nada Arianna terdengar sinis.

“I once sacrificed my wife and my unborn twins for him. That was the stupidest thing I did and you have no idea how angry Zahran was when he found out about it.”

“I kahwin semula dengan Dina with mounting guilt to Zahran. Bukan I tak sepenuh hati kahwin semula dengan Dina. Tak. I love Irdina and our children, tapi setiap kali I pandang Zahran I akan rasa bersalah sebab seolah-olah I rampas seseorang yang sepatutnya jadi milik dia. But at the same time, I tak boleh dan tak nak lepaskan Dina.”

Zahrin jeda apabila pelayan mula menghantar makanan yang dipesan. Matanya memandang pergerakan tangan pelayan itu yang meletak satu persatu hidangan di atas meja.

“Thank you,” ujarnya setelah semua hidangan tertata di atas meja.

Pelayan itu berlalu, Zahrin mempersilakan Arianna makan dengan gestur tangannya. Arianna mengangguk dan tersenyum; mencapai sudu lalu menikmati salad dengan kuah tosazu iaitu sejenis sos jepun yang berasaskan cuka.

“The second time I married Dina, I promised myself…except Dina and our children, I would give up everything in this world for Zahran. I will do anything for him. I want him to be happy and I pray that he will meet a woman who will love him unconditionally, a woman who can make him smile that he can proudly say to the world that he is the luckiest man.” Zahrin menyambung sambil menikmati makanannya.

“I agak you dah tahu hubungan I dengan Zahran,” ujar Arianna.

Zahrin angguk sekali. “Yeah.”

“Do you think I don’t deserve to be with Zahran?”

Tiada jawapan. Riak wajah Zahrin juga tidak menggambarkan apa-apa.

“ Do you think I'm not worthy to be the woman you pray to be his life partner?”

Masih diam.

“Do you think I am not the answer to your prayers for Zahran?”

“You deserve to be with Zahran, you are more than worthy to be his life partner, and definitely you’re the answer to my prayers for Zahran if…” Zahrin jeda setelah sengaja menekan suaranya saat menyebut ‘if’. Tatapan dia dan Arianna bertaut. “…you are not engaged to Aaron.”

Arianna membuang nafas. Sudu di tangan diletakkan ke pinggan lantas tubunya disandarkan ke kerusi. “Why? I never loved Aaron. I bertunang dengan dia sebab family. Dan I bukan satu-satunya orang dalam dunia ni yang putus tunang kerana jatuh cinta dengan orang lain. Kenapa mesti jadikan itu satu isu?”

“Betul. You bukan satu-satunya perempuan yang putus tunang kerana jatuh cinta dengan lelaki lain, tapi you satu-satunya perempuan yang buat Zahran jatuh cinta semula. Tapi akan sampai ke mana hubungan ni? You boleh jamin yang you dan Zahran akan berakhir sebagai pasangan suami isteri? It’s not that easy. You know how the situation is. Zahran and Aaron are best friend. Semalam dia orang bertumbuk sampai lebam muka because of you. I bukan nak masuk campur urusan hidup Zahran. Honestly, I tak kisah siapa pasangan hidup dia. Tapi bila sampai dia dah cedera teruk macam tu, I rasa I tak boleh berdiam diri.”

“Zahrin, I love Zahran. I love him so much. I'm sorry if what happened between Zahran and Aaron was because of me, but…”

“Arianna…I don’t want him to be disappointed again. Cukuplah apa yang dia dah lalui sejak dulu. He deserves to be happy. Kalau you boleh bagi jaminan yang you takkan kecewakan dia, takkan tinggalkan dia, and won’t change your mind to keep loving him, then go ahead. Make him happy.”

“Whatever happened, I won’t give up on him. I am the one who started this love story, so I will end it the way I want, which is a happy ending.”

“Good,” ujar Zahrin. Kata-kata Arianna itu membuatnya sedikit lega. Ya, walaupun akan bagaimana akhirnya hubungan itu masih samar-samar, namun dia harap dengan ketegasan Arianna itu akan membuat hubungan itu berhasil. Bukan dia menyokong perbuatan Zahran yang merampas tunang kawan baik mereka, tetapi jika itu yang sudah ditakdirkan untuk Zahran, siapa dia untuk menidakkan apa yang sudah tertulis.

.
. .

SELEPAS menemui Zahrin, Arianna segera menuju ke kediaman keluarganya. Mommy menghubunginya sebentar tadi dan meminta dia segera pulang. Katanya ada perkara penting yang perlu dibincangkan. Mendengar suara mommynya yang serius tetapi cemas membuat Arianna penasaran.

Sebaik kereta yang dipandu oleh pemandunya memasuki halaman mewah itu, Arianna melihat dua buah kereta sudah terparkir di sana.

Dengan hati masih tertanya-tanya, dia segera keluar dari kereta dan melangkah masuk ke rumah.

Terhenti langkahnya melihat Aaron dan ibu bapanya sedang duduk di ruang utama bersama datuk, daddy, dan mommynya.

“Ari?”
Sapaan mommynya itu membuat enam pasang mata yang berada di ruang itu tertoleh ke arahnya.

Share this novel

Aisyah Esya
2022-08-12 17:13:50 

rindunya dengan pasangan rin n dina. TQ author suka sangat bab ni. moga Ari pertahankan cinta mereka


NovelPlus Premium

The best ads free experience