Completed
9329
“Shhhh, diam diam!!! Adik kalau bilang Mummy, abang bilang Daddy yang adik…” Qalis mengugut adiknya. Mulut Qalisha dilepaskan
“Ish. Yelah Yelah. Ade je nak kenekan orang balik. Adik nak merajuk dengan abang 1 hari” Qalisha seakan merajuk
“Merajuk lah dik oi.. Janji adik buat ape yang abang suruh. Abang dapat keluar dengan Izyani. Kalau tidak, tahu lah nasib adik kalau Daddy tahu yang adik ponteng mengaji sebab nak pegi Sepang tengok concert. Hmm” Qalis mengugut lagi
“Tak mau lah abang. Abang kate sayang adik. Takkan abang sanggup tengok adik kene marah dengan Daddy kan kan kan” Qalisha membuat muka kesian
“Haha. Ade je kan modal die nak buat muke Tweety Bird die. Yelah Yelah, tapi janji kene tolong abang?”
“Ok boss” Qalisha senyum girang. Janji rahsia simpan okay. Nak mati cepat ke kalau Daddy tahu aku pegi concert.
xxxxxxxx
“Qal kau gile ke? Budak tu baru 18 tahun, baru habis SPM. Carik lah yang umur kite 23 tahun ke. Ni budak hingusan kau kasi. Come on lah bro.” Izkandar kurang senang dengan cadangan Qalis
Qalis bercadang untuk kenalkan Izkandar dengan satu kenalan beliau untuk menolongnya pada malam makan malam itu.Masa budak yang baru habis SPM jadi datenya?
“Relax lah bro. Duduk dulu. Benda boleh buat bincang. Lagipon kau nak sakitkan hati Melissa je kan yang kau boleh move on. Aku confirm plus chop Ibu kau mesti suke lah. No negative comments” Qalis membalas
Ya, dia menyuruh adiknya sendiri, Puteri Qalisha, untuk menolong jadi date kepada Izkandar pada malam annual dinner. Tetapi, dia merahsiakan bahawa Qalisha adalah adiknya kerana dia tidak mahu Izkandar tahu tentang latar belakang keluarganya. Izkandar tidak pernah tanyakan dan dia berfikiran bahawa Qalis adalah orang biasa biasa sahaja.
“Okay. I put my trust in you. Anyways, pasal Izyani, don’t worry. Aku pon dah setkan. And you know what? Adik aku tu macam kene sampuk dengan hantu miang bile dengar kau,Putera Qalis, ajak die date. I don’t understand bro” Izkandar masih tidak faham kenapa adiknya, Izyani begitu teruja bila mendengar nama Qalis
‘Ade ape dengan mamat ni? Setakat name ade Putera je kot. Bukan die betol betol Prince charming’ Izkandar berkata dalam hati
“Oh wells” Qalish bangun dan berjalan dengan megah
‘Adoii, jangan Izyani dah bilang Abang die ke.. Mampos aku nanti’ Qalis cuba menenangkan diri. Dia tahu Izyani tahu siapa dirinya. Anak kepada seorang korporat yang tersohor di Malaysia. Lain tidak bukan Tan Sri Kamal, pemilik KQ Holdings yang mempunyai banyak anak syarikat baik di dalam atau luar negeri.
Ya, dia adalah anak jutawan itu. Malah lebih kaya dari Izkandar. Tujuh keturunan pun belum tentu habis.Cuma sikapnya yang selalu merendah diri membuat orang fikir dia adalah anak orang biasa.
Pergi ke kolej dengan menaiki Myvi apabila dia mempunyai kereta lebih mahal dari kereta Izkandar. Dia tidak pernah sombong dengan kedudukannya. Dia dan Qalisha sentiasa diajar untuk tidak bermegah diri.
Share this novel