BAB 10

Romance Series 68161

Sofea bangun awal pagi dengan rasa senang hati dia menghirup udara segak melalui tingkap biliknya , "Sofea jom kita sarapan mak sal ada masak nasi lemak" panggil mak sal

"Baik mak sal , kejap lagi sofea keluar ya" jawab sofea dan memandang ke luar...

Syamsul melihat pak kasim yang duduk di ruang tamu bersama pakcik daus , "Pak kasim meh la kita makan , ada nasi lemak tu" ajak syamsul..

"Dah siap ke?" soal pakcik , "Haa dah siap dah jom mak sal ajak makan"

Mereka pun beranjak ke dapur untuk sarapan , pak kasim memerhatikan sofea yang nampak ceria bersama keluarganya berbanding di rumah datin , di sana pak kasim jarang sekali melihat sofea tersenyum apatah lagi tertawa lepas...

"Danish , danish ingat kan janji danish pada mama?" soal datin di meja makan , danish mengangguk sambil menikmati sarapannya...

"Janji? janji what?" soal danisya , "Janji untuk buat dna test pada baby tu" jawab datin dengan bersahaja..

"Kenapa pula? mama tak percaya ke tu anak abang? ma sofea isteri abang dah tentu tentu itu anak abang"

"Dia tu perempuan kotor yang sanggup tidur dengan sesiapa sahaja asalkan orang tu berduit , jadi tak salah la kalau mama syak tu anak orang lain" ujar datin...

"Selama dia dekat sini sofea tak pernah nampak dia keluar sendiri , So Abang setuju? pa tengok la abang dengan mama ni macam tak"

"Tak apa? danisya mama ni cuma nk yang terbaik untuk abang je , jadi tak salah kalau kita buat dna test" marah danish pula...

"Abang , abang sendiri yakin tu anak abang kan jadi kenapa kena buat?"

"Papa tak halang kamu buat dna test tu , tapi kalau betul tu anak kamu dan sofea papa nak kamu jaga dia dengan baik , papa tengok sofea tu baik orangnya , apa yang mama dan kamu katakan tu jauh sekali danish" sampuk datuk yang dari tadi hanya berdiam sahaja...

"Baik? abang baik apanya bang"

"Sofea lebih baik berbanding irdina , abang dengan mama nampak dia macam sayang sangat dekat abang tapi abang tak thu dia perempuan yang macam mana ? abang ada terfikir tak kenapa la irdina tu suka sangat duduk luar negara tu , entah entah ada scandal dia dekat sana" ucap danisya yang memberanikan dirinya..

Danish meletakkan sudu dan garfu nya lalu memandang wajah adiknya , "Apa? tak puas hati? nak marah ? marah la , abang satu je adik pesan jangan sia sia kan orang yang sayangkan kita , sebab satu hari nanti abang akan menyesal" tambah danisya lalu beredar dari meja makan...

"Dah tak payah fikir apa yang danisya tu cakap , entah la yang sofea racun ish budak ni" kata datin dan menyuruh danish sambung makan semula....


********************************

"Sherry kenapa irdina nak jumpa kita ni? aku risau dia dah tahu la" bisik liya , Irdina menghubungi mereka dan mengajak untuk berjumpa di cafe yang berdekatan dengan office milik irdina...

"Hello guys , lama nya tak jumpa" tegur irdina dan mereka bertiga berpelukkan , "How are you?" tanya sherry pada irdina..

"Good , wow korang berdua nampak makin cantik eh apa rahsia?"

"Skincare always number one babe" jawab liya , mereka berbual kosong sehingga irdina bertanya soalan yang membuatkan mereka berdua memandang satu sama lain...

"Korang tahu tak kes danish? korang mesti tahu kan sebab kes tu agak heboh" tanya irdina....

mereka memandang satu sama lain , "Kes danish kema tangkap basah ke?" soal sherry dan irdina mengangguk laju..

"Aku tahu pun sebab kes tu kecoh , tapi aku selalu juga nampak danish dengan perempuan tu berduaan sampai la diorng kena tangkap khalwat" bohong mereka...

"Tapi danish kata dia tak kenal perempuan tu"

"Lelaki jangan percaya sangat , danish tu dari keluarga kaya mana ada perempuan yang tolak danish , aku rasa perempuan yang jadi isteri dia tu pun nak kan harta dia je tu bukan sayang pun dengan danish" Ujar liya..

"Perempuan kampung memang macam tu , pantang nampak lelaki kaya memang diorang akan kebas" tambah sherry pula....

"Tapi danish still nak kan you kan so tak ada masalah la , you kahwin je dengan danish tu lepastu seksa la wife dia tu biar sampai bercerai la" kata sherry yang memberi cadangan...

Irdina mengangguk dan tersenyum bermakna apabila mendengar cadangan sherry , tapi macam mana dengan faris yang menunggu dia di luar sana?....


Pak kasim mencari keberadaan sofea puas mencari dalam rumah tapi tidak kelihatan , "La situ rupanya dia" kata pak kasim yang ternampak sofea duduk di pondok....

Syamsul yang baru keluar dari dapur sambil memegang cawan berisi air susu di tegur oleh pak kasim , "Syam ni air sofea ke?"

"Haa , mak sal suruh saya bagi air susu ni pada sofea" jawab syam..

"Biar pak kasim bagi , pak kasim pun nak kesana"

Syamsul mengangguk dan menghulurkan cawan itu pada pak kasim , pak kasim menyambutnya lalu di bawak kepada sofea...

"Sofea happy duduk sini?" tanya pak kasim ,

"Happy , sebab ini rumah sofea mesti la sofea rasa happy bila ada dekat rumah sofea sendiri" jawabnya , "Tapi lusa kita dah balik kl mesti sofea sedih kan?"

"Itu arahan dari suami jadi sofea kena patuh"

"Tengok la tu balik dengan kereta besar , siap ada drive lagi tu senang la hidup dia dekat kl tu" gossip mak odah dan didengari oleh pak kasim dan sofea..

"Mak odah , mak jah apa khabar? sihat?" soal sofea dan mereka hanya memberi kan jelingan tajam sahaja , "Mana laki kau? tak balik sekali ke? Ouh lupa orang kaya mana la nak duduk kampung kan" ucap mak jah

"Tak baik cakap begitu , suami si sofea ni ada urusan kerja yang tak dapat di elakkan itu sebab suami dia tak ikut ke sini , sudah sudah la mengata orang tu tak penat ke kumpul dosa jah , odah?" sampuk mak sal dan mereka pun terus pergi dari situ...

"Dah jangan ambik hati sangat , mulut diorng tu dah memang macam tu , tk boleh ditutup" kata mak sal pada sofea..

"Sofea okey je mak sal"

"Mak sal tahu hormon orang mengandung ni tak baik sikit , kadang sedih , kadang rasa nak marah , ha nanti rasa manja , sofea kena tahan la ya" pesan mak sal dan mereka tersenyum...

Danish yang tak boleh fokus pada kerja nya mencampak fail ke atas meja lalu memegang kepalanya , "kenapa la aku asyik teringat dekat dia pula ni?" soal danish sendiri

"Ish kawal sikit perasaan kau danish jangan sampai kau jatuh ke pelukkan dia" pesan nya sendiri , "Hello Honey"

Irdina yang masuk ke bilik danish dengan bersahaja , "You buat apa dekat sini?"

"I nak jumpa you la , i tahu meeting you dengan papa you batal so jom teman i shopping" ajak irdina dan menolak kerusi danish kebelakang lalu dia duduk di pangkuan danish...

"I banyak kerja , you boleh pergi sendiri atau ajak la kawan kawan you"

"No i nak dengan you je sayang , i rindu" irdina memeluk danish..

"Irdina please jaga kelakuan you , ini office malu kalau staff i nampak" tolak danish dan menolak irdina perlahan...

"Babe you tolak i ke?"

"I tak selesa bila you buat macam tu" jawab danish dan bangun dari kerusinya....

"You ni kenapa? danish jangan cakap dengan i yang you dah syok dengan perempuan tu? dari semalam i perhatikan you , you nampak lain" marah irdina dan duduk di sofa berdekatan di meja kerja...

"Sayang , bukan macam tu i banyak kerja you tengok tu fail atas meja i berlambak sayang" pujuk danish...

"I ni sayang" ucapan irdina terhenti bila phonenya berdering , irdina melihat di skrin terpapar nama faris di situ dan dengan cepat irdina beredar..

"I nak ke tanda sekejap , tak tahan dah ni" bohong nya dan terus keluar...

Fiona yang melihat irdina tergesa gesa ke bilik air terniat untuk mengikut jejak irdina , Sampai sahaja di bilik air irdina terus menjawab panggilan dari faris..

"B kenapa call i ? i ada meeting ni" bohong irdina

"Sayang bila you nak balik sini? i miss you so much sayang"

"I akan balik sana tpi urusan i dekat sini tak settle lagi" jawab irdina...

"Dia cakap dengan siapa tu? b? bukan ke tu panggilan dia untuk tuan danish?" soal fiona sendiri , dengar sahaja pintu bilik air nk dibuka fiona terus berlari masuk ke pantry...

"Dia ada lelaki lain ke selain tuan danish?" tanya fiona sendiri...

Irdina masuk semula ke bilik danish tetapi niat nya terhenti bila mendengar perkataan anak , "Ye sofea mengandung aku nak buat dna test dekat baby tu bila dia bersalin nanti"

"Kau masih ragu ragu ke dengan sofea? kau tak ada rasa sayang sikit pun pada dia?" soal taufiq pula....

"Mengandung , perempuan tu mengandung , aku tk boleh biar kan dia ikat danish dengan anak , aku kena buat something" bisik irdina sambung mendengar berbualan mereka...

"Aku tak tahu , tapi aku rasa sunyi bila dia tak ada? maybe sebab aku risaukan baby tu bukan diri dia"

"Itu nama nya kau sayangkan dia dan baby , Baby tu tanda ikatan hubungan korang berdua , apa salahnya kalau kau sayangkan dia? dia isteri kau yang sah kot" jawab taufiq dan danish hanya diam sahaja...

"Pasal irdina cuba kau slow talk dengan dia , aku yakin dia mesti faham lagipun tak baik ganggu rumah tangga orang walaupun kau kahwin terpaksa" ujar taufiq lagi..

"Danish nk lepaskan aku sebab perempuan kampung tu , jangan harap aku akan lepaskan danish , aku akan buat perempuan tu gugur" niat irdina dan terus pergi dari situ...

Fiona mengetuk pintu sebelum masuk setelah di izinkan danish baru la dia masuk bersama dulang yang di isi air , "Maaf tuan danish , ni air nya"

"Awak ada nampak irdina? saya tunggu dia dari tadi" tanya danish..

"Tadi saya nampak dia dekat bilik air , tu last saya nampak dia"

Tring bunyi mesej masuk dari phone danish , "Tak apa dia dah mesej saya , dia kata dia kena balik sebab ada hal urgent"

Fiona mengangguk dan meminta diri , "Kau nak kemana?" soal taufiq bila danish tiba tiba bangun dari kerusinya..

"Aku nak beli phone untuk sofea , susah juga aku nak call dia sebab dia tak ada phonekan , aku risaukan baby tu"

"Bukan baby tapi kau risaukan sofea" usik taufiq dan mengikuti jejak kawanya itu , Dalam perjalanan ke kereta danish terfikir tentang apa yang di katakan taufiq btul ke dia sayangkan sofea ? anak yang ada di rahim sofea akan menguatkan hubungan mereka?...

*******************************

"Tak guna betul , macam mana dia boleh mengandung ? dia saja buat mcam tu sebab dia tahu danish nak kan anak" marah irdina dan mengetuk sterengnya...

"Kau tunggu perempuan , kau tak boleh ambik hak aku" ujar irdina dan melajukan keretanya...

Sofea meminta syamsul membawanya ke air terjun tempat biasa dia dan kawan kawannya biasa berkumpul , pak kasim juga turut serta oleh kerana dia perlu memantau keadaan sofea...

"Sofea kau happy dekat sana? aku risaukan keadaan kau" tanya ain

"Aku okey , diorang baik dengan aku" bohong sofea dan di dengari oleh pak kasim...

"Aku seronok dengar kau happy dekat sana" sampuk hisyam pula , hisyam yang baru tiba dia sana tersenyum apabila melihat sofea ia sedikit sebanyak mengubat rasa rindunya itu...

"Kalau kau happy kitaorang pun tumpang happy juga , aku tak nak tengok kau sedih sebab aku tak suka tengok muka kau waktu nangis hodoh betul"

"Kau ni" marah ain dan mereka semua ketawa dengan usikkan hisyam...

Syamsul memandang hisyam lalu beralih kepada adiknya , "Kalau la jodoh korang kuat mesti adik aku lagi happy dengan kau hisyam" bisiknya sambil memerhatikan mereka...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience