Hospital kpj Ampang puteri
"Aduh..,"
Fazura mengeluh dengan mata yang masih terpejam rapat sewaktu dia cuba menggerakkan tubuhnya, suasana terasa sungguh sunyi,
"Masih malam ke?,"
Bisik Fazura, dia membuka matanya pelan-pelan,
Gelap, tiada lampu yang terpasang, suasana ruangan bilik agak pelik, tidak seperti di dalam biliknya, Fuzara mengankat tangan kiri, ada jarum tertanam di tangannya bersambung dengan tube
Fazura mengagahkan diri untuk bangun namun tubuhnya terlalu lemah,
"Zura?,"
Mata fazura membulat, dia kenal suara yang menyebut namanya
"Abang..,"
Farid Husin bergegas bangun dari Sofa panjang, dalam keadaan gelap dia mengayun langkah pelan mendekati katil
Fazura mengukir senyuman, wajah tampan suaminya di tatap penuh bahagia
"Zura kat mana nie Bang?,"
Tanya Fazura, nada suaranya sedikit serak
"Kat hospital,"
Jawab Farid Husin, lembut
"Hospital?,"
Farid Husin mengangguk, pipi isterinya di usap lembut
"Zura pingsan kat rumah mak, Zura tak ingat?,"
Fazura mengeleng
"Tak, Zura langsung tak ingat,"
"Zura jangan risau, doktor cakap Zura cuma penat je, tiada masalah lain,"
Fazura mengangguk pelan
"Dah berapa lama Zura kat sini Bang?,"
"Dua hari,"
Fazura berniat untuk menanyakan tentang Awaisha Laila akan tetapi dia matikan niatnya apabila suaminya naik di atas katil bebaring di sebelahnya
Alangkah bahagianya perasaan Fazura ketika itu, dia ingin memusingkan badan untuk memeluk suaminya namun tube menghalang pergerakannya, Farid Husin tersenyum, pelahan-lahan dia memeluk isterinya
**
"Cuba Hanis ingat, mana hanis letak sampul surat tu,"
Desak Puan syakilah pada Hanis setelah anak gadisnya tiba dari kedah melalui flight
Hanis mengaru-garu rambutnya, mukanya berkerut
"Hiss, kenapa susah sangat nak ingat nie?,"
Keluh Hanis
"Sampul surat tu penting, penting sangat,"
"Ya Hanis tahu Mak tapi Hanis tak ingat,"
Puan syakilah duduk di sebelah anak gadisnya, kedua bahu anak gadisnya itu di pegang
"Okay cuba Hanis ingat, hari tu, Mak dengan Ayah suruh Hanis ikut farah sebab mak dengan ayah sibuk nak uruskan kes farid,"
"Nanti,"
Cepat sahaja Hanis menceleh, dia memandang wajah ibunya
"Dalam kereta kak Farah,"
"Dalam kereta Farah?,"
Hanis mengangguk-ngangguk
"Waktu tu Hanis naik kereta kak Farah tapi Hanis duduk belakang sebab girlfriend abang Fadil tumpang sekali, sampul surat tu Hanis masukkan dalam poket belakang tempat duduk penumpang depan,"
Puan syakilah serta-merta berdiri, dahinya di gosok-gosok
"Aduhhh, ada lagi ke kereta tu,"
"Cubalah mak call, Hanis yakin, Hanis letak kat situ,"
Bola mata Puan syakilah terus merayau, kepalanya menoleh ke sana sini mencari telefonnya
Hanis menyeget bibirnya ke atas
"Biar jelah Hanis call,"
Selepas mengeluarkan telefon pintar di dalam beg, Hanis terus mencari nombor Farah,
"Hello Hanis,"
"Hello kak Farah,"
"Ya ada apa?,"
"Kak farah, kereta lama kak farah ada lagi tak?,"
Tanya Hanis, puan syakilah duduk di sebelahnya, mendengar
"Kereta lama?, yang mana satu?,"
Hanis terdiam seketika, cuba mengingat kereta tersebut
"Kereta Honda city,"
Bisik puan syakilah pada anak gadisnya
"Honda city,"
"Ada lagi, kak simpan dalam garaj, kenapa hanis nak pinjam ke?,"
Hanis segera menoleh, bibirnya tersenyum memandang ibunya
"Tanya Farah, dia kat mana?,"
Pinta Puan syakilah
"Kak Farah kat mana sekarang nie?,"
"Kat rumah,"
"Okay, Kak tunggu ya, jap lagi Hanis dengan mak pergi sana,"
Puan syakilah mengangguk
"Okay,"
**
Hospital kpj Ampang puteri
Fazura menangis teresak-esak sambil memegang tangan Awaisha Laila masih lagi dalam keadaan koma, luluh hatinya bila melihat wajah madunya dalam keadaan membengkak,
"Ya Allah Kak Sha, maafkan Zura kak,"
Datin Sri Sahara, puan marbiah, Fazira dengan puan Hajah sedang memerhati turut merasa sedih mendengar tangisan Fazura
"Zura, tak usah menangis macam tu, baik doakan banyak-banyak untuk dia supaya dia cepat sembuh,"
Tegur puan marbiah
Fazura mengangguk, tangannya mengesat air matanya, dia menoleh memandang ibu mertuanya
"Teruk sangat ke mak kecederaan kak sha?,"
Datin Sri Sahara mengeleng
"Alhamdulilah, doktor cakap tiada keretakkan pada tulang rusuk dengan kepalanya, Awaisha koma hanya sementara akibat hentakkan di belakang kepala, cuma doktor tak pasti bila dia akan sedar, Zura jangan bimbang, zura balik rehat, nanti kalau Awaisha dah sedar mak beritahu Zura ya,"
"Zura boleh jaga Kak sha mak,"
"Zura, kat sini Mak ada, Makcik Awaisha ada, kadang-kadang Farah pun boleh jaga,"
Datin sri Sahara memeluk menantunya
"Mak nak Zura balik, berehat cukup-cukup, mak tahu selama Awaisha kena pukul dengan Farid, zuralah yang banyak bantu dia, kali nie biar mak yang jaga dia ya,"
Fazura mengangguk lemah, mukanya berkerut menahan tangisannya
Setelah Fazura, bersama ibunya dengan Fazira keluar dari bilik, Datin Sri Sahara merenung wajah Awaisha Laila
"Alhamdullilah, nasib baiklah isteri pertama Farid baik orangnya,"
Kata Puan Hajar, memuji Fazura
Datin sri Sahara mengangguk setuju
"Kenapa Datin tak beritahu tentang anak Awaisha pada Zura?,"
"Buat masa nie, tak boleh lagi sebab syakilah tengah mencari sampul surat peninggalan arwah mak mertuanya saya,"
"Kenapa Datin,"
Datin sri Sahara mengeluh berat, dia mengankat muka memandang Puan Hajar dengan riak wajah sedih
"Anak bongsu saya tu Hajar, keras kepala orangnya, dia susah nak pecaya kalau orang lain yang jelaskan pada dia, sebab tu arwah mak mertua saya tinggalkan sampul surat tu, supaya dia dengar sendiri dari mulut arwah mak mertua saya, jika sampul surat tiada, saya sendiri pun tak berani nak tunjuk Farhan pada dia,"
Puan Hajar terangguk-angguk
"Oh ya saya baru teringat, lima tahun yang lalu, Encik Said ada cakap hal yang sama pada saya,"
"Nasib baiklah Said dengan syakilah ada,"
"Betul tu Datin, Awaisha nie dah banyak menderita, lepas saya tahu dia mengandung, saya halau dia keluar, tapi saya rasa bersalah, saya cari dia, sebulan jugalah dia merempat kat luar sana sebelum saya dengan Encik said jumpa dia semula, lepas dia mengandung, dia hampir jadi gila, nasib baiklah Encik Said dengan puan syakilah banyak membantu, malang sungguh hidup anak buah saya nie Datin,"
Datin sri Sahara mengusap dahi Awaisha Laila dengan lembut
"Ya Allah berikanlah kesembuhan pada menantu hamba ini,"
**
Ampang Jaya
Fazura duduk di birai katil menunggu suaminya selesai mandi, jam di dinding menunjukkan waktu 08.45 malam,
Hati Fazura berdebar-debar sehingga mengigit-gigit kukunya, air di kamar mandi tidak lagi Kedengaran, pintunya di buka, Farid Husin keluar sambil mengelap rambutnya
"Kenapa tu Zura?,"
Tanya Farid Husin bila melihat isterinya seperti keresahan
"Abang, kenapa abang pukul Kak Sha sampai koma, abang tak kesihan langsung ke kat dia,"
Farid Husin menghembus nafas sebelum mengeleng
"Abang pukul dia sebab dia berpeluk dengan jantan Indonesia, siap nak bercium lagi, Zura nak suruh abang tengok je,"
"Betul ke bang,"
Farid Husin mengangguk
"Tak akan abang nak tipu, kalau zura tak pecaya cuba tanya Hamdan, dia pun ada waktu tu, suka hati dia je peluk jantan tu, kot-kot dia pernah tidur dengan jantan tu,"
Fazura terdiam, wajah suaminya di tatap serba salah
"Tapi abang, perlu ke abang pukul kak sha sampai macam tu,"
"Hey Zura, zura nie sebelahi siapa sebenarnya, abang ke dia, sejak hari tu lagi sikit-sikit Sha, sikit-sikit Sha, abang dah beritahu pada Zura kan, si lahabau tu bunuh nenek abang, tak akan itu pun tak faham,"
Tegas Farid Husin,
Fazura terus berdiri bila melihat wajah suaminya merah padam, dia tahu suaminya marah
"Maafkan Zura Bang,"
Farid Husin memandang wajah isterinya sekilas sebelum berjalan ke arah almari
"Abang nak keluar,"
"Eh, abang nak pergi mana?,"
"Mana-mana jelah, sakit hati abang, semua orang tak habis-habis dengan Awaisha, balik rumah pun sama, jahat sangat ke abang nie,"
"Zura minta maaf, abang janganlah marah, zura janji zura tak akan tanya lagi,"
Farid Husin hanya membisu, selepas menyarung seluar jean, dia mengambil sehelai t-shirt berwarna hitam
"Abang, Zura minta maaf,"
Rayu Zura dengan lembut
Rayuan maaf Isterinya langsung tidak di hiraukan, Farid Husin terus keluar dari bilik sambil di ekori Fazura
"Abang.. tolong maafkan Zura, Zura janji tak akan tanya lagi pasal Kak Sha,"
"Cukuplah Zura,"
Arah Farid Husin dengan tegas sambil tangannya mencapai kunci kereta di atas meja kemudian memandang isterinya
"Dengar sini zura, mulai hari nie abang tak benarkan zura keluar dari rumah nie tanpa izin abang, ingat tu,"
Fazura mengangguk-ngangguk, tidak berani bersuara, bola matanya hanya mampu memerhati suaminya keluar dari rumah,
"Abang maafkanlah Zura!, maafkan Zura bang!,"
Fazura terus terduduk di lantai menagis setelah kereta suaminya meninggalkan pekarangan rumah
Farid Husin mengosok-gosok wajahnya kemudian mengeleng kepala beberapa kali, satu keluhan berat di lepaskan, baru separuh jalan dia sudah menghentikan keretanya di tepi jalan, hatinya merasa bersalah kerana memarahi isterinya
Stereng di pusing berniat untuk kembali ke rumah dalam masa yang sama telefon pintarnya berdering
"Siapa pulak nie,"
Getus hati Farid Husin sebelum melihat skrin telefon pintarnya
"Apa yang penting sangat sampai suruh datang rumah, Awaisha dah mati ke?,"
Kata Farid Husin sambil tapak tangan di dahi jari jemarinya mengaru-garu rambutnya
Stereng di pusing kembali, padel minyak di pijak,
**
Bukit Antarabangsa
Di ruang tamu, Dato sri Hassan kamarudin, fazilah, fuad sobri, fadil Fitri dengan Anita sedang duduk di sofa, menunggu Datin Sri Sahara dengan Farah, mereka semua tidak tahu alasan Datin Sri Sahara menyuruh mereka semua berkumpul
"Kenapa mak tiba-tiba je suruh kita berkumpul Yah,"
Tanya Fazilah, berkerut dahinya memandang ayahnya
"Hiss manalah ayah tahu Angah, sejak dua tiga hari nie dia sibuk jaga Awaisha,"
"Makcik Awaisha kan ada,"
Kata Fuad sobri pula memandang ayahnya
Dato sri Hassan kamarudin mengankat bahu
Fazilah mengeluh perlahan
"Mak rasa bersalahlah tu,"
Tidak berapa lama kemudian, kedengaran bunyi enjin kereta sedang masuk ke dalam pekarangan banglo, selepas enjin kereta di matikan kedengaran pula pintu kereta di tutup
Wajah Datin Sri Sahara berseri-seri mendukung Farhan sambil menunjuk kepada cucunya halaman pekarangan banglo, Farah masuk terlebih dahulu ke dalam rumah setelah memberi salam
"Mana mak?,"
Tanya Fazilah, hairan
"Ada kat luar, kejap lagi mak masuk,"
Beberapa minit kemudian, Datin Sri Sahara ingin masuk ke dalam rumah, dia sempat menyuruh cucunya memberi salam
"Assalamualaikum,"
Lembut suara Farhan memberi salam
"Waalaikummus..?,"
Fazilah, Fuad sobri, Anita serta-merta berdiri agak terkejut bila melihat Kanak-kanak lelaki sedang di dukung Datin Sri Sahara
"Siapa tu mak?,"
Tanya Fuad sobri
Datin Sri Sahara tidak menjawab, dia membisikkan sesuatu di telinga cucunya
Farhan mengangguk, wajahnya kemerahan bila di cium neneknya
"Nama saya Muhammad Farhan, anak farid Husin,"
Alangkah terperanjat Dato sri Hassan kamarudin, Fazilah, Fuad sobri, Fadil Fitri dan Anita, Dato sri Hassan kamarudin terus berdiri kedua kakinya di ayun mendekati isterinya
wajah Farhan di amati Dato sri Hassan kamarudin begitu juga dengan Fazilah, Fuad sobri dan Fadil Fitri berdiri bersebelahan Ayah mereka
"Sebiji macam Farid Yah,"
Ucap Fazilah dengan wajah teruja
Dato sri Hassan hanya membisu, matanya mengecil merenung wajah cucunya
"Bukan ke Makcik syakilah cakap..?,"
"Makcik syakilah terpaksa cakap macam tu, makcik takut kalau Farid tahu, ikutkan hari tu lagi mak nak bawa farhan kat sini tapi makcik syakilah tak bagi, makcik suruh tunggu bila dia dah jumpa sampul surat tu,"
Cepat sahaja Farah memotong kata-kata Fuad Sobri
Fazilah menoleh memandang Farah
"Habis tu kalau takut Farid tahu, kenapa bawa dia kat sini?,"
"Sebab Makcik syakilah dah jumpa sampul surat tu, Rupanya dalam kereta Farah, Hanis yang letak,"
"Saya dah suruh Farid datang sini,"
Kata Datin Sri Sahara pada suaminya
"Mana Syakilah?,"
Tanya Dato Sri Hassan kamarudin sambil mengambil Farhan dari dukungan isterinya
"Insyaallah, kejap lagi sampailah tu,"
**
Setelah setengah jam berlalu, Farid Husin memarkir keretanya di luar pagar, secara kebetulan Fazilah sedang berada di luar rumah bersama Farah, cepat-cepat mereka berdua masuk semula ke dalam rumah bila melihat Farid Husin keluar dari kereta
"Farid dah sampai, Farid dah sampai,"
Kata Fazilah dengan cemas, selepas masuk ke dalam rumah bersama adiknya
Datin Sri Sahara bergegas bangun
"Anita cepat bawa Farhan ke dapur,"
Anita segera mendukung Farhan, kedua kakinya di ayun laju pergi ke dapur
"Mana Syakilah nie?,"
Tanya Dato Sri Hassan kamarudin, raut wajahnya sedikit cemas
"Assalamualaikum,"
Ucap Farid Husin sambil menanggal kasutnya
"Waalaikummusalam,"
Jawab Datin Sri Sahara, Dato Sri Hassan kamarudin, dan yang lain-lain hampir serentak
Farid Husin memandang ayah dan ibunya sebelum memandang abang-abang dan kakak-kakaknya
"Awaisha dah mati ke?,"
"Farid!, jaga mulut Farid tu,"
tengking Datin Sri Sahara
"Tak payahlah mak marah, Farid bukan kisah pun kalau dia dah mati,"
"Mulut kau Farid,"
Datin Sri Sahara mengetap giginya
"Hiss.. dahlah tu Sara,"
Dato sri Hassan kamarudin pantas mencelah cuba menenangkan isterinya
Farid Husin dengan lagak bersahaja melabuhkan punggung di atas Sofa,
"kenapa mak suruh Farid datang?,"
"Mak nak tanya Farid, Farid tak rasa bersalah ke, pukul Awaisha sampai jadi macam tu,"
"Soalan tu lagi,"
Farid Husin tersenyum sinis
"Kenapa pulak farid nak rasa bersalah, memang dah layak pun dia kena belasah dengan Farid, berpeluk dengan lelaki, siap nak bercium lagi, mak nak suruh Farid tengok je ke,"
Datin sri Sahara mengeleng
"Farid ingat mak tak tahu, Farid memang segaja perangkap Awaishakan, lepas tu buat mak dengan kakak-kakak kamu bencikan dia, supaya setiap hari farid boleh pukul dia, semua tu sebab dendamkan,"
"Ooo rupanya semua dah tahulah,"
Farid Husin memandang ibunya, sebelum memandang ahli keluarganya yang lain, dia langsung tidak terkejut ataupun rasa bersalah, memang dia dah agak puan syakilah akan menceritakan kisah dia dengan Awaisha Laila, setelah apa yang belaku
Farid Husin berdiri, kedua kakinya di ayun mundar-mandir di hadapan ibunya, wajahnya berkerut bengis, Farah dengan Fazilah bergegas berdiri di samping Datin Sri Sahara
"Betina bedebah tu!, Betina sial tu! dah bunuh nenek farid!, itu dendam Farid, memang selama nie... Farid dah lama cari dia, memang Farid nak belasah dia!,"
Pekik Farid Husin sekuat hati, wajahnya merah padam kerana terlalu marah
Datin Sri Sahara terus menangis bila mendengar jawapan anak bongsunya
"Farid tak takut ke kalau Awaisha tu mati,"
"Hahahaha,"
Farid Husin ketawa terbahak-bahak, sebelum memandang ibunya
"Mak..., dari dulu lagi farid memang nak dia mati, so apa salahnya kalau Farid belasah dia sampai mati, memang itu yang Farid nak,"
"Ya Allah Farid, kenapa Farid jadi macam nie,"
"Ini dendam Farid mak, ini dendam Farid!!, jangan mas..?,"
Kata-kata Farid Husin tergantung, bila dia melihat Kanak-kanak lelaki sedang belari ke arahnya
"Ayah!,"
"Ayah!,"
"Jangan Farhan!,"
Jerit Anita
Secara tiba-tiba sahaja Farhan berlari laju dari arah dapur sambil di kejar Anita, mengejutkan semua orang yang ada di ruang tamu, lebih-lebih lagi Farid Husin tergamam bila melihat Kanak-kanak itu sudah memeluk kakinya sambil mendongak memandangnya
"Ayah! ini Farhan,"
Pantas Fazilah dengan Farah memegang tangan ibunya cuba menghalang ibunya dari mengambil Farhan bimbang akan menaikan lagi kemarahan Farid Husin
Agak lama Farid Husin memandang ke bawah, keningnya bertaut hairan, wajah Kanak-kanak itu seperti wajahnya, Datin Sri Sahara, fazilah, Farah, Anita, Dato sri Hassan kamarudin, Fuad sobri dan Fadil Fitri masing-masing sudah berdiri memerhati Farid Husin dengan wajah cemas
Air mata Farid Husin tiba-tiba menitis, badannya terketar-ketar, tubuh Farhan di angkat dengan lembut
"Ayah, ini Farhan, Ayah.., ibu cakap ayah benci Farhan, betul ke ayah,"
Petah sungguh Farhan bertanya, wajah mulusnya langsung tidak menunjukkan ketakutan pada ayahnya,
Farid Husin tergeleng-geleng, tubuh farhan di rangkul dengan erat kemudian dia meraung dengan tangisan hiba
"Ya Allah, ya tuhan ku, hidup lagi anak hamba ini ya Allah,"
Farid Husin memandang wajah anaknya sekali lagi sebelum merangkul anaknya semula
"Ayah minta maaf Farhan, ayah minta maaf, ayah tak pernah benci farhan, ayah cuma takut, ayah terpaksa farhan,"
Farhan merangkul leher ayahnya, dia turut menangis
"Ayah sayang Farhan tak,"
kepala Farid Husin terangguk-angguk
"Ayah sayang Farhan, ayah sayang sangat pada Farhan,"
Datin Sri Sahara, fazilah, farah dan Anita turut menangis melihat adegan yang menyanyat hati mereka, manakala Dato sri Hassan kamarudin, fuad sobri dengan Fadil Fitri tersenyum riang tidak menyangka Farid Husin begitu menyanyangi Farhan
"Farid!,"
Farid Husin terus menoleh, puan syakilah dengan Hanis sudah berdiri di hadapan pintu
Puan syakilah mengesat air matanya, dia juga tidak menyangka rupa-rupanya selama ini Farid Husin sebenarnya sangat menyanyangi Farhan
"Farid, ambil nie,"
Pinta puan syakilah sambil menghulurkan sampul surat bersaiz besar kepada Farid Husin
Dahi Farid Husin berkerut, memandang sampul surat di tangan puan syakilah
"Surat siapa nie makcik?,"
"Dari Arwah Nek Ja, sebelum dia meninggal dunia, dalam nie ada telefon Arwah, arwah cakap hanya Farid saja yang yang tahu password dia,"
"Kenapa sekarang baru bagi?,"
Puan syakilah mengeluh pelan
"Maafkan makcik Farid, di sebabkan makcik dengan pakcik kamu terlalu sibuk uruskan masalah kamu, kami berdua kehilangan sampul surat nie di hospital, makcik dengan pakcik memang dah lama cari surat nie tapi tak sangka pula selama nie Hanis terlupa kalau dia letak surat nie dalam kereta Farah,"
Bola mata Farid Husin terus melirik memandang Hanis membuatkan Hanis bersembunyi di belakang puan syakilah
"Farhan...,"
Lembut farid Husin memanggil nama anaknya seakan sudah tertidur di atas bahunya
Farhan mengankat kepalanya
"Ya ayah,"
Farid Husin mencium beberapa kali pipi anaknya itu
"Farhan duduk dengan nenek dulunya,"
Farhan mengangguk
"Mak.. tolong jaga Farhan sekejap,"
Pinta Farid Husin,
"Bagi kat mak,"
selepas menyerahkan Farhan kepada ibunya, sampul surat di tangan puan syakilah segera di ambil, Farid Husin kembali melabuhkan punggungnya di atas Sofa bahkan Dato sri Hassan kamarudin, Datin Sri Sahara duduk di sebelah kiri dan kanannya, Ahli keluarganya yang lain berdiri di belakang Sofa
Farid Husin membuka sampul surat itu, di dalamnya ada sebuah telefon pintar berwarna hitam dan sekeping surat, farid Husin tergesa-gesa mengeluarkan telefon pintar itu, bibirnya tersenyum kerana telefon pintar tersebut adalah kepunyaan Arwah Neneknya
Selepas menghidupkan telefon pintar Arwah Neneknya, dia menakan password mengikut tarikh kelahirannya, hari dan bulan, Skrin telefon pintar menyala sebuah wallpaper terpampang, Farid Husin, Arwah Nek Ja bersama Awaisha Laila bergambar bersama dengan senyuman riang
Farid Husin mengesat-ngesat air matanya yang mengalir, sebelum jarinya menekan App gallery
Seorang wanita dalam lingkungan usia 70 an sedang duduk di atas katil memandang ke arah telefon yang merakamnya
"Farid.., Farid kat mana, kenapa tak jenguk nenek, nenekkan sakit,"
Serta merta Farid Husin menghentikan rakaman tersebut, dia menekup wajahnya, menangis teresak-esak
"Maafkan Farid nek, maafkan Farid,"
Dato sri Hassan kamarudin memeluk bahu anak bongsunya, begitu juga Fuad Sobri, Fadil Fitri, Fazila yang berada di belakang sofa turut membantu menenangkan adik bongsu mereka
"Sabarlah Farid, semua tu dah lama berlalu,"
Pujuk Dato Sri Hassan kamarudin sambil mengosok-gosok bahu anak bongsunya
Selang beberapa minit, hati Farid Husin kembali tenang, nafas di tarik panjang sebelum jari telujuk menekan, memainkan kembali rakaman,
"Nenek tahu Farid takut, Farid malu, tapi inikan nenek Farid, nenek sayangkan Farid, kenapa tak beritahu nenek kalau Sha mengandung, ya memang nenek faham itu salah, itu dosa tapi sekurang-kurangnya Farid beritahulah nenek, nenek sayangkan Sha, nenek tak akan marah dia,"
Arwah Nek Ja terbatuk-batuk sambil mengosok-gosok dada, wajah tuanya tampak lemah,
"Makcik.. Makcik okay tak?,"
terdengar suara Said bohkari bertanya
Arwah Nek Ja tersenyum sambil memandang ke arah seseorang
"Makcik baik je, Said jangan risau,"
Selepas menarik nafas beberapa kali, Arwah Nek Ja memandang semula ke arah rakaman
"Farid, Sha tak pernah bersalah sebab lepas nenek dapat tahu Farid curi barang kemas nenek, nenek sendiri yang periksa telefon farid, bukan sha yang beritahu Nenek, lepas tu nenek call dia suruh dia datang rumah, tapi dia tak nak, sebab tu nenek terpaksa ugut dia, lepas nenek pingsan, Encik khairul yang bawa nenek ke hospital, dia cakap Sha yang minta tolong,"
Arwah Nek Ja mengesat air matanya
"Farid.., Farid tahu tak kenapa nenek cakap semua nie, sebab nenek tahu nenek tak akan jumpa farid lagi, sebab nenek tahu Farid akan cari Sha, farid akan salahkan dia, nenek mohon, nenek merayu pada Farid jangan salahkan Sha, jangan pukul dia, dia tak bersalah Farid, nenek sayangkan dia, andai kata Farid beritahu nenek apa yang belaku, nenek sendiri akan kahwinkan Farid dengan dia, Tapi kalau nenek dah tiada, nenek berdoa semoga Farid tetap berkahwin dengan Sha,"
Secara tiba-tiba nafas Arwah Nek Ja tersekat-sekat, dia menekan dada, rakaman menjadi tergoyang-goyang, terdengar suara Said bohkari memanggil nurse kemudian rakaman terhenti
Farid Husin bergegas bangun, kedua kakinya di ayun laju ke arah pintu
"Farid nak pergi mana tu?,"
Tanya Dato Sri Hassan kamarudin
"Pergi hospital, Farid nak jumpa Sha,"
Dato sri Hassan kamarudin memandang isterinya, Fuad sobri, Fadil Fitri, Fazilah, Farah, Anita saling berpandangan satu sama lain, puan syakilah tersenyum lega
"Alhamdullilah, akhirnya selesai juga,"
Ucap puan syakilah sambil mengosok-gosok dadanya
**
Hospital KPJ Ampang Puteri
Farid Husin melangkah tergesa-gesa setelah masuk ke dalam hospital, selepas sahaja dia naik ke tingkat dua, kedua kakinya di ayun laju ke arah bilik yang di khaskan untuk Awaisha Laila
"Farid?,"
Terperanjat Farid Husin setelah dia masuk ke dalam bilik, Awaisha Laila sedang duduk di atas katil
"Sha?,"
Farid Husin mula mendekati Awaisha Laila, wajah isterinya yang sedikit pucat itu di renung kasih, ikutkan hati, mahu saja tubuh itu di peluk seerat-eratnya, namun dia harus berpinjak di bumi yang nyata, apa yang telah dia lakukan pada isterinya itu
"Makcik keluar dulu ya Sha,"
Kata Puan Hajar, Awaisha Laila keberatan membiarkan makciknya keluar, bimbang jika Farid Husin ingin memukulnya
"Jangan risau, kalau dia pukul sha, Sha jerit je,"
Bisik Puan Hajar
Puan Hajar terus keluar dari bilik, Farid Husin berdiri di sisi katil, kepalanya di tunduk, Awaisha Laila mengigil-gigil ketakutan
"Aku minta maaf Sha,"
Farid Husin terus berlutut di tepi katil isterinya, air matanya menitis
"Maafkan aku Sha, tolonglah maafkan aku, aku menyesal, aku betul-betul menyesal, maafkanlah aku,"
Awaisha Laila terpinga-pinga bila melihat Farid Husin memohon maaf sambil menangis teresak-esak
"Hukumlah aku Sha, selama nie aku yang bersalah, hukumlah aku, tolonglah.., hukumlah aku Sha,"
lama Awaisha Laila terdiam, matanya tidak lepas memandang suaminya, setitis demi setitis air mata berderai di pipi, akhirnya dia menangis setelah melihat kesungguhan Farid Husin memohon maaf padanya menampakkan suaminya itu benar-benar telah insaf
Awaisha Laila mendongak, matanya merenung kosong di atas siling, terketar-ketar bibirnya bagaikan ingin mengatakan sesuatu namun tiada ayat yang mampu terkeluar
"Ya Allah ya tuhanku, Akhirnya engkau makbulkan doa ku,"
Selepas mengucapkan kesyukuran Awaisha Laila terus rebah tidak sedarkan diri
**
Beberapa hari telah berlalu, Puan Hajar telah pun kembali ke melaka walaupun hatinya berat menyerahkan Farhan kepada Datin Sri Sahara namun apakan dayanya, dia juga mempunyai anak yang harus di jaga
Selama beberapa hari, tanggungjawab menjaga Awaisha Laila telah di ambil alih sepenuhnya Farid Husin, Awaisha Laila di jaga dan di layan bagaikan permaisuri,
Setiap hari dan setiap saat yang berlalu Awaisha Laila begitu terharu dengan kesungguhan Farid Husin menjaganya, suaminya sudah mula bergurau senda, kadang kala mereka berdua bercerita tentang kisah lama, ada masanya mereka ketawa, ada masanya mereka menangis bersama,
"Abang sebenarnya tak nak Sha gugurkan kandungan tu, tapi abang takut sangat, kalau arwah nenek abang tak terima anak tu, sebab tu abang curi barang kemas arwah nenek, abang nak guna duit tu untuk menyewa rumah supaya kita boleh hidup bersama,"
Ujar Farid Husin sambil tangannya mengesat air matanya
"Abang?,"
"Ya Sha,"
Awaisha Laila menarik nafas, tangannya mengusap pipi suaminya
"Andai kata dari awal lagi abang tengok rakaman arwah Nek Ja, tentu kita berdua dah hidup bersamakan bang, tentu anak kita dah ramai,"
Farid Husin mengangguk
"Sha?, kenapa sha mudah sangat maafkan abang, sebelum nie abang dah pukul sha dengan teruk, sampai sha masuk hospital tapi kenapa sha masih maafkan abang,"
"Sebab dari dulu hanya abang lelaki yang saya cintai, Selama nie saya tak pernah lupakan abang, saya selalu berdoa satu hari nanti saya akan menjadi isteri abang, di cintai abang,"
Farid Husin mengangguk
"Habis tu, Sha tak kisah ke bermadu?,"
Awaisha Laila memuncung bibirnya, wajahnya seakan merajuk
"Tentulah saya tak nak, jika dari dulu kita hidup bersama, Sha cuma nak hidup dengan abang je, Sha tak akan berkongsi abang dengan orang lain,"
Farid Husin sedikit terkejut, dahinya berkerut, dia mula merasa bersalah memandangkan dia sudah berjanji dengan Awaisha Laila akan menurut sahaja kehendak isterinya, jika Awaisha Laila tidak mahu bermadu nak tak nak dia harus lepaskan Fazura, walaupun hatinya berat kerana semua itu perlukan pergorbanan, Farid Husin redha, yang penting Awaisha Laila bahagia
**
Ampang Jaya
"Sedapnya ibu masak,"
Puji Farhan sambil duduk di riba Fazura,
Fazura tersenyum lebar, suka benar dia melihat Farhan menguyah mee goreng yang baru dia suapkan, Sudah enam hari Datin Sri Sahara selalu membawa Farhan ke rumahnya, hubungannya dengan farhan sudah ibarat seperti ibu kandung, Farhan sangat menyukai masakannya
Dalam tempoh tersebut Farid Husin tidak pernah pulang ke rumah namun ahli keluarga suaminya selalu datang berkunjung seperti biasa,
"Farid tak balik ke?,"
Tanya Datin Sri Sahara
Fazura mengeleng lemah
"Zura tak call dia?,"
"Dah banyak kali zura call, tapi abang farid tak pernah jawab,"
"Hiss, biar betul Zura,"
Fazura tersenyum tawar
"Tak apa mak, lagi pun abang Farid baru je berbaik dengan Kak Sha, itu pun Zura dah bersyukur sangat,"
"Itu mak Faham, tapi sekurang-kurangnya sekali sekala baliklah rumah,"
"Nanti kalau Kak Sha dah sihat, abang farid dengan Kak sha balik sini jugak mak, setiap hari boleh berjumpa,"
Datin sri Hassan tersengih
"Betul juga, tapi janganlah sampai berkongsi bilik,"
"Mak?,"
Fazura terus tergelak Sebelum pipi Farhan di cium beberapa kali
"Oh ya, esok mak dengan farah nak pergi melaka, mak bawa farhan sekali, Zura nak ikut?,"
"Bercuti ke mak?,"
Datin sri Sahara mengangguk
"Nak pergi tengok rumah Arwah mak mertua mak, sebab dah lama tak tengok,"
Fazura mengeluh perlahan
"Mungkin lain kali je mak sebab abang farid tak benarkan zura keluar, lagi pun zura tak tahu bila kak sha Keluar hospital, takut nanti bila kak sha dah keluar, nanti tiada siapa nak jaga dia kalau abang Farid kerja,"
"Yelah, mak faham,"
Tepat jam 02.00 tengahari Datin Sri Sahara dengan Farhan pulang ke rumah, selepas makan tengahari bersama Fazura, puan Marbiah dengan Fazira
Setelah mengemas dapur, Fazura duduk di ruang tamu berbual kosong dengan ibunya, fazira pula sibuk berchat dengan rakan-rakannya,
Tiba-tiba Kedengaran bunyi kereta memarkir serentak dengan bunyi pagar di luar terbuka, Fazura terus berdiri, dia menjenguk melalui tingkap, bibirnya tersenyum
"Abang farid dah balik,"
Ucap Fazura pada ibunya sebelum mengayun kakinya ke arah pintu
Wajah Hamdan terpinga-pinga setelah keluar dari kereta, sejak Farid Husin mengambilnya dari tempat kerja dia tidak tahu apa motif Farid Husin menyuruhnya ikut ke rumah sahabatnya itu
Hamdan tersenyum bila melihat kelibat Fazura keluar dari rumah, namun senyumannya serta merta hilang bila Farid Husin bergegas masuk ke dalam rumah seakan-akan fazura tidak wujud di depan mata
"Assalamualaikum Zura,"
Tegur Hamdan
"Waalaikummusalam, Encik hamdan,"
Fazura tersenyum sambil tangannya mempebetulkan tudung kepalanya
"Zura apa khabar?,"
"Alhamdullilah, Zura sihat je, Encik hamdan apa khabar,"
Handan tersengih
"Tengok jelah badan aku nie Zura kalau kurus maknanya aku tak sihat, tapi alhamdullilah still gendut,"
seloroh Hamdan membuatkan Fazura ketawa
Farid Husin turun dari tingkat dua sambil membawa beg pakaian, sesampai saja di bawah dia mendekati ibu mertuanya, tangan puan Marbiah di cium sebelum keluar dari rumah
Langkahnya terhenti di sebelah Hamdan bila Fazura menghulurkan tangan, hatinya beku namun dia menyambut jua tangan Fazura, selepas Fazura mencium tangannya, farid Husin pantas menarik tangannya semula,
Fazura merasa hairan
"Kenapa nie bang?,"
"Tak ada apa-apa,"
Fazura tersenyum,
"Abang, boleh tak Zura minta izin nak melawat Kak sha kat hospital,"
Farid Husin mengaru-garu rambutnya,
"Zura mulai hari nie, Kalau zura nak keluar, Zura keluar je, tak perlu minta izin abang,"
Dahi Fazura berkerut tidak memahami maksud suaminya
"Kenapa abang cakap macam tu?,"
Farid Husin tidak terus menjawab, wajah ibu mertuanya dengan Fazira yang sedang berdiri di muka pintu di tatapnya seketika
"Mak, Farid minta maaf,"
Fazura terpinga-pinga bingung, dia menoleh memandang ibunya sebelum memandang semula suaminya
"Kenapa abang minta maaf pada mak,"
"Zura, tolong dengar apa abang nak cakap,"
Fazura mengangguk, bibirnya tersenyum,
"Mulai hari nie, abang ceraikan Zura dengan talak satu,"
Alangkah terkejutnya Fazura, sehingga matanya membulat memandang suaminya
"Abang!!, kenapa abang cakap macam tu, apa salah Zura bang,"
"Farid!, Kau dah gila ke?,"
Hamdan yang mendengarnya turut terkerjut
Farid Husin tidak menjawab, kedua kakinya pantas di ayun ke arah keretanya
"Abang.., abang, apa salah Zura bang, apa salah zura bang?,"
Fazura mengejar suaminya sambil merintih merayu namun suaminya langsung tidak menoleh
Fazura cepat-cepat memeluk belakang suaminya, ketika suaminya ingin masuk ke dalam kereta
"Abang..., abang..., apa salah zura, apa salah zura bang, kenapa abang buat macam nie, abang dah janji, abang dah janji dengan Zura,"
Farid Husin tetap tidak menjawab, wajahnya langsung tiada menunjukkan perasaan kesihan dengan rayuan isterinya,
"Lepaska abang Zura,"
Fazura tergeleng-geleng
"Lepaskan abang Zura!,"
Farid Husin memusingkan tubuh dengan kasar, sehingga tangan fazura terlepas dari tubuhnya kemudian dia bergegas masuk ke dalam kereta
"Abang!! jangan buat macam nie pada Zura, tolonglah bang, Zura merayu, abang.. abang,"
Fazura seperti hilang arah, dia menangis sekuat hati sambil tangannya memukul-mukul tingkap kereta
"Abang..., abang..., buka pintu nie bang, abang.. abang buka pintu nie bang, Zura rayu bang, tolonglah, abang...,"
Kereta di pandu Farid Husin membuat pusingan, Fazura masih lagi berusaha memanggil suaminya, tingkap kereta di pukul beberapa kali namun Farid Husin tetap tidak mengendahkan rayuan Fazura,
"Abang.., abang, jangan pergi bang, buka pintu nie bang, apa salah zura bang, abang tolonglah buka pintu nie bang,"
Fazura merayu dan terus merayu, dia belari sekuat hati mengikut kereta suaminya sambil memukul-mukul tingkap mengharapkan suaminya menghentikan kereta namun kakinya tersandung menyebabkan tubuhnya tersemban di atas jalan sehinggakan tangan kirinya di gilis tayar belakang kereta suaminya
"Ya Allah! kakak,"
Fazira menjerit
"Arghhhh!!,"
Fazura meraung sekuat hati, dia memegang tangan kirinya, sambil berusaha untuk bangun namun kereta suaminya tidak lagi kelihatan
(Bab akan datang Bab Akhir)
ringkasan Bab
Farid Husin berdiri tegak di hadapan seluruh ahli keluarganya dengan kepala menunduk,
Datin Sri Sahara pula sudah tidak keruan terjerit-jerit bila mengetahui Farid Husin menceraikan Fazura,
kedengaran Loceng pagar berbunyi, farah keluar untuk melihat, tidak lama kemudian Farah kembali bersama dua orang jururawat
"Maafkan saya, Kami berdua nurse dari Hospital KPJ,"
"Masalah isteri saya ke?,"
Serta-merta Farid Husin bertanya bimbang jika ada sesuatu belaku pada Awaisha Laila
"Ya, tapi kami nak jumpa puan fazura,"
"Kenapa dengan dia?,"
Tanya Fazilah pula
"Sepatutnya semalam puan Fazura perlu datang buat pemerikasaan kat hospital, tapi puan Fazura tak datang sebab tu kami datang nak jumpa dia,"
"Pemerikasaan apa?,"
"Kandungan dia,"
Kuantan
"Saya nie makcik, kerja cikgu je, takdelah kaya, tapi saya ikhlas nak jadikan fazura sebagai isteri saya,"
"Tapi cikgu, anak saya nie mengandung, boleh ke ayah dengan mak cikgu terima,"
"Makcik jangan risau, semua tu saya dah cerita pada ayah dengan mak saya, mereka berdua dah setuju,"
Share this novel