Bab 57

Romance Completed 78329

Gia dan Vitalika merenung sepi ke arah tanah perkuburan daddy mereka. Air mata dah habis kering untuk menangis. Danial, mummy dan ahli keluarga yang lain dah lama beredar dari sini. Tinggal dia, Vitalika, Eric dan Luqman saja di situ. Nasib baik jugak wartawan yang datang mengerumuni tempat perkuburan tadi sempat di handle oleh Maya, Kristine dan Jericho. Gia pula tadi ketika ditemu ramah oleh wartawan hanya mampu menjawab sedikit sahaja soalan mereka.

“Gia…dah. Jom balik?” Eric cuba memujuk. Dari tadi lagi
Gia tak nak berganjak dari kubur daddy. Vitalika pulak dah bangun dan berdiri di sebelah Eric.

Luqman hanya memerhati muka mendung Gia. Terkesan sangat dengan kepergian Mr. Scott Padilla.

“Kak Gia…jom balik? Tak elok macam ni lama-lama dekat kubur,” Vitalika pula cuba memujuk.

“Kalau Vi dengan abang Eric nak balik, baliklah dulu. Akak nak stay dekat sini lagi…” bila diingatkan balik, dah lama jugak dia tak jenguk kubur tatay.

“Tapi kak Gia…”

“Akak tak nak balik lagi!” Suara tegas Gia membuatkan
Vitalika senyap. Eric pula mengeluh dengan sikap keras kepala Gia yang satu ini. Bila terlampau sedih, macam nilah jadinya Gia.

Luqman memberi isyarat kepada Vitalika dan Eric supaya beredar dulu. Hal Gia dia boleh uruskan. Mereka berdua mengangguk kecil sebelum beredar keluar dari kawasan perkuburan. Luqman mendekati Gia lalu mencangkung di situ.

“Gia…”

“Awak pun baliklah Luq. Saya nak stay dekat sini. Dulu
saya kehilangan tatay. Sekarang ni saya kehilangan daddy pulak. Kenapa orang yang saya sayang semuanya pergi tinggalkan saya?” Ujarnya dengan suara sayu.

“Gia…kau kena ingat. Apa yang berlaku sekarang ni bukannya kesan dekat kau sorang je tapi dekat Vi, Eric, Danial dengan mummy kau jugak.”

“Huh! Awak ingat Danial dengan mummy kisah ke kalau daddy mati sekalipun? Diorang dua tu langsung tak kisah!”

“Gia, tak baik cakap macam tu.”

“Awak tak faham apa yang saya rasa selama ni Luqman! Hampir sebelas tahun saya hidup dalam keadaan hati dan perasaan saya terseksa akibat rasa bersalah! Awak tak faham!”

“Tapi daddy kau pergi bukan sebab salah kau! Dah sampai waktu dia!”

Tangisan Gia kembali berlagu. “Kenapa Luq? Kenapa semuanya kejam dengan saya Luq? Apa salah yang saya dah buat sampai saya kena tanggung semua ni? Daddy tempat saya menumpang kasih lepas tatay meninggal tapi kenapa? Kenapa Tuhan ambik daddy pulak sekarang ni?”

“Gia!” Bahu Gia dicengkam lalu membawa Gia berhadapan dengannya. “Kau tak boleh cakap ni. Kau kena lepaskan daddy pergi. Kesian dekat daddy tengok kau menangis macam ni. Apa yang kau boleh buat sekarang ni doa je untuk daddy kau. Dah…jom balik ok?”

“Saya tak nak balik!”

“Dah tu takkan kau nak duduk sini? Are you serious Gia? Kalau tiba-tiba ada hantu tarik kau masuk bawah tanah macam mana?”

Tangisan Gia terus berhenti. Dia memandang Luqman dengan tak berperasaan. “Awak ni! Nak menipu pun agak-agaklah!” Lengan Luqman ditumbuk kasar.

“Hah…macam nilah tak nangis lagi. Ok, kalau kau tak nak balik rumah, kau nak pergi mana before kita balik Manila?”

“Huh? Balik Manila?”

“Yep!”

“But why? Saya boleh je stay dekat rumah daddy.”

“Abang Eric nak aku bawak kau balik ke Manila lepas je pengebumian ni.”

“Kenapa?”

Luqman menjongketkan bahunya. “Aku pun tak tahu. Kau tanyalah abang Eric sendiri.”

Hmmm…ni mesti dia tak nak aku bertengkar dengan Danial dalam rumah tu nanti.

“Saya nak pergi riverside tak jauh dari sini. Nak tenangkan fikiran kejap.”

“Aku drive?”

“Tak apa. Saya boleh drive sendiri.” Luqman akur.
Mereka berdua menuju ke arah kereta milik Gia.

Beberapa minit dari tempat pengebumian, mereka tiba juga di riverside. Gia melangkah keluar dari kereta dan menghadap ke arah sungai yang mengalir. Suasana di sekitarnya membuatkan Gia terasa sedikit tenang.

“Macam mana kena interview dengan wartawan tadi?” tanya Gia. Lawak pulak bila Luqman kena sesi temu ramah dengan wartawan.

“Not bad. Dalam masa yang sama terkejut jugak tiba-tiba kena serbu macam tu.” Paling tak tahan bila dia kena soal sama ada dia ni teman lelaki Gia atau tidak.

“Jom!”

“Jom nak pergi mana? Kau ready nak balik Manila?”

“Tak…saya nak bawak awak pergi satu kedai makan ni. Saya dah pernah try dulu. Sedap jugak!”

“Wooo…jangan bawak aku ke tempat sembarangan ok?”

“Taklah! Kedai tu dijamin halal! Awak ingat saya ni jahat sangat ke nak bawak awak makan dekat kedai yang pelik-pelik? Lagipun dah berapa hari kan awak tak makan? Sekarang ni saya belanja awak makan.
Amacam?”

“Serius ni?”

“Yep! Serius!”

“Ok! No problem tapi make sure halal ok!” Gia mengangkat jarinya tanda ok.

MEREKA berdua melangkah masuk ke dalam Shawarma Gourmet. Sekarang pun masih lagi sesak dengan orang yang berkunjung ke restoran ini untuk menjamu selera. Mereka duduk di tempat yang kosong. Kehadiran mereka berdua di situ mengundang perhatian ramai. Gia mengukirkan senyuman kepada mereka manakala Luqman pula hanya berdiam diri.

Ada yang memandang ke arah mereka dan ada jugak yang berbisik antara satu sama lain. Gia dapat agak yang mereka ingat Luqman sekarang ni teman lelaki aku. Haih…duduk dalam dunia seni atau industry memang takkan lari dari kontroversi sama ada kontroversi tu baik ataupun tak.

Salah seorang pelayan mula menghampiri mereka dengan buku catatan kecil bersama pen di tangannya.

“Hello miss Gia, welcome to our Shawarma Gourmet restaurant. May I have your order?” Pelayan yang memakai bernama Katherine mengukirkan senyuman kepada Gia dan Luqman.

“Yes please. Please give us one beef shawarma rice, regular Fattoush salad, lentil soup and lastly spiced fries for one with garlic dip.” Laju Katherine menulis pesanan dari Gia.

“Awak nak minum apa?”

“House blend lemon iced tea.”

“Ok…22 oz house blend lemon iced tea for two.”

“Is that all?”

“Yes.”

“Please wait for a few minutes. We will serve your dish soon.” Katherine berlalu dengan pesanan yang dipesan oleh Gia tadi.

“Hmmm…kau kata kau nak belanja aku. Aku tengok kau order untuk kau sorang je?” Gia menayangkan sengihnya.

“Saya order untuk awak sekalilah.”

“Ni…aku tengok orang dekat sini kadang-kadang tengok ke arah kita. Dah kenapa?”

“Alah awak buat bodoh sudah. Awak jangan lupa sekarang ni awak duduk semeja dengan model terkenal ok!”

“Hek eleh! Kereknya kau! Ni…kau dah ok ke?”

“Maksud awak ok macam mana tu?”

“Yelah…dah tak sedih macam tadi.”

“Sampai bilalah kan saya nak sedih macam tadi? Kalau saya menangis sampai air mata hijau sekalipun daddy takkan bangun balik. So, flight pukul berapa?”

“8.30 malam. Kau yakin ke kau boleh attend fashion show esok? Kalau kau tak boleh attend kau bagitahu jelah Maya…”

“Tak boleh. Saya kena attend jugak sebab sepatutnya hari ni tau fashion show tapi ditunda ke esok sebab saya tak dapat attend. Mula tu saya dah suruh Maya bagitahu dekat pihak event tukar je kepada orang baru ganti tempat saya tapi pihak event cakap diorang tunda. Diorang nak jugak saya ada dalam event tu.”

“Hebat sangat kau ni sampaikan pihak event tak nak orang lain gantikan tempat kau.”

“Memandai je!”

Borak punya borak akhirnya makanan yang dipesan sampai jugak. Hidangan dihidang satu-persatu di atas meja makan.

“Salamat na…” Gia mengucapkan terima kasih kepada pelayan yang menghantar hidangan mereka.

“Ni makanan awak,” beef shawarma rice dengan house blend lemon ice tea ditolak kepada Luqman. Luqman memerhati hidangannya dan hidangan Gia jugak. Dia makan tu je ke?

“Kau tak makan nasi?”

“Saya akan diet kalau ada event melibatkan fashion show
atau presenter. Jadi, saya just makan Fattoush salad dengan lentil soup je. Spiced fries ni kita kongsi. Awak kena try tau sebab kalau cicah dengan garlic sauce ni memang sedap!”

“Kau ni baik sangat dengan aku ada apa-apa ke?”

Gia menjulingkan matanya ke atas dengan dengusan kecil tak puas hati. “Awak boleh tak kalau sehari jangan fikir buruk pasal saya? Saya ikhlas nak bawak awak datang makan dekat sini. Saya kesian dekat awak dah berapa hari awak just minum air kosong je. Awak jangan fikir saya ni kejam sangat nak tengok awak lapar sebab tak makan.”

Arabic croutons dicicah dengan lentil soup lalu disuap ke dalam mulutnya. Tak hiraukan Luqman yang memandangnya.

“Terima kasih.”

“No thanks! Makan! Lepas makan kita gerak terus ke airport ok?” Fattoush salad dicedok lalu diletak ke dalam mangkuk nasi Luqman. “Try rasa. Sedap!” Fattoush salad dicedok lagi dan disuapkan ke dalam mulutnya.

Ada dua jenis salads yang dihidangkan dalam menu. Tabouleh salad dengan Fattoush salad dan dia lebih suka dengan Fattoush salad dengan rasanya yang sedikit masam tapi sedap. Rasanya memang seimbang.

Spiced fries diambil lalu dicicah dengan garlic sauce. Nikmatnya tak terkata bila kunyah spiced fries tu. Tambah lagi dengan garlic sauce yang memang sedap lagilah Gia makan serupa nak gila.

Eh? Kata diet? Hehehehe…aku diet sikit je sebenarnya. Lagipun, dah berapa lama aku tak diet lepas Vi tegur yang aku ni dah serupa ranting bergerak. Terlampau kurus. Nak bandingkan aku dengan Vi, Vi berisi sikit dari aku tapi masih di bawah kategori kurus hahahaha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience