Chapter 7

Romance Series 19306

BAB 7

“Kau percaya ke cerita-cerita karut Si Navin tu? Nak convert konon!” Farah mencebik. Dia merenung aku dengan pandangan tajam.

“Memang dia sedang belajar sekarang ni.” Jawab aku spontan. Rasa geram juga bila Farah menghina niat suci Navin.

“Kalau dia serius..takkan next week dia still nak masuk kawadi? Cuba kau fikir Dura…buat apa dia nak cucuk badan dia lagi kalau dia nak convert.”

Aku tergamam. Biar betul apa yang aku dengar dari mulut Farah. Mustahil! Tapi pokok tidak akan bergoyang jika tidak ada angin. Memang susah aku nak percaya. Mungkinkah Farah sengaja hendak menduga aku.

“Dan yang paling aku tak tahan, dia canangkan pada orang yang dia nak convert dan nak kahwin dengan kau. Padahal in the same time… dia dah ada affair dengan orang lain.”

“What?” Aku hampir terpekik. Terkejut beruk aku dengan kenyataan dari mulut mungil Farah. Nasib baik aku tidak ada lemah jantung.

“Kesian budak pompuan tu. Dah macam tak betul sekarang ni.”

“Kenapa pulak dengan pompuan tu?”

“Biasalah…dah jemu…dah reject…buat apa Navin tu nak simpan lagi.”

Aku menarik nafas panjang. Terasa dada aku sesak tiba-tiba. Sesungguhnya aku sedang keliru. Antara percaya dan tidak. Sebesar kumanpun tidak pernah terlintas di fikiran aku tentang perkara yang tidak masuk di akal itu.

Ini kerana selama aku mengenali Navin, dia kelihatan seperti lelaki yang bermaruah dan baik-baik. Dia juga tidak pernah menunjukkan sikap yang kurang sopan. Malah dia tidak pernah mengambil kesempatan terhadap aku.

“Kalau aku jadi kau Dura..aku tak akan terima jantan macam tu. Mengunakan taktik kotor untuk dapatkan kau.”

“Betul ke apa yang cakap ni Farah? Kau jangan nak buat fitnah. Berdosa tau!”

“Ini bukan fitnahlah, Dura. Aku tahu semua ni sebab aku kenal sangat dengan budak pompuan tu. Malah aku sendiri yang nasihatkan dia supaya tinggalkan Navin. Kalau nak diikutkan, budak pompuan tu memang sanggup buat apa saja untuk Navin. ” Farah mengeluh. Wajahnya tiba-tiba berubah muram.

“Susah aku nak percaya…”

“Terserahlah pada kau nak percaya atau tidak. Aku cuma tak nak kau jadi macam budak pompuan tu. Dulu…memang aku tak peduli kau berkawan dengan Navin sebab aku tahu perangai kau. Tapi bila dah jadi macam ni, aku rasa aku patut bagi kau warning.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience