Bab 85

Romance Completed 207871

"Abang!" jerit Intan yang terkejut dan dalam waktu yang sama juga dia toleh pada pintu.

"Tuan Aniq?" soal Intan pelik. Dilihat Aniq sedang menyimpan senjata pada hoster di pinggang. Ada juga Tuan Syam di belakang.

Carlos yang berada di belakang Aniq cuba untuk melihat apa yang berlaku disebalik tubuh Aniq dan Syam, sebaik terpandang pada pakaian yang dipakai Intan, Carlos yang ada di belakang Aniq pantas masuk ke dalam rumah kemudian membuka jaket berhud yang dipakainya lalu menutup tubuh dan kepala Intan yang terdedah.

Pada mulanya Intan seperti terkejut dengan perbuatan Carlos tetapi Intan seakan baru menyedarinya yang dia hanya berseluar pendek beserta baju tanpa lengan pantas menyarung jaket tersebut dan menutup kepalanya yang togel tiada tudung.

"Awak salin pakaian dulu, biar saya tengokkan Caden. Go!" arah Carlos.

Walaupun teragak-agak untuk meninggalkan Caden pada Carlos, Intan bangun juga.

Caden waktu itu sudah rebah di atas lantai dengan penuh darah sempat mengangguk pada Intan. Intan pantas bangun sambil memandang sekilas pada tubuh Alice yang sudah terkulai dengan darah memenuhi tubuh dan lantai di sekitarnya.

"Den, stay with me. Don't you dare to close your eyes" marah Carlos sambil memangku Caden.

"Syam, call medic!" arah Aniq pada Syam yang berdiri di sisinya apabila melihat Caden yang sudah cedera parah.

Tidak lama Intan dengan berlari datang menghampiri Caden.

"Abang.. jangan tinggalkan sayang" Intan sudah menangis sambil luka pada perut Caden ditekan dengan tangannya.

"Tuan Aniq, Caden!" panggil Intan yang sudah sebak.

Aniq yang tadi sibuk menguruskan mayat Alice tertoleh pada Intan.

"Man, bantu Syam" arah Aniq lalu melangkah menuju ke arah Intan yang sudah terduduk di lantai dengan tangan dipenuhi darah Caden. Aniq turut melutut di sisi Intan.

"Syam dah call medic, kejap lagi sampai.." kata Aniq dan belum sempat ayat dihabiskan terdengar bunyi siren ambulans dan siren kereta peronda. Tidak lama anggota penyelamat masuk ke dalam rumah bersama stretcher dan dengan pantas Caden dibawa naik ke atas stretcher dan ditolak ke dalam ambulan.

"Go! It's okay, saya uruskan hal di sini" kata Carlos pada Intan.

Intan mengangguk lalu kaki pantas mengekori Caden dalam usungan dan masuk bersama dalam ambulan. Waktu itu kawasan perkarangan rumah sudah penuh dengan polis yang beruniform dan yang berpakaian biasa, begitu juga dengan kenderaan polis. Tiba-tiba sahaja rumah tersebut jadi meriah. Intan tidak pedulikan semua itu. Biar Carlos dan Fahmi yang uruskan, yang penting sekarang Caden!

Sebaik ambulan yang membawa Caden beredar, Carlos memandang Aniq.

"Terima kasih Tuan dengan tindakan pantas tadi" ucap Carlos sambil tangan yang penuh darah dikesat pada kain yang diserahkan oleh Fahmi.

"Terima kasih juga pada awak Carlos, memang tepat tindakan awak menghubungi saya. Biar pihak polis yang ambil tindakan." ucap Aniq sambil menepuk perlahan bahu Caden. Lalu kaki melangkah ke arah Syam dan Azman yang sibuk menguruskan tempat kejadian.

"Ya Tuan, saya rasa tidak sedap hati, macam ada sesuatu yang akan berlaku tapi tidak sangka sampai begini sekali jadinya" ucap Carlos kesal.

"Carlos, kita manusia rambut saja sama hitam tapi hati lain-lain" balas Aniq. Mujurlah Carlos tidak bertindak sendiri, kalau tidak entah bagaimana kesudahannya nanti.

"Tuan, boleh saya tanya. Bagaimana dengan senjata yang Alice guna untuk tembak Caden?" soal Carlos bimbang.

"Maksud awak?" soal Aniq pula.

"Hm.. senjatapi itu milik abang Alice, Rick. Dah tentu cap jari Rick pun ada" terang Carlos bimbang. Rick tak bersalah, Alice yang membuat onar.

"Oh.. macam tu. Ada lesen pemilikan tak? atau itu senjatapi pasaran gelap" soal Aniq ingin tahu. Dilihat Carlos sudah serba salah mahu beritahu.

"It's okay. Saya akan cuba buat apa yang mampu, apa yang penting, sekarang ni awak uruskan apa yang patut, kalau perlu apa-apa panggil saya. Saya nak ke sana" kata Aniq lalu melangkah meninggalkan Carlos.

Carlos hanya mengangguk faham.

"Man, dah call foresik?" soal Aniq sebaik tiba di sisi Azman.

"Dah Tuan, ETA lima minit" maklum Azman.

"Niq" panggil Syam.

"Tak silap aku perempuan ni ada dalam senarai yang dihitamkan hari tu" kata Syam.

"Aku tahu. Itu sebab aku selalu ingatkan Intan supaya hati-hati. Tapi dalam hati-hati pun dia turut cedera beberapa kali." kata Aniq sambil melepas pandang pada Carlos yang dari tadi sibuk dengan telefon bimbit di tangan.

"Mujurlah Intan ni kuat orangnya" sambut Syam pula.

"Tuan, forensik dan pegawai penyiasat dah sampai" maklum Azman pada Aniq dan Syam.

"Okay, bantu mereka apa yang patut" arah Aniq.

Carlos yang berada di luar rumah sibuk dengan panggilan telefon yang tidak putus-putus.

"I'm sorry Rick. Alice shot Caden and try to shot Intan too" terang Carlos.

"I know, I'm outside the house, near the side fence" terang Rick.

"I saw Carl, I saw.. but I can't believe Alice do all this" sayu suaranya.

"You just don't worry. It's okay. Kau uruskan apa yang patut. Kalau perlu apa-apa, bagitau aku." pesan Rick pada Carlos.

"I feel bad for Caden and Intan. Please say my apologies" tambah Rick lagi.

"Okay. Aku kena letak dulu. Anything aku call kau" kata Carlos lalu talian di matikan dan kaki melangkah menuju ke arah Aniq.

"Tuan Aniq" tegur Carlos.

"Ada yang tak kena ke?" soal Aniq apabila melihat riak wajah Carlos yang runsing.

"Nothing" jawab Carlos sepatah.

"Abang Alice ada di sini?" soal Aniq pada Carlos.

Tertegak Carlos memandang Aniq. Macam mana boleh tau.. Perlahan Carlos lepaskan keluhan.

"Ya, tadi dia yang call tanya" jawab Carlos jujur.

"So?" soal Aniq sambil wajah Carlos dipandang tepat.

"I told him, Alice was dead because shot. He understand but he so upset because couldn't stop Alice" terang Carlos.

"Sorry, saya terpaksa, jika tidak ada nyawa lain yang akan melayang" balas Aniq pula.

"Saya faham" jawab Carlos.

"Tuan Aniq, pihak forensik dah siap proses, Pegawai penyiasat pun dah siap ambil detail" maklum Azman sebaik tiba di sisi Aniq.

"Okay, minta anggota angkat mayat masuk Land Rover. Hantar ke hospital untuk post mortem" arah Aniq.

"Carlos, tugas saya di sini dah selesai. Saya dan pasukan beredar dulu. Kalau perlukan bantuan, boleh call saya bila-bila masa" kata Aniq pada Carlos yang ada di sisinya.

"Terima kasih sekali lagi Tuan. Er.. Maaf bertanya, Caden di bawa ke hospital mana?." ucap Carlos.

"GH" kata Aniq.

Carlos mengangguk.

Aniq, Syam dan seluruh pasukan beransur-ansur meninggalkan kawasan rumah. Carlos kemudian mendail satu nombor.

"Hello, come now. Clean all this" arah Carlos dan talian dimatikan.

"Fahmi" panggil Carlos pada Fahmi yang duduk di gazebo sambil membuka baju kemejanya yang penuh darah Caden.

Berlari Fahmi datang ke arah Carlos.

"Yup, ada apa?" soal Fahmi.

"Kau tunggu jap, aku nak bersihkan badan dan tukar baju lepas tu kita ke hospital" kata Carlos lalu kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Baru sahaja kaki melangkah, tertenti di tengah pintu. Penuh darah di kawasan ruang tamu itu. Terhela nafas yang kuat.

+++

"Pretty" panggil Carlos.

Intan yang berada di kerusi dengan kepala yang tertunduk pantas mendongak. Basah wajahnya dengan air mata. Dilihat lengan kiri Intan sudah ditukar pembalutnya pasti luka sudah dirawat.

"Ni, pakaian awak. Pergilah tukar. Telefon bimbit awak dan Caden pun ada, power bank sekali" kata Carlos sambil menyerahkan beg pada Intan.

Intan perlahan mengambil beg dari Carlos dan bangun menuju ke arah tandas.

"Fahmi, ikut Intan" arah Carlos.

Fahmi mengangguk dan pantas mengekori Intan dari belakang. Tidak lama Intan berjalan beriringan bersama Fahmi menuju ke arah Carlos semula.

"Kau teman Intan kejap, aku nak beli makan" kata Carlos pada Fahmi.

"Eh, biar aku pergi. Kau tunggu Puan Intan" sanggah Fahmi pula.

"Pretty, awak nak makan atau nak minum apa-apa tak. Fahmi nak belikan" soal Carlos pada Intan yang berada di sebelahnya, sugul sahaja.

Intan tidak menjawab, hanya gelengan yang diberi.

"Kau beli je la apa-apa, beli makanan yang mudah untuk dimakan dengan air panas" ucap Carlos pada Fahmi yang sudah pun berdiri dan bersedia untuk bergerak.

"Okay, aku pergi dulu. Apa-apa, call aku" pesan Fahmi lalu kaki melangkah meninggalkan Intan dan Carlos.

Kedua-duanya hanya diam tidak berbunyi. Tiba-tiba Intan memandang Carlos. Bergenang air mata di tubir.

"Carlos.. awak rasa Caden macam mana?" soal Intan dengan pandangan yang sayu.

Berat untuk Carlos menjawab soalan itu.

"Saya tak pasti Intan, kita sama-sama berdoa semoga Caden selamat" itu sahaja yang mampu diucapkan.

Hampir lima jam mereka menanti. Aniq dan Syam yang datang pun pulang semula kerana ada tugas perlu dilakukan tetapi masih tiada berita dari Caden dari dalam. Tiba-tiba pintu terbuka dan muncul seorang lelaki dan berdiri tegak di hadapan pintu memerhatikan ketiga-tiga mereka...

+++

Surah yassin selesai dibaca, doa juga sudah dipanjatkan lalu tangan naik mengaminkan. Semoga tenang di sana. Bunga-bunga dan daun pandan ditabur di atas pusara dan air dari balang kaca perlahan dijiruskan..

"Pretty..." panggil satu suara..

Share this novel

hafsah rasit
2020-06-15 14:44:58 

xkn caden yg mati?


NovelPlus Premium

The best ads free experience