BAB 3

Romance Completed 56522

Inas menghempas kuat pintu kereta. Tak pasal - pasal kena ikut anak orang gaji rumahnya ini pergi kursus kahwin. Mencuka wajahnya. Muncung seperti boleh disangkut dengan hanger.

"Pakai seat belt atau saya yang pasangkan untuk awak," Azeem bersuara tegas. Malas mahu memberi muka pada wanita di sebelahnya ini.

Kedengaran suara rengusan dari bibir wanita itu. Masih berkeras. Inas masih membatukan diri. Kedua - dua tangan dia silang dan letak di dada, tanda seperti protes. Memang dia protes. Protes disebabkan terpaksa mengikut semua arahan daddynya. Semuanya disebabkan anak orang gaji rumahya ini. Dia benci... Gelodak perasaan seperti tidak dapat dia lepaskan.

Azeem menundukkan sedikit badannya. Tangannya mencapai seat belt di sebelah kiri tempat duduk Inas. Terasa sedikit sentuhan pada badan Inas.Nafas mereka seolah - olah bersatu. Azeem masih lagi beriak selamba. Sedangkan hati Allah sahaja yang tahu.

Tersentak Inas dengan tindakan Azeem yang tiba - tiba itu. Tak terduga sikap selamba lelaki itu. Memang dia sengaja mengeraskan dirinya, ingkar akan arahan dari lelaki itu. Tetapi perbuatan sepontan yang dilakukan oleh lelaki itu sungguh dia tidak duga. Dalam sikap diam lelaki itu ada tersembunyi sedikit ketegasan dalam dirinya.

Deruan nafas lelaki itu mengenai wajahnya. Inas hanya membatukan diri,
dan menahan nafas selagi boleh. Dia memejam matanya rapat - rapat.

"Ni ubatnya untuk orang yang degil, tak nak dengar arahan sangatkan. Biar abang yang pasang," Azeem mula memasang seat belt pada Inas. Dalam gementarnya tetap juga dia tunjukkan ketegasannya, tidak mahu terlihat lemah di mata Inas. Ini kali pertama dia bersembang secara terus dengan Inas. Sebelum ini hanya sepintas lalu jika mereka bertembung di dalam rumah itu.

"Tak payah nak ber'abang' sangatlah. Geli telinga aku dengar. Cepatlah pergi dan cepat balik," seperti seorang 'Mem' yang memberi arahan kepada pemandu sahaja lagaknya," arah Inas. Mata tajam memandang ke arah hadapan.


Azeem hanya melakarkan senyum tipis. Sabar selagi boleh. Api tidak boleh berlawan dengan minyak. Nanti makin marak jadinya. Seorang harus menjadi seperti air.

Azeem menghidupkan enjin kereta. Menderu kereta bergerak membelah jalan di pagi itu. Dia kerling Inas di sebelah yang masih memuncungkan mulutnya. Mata wanita itu mengadap pada luar cermin kereta. Masing - masing bermain dengan perasaan sendiri. Baik Inas, begitu juga Azeem. Mulut masing - masing seperti digam rapat - rapat.

Sampai juga di dewan tempat kursus kahwin itu dianjurkan. Kelihatan peserta - peserta lain sudah berpusu - pusu masuk ke dalam dewan. Azeem mengerling ke arah satu pasangan yang kelihatan tersangat mesra, terbit sedikit perasaan cemburu di dalam dirinya. Andai dia datang bersama insan yang dia cinta, mesti keadaannya akan seperti itu juga. Mesti semangat untuk datang berkursus juga lain. Hmmm... Tanpa sedar terlepas sedikit keluhan dari mulutnya.

Azeem duduk di salah sebuah kerusi yang disediakan, wanita diasingkan tempatnya dengan lelaki.

Mata masing - masing fokus dengan hujahan yang diberikan oleh ustaz yang telah dilantik.

___________


Azeem memberhentikan kereta di sebuah taman setelah selesai kursus pagi tadi. Ada perkara yang akan dia bincangkan bersama Inas. Suka atau tak suka, mereka perlu berbincang. Soal hala tuju perkahwinan mereka.

Inas yang tersengguk - sengguk dari tadi kerana mengantuk membuka matanya luas - luas. Apa lagi yang dia nak ni??? orang nak balik cepat - cepat. Nak berhenti dekat taman ni bagai, nak buat apa. Aku dah ikut pergi kursus ni dah cukup baik. Dia bermonolog di dalam hati.

"Inas, kita perlu berbincang," Azeem menelan liurnya. Sungguh payah untuk dia mulakan bait - bait ayat itu.

"Nak bincang apa lagi??? kau tau tak, kau dah musnahkan semuanya masa depan aku, kenapa kau terima permintaan daddy??? tak boleh ke kalau kau menolak?" terhambur juga apa yang dia tahan - tahan selama ni.

"Nih, sekarang ni, buat apa kita duduk dekat sini? kau tau tak aku dah penat. Aku nak balik," kain selendang yang menutup kepalanya dia rentap kasar. Dia gumpal menjadi gumpalan dan dia ramas kuat - kuat. Begitulah saratnya kepala dia sekarang ini. Jika tidak kerana daddy yang memaksa dia pergi kursus kahwin ini, takdenya dia nak pergi. Inas merengus geram.

"Sabar Inas, semua yang jadi ni adalah ketentuan untuk kita, abang ikhlas terima Inas. Abang tak akan halang apa yang Inas nak buat selepas kita berkahwin, tapi tolong jaga maruah abang sebagai seorang suami," Azeem mematikan ayatnya di situ. Entah kenapa mulutnya seakan sukar untuk berkata - kata apabila bersama Inas. Dia paksakan dirinya. Mereka perlu juga berbincang.

"Sudahlah Azeem, sedarlah diri kau sikit, tolong cermin diri, selama ni kalau bukan disebabkan oleh daddy aku, kau mungkin merempat di luar sana, siapa yang tanggung kau belajar sampai ke luar negera kalau bukan daddy aku. So, tolong jangan nak ajar aku," penuh sinis kata - katanya tanpa memikirkan perasaan lelaki di sebelahnya ini.


Azeem hanya tersenyum, sudah dia agak, mesti isu itu yang akan dibangkitkan oleh Inas. Sedikit pun dia tidak terasa hati. Faham akan wanita di sebelahnya ini sedang berperang dengan emosi.

"Inas... Disebabkan kerana terhutang budi pada Uncle Lokhmanlah abang terima permintaan daddy Inas. Ingat sesenang mulut yang berkata - kata itu ker abang buat semua keputusan ini? tidak Inas, setiap keputusan yang abang dah pilih, abang dah siap timbang tara. Seminggu abang buat istiqarah. Wajah Inas yang muncul dalam setiap mimpi abang, bukannya wanita lain, abang percaya apa yang telah ditentukan adalah yang terbaik untuk abang.

Inas mencebik bibirnya. Buat cerita macam kisah dongeng. Desisnya.

"Tak perlu nak cakap pasal terhutang budilah Azeem. Kau ingat aku tak tau permainan orang miskin seperti kau. Modus operandi kau hanya nak bolot harta keluarga aku kan???" lancang kata - kata yang terkeluar dari mulut Inas, apa dia peduli, takdenya nak fikir tentang perasaan orang lain.

"Astaghfighullahalazim, Inas... Inas, jauh sangat pemikiran awak Inas. Dalam hati abang, tak terlintas pun nak bolot harta keluarga Inas. Apa yang abang dah ucapkan tadi adalah terbit dari hati abang sendiri, abang ada tulang empat kerat, abang tak perlukan harta siapa - siapa untuk kelangsungan hidup abang dan abang masih mampu nak sara hidup Inas," Azeem beristighfar, dia menarik nafas dalam dan perlahan dia hembus. Cuba mengawal emosi sendiri.

"Abang tak akan paksa Inas untuk terima abang dalam hidup Inas tapi bagilah abang peluang untuk menjadi suami Inas. Abang tak sampai hati untuk kecewakan perasaan daddy Inas," Azeem melemparkan pandangannya ke arah luar pintu kereta. Yer, mereka masih di dalam kereta. Masih lagi berada di dalam taman itu.

"Cukuplah Azeem, tak perlu lagi kau nak cakap, terhutang budilah, tak nak kecewakan daddylah. Aku dah muak. Hantar aku balik sekarang," Inas menjerit kuat. Kesabarannya sudah menghilang.

Azeem tersentak apabila terdengar jeritan itu. Dia mengangguk perlahan.

"Okay, abang hantar Inas balik sekarang. Tapi ingat lagi tiga hari kita kena siapkan dokumen - dokumen yang lain. No excuse," Azeem masih lagi berlembut. Dia mula keluar dari taman itu. Tapi hatinya masih belum puas akan perbincangan tadi. Seakan belum menemui titik noktah.

Inas merengus. Ada dia kisah pasal dokumen semua tu. Betul - betul menyusahkan... Semakin muncung mulutnya.

*******

Azeem memandang ke luar melalui tingkap biliknya. Hujan lebat di luar sana seakan tidak mampu menghapuskan segala gelodak di dalam jiwanya. Perkahwinan yang bakal berlangsung itu hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Terimbas kembali peristiwa di majlis pertunangan mereka seminggu yang lalu. Dia yang ketika itu hanya memandang dari jauh, mengintai dari muka pintu utama.

"Inas... Hulurkan jari Inas sayang. Bakal mak mertua Inas nak sarung cincin," tegur Datin Salwa yang ketika itu setia menemani anak tunggalnya.

Datin Salwa menarik tangan Inas yang masih mengepal tangannya. Seakan tidak merelakan cincin itu tersarung di jari manisnya.

"Sayang... Jangan malukan mommy dengan daddy. Hulurkan jari Inas. Kalau lagi lama Inas berperangai macam ni, lagi lamalah majlis kita nak selesai. Tengok sana, semua orang tengah pandang Inas, semua nak tengok Inas disarung cincin," nasihat Datin Salwa. Belakang anaknya itu dia gosok - gosok perlahan. Geram pula dia dengan perangai anaknya yang seorang ini. Keras kepala betul.

Mak Jenab masih setia duduk di sebelah Inas. Dia faham apa yang Inas rasa. Tapi majlis tetap berjalan. Cincin tetap juga harus disarungkan.

Datin Salwa memandang Mak Jenab, seakan memberi isyarat bibir supaya Mak Jenab bersabar sedikit sementara dia memujuk Inas. Anaknya yang kepala batu ini.

Datin Salwa terpaksa juga gunakan sedikit kekerasan. Dia mencapai tangan Inas. Jari tangan Inas yang masih dikepalnya itu dia buka. Acara menyarung cincin dijalankan secara paksa. Air mata Inas menitik setitik demi setitik. Dadanya berombak menahan pelbagai rasa. Hatinya berdongkol geram. Dia membatukan diri. Tidak menyalami tangan wanita yang akan menjadi bakal ibu mertuanya itu walaupun wanita separuh baya itu selesai menyarungkan cincin pada jari manisnya. Hatinya tidak rela. Dia tidak cintakan Azeem. Hatinya sudah dimiliki oleh lelaki lain. Susah sangat ke mommy dan daddy hendak faham.

Mak Jenab merapatkan wajahnya pada Inas. Mahu mencium pipi gadis yang bakal menjadi menantunya itu. Inas melarikan wajahnya ke arah lain. Tidak rela pipinya disentuh oleh bibir tua itu. Mak Jenah hanya tersenyum walaupun hatinya sedikit terasa. Cuba ditahan hatinya yang sedikit terguris. Dia tidak salahkan Inas.

Caller ringtone berbunyi mematikan anganan Azeem. Dia membuang pandang ke arah atas katil. Panggilan dari 'seseorang' itu dia biarkan sepi. Akhirnya senyap dan tidak diangkatnya.

Usai solat maghrib Azeem melangkah turun ke bawah, perutnya sudah berkeroncong, dia mencapai mangkuk tingkat di atas table top di dapurnya, menekan plug microwave mahu memanaskan lauk yang dibekalkan oleh emaknya siang tadi. Selepas balik kerja dia singgah sana, mahu menjenguk ibu dan ayahnya.

Azeem memandang lauk yang sudah dipanasnya di atas meja. Banyak yang mengganggu fikirannya. Entah bagaimana dia mahu hadap semua ini selepas mereka berkahwin kelak. Perlahan nasi beserta lauk ayam masak lemak cili api itu dia suapkan ke mulut. Terasa kesat makanan itu melalui kerongkongnya.

Azeem membuang keluhan, dah banyak kali dia menyuarakan hasrat supaya emak dan ayahnya berhenti bekerja di rumah Dato' Lokhman, dia mampu menjaga mereka. Mahu mereka berdua menghabiskan hari tua mereka dengan tenang. Tapi permintaannya itu hanya ibarat di bawa angin lalu. Emak dan ayahnya masih mahu menghulurkan kudratnya untuk berbakti kepada Dato' Lokhman.

*******

....."You pun tak pernah nak faham i, semua orang tak faham i, i benci semua orang,"

....."Sabar sayang....Bukan i tak faham you, i nak you tau, walaupun you dah jadi tunang orang, hubungan you dengan i tetap sama macam dulu. You taukan i tak boleh hidup tanpa you. Kalau i ada di depan you sekarang ni, i nak peluk you erat - erat, i tak akan bagi orang lain buat you macam tu. Tapi i tak berdaya sayang. You taukan daddy you macam mana," luah Adrian di hujung talian. Memujuk wanita yang dicintai itu.

......"You taukan i kena kahwin paksa. Macam mana i nak hadap semua ni??? Macam mana dengan hubungan kita??? i hanya sayang you sorang. I rasa nak mati sekarang ni Adrian, i dah takde hati untuk hidup lagi," luah Inas teresak - esak. Berjujuran air mata membasahi pipinya ketika ini.

....."Sabar sayang, i tau emosi you tengah tak stabil sekarang ni. Walau macam mana pun status you, hubungan kita tetap sama macam dulu. You ingat tu sayang. I sayang you sangat - sangat... Ingat sampai bila - bila you tetap ada i," Adrian menasihati kekasihnya sebelum mematikan talian.

Dari selepas dia bertunang, dia hanya mengurung diri di dalam bilik. Nak keluar rumah pusing - pusing mall langsung tidak dibenarkan, kecuali hanya dengan Azeem. Semua benda yang hendak dia lakukan mestilah dengan Azeem... Semua Azeem... Ahhh... "Ahhh, Benci!!!"

Dia menjerit kuat... Semua barang yang ada di atas meja solek itu dia tolak kasar. Habis bertaburan di atas lantai. Botol kaca minyak wangi pecah berkecai... Fikirannya sangat kusut. Air matanya masih lagi tak berhenti mengalir. Dia benci semua orang. Terutamanya Azeem.... Azeem penyebab hidupnya dah musnah. Masa depannya juga musnah... Impian untuk hidup bersama dengan orang yang dia cintai juga musnahhhh.... "Ahhhh!!!!" bergema jeritan kuatnya di seluruh bilik itu.

Happy reading semua... -Es Lilin-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience